Monday, March 13, 2023

LOAN KWSP - PMX BAGI JORAN TAK BERI UMPAN..


 Idea untuk pinjaman kalau terdesak perlu KWSP adalah idea SANGAT BAIK untuk rakyat short term dan long term.

- Sebab? Rakyat "dipaksa" bayar balik untuk simpanan hari tua dia sendiri.

- Elakkan inflasi kalau keluar serentak. Yg keluar sedikit, tapi yang akan kena inflasi SEMUA RAKYAT termasuk yg tak keluar.

- Bila dah inflasi OPR akan naik. Yang tak keluar kwsp pun akan kena tanggung kenaikan OPR.

- KWSP tak perlu cair kan aset yg sedang di labur. Mengurangkan risiko pulangan pelaburan yg kurang yg akan memberi kesan kepada SEMUA pencarum. Bukan sekadar yg layak keluar sahaja. 

- Duit kwsp tetap ada bila dia dh habis bayar utk hari tua dia nanti. SEBAB dia ganti balik dengan bayar hutang kwsp tersebut. 

- Rakyat yg guna duit kwsp utk cagar dapat 2 duit. Duit yang dia pinjam, dan bayar balik duit sendiri dan duit dalam simpanan yang akan dia guna hari tua.

- interest pinjaman tidak releven kerana duit KWSP dia ada dividen. Mcm ASB, pinjam interest 4%, katakan, dividen 6%. Jadi tiada isu interest atau kejam. 

- Yang nak keluar tapi tak perlu kena fikir 10x sebab ia hutang. Bukan duit "free". Elakkan pembaziran tak perlu. 

- Tapi kalau dia tak nak bayar, maka duit kwsp tersebut akan digunakan membayar hutang tersebut.

- Bagi yang tak nak atau tak layak keluar duit kwsp, ini bukan untuk anda nak sibuk. Yang nak keluar duit kwsp terbela nasib mereka jangka pendek dan panjang.

Pelan jangka pendek dan panjang yang sangat baik.

Inilah kerajaan yg mahu memikirkan soal rakyat. Bukan sekadar mahu POPULAR dan idea populist yg akan makan diri.

HAMBA ALLAH

No comments:

Post a Comment