Sunday, January 29, 2023

ANWAR TAK BOLEH LANTIK ANAK DIA.. TUNM, PAKLAH, HADI BOLEH LANTIK ANAK MENANTU DEPA..!


 Bukan soal siapa yg patut menjadi isu…
KERJA TANPA GAJI ANAK BERANAK PATUT DIPERSOALKAN

Heboh di media sosial mengenai perlantikkan Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kpd Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Jika semalam saya menulis mengenai bukan perkara luar biasa seorang Presiden memecat atau mematikan karier politik seterunya… hari ini isu nepotisme.

Sekali lagi saya ingin bertanya adalah ia isu yg luar biasa atau yg baru pernah di dengar oleh kita semua? Jika ingin berbicara soal nepotisme ini mari kita lihat sejarahnya….

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pernah melantik anaknya, Khalil Abdul Hadi mengetuai Sekretariat Aid4Palestine. Akmal Kamaruddin yg juga menantu Hadi dilantik menjadi Exco Perak. 

Anak Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil menjawat jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda bagi sesi 2017 dan bertanding di DUN Batu Buruk.

Tidak silap menantu TGNA, Ir Haji Abdul Ariffahmi Abd Rahman pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) pada 20 September 2009. Selain daripada itu beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat dan agensi tempatan.

Itu belum Mahathir lantik anak jadi MB, Pak Lah lantik menantu bekerja di PMO dan lain2… Jadi adakah ia sesuatu yg pelik?