Sunday, July 22, 2018

Sg. Petani - Udang galah 70 sen, cencaru 20 sen jadi rebutan

Udang galah 70 sen, cencaru 20 sen jadi rebutan
SUNGAI PETANI - Kedai ikan berhadapan Masjid Al-Majidi (Masjid Kuning) Sungai Layar dekat sini, menjadi tumpuan ramai apabila ikan kembung atau lebih dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai ikan temenung dijual hanya pada harga RM0.05 sen dan RM0.30 sen seekor.

Orang ramai terutamanya penduduk di sekitar kawasan itu mula beratur seawal pukul 2 petang apabila mengetahui maklumat mengenai jualan ikan murah serendah RM0.05 sen itu tular di laman sosial sejak semalam.

Seorang pelanggan, Noraliza Ismail, 38, dari Kampung Zainal Abidin, Bedong, dekat sini, berkata, dia bertolak ke lokasi kira-kira pukul 2 petang tadi supaya tidak ketinggalan untuk mendapatkan ikan pada harga yang murah.

"Orang ramai memang tunggu dari awal, sekejap sahaja ikan 5 sen itu habis dijual..saya sempat membeli 40 ekor ikan temenung yang dijual pada harga RM0.05 sen seekor dan 20 ekor lagi pada harga RM0.30 sen seekor," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, dia sedia maklum mengenai kedai ikan itu yang sering menawarkan harga hasil laut yang lebih murah dari harga pasaran, malah sudah lima kali berkunjung ke situ setiap kali diadakan promosi jualan murah.

Beza Parlimen dulu dan kini

http://www.malaysia-chronicle.com/wp-content/uploads/2018/07/maxresdefault-84.jpg
SIDANG Parlimen pertama kerajaan PH mencatat sejarah apabila banyak tempat duduk bertukar. Almaklumlah yang dulu kerajaan kini pembangkang, yang dulu pembangkang kini kerajaan.

Inilah pertama kali sejak lebih 60 tahun, BN/Umno yang menerajui kerajaan kini bertukar menjadi pembangkang setelah ditolak rakyat pada 9 Mei.

Inilah juga pertama kali ahli Yang Berhormat dari parti pemerintah, Ramkarpal Singh (DAP Bukit Gelugor), diusir keluar Dewan oleh Speaker yang dilantik kerajaan.

Tindakan Speaker, Datuk Mohamad Arifd Md Yusof itu adalah susulan keengganan YB berkenaan menarik balik perkataan ‘samseng’ yang disebutnya pada sesi pagi.

Biasanya sebelum ini Speaker hanya berani mengusir YB dari parti pembangkang. Sebab itu tidak pernah dengar YB kerajaan kena usir.

Maka itulah bezanya Speaker kerajaan lama dengan Speaker kerajaan baharu!

Nasrudin usah malu-malu nak sokong Umno

 
PRK SG KANDIS | Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dinasihat supaya berterus terang dalam menyatakan pendirian parti itu terhadap Umno serta BN menjelang pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis pada awal bulan depan.

Bekas calon PAS untuk kerusi parlimen Indera Mahkota itu juga dinasihatkan supaya menunjukkan kematangan dan berhemah dalam sikapnya menyokong Umno, bukan mencipta alasan serta menabur fitnah.

Pengarah Strategi Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) Ahmad Syukri Ab Razab berkata dengan sikap yang betul Nasrudin boleh menyampaikan mesejnya dengan lebih jelas kepada pengundi di kawasan dewan undangan negeri berkenaan.

"Pada pandangan saya Nasruddin masih malu-malu menunjukkan sokongannya kepada Umno dan BN.

"Dia sepatutnya perlu lebih berterus terang untuk menyeru pengundi agar menyokong calon Umno," katanya.

Menurut Ahmad Syukri lagi Nasrudin bukan seorang pemimpin yang naif dan sepatutnya cukup faham HARAPAN masih dalam fasa 100 hari pemerintahan.

"Lebih daripada itu ada janji-janji yang diungkit Nasrudin hari ini tidak termasuk dalam kategori yang perlu ditunaikan dalam tempoh 100 hari pertama HARAPAN menjadi kerajaan, seperti menghapuskan tol," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelantan tetap nak royalty 5% berdasarkan pengeluaran, meniaga untung rugi lantak kerajaan pusat

Kelantan tetap mahu royalti minyak 5 peratus

Kerajaan Kelantan tetap dengan pendirian supaya agihan royalti minyak ke negeri itu diberikan sebanyak lima peratus daripada hasil pengeluaran.

Malah timbalan menteri besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, penyaluran royalti minyak itu tidak sepatutnya berasaskan keuntungan seperti diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin.

"Pada padangan kami tidak sepatutnya royalti dibayar berasaskan keuntungan, kerana pengeluaran lebih penting.

"Soal untung rugi adalah berdasarkan perniagaan. Kalau harga minyak mahal atau jualan tinggi, banyaklah kita dapat, tapi jika jumlah jualan rendah atau harga turun, keuntungan rendah yang kita dapat.

"Buat masa ini kerajaan negeri belum melakukan pengiraan, boleh jadi pengeluaran lebih banyak atau mungkin keuntungan lebih tinggi kerana ia bergantung kepada perniagaan.

Bukan sekadar wang untuk jadi pelanggan firma barang kemas Lubnan

Bukan sekadar wang untuk jadi pelanggan firma barang kemas Lubnan

Global Royalti Trading SAL, yang melabelkan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai “pelanggan lama” adalah firma barang kemas yang sangat ekslusif sehinggakan tidak semua orang boleh dengan mudah berurusan dengan mereka, biarpun mereka memiliki wang.

Firma yang berpengkalan di Lubnan itu merupakan pembekal barang kemas antarabangsa dengan pelanggan-pelanggan yang ekslusif termasuk keluarga raja, selebriti dan ahli politik.

Daripada semakan yang dibuat menunjukkan antara pelanggannya ialah pelakon pemenang anugerah Angelina Jolie, supermodel dan pelakon Naomi Campbell, mogul media Amerika Syarikat Oprah Winfrey, keluarga diraja Arab Saudi dan tokoh-tokoh yang cukup kaya dari Timur Tengah, lapor Asia One.

Sumber berkata, berurusan dengan firma berkenaan tiba kepada seuatu peringkat pelanggan tidak perlu datang bertemu mereka, sebaliknya mereka pergi bertemu pelanggan.

“Begitulah proses bagaimana mereka yang kaya raya membeli apa yang dikehendaki. Barang kemas dihantar kepada mereka, mereka pilih apa yang mereka mahu dan bayar untuk semua itu.

Demi #MUAFAKAT bersama BN, PAS seru tolak calon PH

PRK SG KANDIS : TOLAK PH


1. PAS tidak menghantar calon kerana PAS telah memutuskan awalnya untuk memastikan Pilihanraya Kecik Sg Kandis menyaksikan hanya 1 lawan 1. (Supaya undi pembangkang tidak pecah dan PH mudah ditewaskan. Asal Bukan Pakatan Harapan -ABAH)

2. PH mesti dikalahkan dalam PRK Sg Kandis. Ia menjadi satu isyarat kepada kerajaan PH bahawa rakyat tidak mahu terus dipermain dengan kegagalan PH menunaikan janji pilihanraya seperti hapuskan tol, turunkan harga minyak, hapuskan hutang peneroka felda dan banyak lagi yang boleh disenaraikan kemudian.