Sebaik loceng pertama dibunyikan..
Selain harga ayam yang melambung tinggi sekarang, ada seperkara lagi yang semakin lama semakin rakus meninggi. Yakni aras silibus pendidikan di Malaysia khususnya sekolah rendah.
Silibus yang menekan dan semakin menggila. Basic 3M seakan wacana lama dan sudah tidak berguna. Para penggubal menyangka murid yang masuk darjah 1 sudah menguasai semua asas, maka perlumbaan gila terus bermula sebaik loceng pertama persekolahan dibunyikan.
Maka berkejar kejaranlah guru memahamkan pelajar.
Bekejar kejaranlah ibu bapa mengusung anak mereka tusyen malam meski anak itu baru darjah 2.
Dan si kecil itu yang paginya menanggung beban beg ke sekolah kebangsaan, petangnya kafa, malamnya tusyen dan pulang menyiapkan kerja sekolah tergesa gesa. Lalu perlu tidur untuk bangun awal lagi kerana kesesakkan jalan raya waktu pagi yang menggila.