Friday, December 31, 2021

BALAK TERAPUNG TANGGUNG JAWAB SIAPA.. SEMUA TERLONDEH DEK KUASA ALLAH..!


 Oleh: Aminuddin Yahaya

Astaghfirullahalazim. Mengucap panjang dan termenung saya apabila melihat foto yang diambil oleh media semalam ini.

Foto-foto ini diambil oleh wartawan di Karak, Bentong. Untuk yang tak berapa jelas atau tidak percaya, inilah ribuan balak yang terapung di atas air banjir.


Menurut akhbar-akhbar berita, secara spesifik, ini adalah di Sungai Telemong. Dan dikatakan juga inilah yang mengakibatkan banjir yang dahsyat di kawasan itu.

Lebih menyayat hati, dilaporkan juga yang orang-orang kampung di situ ada yang meninggal dunia dan ada yang hilang ketika banjir berlaku. 

Wednesday, December 29, 2021

HARAM JADAH - AKHIR NYA RAKYAT JUGA YANG DI PERSALAHKAN


 Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 26/12/2021
( 1 -  23 )

1.   Pemimpin yang mabuk kuasa tapi rakyat yang salah 

2.   Pemimpin yang menyalah guna kuasa dan rasuah  tapi rakyat yang salah 

3.    Pemimpin yang rompak harta negara tapi rakyat yang salah 

4.   Pemimpin yang bergembira bercuti disana sini ,  dan rakyat yang mengharungi banjir tapi rakyat yang bersalah 

5.  Pemimpin yang RAMPAS  KUASA tapi rakyat juga yang salah 

6.  RAKYAT  TAK  SALAH  TAPI AKHIRNYA  RAKYAT  TETAP  SALAH 

7.  Yang tak salah ialah pemimpin kerana mereka ini mungkin Malaikat atau Nabi yang MAKSUM 

8.   Perkataan HARAM JADAH  memang  kasar  tapi rakyat masih ingat bagaimana   Najib Tun Razak di Temerloh , Pahang MEMAKI  HAMUN mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan Pengapungan Felda Global  Ventures atau FGV 

9.   Dari awal MALAPETAKA  yang melanda sebahagian negara kita , TIDAK ADA  sebarang kerjasama atau koordinasi di antara Kerajaan Pusat , Negeri dan Daerah 

10.   Apakah kerana Selangor dan  Negeri Sembilan di Perintah oleh BUKAN  BN atau PN  maka sengaja dibiarkan  agar rakyat menderita? 

Bencana: Kembalikan Tugas Kepada PDRM & ATM Sebelum Terlambat


 KUALA LUMPUR, 26 Disember 2021 – Keadaan kelam kabut pengurusan bencana banjir yang tidak cekap di Malaysia hari ini mendapat perhatian banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang turut menasihatkan semua pihak agar pulang ke pangkal jalan, sebelum terlambat.

“Nasihat saya, balik ke pangkal jalan dan serah kembali tugas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui agensi-agensi awam di bawah POMAN atau Public Order Manual yang ditandatangani oleh Inspector General of Police (IGP) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT),” tegas Tun Mohammed Hanif Omar.

Beliau berkata, jika dahulu kita ada Pusat Kawalan Malaysia, (MCC-Malaysian Control Centre), Suruhanjaya Aduan Khas (SCC-Special Complaints Commission) dan Pusat Kawalan Daerah (DCC-District Control Center) di 3 peringkat PDRM ini dan di situlah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta wakil agensi-agensi kerajaan berpusat.

PERBEZAAN ANTARA KERAJAAN PH & BN/PN MENANGGANI BENCANA ALAM


PERBEZAAN KERAJAAN PH DENGAN KERAJAAN BN & PN DALAM MENANGANI BENCANA ALAM:

RUJUKAN BENCANA PENCEMARAN UDARA DI PASIR GUDANG 2019 DENGAN BENCANA BANJIR DI LEMBAH KLANG 2021

Ulasan Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

1. Bencana Pencemaran Udara di Pasir Gudang 13 Mac 2019

Pada 13 Mac 2019 Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memfailkan Usul di Dewan Rakyat supaya diadakan perbahasan di Parlimen tentang bencana Pencemaran udara di Pasir Gudang yang mengancam nyawa rakyat dan menuntut Kerajaan mengisytiharkan Darurat di Pasir Gudang.

Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Datuk Arif Mohd Yusof membenarkan usul itu dibentangkan di Dewan Rakyat dan dibahaskan pada jam 4.00 petang 14hb Mac 2019. Dua orang ahli parlimen Kerajaan dan dua orang ahli parlimen pembangkang membahaskan usul tersebut.

Kemudian Timbalan Menteri Undang-Undang dan parlimen, YB Hanipah Maidin (Sepang) menjawab bagi pihak Kerajaan. Walaupun tuntutan supaya Darurat bencana diisytiharkan di Pasir Gudang ditolak oleh Kerajaan tetapi kerajaan berjanji untuk melakukan segala usaha bagi membantu rakyat di Pasir Gudang seolah-olah Darurat diisytiharkan. Demikianlah jaminan Timbalan Menteri YB Hanipah Maiidin.

RAKYAT JAGA RAKYAT - KERAJAAN KAYANGAN SUSAH TURUN KE BUMI.


24 Disember 2021

1. Nafsu memuncak pemimpin kerajaan untuk mengekalkan kuasa dan pangkat serta kedudukan sesama sendiri mengakibatkan nasib rakyat menjadi korban banjir teruk dibeberapa negeri. 

2. Kerakusan kerajaan pimpinan Ismail Sabri untuk mengekalkan dan memusatkan kuasa politik menyebabkan nyawa rakyat terancam. Amalan ini berterusan sejak ketika permulaan wabak Covid-19 sehingga bencana banjir. 

3. Semakin ramai menteri, yang kini berjumlah lebih tujuh puluh orang, dan penasihat Perdana Menteri yang dilantik, semakin bercelaru dan tiada arah tuju kerajaan hari ini. 

4. Ramai pemangku jawatan penting lantik tanpa mengetahui apakah tugas mereka walaupun puluhan ribu gaji sebulan di bayar. Itu pun Perdana Menteri memberi markah ajaib 90 peratus atas "prestasi" mereka. 

PANAS.. PUNCA SEBENARNYA SELANGOR BANJIR..!


 oleh Megat Hisemudin Megat Kasem

Saya berikan dua fakta utama:

1. Selangor kegondolan dek pembangunan tidak terancang maka air larian dan air permukaan terus ke parit, longkang dan sungai. 

Sungai menjadi cetek sbb keladak dari hulu sungai atau parit atau longkang menjadikan laluan air ini tidak mampu utk menampung kuantiti air yg semakin besar. 

Maka limpahan air ini menyebabkan banjir. Rasanya faktor ini ramai yg setuju dan tahu. 

2. Faktor kedua rasanya ramai yg tak menduga bahawa kejadian taufan tropika Rai di Filipina secara langsung dan tak langsung menyebabkan banjir besar di Selangor. 

TERKINI - PEMUDA AMANAH DEDAHKAN HASIL KUTIPAN WATER JET DAN BARANG YANG DIBELI


Kutipan untuk water jet jam 5 ptg tadi sebanyak RM9,591.80.

Beli 9 water jet total RM7,092.00.

Baki RM2,499.80.

Malam tadi juga telah edar ke beberapa tempat sekitar Hulu Langat, Puchong, Shah Alam, Kota Raja, Sepang, Kuala Langat.

Ni pun sejak kul 8 tadi pun masih rancak masuk. Di sana rancak, di sini rancak, mana-mana rancak. Pahala. Insya Allah esok kami update lagi.

#AmanahPeduli
#WaterJetPemudaAmanah

Wednesday, December 22, 2021

Apabila PEMUDA AMANAH dikatakan nak beli water jet harga Yahudi..!


Apabila si bodoh memberi komen tanpa guna akal yg waras dan juga komen disebabkan busuk hati tanpa berfikir maka wujudlah komen2 bangang seperti di wall fb pemuda amanah skrg nie..

Ramai sdg kondem mereka sbb nak beli water jet RM1000 sebiji... jadi pada mereka inilah masanya nak kondem Amanah sbb nak beli water jet dikatakan harga yg mahal sdgkan mereka tak tahu jenis apa yg nak dibelinya..


 Alhamdulillah.. bilamana nak buat kerja ikhlas maka komen mereka2 yg bebal tadi akan di bela oleh netiZen lain yg tolong memberikan jawapan sebenarnya...

MENTERI TAK SIUMAN RAKYAT TOLONG RAKYAT !!


 MENTERI  TAK  SIUMAN RAKYAT  TOLONG  RAKYAT !!

Datuk Tamrin Tun Ghafar 

Selasa - 21/12/21
( 1 -  25 )


1.  Dibayar gaji RM57,227  sebulan - itu TIDAK  termasuk , kereta , pemandu , ADC  dan pembayaran allowance lain , namun cara pemikiran beliau lansung TIDAK  setimpal  dengan  cara pemikiran beliau 

2.  Sebagai  tokoh Agama dan memandangkan pula jawatan Menteri yang dipegangnya ,  sepatutnya Timbalan Presiden PAS  , Tuan Ibrahim Tuan Man , JIKA punyai  MARUAH  dan sifat TANGGUNG  JAWAB   TIDAK  akan menerima sebarang jawatan  Kabinet pun 

3.  Kenyataan awal beliau  bahawa negara TIDAK  terjejas dengan kesan Taufan Rai berpunca dari Filipins  AMAT BODOH  dan datang nya dari seorang  yang TIDAK  SIUMAN - ia TIDAK boleh diterima oleh rakyat  apatah lagi dimaafkan 

4.  Amat MEMALUKAN , tapi itulah  CETEK Dan BANGANGNYA PEMIKIRAN  Menteri Alam Sekitar Dan Air  berhubung banjir yang melanda kita 

BILAMANA FITNAH BERLEGAR MENGATAKAN YB DAN ADUN PH HILANG DI KAWASAN BANJIR..!


 Yang tersebar di pejabat-pejabat atau jabatan tempat kerja penduduk seluruh Selangor atau KL sekarang ialah:

"Wakil rakyat PH tak turun buat kerja bantu mangsa banjir"

Itu intinya. Tujuannya tidak diketahui tapi ia seumpama senjata fitnah yang tajam untuk merosakkan pemerintahan.

Tuesday, December 21, 2021

MENTERI DAN NADMA GAGAL.. SIAPAKAH MENTERI TERSEBUT..?


 Nama dia Abdul Latiff Ahmad.

Latif adalah bekas pemimpin UMNO yang lompat ke BERSATU. 

Selepas UMNO pilih Ismail jadi Perdana Menteri, Ismail lantik Latif dari BERSATU ini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas). 

Rekod Pengisytiharan Harta di SPRM menunjukkan gaji dan imbuhan Latif adalah RM89,900 setiap bulan.

Lebih kurang gaji Duta Khas Timur Tengah. 

Perasan tak Ismail suka lantik berdozen-dozen “Khas” seperti Duta Khas, Penasihat Khas. 

Baiklah, tugas Latif adalah untuk jaga Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri (NADMA). 

BANJIR.. NAJIB TAK PAYAH NAK SPIN.. NADMA DAN KERAJAAN BN/PN YANG GAGAL!


 PENYAGAK NAJIB TAK PAYAH SPIN LAH SALAHKAN GOV NEGERI DAN NADMA..JELAS MEMANG KERAJAAN BN/PN, HATTA PM SENDIRI KERAJAAN GAGAL..

Nampaknya Najib cuba sedapa upaya dengan laskar Sibernya nak salahkan Kerajaan Negeri.. Nak cover klemahan UMNO..Acah acah nak tunjuk adil , Kritik NADMA.. sebab hat jaga NADMA dari Bersatu biarpun bekas UMNO..

Untuk Pengetahuan Penyangak.. NADMA, MKN, JPS,ATM,PDRM, JPAM HATTA KKM.. semua bawah persekutuan...Kerajaan Negeri tak boleh beri arahan.. Depa ni hat bertanggung jawab atas apa jua Bencana termasuk Covid-19..

Monday, December 20, 2021

Kerugian harta benda salah pemimpin atau penduduk?


 Kerugian harta benda salah pemimpin atau penduduk?

Kita ada 3 bangunan antara 10 tertinggi di Asia 
PENGURUSAN NEGARA LEBIH TERUK DARI ZIMBADWE 

Kita tidak boleh menghalang bencana banjir ini kerana ia kehendak Tuhan tetapi kita boleh mengurangkan kerugian harta benda jika mahu.. Insyallah. Tapi ia tidak berlaku kerana banjir ia bukan seperti sambaran kilat berlaku sepantas cahaya. Jadi di mana dan silapnya?

Hari ini ada kawasan banjir telah surut dan ada juga kawasan terutama di Klang yg mengalami air laut pasang telah membuatkan banjir termenung berlaku (lambat surut) hingga memakan masa berhari hari lamanya utk surut.

Kita dpt melihat kerugian harta benda mangsa banjir terutamanya kenderaan. Kerugian secara purata dianggarkan sekitar RM 50- RM 100k utk setiap isi rumah. 

RAKYAT INGIN MELIHAT PERTOLONGAN BESAR-BESARAN DIGERAKKAN OLEH KERAJAAN!


 RAKYAT INGIN MELIHAT PERTOLONGAN BESAR-BESARAN DIGERAKKAN OLEH KERAJAAN.

1. Saya fikir, majoriti rakyat marhaen sama seperti saya. Apabila bencana dahsyat menimpa, kami ingin melihat asset negara digerakkan dan dipertontonkan kepada rakyat jelata. 

2. Helicopter tentera, polis, bomba dan segalanya dipertontonkan kepada kami bagaimana mereka sibuk terbang ke sana ke sini. 

3. Kami juga ingin melihat bagaimana segala jenis bot penyelamat meredah banjir dan menyelamatkan satu persatu mangsa banjir.

4. Kami juga ingin melihat segala trak tentera, polis etc juga sibuk merempuh banjir.

5. Tapi, saya gagal melihat apa yg saya inginkan. 2 hari saya mencari berita seperti ini dalam media tetapi hampa, kerana tidak ketemu. Jika ada pun, hanya berita kecil dan kelihatan terpinggir.

USUL BERKENAAN BANJIR DI TOLAK OLEH PARLIMEN PAGI TADI.. KENAPA?


 MENGAPA PARLIMEN TIDAK MAHU BINCANG ISU BANJIR??

Pagi ni 20 Disember 2021, pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat bagi sidang kali ini, Speaker Dewan menolak permintaan daripada blok pembangkang dan juga penyokong kerajaan untuk membincangkan usul berkenaan banjir.

Ia dimulakan oleh YB Bagan, Lim Guan Eng apabila beliau berdiri memohon izin drpd Tuan Speaker untuk membincangkan isu banjir.



SUKAN NEGARA MAKIN MEMBUSUK.. BUKTI NYATA DEPAN MATA!


 JALAN KEJAYAAN YANG SEMAKIN... MENJAUH

Pecatlah Tan Cheng Hoe, silakan.

Tapi siapa pun jurulatih yang datang, bertaraf profesor, dari Korea atau Jepun sekali pun, sekiranya yang masih memegang serta mengurus liga dan persatuan bola kita masih lagi orang yang sama, maka natijah keputusannya tetap sama.

Masalah utama kita bukan sangat tentang visi jurulatih, tetapi tangan-tangan ghaib yang cuba menunjuk bahawa dialah yang paling pandai dan penentu segalanya tentang bola negara.

Masalah bola kita - dan sukan Malaysia secara umumnya - adalah tentang soal profesionalisme. Tatakelola pentadbiran juga pengurusan, politik dan kroni di mana-mana.

Sunday, December 19, 2021

Mengapa Lembah Klang alami banjir luar biasa kali ini?


 Mengapa Lembah Klang alami banjir luar biasa kali ini? 

Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah dari UM cakap curahan hujan kali ini empat kali ganda lebih banyak daripada biasa akibat tekanan rendah di tengah Semenanjung. 

Tekanan rendah ini yang menjana hujan secara besar-besaran. Kalau ribut petir biasa, hujan lebat hanya beberapa jam. 

Hujan lebat bukan turun di Lembah Klang. Hujan besar-besaran turun di Banjaran Titiwangsa. 

Air hujan yang turun di Banjaran Titiwangsa inilah masuk ke sungai-sungai utama di Selangor. Kesannya, sebahagian besar sungai di paras bahaya.

Sungai Selangor yang mengalir dari Kuala Kubu Bharu di timur dan masuk ke Selat Melaka di Kuala Selangor di barat pun sudah paras bahaya. 

Friday, December 10, 2021

APA HEBATNYA ANAK SHARIZAT YANG GAGAL PROJEK LEMBU KONDO DIANGKAT ANNUAR MUSA JADI PENGARAH MDEC!


 SURAT TERBUKA BUAT TAN SRI ANNUAR MUSA

Hari ni ramai orang tag dan mesej aku pasal menteri MCMC, Tan Sri Annuar Musa yang mempertahankan lantikan anak Kak Jat NFC sebagai pengarah dalam MDEC. Maka aku terpanggil untuk menulis sebuah warkah terbuka ini kepada Tan Sri Annuar Musa. Aku mengharapkan ia sampai dan dibaca beliau.

Assalamualaikum Tan Sri yang dimuliakan Allah,

Saya Aliff. Seorang anak muda yang lahir daripada sperma dan ovum orang miskin. Kedua ibu bapa saya bukan sesiapa, hanyalah rakyat Malaysia biasa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bukan anak Tan Sri, bukan anak Dato’. Ayah saya hanyalah seorang pegawai rendah kerajaan, mak pula hanya seorang penjual kuih di tepi jalan untuk membantu ekonomi keluarga yang berada dalam kemiskinan bandar.

PERBEZAAN HUJAH PIMPINAN PAS DALAM PARLIMEN ERA UST FADHIL NOOR DENGAN ZAMAN SEKARANG!


 Almarhum Ust Fadzil Noor pernah berhujah dalam parlimen suatu ketika dahulu membawakan kisah seorang Gabenor di zaman Umaiyah yang terkenal dengan kezaliman, iaitu Hajjaj bin Yusuf Atthaqafi.


Hajjaj adalah antara pemimpin yang banyak berjasa kepada umat Islam. Antaranya memperkenalkan tanda dan huruf pada tulisan Arab yang memudahkan umat bukan Arab untuk membaca Al-Quran atau Hadith. Bahkan jasanya dirasai sehingga kini.

Namun walau sebesar manapun jasa seorang pemimpin, Islam tidak pernah mengajar umatnya berkompromi dengan apa jua bentuk kezaliman.

JIKA PAS IKHLAS AJAK AMANAH NAK BERMUAFAKAT KENAPA PERLU BERSYARAT..?


 JIKA IKHLAS NAK BERMUAFAKAT KENAPA PERLU BERSYARAT..

🔴 SYARAT PAS LETAKKAN IALAH AMANAH KENA TINGGALKAN PH dan DAP

Jika dilihat syarat ini ia bukan kearah nak bagi jadi tapi sekadar ajak2 ayam untuk mendapat mendapat habuan yg lebih besaq...

kita unduq sat cerita apa itu MUAFAKAT NASIONAL.. ia merupakan gabungan antara UMNO dan PAS... gabungan ini menjual modal gabungan antara MELAYU ISLAM terbesaq dalam negara... nanun bilamana disebut besaq kenapa tak ajak yg parti yg lain sama spt AMANAH, BERSATU, PEJUANG....

Semua dunia tahu skrg gabungan MN sdg dilanda gelora dimana PAS telah pergi BERKAHWIN dengan janda UMNO..iaitu BERSATU..dan buat PN... dan telah cuba bawa BERSATU balik MN... namun UMNO menolak sbb meluat tengok muka BERSATU...

Wednesday, December 8, 2021

PERLUKAH NAJIB KE PENJARA SEKARANG?


 Kenyataan Media
Ahli Parlimen Pasir Gudang

Isu: Patutkah Perlaksanaan Hukuman Penjara Terhadap Bekas Perdana Menteri Najib Razak ditangguhkan Sehingga Keputusan Rayuannya di Mahkamah Persekutuan?

Permohonan penggantungan perlaksanaan hukuman (stay of execution) telah difailkan oleh Najib Razak di Mahkamah maka persoalan ini akan dijawab dan akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Undang-undang yang sedia ada menyatakan bahawa rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi hatta ke Mahkamah Persekutuan sekalipun tidaklah bermakna secara otomatik penggantungan perlaksanaan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta terhadap Najib Razak yang dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan (Court of Appeal) itu akan dibenarkan.

Tuesday, December 7, 2021

APABILA RAKYAT SAYANGKAN YB SAMPAH.. ITU LAGI KELAKAR..!


 Kelakar pula rasanya.

Tadi aku tengok post Dr. Maszlee di cafe parlimen. Adalah komen nakal cytro BN/PN. Kata mereka, "simpan gambar itu sebagai kenangan. Takut tak merasa jadi YB lagi." Ada yang terang sebut "sepenggal saja Maszlee ni".

Aku senyum sinis. Rasa kasihan kepada mereka ini. Fanatisme menjadikan mereka buta dan dungu. Hanya kerana Dr. Maszlee wakil rakyat Keadilan, mereka harap Dr. Maszlee tewas dalam pilihanraya akan datang.

Sebenarnya kalau Dr. Maszlee tewas, yang paling rugi adalah rakyat Malaysia sendiri. Terutamanya golongan pendidik. Belum pernah ada dalam sejarah ahli parlimen yang perjuangannya khusus membeli golongan yang penting ini.

Betulkah Najib nak curi duit berapa bilion pun org kampung tak kisah...?


 ISU YG SEHARUSNYA DIGUNAKAN KPD RAKYAT MISKIN & SEDERHANA TERUTAMANYA GOLONGAN MELAYU PADA PRU 15 NANTI.

Org kampung tak kisah....

Najib nk curi duit berapa bilion pun org kampung tak kisah...

Rosmah shopping berapa puluh juta dgn duit komision projek solar, org kampung tak kisah.

RM 100 juta diluluskan oleh kerajaan utk beli tanah dan buat rumah Najib... Org kampung tak kisah.

Bung Mokhtar balaih RM 200 juta duit Felcra utk melabur dlm Public Mutual...org kampung tak kisah.

Tan Sri Dr Abd Hadi, dilantik ke jawatan bertaraf menteri dgn gaji puluh2 ribu sebulan, walaupun tak buat kerja apa2... Org kampung tak kisah.

MANA JANJI BN KATAKAN KOS TANAH KG BARU SAMPAI RM3K KAKI PERSEGI, BILA MEMERINTAH SEMULA HANYA RM400 AJA SEKAKI..


 Kronologi Kampung Baru KL 

● Jan 2019 : Kerajaan PH tawarkan RM850 Kaki persegi , BN bantah kata rendah .Hasut Penduduk Kata Sepatutnya RM3000 kaki persegi .

● Mei 2019 : Kerajaan PH up lagi belian RM1000 kaki persegi . BN PAS bantah kata masih rendah . Konon itu tanah melayu . 

● Jun 2019 : BN kata harga tersebut sepatutnya RM3000 bukan RM1000 kaki persegi . 

● Mac 2020 : Pertukaran Kerajaan Lompat Parti Langkah Sheraton . PN amek alih bersama BN . 

● Ogos 2020 : BN kata tiada pembelian RM1000 kaki perseg spt tawaran PH atas sebab sebab tidak dinyatakan .

APABILA KITA YANG ISLAM MENG'HALAL'KAN INDUSTRI ARAK..!


 Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan dari YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dari Parti Amanah untuk memperkenalkan ‘dasar minuman keras’ bagi mengehadkan penglibatan Muslim di dalam industri yang melibatkan beralkohol. 

Beliau berpegang kepada prinsip yang sama sebagaimana ketika beliau menjawat jawatan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) apabila beliau menasihatkan Muslim untuk mengelakkan terlibat dalam industri yang melibatkan alkohol pada Oktober 2018.

Saya faham jikalau Pengarah Eksekutif Malaysian International Chamber of Commerce & Industry, Shaun Cheah tidak bersetuju dengan cadangan Datuk Seri Dr Mujahid kerana mungkin dia seorang yang Belum Muslim dan mempunyai nilai yang berbeza dan melihat ekonomi dan wang sebagai perkara utama. 

Saturday, December 4, 2021

BILA BARANG NAIK JOM KITA MAKAN MEGGIE..!


 Punca kenaikan harga barangan runcit.

Pelbagai alasan telah dikemukakan atas kenaikan harga barangan runcit yang kini menjadi isu hangat di kalangan masyarakat khususnya B40. Kerajaan dan kementerian berkenaan sedang mengkaji dan ingin menyelesaikan isu ini.
Ada beberapa pandangan dan tuduhan terutamanya ketidakcekapan kerajaan dalam hal ini yang mungkin menjadi relevan sebab penderitanya adalah rakyat biasa dan bukan orang atasan. 

Perkenalan PKP dan PKPD selama 2 tahun oleh kerajaan adalah satu tindakan yang wajib walaupun ia telah menganggu gugat kestabilan ekonomi negara kita. Tetapi, kaedah yang diperkenalkan itu amat kurang memuaskan dan seperti biasa kita telah GAGAL dalam usaha untuk memutuskan rangkaian Covid-19 ini sampai hari ini.