Sunday, January 29, 2023

ANWAR TAK BOLEH LANTIK ANAK DIA.. TUNM, PAKLAH, HADI BOLEH LANTIK ANAK MENANTU DEPA..!


 Bukan soal siapa yg patut menjadi isu…
KERJA TANPA GAJI ANAK BERANAK PATUT DIPERSOALKAN

Heboh di media sosial mengenai perlantikkan Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kpd Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Jika semalam saya menulis mengenai bukan perkara luar biasa seorang Presiden memecat atau mematikan karier politik seterunya… hari ini isu nepotisme.

Sekali lagi saya ingin bertanya adalah ia isu yg luar biasa atau yg baru pernah di dengar oleh kita semua? Jika ingin berbicara soal nepotisme ini mari kita lihat sejarahnya….

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pernah melantik anaknya, Khalil Abdul Hadi mengetuai Sekretariat Aid4Palestine. Akmal Kamaruddin yg juga menantu Hadi dilantik menjadi Exco Perak. 

Anak Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil menjawat jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda bagi sesi 2017 dan bertanding di DUN Batu Buruk.

Tidak silap menantu TGNA, Ir Haji Abdul Ariffahmi Abd Rahman pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) pada 20 September 2009. Selain daripada itu beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat dan agensi tempatan.

Itu belum Mahathir lantik anak jadi MB, Pak Lah lantik menantu bekerja di PMO dan lain2… Jadi adakah ia sesuatu yg pelik? 

Friday, January 27, 2023

SEBUT APA YANG PMX BUAT, LEBAI PASTI KONDEM..


 Seperkara tentang lebai ni, mereka tak pernah jemu berusaha untuk menunjukkan kedangkalan mereka. Jangankan kata nak malu, bahkan mereka bangga tentangnya.

Ini satu lagi contoh. Bila dengar je DS Anwar sebut madani, tanpa berusaha untuk cari makna madani sebenarnya, lebai lebih cenderung untuk mencari kelemahan.

Mungkin lebai gunakan enjin carian Google. Taip nama madani lalu keluar gambar kulit buku yang berjudul 'Suatu Karangan berkenaan Bidang Asal dan Sebenar serta Matlamat Kerajaan Madani' hasil tulisan John Locke.

Tapi siapa John Locke? Kalau ikut wikipedia, John Locke adalah seorang ahli falsafah bangsa Inggeris sekitar abad ke-17 dan 18. Dia juga dikenali sebagai bapa liberalisme.

Mungkin itu yang lebai jadi teruja, dapat kaitkan DS Anwar dengan liberal. Jadi tanpa fikir panjang, terus post gambar ini. Agaknya lebai ingat rakyat semua bodoh.


Cuba perhatikan, John Locke berbangsa Inggeris. Manakala tajuk buku ini pula dalam bahasa Melayu. Kira hebat John Locke boleh menulis dalam Bahasa Melayu. Kan?

Tapi tak. John Locke tulis buku ini dalam bahasa Inggeris. Tajuk asal buku ini sebenarnya adalah An Essay Concerning The Original, Extent, an End of Civil Government.

Nampak tak? Perkataan yang digunakan adalah CIVIL yang bermaksud awam. Jadi makna sebenar tajuk buku ini adalah kerajaan awam atau kerajaan rakyat.

Mana datang perkataan MADANI tu? Entah. Boleh tanya penterjemah kenapa dia gunakan perkataan madani, bukan awam atau rakyat.

Tapi demikianlah lebai. Tujuan asal bukan perjuang Islam pun. Tujuannya cuma nak memerintah. Dan kalau untuk memerintah mereka kena buat fitnah, mereka akan buat.

Tak kisah malu kalau orang nampak kelemahan dia. Asalkan dapat semai kebencian rakyat terhadap DS, Anwar, mereka sanggup. Begitukah sifat orang yang mengaku bawa panji Islam? Guane boh?


Raja Gelap 

.

Sunday, January 22, 2023

Kerajaan Anwar nak cas RM3 bila nak isi angin.. Biaq Betoi?

 


 GEMPAR.. Dok viral cerita bulan FEB nanti stesyen minyak nak kenakan cas setiap kali nak pump tayar isi angin....

Cerita nie pulak dapat kat puak walaun bukan main pulun viral dan kenen serta perli kerajaan perpaduan yg diperintah oleh Anwar skrg nie..

hgpa tengok kat bawah nie macamana berita itu disebarkan...

Pada mereka asalkan ada benda boleh hentam depa akan viralkan janji rakyat akan marah dan pandang serong pada kerajaan skrg..

RAHSIA NAK ISI ANGIN PON NAK KENA CAS KAA.. BIAQ BETOI?


 GEMPAR.. Dok viral cerita bulan FEB nanti stesyen minyak nak kenakan cas setiap kali nak pump tayar isi angin....

Cerita nie pulak dapat kat puak walaun bukan main pulun viral dan kenen serta perli kerajaan perpaduan yg diperintah oleh Anwar skrg nie..

hgpa tengok kat bawah nie macamana berita itu disebarkan...

Thursday, January 19, 2023

SERONOK JADI USTAZ PAS


 
SERONOK JADI USTAZ PAS

1. Masa dia dalam Kerajaan yang naikkan cabutan judi dari 8 kali hingga 22 kali dia diam saja. Walhal 31 bulan dia dalam kabinet.

2. Tapi bila Kerajaan PAS Kedah yang ambil masa hampir 2 tahun(24 bulan) untuk menutup seluruh premis judi terus mereka berlagak. Timbullah ustaz-ustaz PAS mendabik dada kepada kerajaan.

3. Bila dibiarkan Adun serang PM Anwar berkaitan lawatan ke Terengganu, Ustaz PAS tumpang sekaki reka segala macam analogi bodoh untuk membetulkan salah.

4. Selang beberapa puluh jam, MB Terengganu tampil dan menyalahkan "Komunikasi". Komunikasi pun salah, pimpinan PAS dan ustaznya tak pernah salah dan meminta maaf.