Orang ramai terutamanya penduduk di sekitar kawasan itu mula beratur seawal pukul 2 petang apabila mengetahui maklumat mengenai jualan ikan murah serendah RM0.05 sen itu tular di laman sosial sejak semalam.
Seorang pelanggan, Noraliza Ismail, 38, dari Kampung Zainal Abidin, Bedong, dekat sini, berkata, dia bertolak ke lokasi kira-kira pukul 2 petang tadi supaya tidak ketinggalan untuk mendapatkan ikan pada harga yang murah.
"Orang ramai memang tunggu dari awal, sekejap sahaja ikan 5 sen itu habis dijual..saya sempat membeli 40 ekor ikan temenung yang dijual pada harga RM0.05 sen seekor dan 20 ekor lagi pada harga RM0.30 sen seekor," katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, dia sedia maklum mengenai kedai ikan itu yang sering menawarkan harga hasil laut yang lebih murah dari harga pasaran, malah sudah lima kali berkunjung ke situ setiap kali diadakan promosi jualan murah.