AKU BUKAN AKU..
Melilau dalam tiktok ceramah Sanusi mengugut kononnya akan bongkar segala yang dibuat oleh PH ketika mentadbir Kedah dari 2018 hingga 2020.
Macam ni saja la Nusi..
Tok sah dok ceramah bergegaq mikropon, berjurai ayaq lioq, beringgut khemah...
Bagi aku sendiri, aku alu-alukan kalau Sanusi nak bongkar malah kalau nak buat laporan SPRM atau Polis supaya disiasat dan diambil tindakan pun, sila.. tolong segerakan. Jangan ceramah saja. Gerakkan seluruh anggota Pemuda Pas buat laporan Polis atau SPRM. Bongkar... dedah... gempaq apa??
Antaranya Nusi kata ketika PH mentadbir 2018-2020, Syarikat Air Darul Aman (SADA) kerugian lebih kurang RM36 juta dan berhutang lebih kurang RM149 juta. Jumlah ini kata Nusi sekarang telah diselesaikan.
Depa berhutang.. aku yang selesaikan. Gitulah kata Nusi.
Nusi silap kot... yang selesaikan hutang tu SADA atau Kerajaan Negeri bukan Sanusi. Sanusi kena beza la antara SADA dengan Kerajaan dan Sanusi. Takkan jadi MB tak tau beza.
Hari tu bila Saifuddin kata Sanusi kena kompaun sebab kecurian REE, Sanusi kata bukan aku tapi MBI, kena beza Sanusi dengan MBI.
Mai la ni Nusi kata aku yang bayar hutang tapi bila kena kompaun bukan aku yang kena.
Kamon la Nusi. Pi buat report lekaih sikit. Nak tengok jugak SPRM atau Polis pi tangkap Mukhriz sebab 2018-2020 tu Mukhriz yang jadi MB.
ZULHAZMI SHARIFF
nie video yg sanusi dok tanya tu
No comments:
Post a Comment