Monday, August 7, 2023

BENARKAH SANUSI KAKI CLAIM....?


 Rakyat sedia maklum Sanusi claim kejayaan pelaburan Infineon RM8 bilion dalam banyak infografik rasmi kerajaan.

Tapi apabila PMX claim berjaya naikkan pelaburan Infineon daripada RM8 bilion kepada RM25 bilion , cepat-cepat Sanusi kecam dengan berkata Infineon dah ada di Kulim High Tech (KHTPK) dah 17 tahun.

Sekurang-kurangnya PMX ada peranannya ketika menaikkan pelaburan Infineon daripada RM8 bilion kepada RM25 bilion. 

Perlu diingat siapa kali claim sebenar. 

17 tahun dahulu Sanusi pun belum jadi Menteri Besar Kedah dan Infineon memilih untuk melabur di KHTP kerana infra yang baik dibina oleh kerajaan Barisan Nasional ketika itu.

Bukan sahaja Infineon, malah firma besar lain seperti Intel, First Solar, Silterra, Osram, Fuji dan lain-lain pun masuk melabur di KHTP even sebelum zaman Sanusi.

Malah bukan itu sahaja, komponen projek dalam pelan Greater Kedah seperti KXP, KSTP, KRC, SBEZ & Jeniang Transfer pun semuanya diclaim daripada perancangan yang telah dikaji dan diluluskan ketika kerajaan BN.

2007 - Zon Petroleum Yan (BN)
2014 - KXP (BN)
2014 - Rubber city (BN)
2017 - SBEZ (BN)
2017 - KSTP (BN)

Dalam isu air pun, perancangan membina 5 loji rawatan air di Pelubang, Jenun Baru, Sungai Limau, Bukit Selambau dan Lubuk Buntar juga adalah perancangan yang dikaji dan diluluskan ketika kerajaan BN.

Sebenarnya jika ditolak kesemua projek-projek jangka panjang tersebut projek yang dihasilkan sendiri oleh Sanusi hanyalah Langkasuka yang masih belum berjalan selepas dua tahun , yang kelihatan hanyalah atap zink menutupi tapak projek tersebut.

Langsung tidak melambangkan status mewah yang dicanangkan kononnya bernilai RM40 bilion.

No comments:

Post a Comment