Melawan "RASUAH" itu Dendam??
Saya meneliti kritikan dilontarkan oleh Saudara Wan Saiful yang menuduh Perdana Menteri Malaysia sebagai seorang "pendendam" apabila beliau dan sekutunya dihadapkan ke mahkamah, atas dakwaan "RASUAH" . Bagi saya ia adalah ucapan yang bersifat marah dan gambaran kepada keadaan beliau pada ketika itu yang tertekan dengan pembongkaran demi pembongkaran dilakukan SPRM.
Beliau menyifatkan penahanan dan pendakwaan pimpinan utama Bersatu dalam kes "RASUAH" ini dilihat sebagai tindakan balas dendam, adalah jelas terpesong dan dangkal. Mana mungkin sesuatu yang tidak mempunyai bukti boleh dijadikan asas bagi sesuatu kes itu dibuka di mahkamah.
Adakah yang dimaksudkan oleh beliau sebagai dendam itu merujuk kepada tindakan pendakwaan?? Adakah ia juga membawa maksud bahawa sekiranya tiada tindakan diambil keatas mereka maka barulah ia di katakan sebagai adil ?? Apakah pada pertimbangan saudara Wan Saiful seharusnya kes ini di diamkan dan barulah ia disebut sebagai tidak dendam dan sebagainya??
Pimpinan Bersatu dari Perikatan Nasional dikaitkan dengan isu "RASUAH" dan dengan jelas "RASUAH" adalah pembuatan yang tidak harus dipandang remeh. Saya bersetuju bahawa seseorang yang belum dibuktikan bersalah tidak boleh dikatakan bersalah dan saya yakin proses mahkamah ini akan memperjelaskan sama ada tindakan "RASUAH" itu berlaku atau tidak.
Untuk pengetahuan semua beberapa Pimpinan Bersatu kini sedang dihadapkan dengan pertuduhan "RASUAH" dalam kes yang disebut sebagai "JANAWIBAWA".
Kepada Saudara Wan Saiful pendakwaan bukanlah pengakhiran kepada segala proses,masih ada banyak proses yang boleh kamu gunakan bagi membela diri. Saya nasihatkan kepada Saudara Wan Saiful untuk memberikan tumpuan kepada kes yang akan berjalan dari berterusan mempamerkan "dendam kemarahan" beliau kepada Saudara Anwar, medan untuk saudara membuktikan ialah "mahkamah" bukan lontaran persepsi yang tidak menguntungkan kamu sama sekali.
Saudara Wan Saiful jika orang yang kamu kaitkan sebagai pendendam itu ialah Saudara Anwar Ibrahim jawapannya itulah Reformis Tulen yang menyatakan dengan jelas "RASUAH" adalah satu bentuk pengkhianatan kepada amanah rakyat dan ia wajib dilawan!.
Siti Aishah Shaik Ismail
#DemiPertiwi #MalaysiaMadani
No comments:
Post a Comment