BETULKAH DAKWAAN MUHYIDDIN KERAJAAN PERPADUAN GAGAL?
1. Berucap dalam persidangan Bersatu hari ini, TSMY mendakwa kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai gagal. Katanya, “Bukan kita yang kata mereka gagal. Tetapi rakyat yang kata.”
2. Beliau merujuk kenyataannya merujukkepada kaji selidik yang dilaksanakan oleh sebuah firma penyelidikan dengan kerjasama media arus perdana.
3. Saya juga rakyat, tetapi berasa amat puas hati dengan pemerintahan PM Anwar. Sejak mengangkat sumpah jawatan pada 24 November 2022, pelbagai usaha telah dilakukan oleh PM Anwar untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
4. Kerajaan meminda perlembagaan mengenai kerakyatan, menghidangkan menu rahmah RM5 kepada golongan miskin tegar, memotong 20% gaji menteri sehingga ekonomi pulih, membawa masuk pelabur, dan membina hubungan yang baik dengan negara luar.
5. Selain itu, kerajaan pimpinan Anwar juga menyelesaikan masalah MA63 dengan Sabah dan Sarawak. Kerajaan menyemak geran khas tahunan untuk Sarawak dengan menaikkannya kepada RM300 juta, manakala bagi Sabah RM260 juta. Kedua-dua negeri itu turut diberi autonomi berhubung projek infrastruktur bernilai kurang RM50 juta.
6. Pada 24 Februari, Anwar membentangkan belanjawan berjumlah RM388 bilion bagi 2023. PKS antara penerima manfaat terbesar dan menerima pelbagai inisiatif dalam belanjawan itu. Ini adalah antara kejayaan terbesar Anwar.
7. Dengan banyak pembaharuan yang dibuat, dalam masa hanya tiga bulan sahaja memerintah, wajarkah kerajaan ini dikatakan gagal?
8. Bajet baru dibentang, dan apabila masuk fasa pelaksanaan, saya yakin bajet ini akan memberikan impak kepada rakyat dan ekonomi kita. Jika tak berpuas hati 5 tahun akan datang buat pilihan baru. Sekarang, bagi peluang rakyat merasai bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi keluarga kita dan negara.
Berbanding dengan kejayaan perpaduan pimpinan Anwar, apa kejayaan Muhyiddin?
9. Suatu yang nyata berlaku ialah rakyat terjun bangunan, rakyat angkat bendera putih, parlimen tutup kerana darurat, Muhyiddin takut untuk membuat undi percaya di dewan, ramai anak tidak dapat pulang berjumpa keluarga akibat sekatan PKP, rakyat menganggur, dan pelabur lari. Selain itu, selama 33 bulan PN-PAS memerintah, lebih RM427juta kes masuk mahkamah.
10. Dinilai dari perbandingan ini, biarpun pelbagai fitnah ditabur ke atas pemerintah sekarang, Anwar Ibrahim adalah PM terbaik. Semoga Anwar tabah dalam meneruskan kerja-kerja membela rakyat dan membawa perubahan kepada politik negara.
11. Analisis akhirnya, kerajaan perpaduan pimpinan Anwar tidak gagal. Yang gagal ialah sudah cukup jumlah, melebihi dari cukup tetapi tidak dapat membentuk kerajaan. Inilah kegagalan yang sebenarnya.
Mohammed Agus Yusoff
No comments:
Post a Comment