Sunday, August 28, 2022

BELANJAWAN AWAL.. APAKAH ITU GULA-GULA SEBELUM PILIHANRAYA?


 TARIKH BELANJAWAN DIAWALKAN, TANDA PRU 15 DALAM BULAN NOV / DISEMBER UNTUK BERI GULA GULA MELALUI BELANJAWAN..

Takda keperluan pun Belanjawan untuk diawalkan Sebulan, Tiba tiba Kabinet mengumumkan Belanjawan diawalkan dari kebiasaan awal bulan Nov/Hujung Oktober..Kali ini diawal 3 Oktober 2022... Sudah pasti ia bertujuan melemparkan gula gula Politik kepada Rakyat sebelum PRU 15.. 

Kebiasaan sebelum Belanjawan dan PRU 15, akan Ada pergerakan besar di Pasaran saham dari dana tempatan terhadap Saham berkaitan kaunter kaunter Politik.. Banyak nya projek segera terutama Projek turap Jalanraya bagi dana Pilihnaraya untuk menggerakkan jentera di Dun dan Parlimen..Kaedah songlap, Penggubahan wang haram seperti cara 1MDB dan LCS mungkin agar sukar diguna pakai lagi.. itu bukan kepakaran Mail Sabri..

Bagi rakyat sudah pasti banyak gula gula dalam bentuk "Cash Is King" yang bermazhab Najib Razak bakal digunakan bagi membeli Undi rakyat melalui belanjawan.. Ini sebahagian besar tanda2 PRU 15 semakin hampir.. game UMNO mudah dibaca..

Dah pasti Ismail Sabri mendapat tekanan kuat dari kartel Zahid dan Najib yang tersiksa hidup di penjara hari ini.. Sebenarnya cubaan pertama pembubaran Parlimen adalah selepas Aidilfitri dengan pelbagai pengumuman Bantuan dan wang pengeluaran KWSP... Tapi masa tu Mail sabri terikat dengan MOU.. 

Boleh jadi PRU 15 bakal berlaku pada NOV dan DISEMBER belum tentu lagi.. Sebab Mail bukan seperti Najib Razak... Dia takda tekanan.. Tu sebab yang Najib nak sangat Mahkamah Persekutuan tangguh 4 Bulan, Bukan soal Hujjahan kes dan bukti baru, Tetapi mencari jalan mendapatkan kuasa untuk bebas dari tuduhan bila UMNO berkuasa.. Sekarang tekanan itu beralih kepada Zahid Hamidi.. 

Harap harap ada faktor luar jangka seperti Wabak.. atau sentimen kemelesetan Ekonomi yang menghalang Mail Sabri untuk bubar parlimen awal.. :) 

Ipohmali

No comments:

Post a Comment