Wednesday, December 27, 2023

ANTARA PENSYARAH UNIVERSITI DAN PENCERAMAH POPULAR


 By Zolkharnain Abidin

Di universiti, pensyarah dilantik kerana ilmu. Sepopular mana pun seseorang, kalau jahil, tak akan dapat mengajar di universiti. Syarat sekarang, kena ada PhD.

Di masjid lain pula. Penceramah dijemput kerana popular. Sealim mana pun seseorang, kalau tak popular, masjid tak berapa minat nak jemput. Syarat, kena popular.

Pensyarah mengajar sehari paling kurang dua kelas. Kena semak kertas ilmiah pelajar, buat kajian, tulis dalam jurnal, bentang kertas ilmiah dan macam-macam. Habis kelas makan tengahari, bayar sendiri. Ikan temenung dengan sayur kubis goreng campur ikan bilis.

Masuk kelas, keluar kelas anak murid tak cium tangan pun. Kadang-kadang anak murid tak kenal pun. Berselisih bahu di jalan lagilah, anak murid buat tak kisah saja. Silap haribulan anak murid "maki" sebab tak puas hati dengan pensyarah. Dalam kelas, kalau dahaga, carilah air sendiri. Tak ada sesiapa nak layan.

Penceramah popular datang masjid 5 minit sebelum Maghrib. Lepas solat, kuliah. Buat lawak bodoh sikit, cerita hal peribadi sikit, cerita bab rumah tangga sikit, sebut boddo sekali dua, kuliah pun tamat. Makan malam, penganjur sedia. Kadang-kadang, disantun di restoran ada kelas.

Monday, December 25, 2023

Busuk Ketua Negara maka busuklah negara...!


 Ikan membusuk bermula dari kepalanya. Jatuh bangun sesebuah negara bergantung kuat kepada Ketua Negaranya. Busuk Ketua Negara maka busuklah negara. 

China bangkit dari sebuah negara miskin kepada sebuah negara super power hampir disemua bidang setelah China jatuhkan hukuman tembak kepada pesalah rasuah. China dijangka menjadi negara ekonomi terbesar dan terkuat mengatasi Amerika Syarikat 
pada 2028.

Ketika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selama sebulan pada 1997, beliau telah menggubal akta rasuah yg membolehkan pesalah rasuah didakwa walaupun telah meletakkan jawatan. Beliau seperti WELL PLANED untuk menggunakan akta tersebut sekarang.

Hari ini SPRM sita Menara Ilham milik Daim Zainuddin. Pasti akan ada ramai tokoh yg akan terkait dan terpalit. Ini pasti tidak akan terjadi dibawah pemerintahan sebelum ini. Tidak ada siapa yg berani usik apatah mendakwa Super VVIP sebelum ini walau PM kita silih berganti, tapi tidak kali ini..Gandingan mantap YDP Agong ke-17 dan PMX. Sama2 kita dukung dan beri kedua pemimpin ini peluang untuk mengangkat martabat Malaysia ke Persada Dunia dan kembali menjadi Harimau Asia...Amin...👍💪💪 💪