PENDEKATAN "JIWA BESAR" DAP DI PERAK , KEBODOHAN STRATEGI "ABANG BESAR " DAP DI DALAM PH KETIKA PRU 15..
1- Di Perak, Biarpun PH ada 24 kerusi, DAP ada 20 Kerusi..Depa berbesar jiwa bagi calon UMNO Sharani jadi MB...Apa yg dilakukan dalam menubuhkan Kerajaan Perak..Itu patut dilakukan DAP dalam PH masa hadapi PRU 15.. Kenapa DAP masa tu buat Gila ?
2- Antara sebab PH ditolak, Gelombang besar orang Melayu, Pengundi UMNO beralih kepada PN di Utara, Disebabkan sikap "GELOJOH" dan "BODOH" DAP.. Bayangkan, pada PRU 14 depa dah ada 40 Kerusi selamat..Kerusi boleh menang..Tapi sibuk nak jugak Kerusi ditinggalkan Bersatu, Kononnya nak cuba tawan undi melayu dengan meletakkan Calon Melayu..
3- Sebagai contoh Kerusi Changkat Jong, Kerusi tu kerusi boleh menang..Tapi saat akhir nak berebut dengan Amanah kerusi tersebut..walhal itu kawasan Melayu..walaupun itu calon Melayu..Apakah calon DAP menang ? Tidak.. Kalau tidak mungkin kerusi di Perak boleh menang besar lagi..Ini Manjoi Dun bawah parlimen tambun Anwar Ibrahim pun kalah..
4- Begitu juga tindakan DAP calonkan Zulhazmi di Jerai, Gila nak tonjolkan Calon melayu sampai korbankan semua MP Amanah, Bukan takat Amanah..malah PKR di Utara tanah air termasuk lah kerusi Mujahid, Saifuddin Nasution hatta Mahfuz... Lebih teruk Nurul Izzah pun kalah di kubu kuat Permatang pauh.. Ini menunjukkan wajah DAP yang mementingkan diri sendiri..Gelojoh dan rakus..
5- Maka tak hairan sentimen kaum dan Agama kuat, Masa tu aku pun kritik DAP.. Aku dah sebut Wilayah Utara akan kalah 90% disebabkan demografi dan Sosio Budaya berbeza..Maka tindakan dan bantahan Phahrolrazi Mohd Zawawi itu betul, dan tindakan Memecat Phahrolrazi sejak awal aku kritik sebagai salah.. bagaimana Dangkalnya kepimpinan Amanah waktu itu ?
6- Tu sebab..Nak buat Strategi Politik..kena faham Pola pengundian, Urus dan Waqi' sesuatu Wilayah..Cara berfikir.. Tu sebabnya dalam hal perlantikan peganti Nabi, Konsep "Alaimmatu Min Quraish" itu Penting..Itu bukan Ashabiyah.. Kenapa masa PRU 15, Tidak berjiwa besar bagi Amanah bertanding semua kerusi ditinggalkan Bersatu.. Dia pun gagah nak..
7- Jadi kita perlu Pemimpin yang boleh ajar dan Tundukan kerakusan dan Kebodohan DAP.. Tak boleh ikut membabi Buta..Masalahnya takda ker langsung pemikir dalam PH..Inilah bila Pemuda PH, Penasihat Komunikasi datang dari kalangan Metroseksual, Bangsar Bubble, datang dari lembah Pantai.. yang tak faham berkenaan bacaan Politik melayu.. yang tahu hanya bergaya..Dia ingat cara fikir Melayu bangsar sama dengan Baling Kedah..
Malam PRU 15, bila wartawan tanya, jawapan dia masih masalah Logo parti mcm jawapan dia dalam PRN Melaka dan Johor..Tu sebab dalam hadapi PN, Komunikasi dan Strategi Media kita betul2 Fail..
8- Dulu bila Tun kata tentang sikap pemipin DAP yang sukar dikawal..kata itu sebenarnya betul.. aku setuju..DAP memang sukar dikawal..Depa suka dilihat Dominan tanpa memikirkan kesan kepada rakan lain.. Begitu juga Audio yang leak mendedahkan rafizi sikap rakus DAP.. Cuma bezanya, Tun cakap berterus terang..rafizi cakap belakang belakang..
9- Jadi nampak tak ? DAP ni dia dalam hal Politik dia fikir untung rugi..Dia tak mahu rugi langsung..Dalam Kes Perak..Itulah contohnya.. Bila nak kuasa, Dari rugi semua..dapat untung sikit jadi lah.. Dah Kalah semua boleh runding..Boleh berjiwa besar..Bila ada kuasa, Berlagak jadi Abang besar..
Aku bukan benci DAP..Aku cuba bagi Nasihat Politik yang Jujur dalam Politik.. :)
Ipohmali
No comments:
Post a Comment