Wednesday, March 29, 2023

GUAN ENG saman fitnah terhadap MUHYIDDIN


KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengemukakan saman fitnah terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung tuduhan mengaitkannya dengan pembatalan pengecualian cukai ke atas Yayasan Albukhary.

Guan Eng, 62, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu menerusi firma guaman Tetuan Guok Partnership di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan menamakan Presiden BERSATU itu sebagai defendan tunggal.

Sunday, March 26, 2023

LAWATAN PMX KE ARAB SAUDI GAGAL KATA WALAUN..!


 LAWATAN PM KE ARAB SAUDI: APA ISUNYA YANG DIKECOHKAN?

1. Selama tiga hari, setelah hanya empat bulan menjadi PM, DSAI melakukan lawatannya ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac 2023.

2. Pulang sahaja kelmarin, pembangkang membangkitkan tiga isu untuk menunjukkan lawatan PM dan delegasinya ke Arab Saudi gagal. 




3. Tiga isu tersebut ialah: (i) PM disambut oleh gabenor Jeddah sahaja, (ii) tidak dibawa masuk Kaabah; (iii) tiada pertemuan dengan Raja Salman atau Putera Mahkota Mohammed Salman.

4. Bagi menyedapkan lagi cerita, mereka membandingkan kejayaan lawatan TSMY dengan DSAI. Kata mereka, semasa TSMY melawat Saudi, beliau dan rombongannya disambut oleh Raja Salman.

5. Realitinya ialah TSMY mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi hanya setelah setahun menjadi PM. Hasrat TSMY untuk bertemu Raja Salman secara bersemuka pada Mac 2021 gagal apabila bertemu secara dalam talian sahaja. 

6. Tetapi kerana perbezaan (atau mungkin dendam) politik, lawatan DSAI digambarkan sebagai membazir duit negara dan sekadar lawatan makan angin sahaja. 

7. Mengapa begitu kecil jiwa kita menilai kejayaan atau kegagalan lawatan PM DSAI ke Saudi? Tidakkah boleh kita melihat kejayaan PM dalam tempoh hanya 3 hari lawatannya ke Saudi? 

i. Mengadakan pertemuan dengan OIC dan Liga Muslim Dunia di Makkah.
ii. Menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MOU) antara Dagang Nexchange Bhd dan Ajlan & Bros Holding Group Co; Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co; dan Qhub International Sdn Bhd dan Eromman Technologies Sdn. Bhd.
iii. Mendengar taklimat ahli perniagaan Malaysia mengenai penglibatan meluas mereka dalam bandar futuristik Neom, projek mega terbaru Arab Saudi, dan pelbagai peluang pihak industri dari Malaysia di sana.
iv. Membincangkan isu yang melanda dunia Islam dan inisiatif membina jaringan, berdasarkan nilai serta kerjasama bersama. 

8. Tidak berjaya lagikah lawatan DSAI dengan apa yang telah dilakukan dalam tempoh tiga hari lawatannya ke Saudi? Jika tidak berjaya lagi, saya tidak tahulah apa ukuran kejayaannya dari kaca mata pihak pembangkang.

9. Adakah tidak berjaya hanya kerana tidak dapat berjumpa dengan Raja Salman dan Putera Mahkota atau ada hujah lain yang lebih substantif?

10. Dalam hal ini, DSAI telah menjelaskan sebabnya. Sebenarnya, pimpinan Arab Saudi telah memohon supaya kunjungannya diperpanjangkan selama dua hari lagi untuk meneruskan pertemuan dengan pimpinan negara itu. Ini kerana Raja Arab Saudi dan Putera Mahkotanya telah menukar jadual mereka menjelang Ramadan.

11. Namun, DSAI terpaksa menolak dan berjanji akan datang lagi. Menolak kerana pada 25 Mac beliau dan kabinetnya ada majlis berbuka puasa dengan Agong, 27 Mac lawatan sehari ke Kemboja, dan 29 Mac lawatan ke China bertemu dengan 2 pemimpin besar China Xi Jinping & Li Qiang.

12. Tidakkah padat jadual itu? Tidakkah melibatkan perubahan besar jika ditangguhkan kepulangan dua hari lagi? Fahamilah kekangan masa PM kita yang bekerja kuat untuk negara.

13. Pembangkang juga mengkritik PM kerana tidak membawa bersama menteri agama? Kunjungan ini adalah berkaitan dengan hal ehwal semasa dan perdagangan, bukannya urusan agama. Jadi apa masalahnya?

14. Pembangkang juga mendakwa Raja Salman dan Putera Mahkotanya tidak suka PM kita. Faktanya ialah mereka adalah antara pemimpin luar pertama yang menzahirkan ucapan tahniah kepada DSAI selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai PM pada 24 November 2022.

15. Pada 25 November, Raja Salman dalam perutusan tahniahnya menzahirkan agar rakyat Malaysia terus maju jaya serta makmur. Putera Mahkota pula menzahirkan agar rakyat Malaysia terus sejahtera di bawah kepimpinan PM yang baharu. 

16. Jadi, apa masalahnya dengan lawatan PM ke Arab Saudi setelah tidak dapat berjumpa dengan pemimpin mereka? Masalahnya ialah pemimpin pembangkang sengaja hendak memalukan PM dan bermain politik. 

17. Bermain politik pun janganlah sampai ke tahap dendam dan benci. Kita sama-sama perlu menjaga imej dan hubungan baik dua negara. 

18. Malaysia dan Arab Saudi adalah rakan dagang terbesar. Pada tahun 2022, Arab Saudi merupakan destinasi eksport ketiga terbesar dan sumber import terbesar di rantau Asia Barat, dengan jumlah dagangan dua hala bernilai RM45.52 bilion (USD10.26 bilion). Itu belum mengambil kira lagi keperluan kuota haji yang kita perlu dari Arab Saudi setiap tahun.

19. Jika tidak berpuas hati juga dengan hasil lawatan dan kos lawatan PM ke Arab Saudi, tanya PM sendiri di parlimen. Setiap Selasa PM sedia menjawab. 

20. Jangan pula tidak datang masa itu. Dari situlah, baru rakyat tahu apa sebenarnya isu yang dikecohkan oleh pembangkang ini.

DATO DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF
Ketua Pengarah J-KOM

Wednesday, March 15, 2023

MP PN TARIK BALIK FITNAH DALAM DEWAN KATA ADA PERARAKAN LGBT..!


 Masa berucap bukan main semangat.. LGBT sana LGBT sini.. bila kena tanya apakah betul anda katakan itu boleh pulak jawab TAK PASTI..

Sepatutnya pertahankan apa yg dikatakan tu bukan sekadar memainkan persepsi sahaja.. 



Nukilan Rafdan 

Pelabur belom ada untuk melabur di KXP, sekadar surat tawaran sahaja..!


 Akhirnya Sanusi mengaku bahawa ada dua syarikat yang ditawarkan untuk membina KXP selepasmana ECK telah dibatalkan kelulusan pembinaan oleh kerajaan negeri.

Antara 2 syarikat tersebut salah satu daripadanya adalah milik TS Syed Mokhtar dan satu lagi Sanusi tak nyatakan.

Sila dengar video nie apa kata Sanusi... yg jelas pelabor belom ada..

Jelas sekarang jika ikut kata menteri di Kementerian sana belom ada permohonan dan belom ada dibawa pelabor untuk jumpa di kementerian jadi datang mana isu kerajaan pusat membatalkan dan tak meluluskan projek tersebut.

Monday, March 13, 2023

KXP KINI GILIAQ SANUSI BAWA PELABUR JUMPA MENTERI ..


 Alhamdulillah TUANKU.. 

PMX dan MENTERI dah buat kenyataan dengan menyuruh kerajaan negeri bawalah pelaboq yg nak bina KXP tu mai kementerian jumpa utk proses bagi lesen..

Lesen kebenaran yg sebelom nie dah terbatal bilamana pelaboq lama di terminate oleh kerajaan negeri...

Kan Sanusi kata KXP nie nak dibina guna kaedah pelaboq yg melaboqnya.. jadi kerajaan pusat dah bagi greenlight MB gunalah kehebatan dia yg kata banyak bawa pelaboq masuk tu pie laboq kat KXP...




BANG MIE KOLA

LOAN KWSP - PMX BAGI JORAN TAK BERI UMPAN..


 Idea untuk pinjaman kalau terdesak perlu KWSP adalah idea SANGAT BAIK untuk rakyat short term dan long term.

- Sebab? Rakyat "dipaksa" bayar balik untuk simpanan hari tua dia sendiri.

- Elakkan inflasi kalau keluar serentak. Yg keluar sedikit, tapi yang akan kena inflasi SEMUA RAKYAT termasuk yg tak keluar.

- Bila dah inflasi OPR akan naik. Yang tak keluar kwsp pun akan kena tanggung kenaikan OPR.

- KWSP tak perlu cair kan aset yg sedang di labur. Mengurangkan risiko pulangan pelaburan yg kurang yg akan memberi kesan kepada SEMUA pencarum. Bukan sekadar yg layak keluar sahaja. 

Sunday, March 12, 2023

BETULKAH DAKWAAN MUHYIDDIN KERAJAAN PERPADUAN GAGAL?


 BETULKAH DAKWAAN MUHYIDDIN KERAJAAN PERPADUAN GAGAL?

1. Berucap dalam persidangan Bersatu hari ini, TSMY mendakwa kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai gagal. Katanya, “Bukan kita yang kata mereka gagal. Tetapi rakyat yang kata.” 

2. Beliau merujuk kenyataannya merujukkepada kaji selidik yang dilaksanakan oleh sebuah firma penyelidikan dengan kerjasama media arus perdana. 

3. Saya juga rakyat, tetapi berasa amat puas hati dengan pemerintahan PM Anwar. Sejak mengangkat sumpah jawatan pada 24 November 2022, pelbagai usaha telah dilakukan oleh PM Anwar untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

4. Kerajaan meminda perlembagaan mengenai kerakyatan, menghidangkan menu rahmah RM5 kepada golongan miskin tegar, memotong 20% gaji menteri sehingga ekonomi pulih, membawa masuk pelabur, dan membina hubungan yang baik dengan negara luar.

Friday, March 10, 2023

Melawan "RASUAH" itu Dendam??


 Melawan "RASUAH" itu Dendam??

Saya meneliti kritikan dilontarkan oleh Saudara Wan Saiful yang menuduh Perdana Menteri Malaysia sebagai seorang "pendendam" apabila beliau dan sekutunya dihadapkan ke mahkamah, atas dakwaan "RASUAH" . Bagi saya ia adalah ucapan yang bersifat marah dan gambaran kepada keadaan beliau pada ketika itu yang tertekan dengan pembongkaran demi pembongkaran dilakukan SPRM. 

Beliau menyifatkan penahanan dan pendakwaan pimpinan utama Bersatu dalam kes "RASUAH" ini dilihat sebagai tindakan balas dendam, adalah jelas terpesong dan dangkal. Mana mungkin sesuatu yang tidak mempunyai bukti boleh dijadikan asas bagi sesuatu kes itu dibuka di mahkamah.

MUKHRIZ - USAH RETORIK MENGENAI KXP, HENTI UMUM PROJEK MEGA YANG TAK MENJADI. BAIK SANUSI TUMPU SELESAI MASALAH RAKYAT


 Penjelasan dan nasihat DS Mukhriz berkenaan Kulim Airport (KXP)

KENYATAAN PRESIDEN PARTI PEJUANG TANAHAIR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JITRA
 
“USAH RETORIK MENGENAI KXP, HENTI UMUM PROJEK MEGA YANG TAK MENJADI. BAIK SANUSI TUMPU SELESAI MASALAH YANG SEMAKIN MEMBEBANKAN RAKYAT.”
 
1. Saya merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md. Nor kepada soalan saya berkenaan bayaran deposit untuk pengambilan tanah bagi tujuan Kulim International Airport (KXP) yang sepatutnya dibayar oleh pihak Kumpulan ECK. YAB Menteri Besar telah menyatakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada November 2021 bahawa Kumpulan ECK akan membayar lebih RM2.0 bilion untuk tujuan itu. Bagaimanapun, saya mendapat pengesahan bertulis daripada Kerajaan Negeri bahawa Kumpulan ECK sehingga kini tidak membuat sebarang bayaran kepada pihak KXP Airportcity Holdings Sendirian Berhad (KXPACH) mahupun Kerajaan Negeri.
 
2. Sebagai latar belakang, pada Januari 2020 kawasan tanah seluas 3,982 hektar di Sidam Kiri, Kedah telah dikenalpasti sebagai sesuai untuk dibangunkan sebuah lapangan terbang kargo antarabangsa serta kawasan perindustrian berkaitan sektor penerbangan, logistik dan pengeluaran.
 
3. Setelah Kerajaan Negeri Kedah bertukar tangan dari Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional pada Mei 2020, beberapa ketetapan utama berkenaan KXP telah diubah. Antara lain, pada 2 Ogos, 2021 Kerajaan Kedah telah menandatangani perjanjian perkongsian dengan Kumpulan ECK untuk membina lapangan terbang KXP itu. Sebuah syarikat bertujuan khas, yang mana Kumpulan ECK memiliki 80 peratus ekuiti, telah ditubuhkan.
 

DAKWAAN RASUAH DI MAHKAMAH, ZALIM MAI KOT MANA.. TAK BERSALAH BELA LAH DIRI..!


 JANGAN JADIKAN DAKWAAN RASUAH SEBAGAI MODAL POLITIK PERKAUMAN

1. Esok TSMY akan didakwa atas pertuduhan rasuah berkaitan dengan dana Jana Wibawa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
 
2. Apa itu Jana Wibawa? Jana Wibawa adalah Program Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa yang diluluskan oleh kerajaan pada 12 November 2020 semasa TSMY menjadi PM. 

3. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan serta meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan. 

4. Terdapat 56 projek di bawah program Jana Wibawa bernilai RM6.3 bilion, dan dilaporkan Bersatu menerima sumbangan lebih RM300 juta daripada kontraktor bagi projek ini. Susulan itu, SPRM bertindak membekukan akaun Bersatu. 

Wednesday, March 1, 2023

ANTARA ROYALTY PETROLIUM DENGAN ISU PERKAUMAN..!


 USAH JADIKAN ROYALTI PETROLEUM SEBAGAI ISU PERKAUMAN

1. Selepas pembentangan bajet 2023, segelintir ahli parlimen mendakwa negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, dan Terengganu diketepikan, manakala Pulau Pinang yang majoritinya Cina diutamakan.

2. Dengan dakwaan ini, tular dalam media sosial bahawa Melayu sedang ‘disembelih’ di tanah airnya sendiri, bahawa pemimpin Melayu dalam kerajaan perpaduan berdendam dan berbuat zalim terhadap bangsa sendiri.

3. Antara bukti yang mereka bawa ialah penafian royalti petroleum untuk Terengganu dan Kelantan. Betulkah dakwaan ini?