Wednesday, March 28, 2018

5 Pemimpin PAS bekerja Untuk UMNO – Dr Rais


Selepas mesyuarat demi mesyuarat diadakan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS bagi membentuk kerjasama antara kedua-dua parti, rancangan itu akhirnya gagal menjadi kenyataan.

Ketua Biro Strategi dan Dasar BERSATU, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, berkata ada sekumpulan lima individu PAS yang bertanggungjawab menggagalkan rancangan itu.

Menganggap mereka sebagai “bekerja keras untuk Umno” Rais berkata mereka ialah Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.

“Setiap kali kami membincangkan sesuatu, lima orang ini akan tampil sedaya upaya mempertikaikan apa yang sudah ditandatangani antara Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (timbalan presiden PAS) dengan BERSATU.

Kikis sikap sentimental pada parti politik demi survival negara dalam PRU14

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2015/08/Rafidah-Umno.jpg

1. Tan Sri Rafidah Aziz melalui entri akaun facebook beliau (Rafidah Aziz Malaysian Citizen - 24 Mac 2018) jelas menampakan rasa kekecewaan beliau terhadap UMNO/BN sejak akhir-akhir ini.Entah apa yang mendorong beliau lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.

2. Berbagai pendapat serta peringatan beliau untuk rakyat agar tidak perlu merasa sentimental dan 'setia' kepada parti atau individu. Disamping itu juga beliau mengingatkan agar jangan sekali-kali rakyat merasa 'terhutang budi' sehingga menutup mata dan telinga menjadi 'buta tuli' terhadap perkara buruk yang melanda negara kerana setiap perkara yang berlaku dan dihadapi negara masakini akan memberi kesan buruk kepada masa depan anak cucu kita semua.

3. Tulisan Tan Sri Rafidah pasti ditujukan terus buat penyokong, ahli dan pimpinan parti politik pemerintah khususnya UMNO yang telah lama berkarat dalam diri mereka. Rakyat dan ahli UMNO khususnya diingatkan agar jangan terlalu terikat kepada parti itu selamanya.

Saya berpendapat bahawa Tan Sri Rafidah sedang berusaha untuk meleraikan doktrin 'pemikiran karut' ahli UMNO bahawa tanpa UMNO negara akan musnah, tanpa UMNO Melayu akan mundur, akan diperintah oleh bangsa lain, negara akan dijajah, bangsa Melayu akan merempat, Islam akan hilang dari negara dan macam-macam lagi khurafat yang ditanam dalam minda ahli-ahli.

Usul Persempadanan Semula - Dewan Kecuh Apabila MP PH Bangkang, Kit Siang digantung

#MSONews
DEWAN KECUH, KIT SIANG DIGANTUNG?

Sidang parlimen ditangguhkan apabila berlaku kekecohan bantah membantah sebaik sahaja Yang di Pertua Dewan Pendekar Amin Mulia mengemukakan usul persempadanan dibentang kepada Dewan. Ahli parlimen pembangkang menimbulkan beberapa persoalan berkaitan usul berkenaan.

Keadaan mula menjadi kelam kabut, hinggar bingar sampai ada yang menyumpah seranah membawa kepada parlimen ditangguhkan. Keriuhan dan kekelaman kabut dewan ini menunjukkan Pendikar Amin gagal mengawal sidang.

Apa yang berlaku pihak pembangkang tidak berpuas hati dengan keputuan Speaker yang membuat dan mengambil tindakan agar ahli Parlimen Gelang Patah Kit Siang digantung selama enam bulan. Tindakan dibuat Speaker apabila Kit Siang enggan patuh kepada arahannya.

Spekaer berbuat begitu apabila Kit Siang yang ingin bertanya dan mempertikaikan berhubung tindakan Speaker yang tidak membenarkan laporan SPR berkaitan persempadanan itu daripada didedahkan. Kita Siang mempersoalkan, dan berhujah sepanjang beliau menjadi ahli parlimen, tidak ada laporan parlimen diembargo.

Bagi Kit Siang apa dibuat Speaker itu sesuatu yang salah dengan amalan demokrasi dan peraturan Dewan.

Rafidah jawab ‘meroyan kepala bapa mereka’

 
Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz “geli hati” dengan tindakan sesetengah pihak yang mempersoalkan ‘locus standi’ atau haknya untuk mengulas atau memberi pendapat tentang hal ehwal semasa di negara ini.

Sambil meminjam gaya bahasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengulas dakwaan dirinya meroyan kerana inginkan jawatan semula selepas terlibat selama lebih 52 tahun dalam kerajaan.

“Meroyan kepala bapa mereka.

"Maaflah kalau ada copyright istilah bahasa PM tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Rafidah dipercayai merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang membidas dirinya dan Tan Sri Rais Yatim yang dakwanya bersikap berat sebelah dalam menyuarakan isu yang berkait dengan kerajaan sekarang.

Annuar mendakwa, kedua-dua mereka kini bersuara kononnya atas nama kebenaran tetapi berkemungkinan juga mempunyai perancangan dan niat tertentu.

Mengulas lanjut, Rafidah berkata, sebagai warga Malaysia yang sanggup berkorban nyawa untuk tanah tempat tumpah darah, beliau berhak bercakap tentang apa yang benar yang melibatkan negara ini.

Malah, Rafidah berkata beliau akan terus bercakap hingga ke akhir hayatnya.

Bagaimana jika kerajaan buat berita palsu, soal Rais Yatim


Rais Yatim mempersoalkan tindakan yang sepatutnya diambil sekiranya kerajaan yang menyebarkan berita palsu menjelang pembentangan Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar di Dewan Rakyat minggu ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mac, 2018.

MENJELANG pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar di Dewan Rakyat minggu ini, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Rais Yatim mempersoalkan bagaimana sekiranya pihak pemerintah yang membuat berita palsu.

Penasihat bertaraf menteri itu membincangkan tajuk RUU yang paling sesuai dibentangkan Barisan Nasional (BN) minggu ini melalui laman sosial medianya.

“Cuba anda pilih yang mana tajuk paling sesuai sempena BN membentangkan RUU berita palsu:

1. Rang Undang Undang Berita Palsu


2. Rang Undang Undang Anti Berita Palsu

3. Rang Undang Undang Pencegahan Berita Palsu. Saya pilih no.3

“Pendapat anda? Kalau kerajaan buat berita palsu macm mana?,” soal Rais di akaun Twitter @DrRaisYatim lewat malam tadi.