Monday, July 27, 2020

Apa disebalik ungkapan PELARIAN oleh MAT SABU dalam parlimen..!!?

ISU UCAPAN BANG MAT DI PARLIMEN BERKAITAN PELARIAN


1. Ini adalah transkrip ucapan Bang Mat yang ada kalimah pelarian. Baca transkrip di bawah sekali, selepas no 9. Semua kalimah pelarian ditulis dalam huruf besar.

2. Tak jumpa pun kalimah Bang Mat hina Nabi SAW atau sahabat secara langsung seperti yang dibising-bisingkan.

3. Mungkin ucapan dalam perenggan terakhir Bang Mat sebut, "khasnya Nabi Muhammad SAW yang menjadi pelarian atau berhijrah daripada Mekah ke Madinah" dianggap menghina Nabi SAW.

4. Bang Mat sebut "pelarian atau berhijrah". Bang Mat tak sebut, "pelarian" dan berhenti di situ, tapi disebut "pelarian atau berhijrah". Boleh difahami Bang Mat menterjemah kalimah hijrah itu dengan pelarian.

5. Ya, mungkin terjemahan itu tak tepat sepenuhnya, tetapi mengatakan Bang Mat hina Nabi SAW kerana memanggil Nabi SAW pelarian adalah tidak tepat.

6. Memang tidak wujud dalam kamus kalimah hijrah diterjemah dengan pelarian, tetapi dalam konteks perbincangan pelarian yang Bang Mat cuba bawa, terjemahan itu memudahkan kefahaman orang ramai terhadap isu ini.

7. Tujuannya supaya orang ramai tidak melihat pelarian yang Bang Mat kategorikan kepada pelbagai kategori dihukum borong sebagai jahat dan layak disakiti atau dihalau.

MENTERI PN NIE WAKIL BANK ATAU WAKIL RAKYAT.. ASYIK CERITA PASAL BANK RUGI AJA????

MORATORIUM : APA YANG MENYEBABKAN BANK RUGI RM 6.4 BILLION SEPERTI DIKATAKAN MENTERI PN???


Aku ambil moratorium 6 bulan untuk kereta aku.

Kalau aku bayar RM 1,500 sebulan ansuran pinjaman kereta, maknanya selama 6 bulan aku tak perlu bayar ansuran berjumlah RM 9,000 kepada bank.

Tapi!

Selepas habis moratorium aku kena bayar juga ansuran RM 9,000 untuk 6 bulan tadi yang akan disambung kepada tempoh pinjaman sedia ada.

Aku tak dapat diskaun RM 9,000 atau diberi 6 bulan percuma tak perlu bayar ansuran langsung. Yilek!

Dan korang semua yang ambil moratorium pun sama juga. Walau pun ansuran kau mungkin RM 100 sebulan, tapi bank akan tuntut juga ansuran 6 bulan tertangguh tadi atau RM 600 yang kau belum bayar tu.

Jadi, celah bedah mana yang bank rugi sampai RM 6.4 bilion ni?

Mampukah PKR bersendirian hadapi PRU15..??

Samada PH berpakat atau Keadilan bersendirian, peluang tewaskan M(B)N di Snap Election/PRU15 tetap wujud.


1) Saya sependapat dgn Iswardy Morni dlm bab undi dari penyokong UMPA$ ni. Tidak akan semudah yg disangkakan. Berkali-kali saya sebut akan berlaku undi "Outliers" dan pertandingan byk penjuru yg akan menyebabkan UMNO BN+PA$ atau M(B)N sukar nak tewaskan PH atau Keadilan.

2) Sebelum PRU14, setahun lebih awal dari dapatan Invoke, saya berhujah dgn Rafizi yg PH tidak perlukan PA$ dan 3 penjuru TIDAK BOLEH DIELAKKAN tapi PH akan menang jika 3 penjuru atau lebih. Masa tu Rafizi tidak yakin dan kata itu hanya "hearsay". Selepas setahun, Invoke lakukan kajian di lapangan, baru Rafizi setuju dgn saya, percaya dan ia ternyata benar. Kali ini juga saya tetap Optimis yg 3 penjuru tidak dapat dielakkan, begitu juga undi "Outliers" yg bakal menyebbkan M(B)N tewas di Snap Election atau PRU15.

3) DSAI pernah sebut dlm interview dgn CNA, dia tetap Optimis sbb undi UMNO BN + PA$ = tidak semestinya jadi majoriti. Seperti yg dikatakan oleh Ilham Centre mungkin tidak byk, tapi undi "Outliers" akan beri kesan. Secara peribadi...saya rasa kemungkinan akan berlaku undi protes terhadap calon mereka di atleat 30% Parlimen yg M(B)N bertanding. Itu dah cukup buat UMPA$ tumbang.

4) Saya pernah lihat sendiri tindakan ahli2 PA$ bila protes calon sendiri. Begitu juga UMNO. I can tell u...it's ugly. Setakat yg saya tahu tak ramai dlm Keadilan dan DAP akan buat kerja mcmtu kalau pun tak puashati dgn calon. Sekadar marah tapi tak undi protes. CONTOH : Dalam keadaan jentera2 lama diketepikan (termasuk saya) lalu mereka memboikot kempen Kulim-Bandar Baharu di PRU14 dulu, tapi undi tetap diberikan kpd calon dan kami membantu kwsan lain. Itu satu contoh, sbb semangat utk tidak membenarkan PNyamun menang, perasaan sendiri mesti dikorbankan.