Saturday, November 26, 2022

DAP PERLU MOHON MAAF KEPADA ORANG ISLAM MALAYSIA, TAPI SEBUTLAH ATAS KESALAHAN APA?


 DAP MINTAK MAAF

Mufti Perlis khabarnya memohon agar DAP meminta maaf kepada orang Islam Malaysia ekoran permohonan maaf Setiausaha Agung dan Pengerusi DAP kepada warga Sarawak. Kata Mufti permohonan maaf oleh DAP kepada orang Islam boleh mengendurkan rasa tidak puashati orang Islam terhadap DAP.

Secara peribadi aku bersetuju dengan permohonan maaf tetapi permohonan maaf mestilah atas keinsafan setelah melakukan kesilapan.

Masalah aku ialah apakah salah silap DAP terhadap orang Islam di Malaysia? Mufti tersebut juga tidak sebut apakah kesalahan DAP kepada orang Islam. Apa yang DAP telah lakukan terhadap orang Islam sehingga DAP perlu memohon maaf?

Setakat hari ini aku percaya tiada apa-apa kesalahan DAP terhadap orang Islam. Jika ada, sila sebutkan, nyatakan satu persatu.

Aku faham ada di kalangan pemimpin DAP yang celupar yang tergelincir komen dalam sesuatu perkara tetapi itu adalah pendapat peribadi bukannya pendirian DAP sebagai sebuah parti. Ianya sama seperti pendapat selebriti yang hendak mengelar leher orang kafir harbi yang mana ianya pandangan peribadi bukan mewakili parti atau orang Islam keseluruhannya.

Sama seperti pandangan mengundi selain PN masuk neraka. Ianya dikatakan bukan pandangan parti hingga orang tersebut dicutikan.

Minta maaf bukan suatu perkara olok-olok atau retorik, ianya perlu ikhlas dari hati.

Minta Mufti tolong berilan satu persatu apa kesalahan DAP kepada orang Islam yang perlu dimohon kemaafan.

Jika boleh DAP juga mohon supaya pihak-pihak lain yang sentiasa memfitnah DAP agar memohon maaf kepada DAP. 

Jika rasa ada buat salah pada DAP, sila minta maaf melainkan sentiasa rasa diri betul orang lain semua salah.

Zulhazmi Shariff
Timb Pengerusi DAP Kedah

No comments:

Post a Comment