Naib Presiden Pemasaran Hilirannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin |
Naib Presiden Pemasaran Hilirannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata pihaknya juga sedang berbincang dengan kerajaan untuk mencari mekanisme terbaik untuk melaksanakan pemberian subsidi itu.
Katanya, kerajaan juga telah beberapa kali bertemu dengan wakil PETRONAS untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada peserta industri itu dan juga syarikat lain.
"Bagaimanapun, keputusan mutlak terletak di tangan kerajaan dan saya yakin ia akan diputuskan dalam tempoh tidak berapa lama lagi," katanya kepada media pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Kampung Baru, dekat sini, hari ini.