hari ini sudah 5 orang dipanggil untuk siasatan dan salah seorang drpdnya ialah bekas CALON PAS untuk PRU13 tempohari....
Wednesday, January 29, 2020
Betulkah Bekas calon PAS disiasat POLIS atas kesalahan sebar berita palsu corona virus??
hari ini sudah 5 orang dipanggil untuk siasatan dan salah seorang drpdnya ialah bekas CALON PAS untuk PRU13 tempohari....
Koronavirus: 1 grup WhatsApp, 4 akaun Facebook disiasat
Satu kumpulan sembang WhatsApp dan tiga akaun Facebook sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disyaki menyebarkan khabar angin dan berita tidak sahih berhubung penularan wabak novel koronavirus (2019-nCoV).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, berkata isu penyakit 2019-nCoV itu - yang berpunca dari Wuhan di wilayah Hubei, China - menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Katanya, orang ramai tidak perlu menjadi jaguh di internet atau mensensasikan isu itu sebaliknya menghentikan sebarang bentuk penyebaran berita, artikel atau kenyataan yang tidak sahih mengenai wabak tersebut.
"Tindakan mana-mana pihak yang ingin menjadi jaguh di internet mahupun di laman sosial dengan menyebarkan berita tidak sahih mengenai isu ini akan mengakibatkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," katanya.
Iklan
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Huzir berkata, kes pertama yang disiasat ialah pada 24 Jan lalu membabitkan sebuah kumpulan WhatsApp yang menularkan berita palsu kononnya ada banduan mati mengejut di Penjara Sandakan kerana virus dari Wuhan itu.
Najib baik diam.. Yang pasti zaman PH tol turun, BN tol naik..!
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua berkata, Najib menerusi laman Facebooknya, telah memetik kenyataan daripada pihak kerajaan bahawa jumlah penjimatan pengguna tol sepanjang baki konsesi adalah RM26 bilion manakala jumlah penjimatan kerajaan sepanjang baki konsesi adalah RM42 bilion.
Urus kebebasan media di zaman Malaysia Baru dengan zaman BN..
SYAHREDZAN JOHAN | | 27 Januari 2020
PADA tahun 2015, sepasukan anggota polis datang ke pejabat sebuah portal berita tempatan atas alasan laporan berita ‘menghasut’ yang disiarkan portal berita tersebut.
Tiga orang wartawan daripada portal berita tersebut ditahan dan terpaksa bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Jenayah mereka? Mereka melaporkan berita yang tidak disenangi oleh orang yang memegang tampuk kuasa.
Beberapa bulan selepas itu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris pula digantung lesennya selama tiga bulan. Kesalahan mereka? Melaporkan berita mengenai 1MDB.
Ini semua berlaku tidak lama dahulu, pada zaman bahaya buat wartawan dan mereka yang menentang kerajaan ketika itu. Kita kini berada pada zaman Malaysia Baharu.
Tuesday, January 28, 2020
Jimat RM42B, Tol turun 18%, kenaikan dibekukan hingga tamat konsesi..!!
KERAJAAN PH BERJAYA SELAMATKAN WANG RAKYAT SEBANYAK RM42 BILION MELALUI PENSTRUKTURAN SEMULA KONSESI TOL.
Kalau ikut cara BN dulu, apabila kerajaan membekukan kenaikan tol maka kerajaan perlu bayar pampasan.
Maknanya bila PH mengurangkan kadar tol sebanyak 18% dan membekukan kenaikan tol sehingga tamat konsesi, kalau ikut formula BN dulu kerajaan perlu bayar pampasan sebanyak RM40 billion iaitu RM26 bilion untuk pembekuan kenaikan tol dan RM14 bilion lagi untuk pengurangan kadar tol sebanyak 18%.
KUTIPLAH IBRAH DARI WUHAN
Balqis Liyana Hassim
25 January at 11:54
Jangan kita terlalu gembira atas sesuatu musibah yg menimpa sesuatu kaum. Sering sy terjumpa reaksi 'emoji gelak' dlm posting2 berita mengenai apa yg berlaku di Wuhan. Tak kurang komen2 "padan muka!" dan sebagainya.
Situasi pandemic seperti ini bukan hanya melibatkan orang yg bersalah. Tapi ramai antara mereka yg tidak bersalah turut terkena tempiasnya. Tidak mustahil jg ada saudara kita yg turut terlibat dlm situasi tegang di sana.
Pernah tgok filem FLU? Filem ni ada menggambarkan situasi bagaimana transmisi virus berlaku dan ramai golongan yg tidak bersalah turut menjadi mangsa.
Sy terbayang2 keadaan anggota kesihatan mereka. Saat kita menerima sedikit musibah di sini pun lelahnya sudah cukup dirasakan. Apatah lagi dlm situasi yg besar seperti mereka di sana. Tak terbayang besarnya pengorbanan yg dilakukan.
Apa yg berlaku di sana jelas Allah tunjukkan betapa Islam itu benar. Al Quran itu benar. Dan Allah menjawab mengapa dlm Islam Dia tetapkan ada halal dan haram dalam pengambilan makanan.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
"Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (حَلَالًا طَيِّبًا) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." [Surah Al Baqarah : 168]
Mudah sangat masyarakat kita ditipu dari keratan laman web bina tajuk sendiri..!
Dalam whatsapp group yang saya sertai, ramai juga ustaz-ustaz yang sebar.
Sebenarnya tak susah pun nak tahu sesuatu berita itu benar atau palsu.
Buka saja website yang diberi. Itu adalah fake news generator, aplikasi untuk reka berita palsu yang mirip berita TV.
Mudah benar masyarakat ditipu.
Monday, January 27, 2020
Terkini: Tun M Arah Gantung Visa Kemasukan Rakyat China
Kenyataan Akhbar: Kemasukan Pelawat China
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya berkuatkuasa serta merta.
Kerajaan juga ingin mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel koronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.
Laporan Polis terhadap AMEX SEMADONG diatas status fb katakan menteri monyet!
LAPORAN POLIS
Satu laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook AMEX SEMADONG di atas posting dalam Facebook beliau yg merujuk secara jelas kepada YB Dato Haji Mahfuz (Timbalan Menteri Sumber Manusia) sebagai "MONYET".
Kenyataan jahat ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan juga kesalahan di bawah Seksyen 501 dan 505 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan salah boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda AMANAH Pokok Sena di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar pada hari Isnin 27/1/2020 jam 10.30 Pagi (hari ini).
Sekian, harap maklum.
Pemuda AMANAH Kawasan Pokok Sena
“Bodoh kerajaan PH, aku lagi pandai bab nak atasi corona virus nie?”
Oleh: Muhammad Najib
“Bodoh kerajaan, aku pandai?”
Selepas beritahu bahawa Filipina tak sekat penerbangan atau pelancong dari China, cuma yang spesifik dari Wuhan saja dan ini sama seperti apa yang Malaysia buat, ramailah melompat cakap aku bodoh.
Ya, memberikan fakta sebenar adalah bodoh tapi sebar benda palsu adalah bijak zaman sekarang ni.
1. HABIS TU YANG FILIPINA HANTAR 500 PELANCONG CHINA BALIK TU APA DIA?
Ada baca berita tak? Yang hampir 500 dihantar pulang itu adalah mereka yang naik penerbangan dari Wuhan hanya beberapa jam sebelum kerajaan China isytihar 'lockdown'. Sebab mereka terlepas dari Wuhan, mereka dihantar pulang. Kita di Malaysia memang sudah sekat penerbangan dari Wuhan, tak kisahlah keputusan dari kerajaan atau syarikat penerbangan sendiri.
Tetapi, penerbangan dan pelancong China dari bandar lain boleh saja terbang masuk ke Filipina, tertakluk pada saringan kesihatan di lapangan terbang. Benda yang sama sahaja kita buat di Malaysia juga.
2. MANA KAU TAHU ADA KAPAL TERBANG CHINA MASIH BOLEH MASUK FILIPINA?
Main Facebook je pandai kau ni. Google lah. Zaman sekarang semua lapangan terbang antarabangsa ada sediakan informasi 'arrival' dan 'departure' mereka. Dari situ saja boleh nampak bersepah penerbangan dari China mendarat di Filipina dan banyak lagi negara lain.
Nah cth hgpa buka flightaware.com kat situ satu dunja punya perjalanan kapal terbang dok ada.
Sunday, January 26, 2020
Malaysia awal lagi ambil langkah daripada Filipina dalam isu Virus Wuhan
Ramai yg bagi contoh Filipina halang kemasukan pelancong china dan hantar balik.Dengan sekadar membaca tajuk sahaja.
Kalau kita rajin sikit baca dan lepas tu baru komen, kita akan dapati yg dihalang masuk itu adalah pesawat dari Wuhan yg memang Kerajaan China sendiri dah halang rakyat Wuhan keluar masuk dari wilayah itu.
Filipina tidak halang kemasukan rakyat china dari wilayah2 lain.
Malaysia awal lagi dah halang kemasukan warga dari Wuhan apabila Air Asia dan Malindo dah batalkan penerbangan dari ke Wuhan.Maknanya kita awal2 lagi dah halang kemasukan dari Wuhan dan bukannya bila dah sampai ke airport baru nak hantar balik.
Ini link laporan-laporan tersebut..
Saturday, January 25, 2020
MENTERI : Sila lapur pada pihak berkuasa jika ada penyelewengan dalam THP
KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Saya mengambil maklum tentang sidang media yang diadakan oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada petang semalam. Saya lihat, beliau dan mantan perdana menteri sangat berminat dengan isu-isu melibatkan Tabung Haji Plantation (THP). Terima kasih kerana menunjukkan minat yang mendalam dalam isu ini.
Sebagai makluman semua pihak sejak saya diamanahkan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), saya memberi sepenuh kepercayaan kepada agensi-agensi untuk menjalankan urusan mereka tanpa campur tangan politik. Perkara sama saya lakukan terhadap THP. TH hanya memiliki 72% saham dalam THP dan saya langsung tidak mencampuri sebarang urusan jual beli melibatkan THP. Ini kerana, saya berkeyakinan tinggi bahawa pihak pengurusan THP yang baru dapat menyelamatkan syarikat ini daripada terus mengalami kerugian.
PEMANDUAN MABUK & KEMALANGAN MAUT.. SESUATU HARUS DILAKUKAN UNTUK MENGATASINYA!
PEMANDUAN MABUK DAN KEMALANGAN MAUT
Masalah kemalangan maut akibat pemanduan mabuk dan kelemahan peruntukan undang-undang bagi menanganinya adalah diantara masalah yang diwarisi dari kerajaan terdahulu.
Ya. Ianya adalah diantara perkara yang perlu dibuat perubahan dalam peruntukan undang-undang dari sudut pencegahan, pengawalan, penguatkuasaan, dan undang-undang.
Tetapi saya fikir serangan ke atas kerajaan PH dalam isu ini tidak adil dan berniat jahat. Pertamanya, dari sudut statistik tiada peningkatan yang ketara pun sejak PH ambil alih kerajaan. Keduanya, PH baru memerintah tidak sampai dua tahun pun. Tetapi serangan dibuat seolah-olah PH sudah memerintah puluhan tahun.
Masalah kemalangan maut akibat pemanduan mabuk dan kelemahan peruntukan undang-undang bagi menanganinya adalah diantara masalah yang diwarisi dari kerajaan terdahulu.
Ya. Ianya adalah diantara perkara yang perlu dibuat perubahan dalam peruntukan undang-undang dari sudut pencegahan, pengawalan, penguatkuasaan, dan undang-undang.
Tetapi saya fikir serangan ke atas kerajaan PH dalam isu ini tidak adil dan berniat jahat. Pertamanya, dari sudut statistik tiada peningkatan yang ketara pun sejak PH ambil alih kerajaan. Keduanya, PH baru memerintah tidak sampai dua tahun pun. Tetapi serangan dibuat seolah-olah PH sudah memerintah puluhan tahun.
SIRI 2 : SKANDAL TABUNG HAJI - Masa zaman Asyraf, Tanah milik umat islam dijual kepada syarikat cina!
25 November 2016 waktu Asyraf Wajdi jadi timbalan menteri agama, THP jual THP Gemas kepada Dupont & Leosk. Masa ni tak terfikir jual tanah umat Islam ke cina????
Dari FB : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=465935027434043&id=150274412333441
Siri 1 : SKANDAL TABUNG HAJI - Masihkah kau ingat??
SIRI 1 : SKANDAL TABUNG HAJI
‘Skandal Tabung Haji’ muncul di tengah hangat kita bersembang tentang bagaimana syarikat berpenyakit milik kerajaan, 1MDB; sedang bergelut untuk melunaskan hutangnya yang menggunung.
Nama Tabung Haji dipetik apabila ia didapati telah membeli sebidang tanah Tun Razak Exchange, seluas lebih sedikit daripada separuh padang bola, dengan harga yang luarbiasa mahal. Ini dipercayai telah dilakukan bagi membantu 1MDB melunaskan hutang-hutangnya.
Kebetulan, pengerusi Tabung Haji ketika hal ini terjadi adalah tidak lain, Azeez Rahim; bekas Ahli Parlimen Baling, yang duduk sangat hampir ke tengah lingkaran dalaman mantan perdana menteri merangkap suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor.
‘Skandal Tabung Haji’ muncul di tengah hangat kita bersembang tentang bagaimana syarikat berpenyakit milik kerajaan, 1MDB; sedang bergelut untuk melunaskan hutangnya yang menggunung.
Nama Tabung Haji dipetik apabila ia didapati telah membeli sebidang tanah Tun Razak Exchange, seluas lebih sedikit daripada separuh padang bola, dengan harga yang luarbiasa mahal. Ini dipercayai telah dilakukan bagi membantu 1MDB melunaskan hutang-hutangnya.
Kebetulan, pengerusi Tabung Haji ketika hal ini terjadi adalah tidak lain, Azeez Rahim; bekas Ahli Parlimen Baling, yang duduk sangat hampir ke tengah lingkaran dalaman mantan perdana menteri merangkap suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor.
Asyraf Wajdi dedah "Skandal Tabung Haji, Jom tengok skandal zaman siapa..?
Tadi Asyraf Wajdi buat Sidang Media, katanya "Skandal Tabung Haji".
Dalam sidang media tadi Asyraf sebutkan beberapa perkara. Aku tak nak jawab semua lagi, aku nak layan Asyraf baik2...
Tadi Asyraf tanya - "Kenapa jual aset berkenaan sedangkan pengeluarannya sekian sekian sekian. Aku nak bagitau Asyraf, fakta kau berterabur, entah dekat longkang mana entah kau kutip...
Aku nak tanya balik Asyraf, Kenapa TH beli aset tu masa Asyraf Timbalan Menteri..? Dapat wahyu dari mana masa beli aset ni..?
Siapa beli pada harga yang tinggi dan kenapa buat unjuran hasil ladang per hektar yang tinggi untuk justifikasi nilai perolehan padahal angka itu x munasabah berdasarkan keadaan aset..?
Realitinya:
1. Ladang tersebut dibeli dari sekumpulan "broker" termasuk Weida Group dengan harga RM254.58 juta. Laporan aset dimanipulasi, keluasan Ladang Boleh Tanam dinaikkan kepada 6,100 hektar padahal realitinya hanya 4,842 hektar (79%) dari keluasan sebenar aset SAHAJA sesuai untuk tanaman. Selebihnya sangat tidak sesuai kerana keadaan aset berbukit/jenis tanah dll masalah.
2. Mengikut anjuran semasa pembelian aset, jangkaan hasil dinilai setinggi 145,630 metrik tan setahun padahal hasil sebenar tak sampai 50% dari nilaian sebenar (rujuk gambar 1 & 2)
Asyraf nak dedahkan skandal siapa..?
Link fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2626726194043536&id=100001185422604
Friday, January 24, 2020
Masa TH disamun.. ada orang cakap KAMI PUAS HATI.. Kini bila PH pulihkan TH sebaliknya berlaku
𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛𝗞𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗨 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗔𝗧𝗨 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗗𝗨𝗟𝗨...
Pak Ngah saja ingatkan hampa pasai isu TH ni, ingat lagi dak satu masa dulu, 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗣𝗨𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗧𝗜
penjelasan (pengurusan lama) TH.
Masa tu, semua puaih hati, apa yang depa jelaih pun tak tau, masa tu Pak Ngah tau dah, Lebai bukan reti apa bab2 ekonomi ni, cagha kona akaun, manipulasi akaun, ataih kertaih nampak cantik, dalam akaun duit tak dak.
Pengurusan lama TH buat benda ni zaman BN, punca TH rugi, dan anak syarikat macam TH Plantations kena tanggung, ambik reba galaih bewak hidup.
TH diperkuda untuk kepentingan politik, anak syarikat TH dipaksa beli tanah itu, tanah ini, harga jauh lebih tinggi dari pasaran, akhiaqnya kamsen (komisen) pi ke poket orang politik.
Sudah 2 tahun memerintah.. peranan komunikasi media sosial PH lintang pukang tak terurus..!!
Sempena tahun baru ni.. demi mengukuhkan fungsi komunikasi kerajaan PH yg sering mendapat kritikan hebat sejak peralihan kuasa aritu...yg juga merupakan antara faktor terpenting yg bakal menentukan kerajaan ini betul kerajaan sepenggal atau tidak ... buat kesekian kalinya aku nak sarankan kepada kerajaan (kawan2 aku yg rapat ngan menteri pun byk..kalau baca posting ni dan rasa munasabah blh lah tlg panjang2kan..ikut pandai hampalah nak bgtau menteri macamana..) ...
Dari beratus juta peruntukan KKM tu ambillah dlm 5 juta ka..(bkn byk manapun nak bandingkan dengan ratusan juta bajet kementerian tuu) kumpulkan OTAI2 seperti IPOH MALI, RMS, KING JASON, WAFAUDIN dan lain2 yg berselerak dlm MEDSOS yg sampai hari ni aku tgk masih setia ngan PH.
Walau aku rasa depa ni x dibayar pun utk kerja2 cyber depa..tapi masih kental bertempur dengan MACAI dan WALAUN dgn kemampuan masing2 yg amat terbatas...
Jujur aku cakap...kepala otak depa ni..walau x ckp bagus smpai blh jadi Menteri atau hatta Ketua Kawasan mana2 parti PH sekali pun...sekali depa menulis dan buat posting.. diviralkan oleh penyokong2 PH di MEDSOS.. MAMPU MENGGONCANG jentera cybertrooper pembangkang...
Kerajaan carilah pakar system analyst mana2 yg berlambak...bayarlah 10, 20k utk depa develop sistem canggih2 yg boleh menjadi tapak utk OTAI2 ni curahkan 'kebolehan' depa.. sistem yg blh pantau performance otai2 ni..agar kerja2 depa blh dipantau dgn mudah.....semudah hujung jari menteri.
Apabila tiada lagi "WAHYU POLITIK" dalam Tabung Haji..!!
Cerita Tabung Haji Plantation (THP) tu mudah je.
THP pernah berada zaman kegemilangan sehingga tahun 2013-2014. Duit banyak. Akhirnya masuklah “wakil-wakil orang politik dalam tu” dan membuat pembelian ladang-ladang pada harga tinggi dengan penilaian salah (faham-faham sendirilah bila beli harga “mark up” ni tujuan apa).
Bermula 2015 THP mulai rugi. Ladang-ladang yang dibeli tidak menjana keuntungan. “Orang politik” nak cover rugi tak bagi rakyat tahu kerja jahat diorang maka mula jual ladang senyap-senyap. Gemas dan di Terengganu. Tak cukup lagi sebab hutang dah meninggi, datang “wahyu” untuk induk Tabung Haji bagi “subsidi” tiap tahun kepada THP untuk nampak untung. Akhirnya Tabung Haji (yang pegang duit pendeposit nak gi haji) terpaksa tanggung. Meranalah TH bertahun-tahun.
Bila kerajaan bertukar, tiada lagi wahyu politik. Yang ada hanya arahan dari Mujahid agar semuanya diperbetul balik. Tiada lagi campurtangan politik, hanya golongan profesional diberi peranan untuk perbetul balik TH dan THP untuk kepentingan masa hadapan.
Buah Tangan Mujahid selepas pulang bermesyuarat dengan menteri haji & umrah Arab Saudi buat jamaah haji Malaysia
Dedah Fakta mengikuti dengan rapat, apa buah tangan di bawa pulang Menteri Agama, Datuk Seri Mujahid Yusuf sekembalinya beliau menghadiri Mesyuarat Tahunan Haji 2020 bersama Dr. Mohamad Saleh Taher Bentan, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi.
Selepas mengikuti sidang media beliau, DF melihat beberapa penambahan dan keistimewaan diberikan Kerajaan Saudi kepada jamaah Haji Malaysia untuk musim Haji Tahun 1441H.
Pertamanya, Alhamdulillah Malaysia diberi kenaikan kuota haji dari jumlah 30,200 orang tahun 2019, kepada 31,600 orang tahun 2020. Pertambahan ini melibatkan angka sebanyak 1400 orang.
DF melihat kenaikan kuota ini berita baik ditunggu seluruh rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang sedang menunggu giliran haji, dengan adanya pertambahan kuota ini, tempoh menunggu giliran haji pada masa akan datang dapat dikurangkan.
Thursday, January 23, 2020
Kerajaan PH umum penambahan kouta haji pun ada puak dengki!
DENGKI TAK HABIS-HABIS
Aku pelik betul dengan orang parti itu (Pas) dan orang parti lain (Umno) yang sokong parti itu (Pas). Pelik sungguh.
Menteri umum kouta haji bertambah kerana pertambahan bilangan penduduk berdasarkan perakuan PBB, itu sahaja.
Pihak mana pun jadi kerajaan, apabila bilangan penduduk bertambah, bertambahlah kouta. Cuma kenalah berunding dengan kerajaan Arab Saudi.
Antara datang dan pergi dalam pertemuan HAMAS, TUN M & HADI.. Sama tapi tak serupa..!!
Hari ini PIMPINAN HAMAS datang ke MALAYSIA dan ada dua situasi menarik yg mana kita semua jika tak berfikir diluar kotak maka kita akan anggap ia pertemuan biasa sahaja.
Tapi bila anda lihat dua tajuk berita ini ada perbezaan dia iaitu HAMAS LAWAT MAHATHIR & PAS BERTEMU PIMPINAN HAMAS..
Jila lawat ia bermakna kumpulan tersebut datang berjumpa manakala jika bertemu maka ia bermakna pergi berjumpa... disini dapat disimpulkan bahawa HAMAS datang bertemu MAHATHIR manakala PAS pula mereka pergi berjumpa HAMAS...
Jadi faham-hamlah situasi tersebut dan jangan pula ada juak yg dok goreng cerita kata hebatnya TUAN GURU mereka sampai HAMAS datang nak berjumpa dengan mereka... ini bukan apa saja nak maklum awal2 sebab juak-juak nie bukan kira mereka bila boleh goreng kaki dah tak rapat bumi dah...
TGMA
PONGGAL - Dulu BOLEH Sekarang TAK BOLEH..!!
Apabila pimpinan PAS mula menyoal isu PONGGAL kepada menteri agama nampaknya macam ada yang tak kena apa yang mereka persoalkan..
nak kata salah dulu mereka pun sama juga menyambutnya.. nak kata tak betul kenapa dulu mereka tumpang sekaki menyambut perayaan ini..
Jika tak boleh sambut kerana ia salah disisi Islam maka perkara ini sudah pun dijelaskan sejak sekian lama dulu lagi apa yang boleh apa yang tak boleh...
Mungkin kerana sekara dah tak ada orang nak sambut dengan mereka lalu mereka irihati maka dikeluarkan fatwa GELOJOH pabagai...
PAS oh PAS... mengapa samai sebegini politik anda sekarang ini...?
Nak harapkan Umno/BN dan PAS jaga Islam/Melayu?
*السَّلاَمُ َعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Saya bkn penyokong ph, dap, bn @ PAS ttp sy nak share info menarik ni:
Nak harapkan Umno/BN jaga Islam/Melayu?
Umno & Menteri Agama Umno tu sanggup tangguhkan hampir 40 tahun cadangan itu, hanya kerana "nak jaga hati MCA/ MIC" dan takutkan kehilangan sokongan bila dibentangkan, dan bakal ditolak....
Sejak YB Menteri Agama Dr Mujahid Yusof Rawa dari Pakatan Harapan ambil kuasa, beliau melaksanakan manisfesto PH dan dibentangkan penuh lancar, walau diganggu oleh ramai Umno/Pas, dan kahirnya menerima sokongan padu, walau oleh bukan Islam sekali pun.
Itulah hikmah nya bila kita jujur dalam berpolitik, dan berani bersemuka dan berpegang pada PRINSIP...
Wednesday, January 22, 2020
Menjawab persoalan NAJIB di fb berkenaan Tabung Haji Plantations Berhad
PENJELASAN ISU THP
Tabung Haji Plantations Berhad (THP)
🔵 THP anak syarikat Tabung Haji, dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Ladang-Ladang Tabung Haji Sendirian Berhad.
🔵 Dimiliki lebih 73% saham oleh Tabung Haji dan ditubuhkan sejak 1972
🔵 Kini diterajui CEO baru En Muzmi Mohamed, dan Pengerusi THP sekarang ialah Tan Sri Abu Talib Othman.
🔵 THP sebelum ini memecat Chief Financial Officer (CFO) Mohamed Azman Shah Ishak selepas satu forensik audit dijalankan ke atas syarikat.
🔵 THP merupakan syarikat berskala sederhana yang menjalankan aktiviti perladangan kelapa sawit, sebahagian kecil yang lain melibatkan getah.
🔵 THP memiliki tanah lebih 100,000 hektar, 80% darinya terletak di Sarawak, bakinya di Sabah dan Indonesia.
🔵 THP juga memiliki 6 buah kilang kelapa sawit.
🛑 Apakah yang berlaku kepada syarikat ini?
Tuesday, January 21, 2020
Buat Tun M.. Anda sendiri "bersekongkol" bagi puak penyangak tu terus menyangak!
[ malaysia baru ]
Tak pelik wahai Tun...!
ANDA sendiri sebenarnya terlibat sama, "bersekongkol" membenarkan kumpulan-kumpulan itu untuk terus panjangkan hayat musuh politik yg anda sebut "menyangak" itu. Untuk akhirnya merekalah berusaha naikkan semula kumpulan si penyangak yg mengjahannamkan Negara selama ini.
Perjuangan #reformasi membina semula Negara tercinta ini akan sia-sia, jika anda terus terperangkap dlm jurang "perkauman sempit" yg kononnya penyangak Umno & penjual agama Pas pertahankan itu, subur kekal dalam sanubari anda.
Selama mana anda pun masih memanjangkan talian hayat puak-puak itu, dan berasa yakin & gembira bila puak-puak itu laungkan slogan "kekal TunM", sebenarnya anda sedang mengajak Pakatan Harapan mengkhianati segala janji & manifesto bersama dahuu...
Saturday, January 18, 2020
Benarkah siatem E-Wallet nie agenda DAP dan hendak curi data peribadi rakyat seperti kata puak PAS?
Macam macam jenis Gila sekarang.. Pemimpin PAS terdesak sampai kaitkan pemberian RM 30 insentif Kerajaan bagi menggalakkan penggunaan E-Wallet atau NirTunai sebagai ransangan belian melalui platform online dituduh sebagai cuba menceroboh data peribadi.. sampaikan jadikan ia sebagai Isu Keselamatan..
Memalukan betul pemimpin PAS yg dikata Teknokrat.... Jokowi dan Indonesia dah lama mendahului kita dalam kempen penggunaan E-Wallet atau E-Dompet.. mereka dah masuk ke era Ekonomi Digital..Kat Sana ada Platform depa sendiri dikenal sebagai DANA PAY..Perkembangan disana lebih cepat dari kita.. Kita baru nak mula tahun 2020..
Memalukan betul pemimpin PAS yg dikata Teknokrat.... Jokowi dan Indonesia dah lama mendahului kita dalam kempen penggunaan E-Wallet atau E-Dompet.. mereka dah masuk ke era Ekonomi Digital..Kat Sana ada Platform depa sendiri dikenal sebagai DANA PAY..Perkembangan disana lebih cepat dari kita.. Kita baru nak mula tahun 2020..
Friday, January 17, 2020
Anwar janji bina Pengkalan Tentera Amerika di Sabah..!!
[ 'ibrah & perjuangan ]
Kebencian natijahkan PEMBOHONGAN
INDOKTRINASI ertinya "pembohongan yg diulang-ulang" dgn sengaja, sehinggalah pendengar menerimanya sbg fakta yg dipegang oleh mereka. Dan natijah yg dimahukan oleh penyampai itu adalah, pendengar itu mengulanginya pula, disampaikan pada pihak ketiga, dan seterusnya, menjadi pegangan kumpulan yg besar.
Ciri utama "indoctrination" selain kandungannya mesti bersifat bohong / fitnah, kedua, sasaran itu akan dipaksa-paksa untuk menerimanya, sampai tak lagi bertanya atau bersoal jawab.
Caranya adalah sama ada menjadikan penyampaian berbentuk paksaan (brainwashing - contoh dlm tentera), atau disampaikan penuh halus tanpa sedar (contohnya - BTN) dari mulut seseorang yg mencapai tahap penghormatan cukup tinggi. Hingga natijah yg dimahukan adalah pendengarnya pula berasa tak perlu langsung bersoal-jawab, atau mencari kepastian lagi dari apa yg disampaikan itu, dan mereka pula memanjangkan apa yg diyakini itu.
Terima & telan sahajalah apa yg disampaikan itu, itulah matlamat akhirnya.
Wednesday, January 15, 2020
Apabila idea serai ganti straw di gelak pembangkang sedangkan diluar negara ia sudah popular..
Apabila cadangan ini datang dari pihak yg bukan sepolitik dengan kita maka ia dijadikan bahan ejekan dan perli nak menggambarkan bahawa itu merupakan idea yg lekeh dan koman..
Sedangkan apa yg dicadangkan itu ia sudah menjadi satu industri penting di negara luar..
Itulah zaman sekarang yg segalanya dihujung jari maka carilah dulu info dan maklumat sebelom nak kondem dan memperlekeh kan idea org nanti orang tahu kita tu tak cerdik...
Sedangkan apa yg dicadangkan itu ia sudah menjadi satu industri penting di negara luar..
Itulah zaman sekarang yg segalanya dihujung jari maka carilah dulu info dan maklumat sebelom nak kondem dan memperlekeh kan idea org nanti orang tahu kita tu tak cerdik...
Peruntukkan RM100 JUTA agar Pelajar Thafiz Menikmati Pembelajaran Dengan Selesa – Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap pada sidang media Majlis Penyerahan Cek kepada JAKIM Untuk Sekolah Tahfiz, Sekolah Pondok & Sekolah Agama Rakyat di Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Tuesday, January 14, 2020
Bayar Saman Trafik Anda Dengan Diskaun Khas 50% Bermula 18 Januari Ini
Bayar Saman Trafik Anda Dengan Diskaun Khas 50% Bermula 18 Januari Ini
Polis trafik kini menawarkan diskaun 50% kepada pesalah trafik yang mahu menyelesaikan saman mereka yang tertunggak.
Namun ianya perlu diselesaikan di atas talian bermula dari 18 Januari sehingga 1 Februari 2020.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT) Datuk Azisman Alias.
Beliau berkata pada tahun ini, polis akan memberi penekanan kepada pembayaran menerusi atas talian bagi mana-mana pihak yang mahu menyelesaikan saman mereka, terutamanya semasa musim perayaan ini.
“Kali ini kami cuba memberikan diskaun istimewa sebanyak 50%. Kami tidak pernah melaksanakan sistem pembayaran di atas talian sebelum ini. Dan ini tidak memerlukan orang ramai untuk beratur berjam-jam untuk membayar saman mereka.”
“Anda boleh melakukan pembayaran secara dalam talian melalui MyEG dan Rilex.com,” katanya dalam satu sidang akhbar khas menghargai pencapaian Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2019 dan perancangan untuk 2020 – baru-baru ini.
Menurut Azisman, sebanyak 5,763 kes kemalangan maut dilaporkan pada tahun lepas berbanding 5,870 kes pada 2018.
“Ini adalah Indeks Prestasi Utama JSPT di mana kita telah mengurangkan kemalangan maut sebanyak 107 kes atau 1.8%. ”
“Walaupun bilangannya agak kecil, ini adalah KPI kami, dan kami menjangkakan jumlah ini dapat dikurangkan setiap tahun, “katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Bukit Aman (JIPS) Datuk Zamri Yahya berkata polis mengambil tindakan tatatertib terhadap 1,503 kakitangan termasuk 110 anggota polis tahun lepas.
Beliau menambah, Bukit Aman telah membuka 2,232 kertas siasatan terhadap kes tatatertib terhadap kakitangan mereka tahun lepas di atas pelbagai kesalahan dan berjaya menyiapkan siasatan ke atas 898 kes.
Zamri berkata pada 2019, jabatannya menerima 3,773 aduan melibatkan kes salah laku dan jenayah seperti peras ugut, penyalahgunaan dadah dan pelacuran melalui 16 saluran termasuk e-mel dan panggilan telefon.
Dalam perkembangan lain, pengarah pengurusan Polis Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar berkata PDRM telah menyelamatkan RM1.5 juta hasil daripada penutupan beberapa buah balai polis komuniti di seluruh negara.
Penutupan balai polis komuniti adalah disebabkan oleh sewa premis dan keselamatan yang tinggi untuk kakitangan.
Sumber: Bernama
Polis trafik kini menawarkan diskaun 50% kepada pesalah trafik yang mahu menyelesaikan saman mereka yang tertunggak.
Namun ianya perlu diselesaikan di atas talian bermula dari 18 Januari sehingga 1 Februari 2020.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT) Datuk Azisman Alias.
Beliau berkata pada tahun ini, polis akan memberi penekanan kepada pembayaran menerusi atas talian bagi mana-mana pihak yang mahu menyelesaikan saman mereka, terutamanya semasa musim perayaan ini.
“Kali ini kami cuba memberikan diskaun istimewa sebanyak 50%. Kami tidak pernah melaksanakan sistem pembayaran di atas talian sebelum ini. Dan ini tidak memerlukan orang ramai untuk beratur berjam-jam untuk membayar saman mereka.”
“Anda boleh melakukan pembayaran secara dalam talian melalui MyEG dan Rilex.com,” katanya dalam satu sidang akhbar khas menghargai pencapaian Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2019 dan perancangan untuk 2020 – baru-baru ini.
Menurut Azisman, sebanyak 5,763 kes kemalangan maut dilaporkan pada tahun lepas berbanding 5,870 kes pada 2018.
“Ini adalah Indeks Prestasi Utama JSPT di mana kita telah mengurangkan kemalangan maut sebanyak 107 kes atau 1.8%. ”
“Walaupun bilangannya agak kecil, ini adalah KPI kami, dan kami menjangkakan jumlah ini dapat dikurangkan setiap tahun, “katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Bukit Aman (JIPS) Datuk Zamri Yahya berkata polis mengambil tindakan tatatertib terhadap 1,503 kakitangan termasuk 110 anggota polis tahun lepas.
Beliau menambah, Bukit Aman telah membuka 2,232 kertas siasatan terhadap kes tatatertib terhadap kakitangan mereka tahun lepas di atas pelbagai kesalahan dan berjaya menyiapkan siasatan ke atas 898 kes.
Zamri berkata pada 2019, jabatannya menerima 3,773 aduan melibatkan kes salah laku dan jenayah seperti peras ugut, penyalahgunaan dadah dan pelacuran melalui 16 saluran termasuk e-mel dan panggilan telefon.
Dalam perkembangan lain, pengarah pengurusan Polis Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar berkata PDRM telah menyelamatkan RM1.5 juta hasil daripada penutupan beberapa buah balai polis komuniti di seluruh negara.
Penutupan balai polis komuniti adalah disebabkan oleh sewa premis dan keselamatan yang tinggi untuk kakitangan.
Sumber: Bernama
Monday, January 13, 2020
Hallo Ustaz.. Nak kondem orang memang syok tapi hang tau dak penduduk situ lama mana pipe ayaq tak ada?
Penduduk situ bertahun tunggu ayaq pipe masuk zaman BN memerintah tapi haram tak dapat pon.. Mai zaman PH selama 2 tahun berusaha akhirnya penduduk disitu menikmati kemudahan ayaq pipe tersebut..
Hang mai dengan muka tak tau dosa dok perli apa usaha kerajaan PH lakukan utk rakyat.. Tak suka tak sokong tapi akai tu bagilah ceredik sikit...
Tengok apa netizen situ komen status hang...
Sunday, January 12, 2020
Yang langgar manifesto bukan sahaja Mahathir tetapi menteri kabinet juga
Yang langgar manifesto bukan sahaja Mahathir tetapi menteri kabinet juga
ULASAN MALAM
TINDAKAN Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan menteri pendidikan walaupun tindakan itu bertentangan dengan manifesto dan prinsip kerajaan PH, ia juga memberi petunjuk lain yang sungguh memualkan.
Dr Mahathir kata kabinet bersetuju dengan tindakannya itu ertinya tidak ada anggota kabinet yang membantah beliau memangku jawatan itu.
Maka, kesalahan Dr Mahathir kerana memangku jawatan itu sedang manifesto PH melarangnya tidak boleh diletakkan atas bahu PM itu secara bersendirian tetapi seluruh anggota kabinet yang akur dan bersikap pandir dengan Dr Mahathir yang memangku jawatan itu perlu dipersalahkan sama.
Apa dilakukan para menteri kabinet itu sesuatu yang memalukan dan mereka secara tidak langsung tidak menunaikan amanah dan janji atau pengakuan kerajaan seperti dicatat dalam manifesto.
ULASAN MALAM
TINDAKAN Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan menteri pendidikan walaupun tindakan itu bertentangan dengan manifesto dan prinsip kerajaan PH, ia juga memberi petunjuk lain yang sungguh memualkan.
Dr Mahathir kata kabinet bersetuju dengan tindakannya itu ertinya tidak ada anggota kabinet yang membantah beliau memangku jawatan itu.
Maka, kesalahan Dr Mahathir kerana memangku jawatan itu sedang manifesto PH melarangnya tidak boleh diletakkan atas bahu PM itu secara bersendirian tetapi seluruh anggota kabinet yang akur dan bersikap pandir dengan Dr Mahathir yang memangku jawatan itu perlu dipersalahkan sama.
Apa dilakukan para menteri kabinet itu sesuatu yang memalukan dan mereka secara tidak langsung tidak menunaikan amanah dan janji atau pengakuan kerajaan seperti dicatat dalam manifesto.
Zaman BN meniaga tak pernah untung, mai zaman PH meniaga siap bayar hutang dan buat untung..
Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd adalah salah satu anak syarikat kerajaan negeri Melaka dengan Perbadanan Ketua Menteri Melaka memegang saham sebanyak 74%.
Syarikat ini mengalami kerugian terkumpul sekitar RM40 juta semasa di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.
Pada tahun 2017, hospital ini merekodkan kerugian sebanyak RM10 juta.
Di bawah pentadbiran baru Pakatan Harapan, Ketua Menteri Melaka melantik seorang akauntan, Mdm Chong May Lee menjadi CEO di situ. Beliau bekerja keras memulihkan keadaan bagi malakukan 'turn around'. Beliau terpaksa melakukan beberapa keputusan yang sukar bagi membersihkan pentadbiran hospital dari amalan segala macam kecurangan dan pembaziran.
Saturday, January 11, 2020
DONG ZONG, MCA, GERAKAN YANG MEMBANTAH ISU JAWI, PH PULAK DISALAHKAN
Soalan : Bila bermula isu pengenalan tulisan Jawi ini?
Jawapan : Edisi terbaru KSSR, Kementerian Pendidikan mencadangkan di peringkat SJK, bagi Darjah 4 untuk matapelajaran Bahasa Melayu, murid perlu belajar menulis simpulan bahasa dalam bentuk khat, dan juga mengenal dan menyebut abjad Jawi yang ditulis mereka.
Soalan : Apa tujuan KSSR memperkenalkan tulisan seni khat (Jawi) ini?
Jawapan : Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Bahasa Melayu di SJK bagi Darjah 4, Kementerian Pendidikan bertujuan mengembangkan kamahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid, serta mempelajari aspek seni bahasa dan tatabahasa.
Pengenalan "seni khat" salah satu cara untuk belajar seni bahasa. Selain itu, ada juga pelajaran peribahasa, sajak, lirik dan cerita.
Utama Tanglung dari Jawi .. Apakah TG Nik Aziz Muliakan Gereja dari Masjid.. ?
Utama Tanglung dari Jawi .. Apakah TG Nik Aziz Muliakan Gereja dari Masjid.. ?
Aku memuji tindakan pantas Timbalan Perdana Menteri yang turun ke Sekolah di Puchong bagi menzahirkan rasa simpati tindakan menurunkan tanglung dan Hiasan sempena tahun baru Cina yang dianggap sebagai simbol Agama oleh kelompok Ashabiyah dan Khawarij..
Sebelum ini, TG Nik Aziz pernah lakukan perkara yang Sama.. Di Kota Bharu bila TG Nik Aziz melihat The Fatima Catholic Church diturunkan lambang Salib... TG Nik Aziz menghantar pegawai khasnya menawarkan bantuan kewangan jika salib itu dirosakkan akibat serangan..
Ketika heboh cerita Gereja diserang di Kuala Lumpur.. Almarhum TG Nik Aziz turun dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur melawat 3 Gereja semata mata melahirkan rasa simpati atas kerosakan akibat serangan, antara gereja yang dilawat Tg Nik Aziz.. Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dan Gereja St Francis Xavier..
Friday, January 10, 2020
Penyokong PH semakin meluat kabinet Mahathir, sudah 2X dia langgar tapi pimpinan biar saja..
2 kali Dr M langgar manifesto PH, kata pemimpin PKR
Adam Abu Bakar - January 10, 2020 3:42 PM
PETALING JAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi membuat keputusan memalukan apabila secara terang-terangan melanggar janji manifesto Pakatan Harapan (PH) dengan membuat keputusan memangku jawatan menteri pendidikan.
Bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali berkata sehingga kini masih tidak ada kenyataan jelas dari Pejabat Perdana Menteri berhubung tempoh Mahathir akan memangku jawatan itu selepas penyandangnya, Maszlee Malik meletakkan jawatan.
“Dahulu dia sudah ambil jawatan menteri pendidikan, kemudian dia tarik diri sebab melanggar manifesto dan ditentang orang parti serta orang awam. Jadi, apa yang dibuatnya hari ini adalah dia melanggar sekali lagi apa yang sudah dilanggar sebelum ini.
“Ini tindakan memalukan kerana kita tidak tahu berapa lama dia hendak jadi pemangku, boleh jadi seminggu dan boleh jadi setahun. Apakah akhirnya orang akan katakan Mahathir pecat Maszlee supaya dia boleh ambil balik jawatan itu,” katanya kepada FMT.
Adam Abu Bakar - January 10, 2020 3:42 PM
Bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali berkata sehingga kini masih tidak ada kenyataan jelas dari Pejabat Perdana Menteri berhubung tempoh Mahathir akan memangku jawatan itu selepas penyandangnya, Maszlee Malik meletakkan jawatan.
“Dahulu dia sudah ambil jawatan menteri pendidikan, kemudian dia tarik diri sebab melanggar manifesto dan ditentang orang parti serta orang awam. Jadi, apa yang dibuatnya hari ini adalah dia melanggar sekali lagi apa yang sudah dilanggar sebelum ini.
“Ini tindakan memalukan kerana kita tidak tahu berapa lama dia hendak jadi pemangku, boleh jadi seminggu dan boleh jadi setahun. Apakah akhirnya orang akan katakan Mahathir pecat Maszlee supaya dia boleh ambil balik jawatan itu,” katanya kepada FMT.
Tun M memangku jawatan MENTERI PENDIDIKAN.. Adakah Jamaah MENTERI PH sudah kena cucuk hidung dengan Tun M?
Adakah Tun M sudah mula kembali dengan perangai lama.. Dia dilihat mula melanggar perjanjian dalam PH dimana PM tidak boleh memegang jawatan menteri..
Tapi kali ini beliau tidak mengendahkan semua tu.. Dan yang paling malang perkara nie diangguk oleh semua jemaah menteri..
Ini kelihatan jemaah menteri PH sudah kena cucuk hidung oleh Tun M.. Apa sudah jadi PH..?
Nampaknya pembangkang mula mempermainkan PH kerana sudah cakap tak serupa bikin...
Nukilan
Abe Kodiang
Tuesday, January 7, 2020
Hadi - Qaradhawi pun kena TIPU oleh ANWAR..!!
[ 'ibrah & perjuangan ]
Qaradhawi pun kena TIPU...
Sebelum pindah tajuk lain berkaitan ziarah mahabbah itu, ingin saya tegaskan take-home message yg dibekalkan Tok Guru petang itu hanyalah TIGA (3);
(a) Jangan percayakan Anwar. Jangan juga percayakan DAP. Saya (Tok Guru) juga tak percayakan Umno, Najib dan Zahid Hamidi. Sebab itu saya mahukan Mat Hasan naik jadi PM (huraian bersambung nanti).
(b) Segera tinggalkanlah Amanah / Pakatan Harapan.
(c) Masuklah balik Pas, demi perjuangkan Islam, katanya.
Itulah kesimpulan lepas berkali-kali meneliti rakaman & video pertemuan petang itu, yg diminta Tok Guru sampaikan juga untuk pengetahuan kawan-kawan yg sudah tinggalkan Pas itu.
Tapi perlu saya jelaskan dahulu, sahabat-sahabat party lama tidak mampu menolak apa yg saya ceritakan itu, tapi cubaan mereka adalah untuk menggambarkan saya cuba mereka-rekakan cerita pertemuan itu, dengan tujuan bahawa persepsi terhadap Tok Guru yg digambarkan itu adalah tidak benar sama sekali bagi mereka.
Terpulang...
Monday, January 6, 2020
Apa kaitan program Jawi dengan program kaligrafi cina.. Macam pening aja puak pembangkang lanie..!
Pemimpin dan penyokong PAS dok main isu Kaligrafi Cina, Depa ambil screenshot MP PKR atas tajuk berita " memupuk perpaduan"..Lepas tu pi kait dengan isu Jawi, Dong Zong... Memang tak kena langsung..tulis Kaligrafi sempena tahun baru cina ni dulu TG Nik Aziz puan buat.. Haji Hadi pun buat.. apa kaitan dengan isu Jawi..
Boleh kata semua pimpinan PKR ok jer isu Jawi.. hatta Pemimpin DAP pun ok.. Lim Kit Siang siap kata seni khat jawi takkan menjejaskan masyarakat Cina.. Yg dok main isu ni Dong Zong, Yang mula main sentimen kaum di Belakang Dong Zong ni MCA.. kita semua pun tau..Kempen Tanjong Piai terang2 MCA kempen tolak Jawi.. Bukan DAP..bukan PKR..
Pencetus isu air zam-zam dikesan..!!
PU Lokman pulak ke nk jadi popular.. Tiba-tiba ambil keratan akhbar tahun 2017 untuk keruhkan keadaan yg kini sudahpun panas dengan pelbagai isu fitnah perkauman dan agama... Tidak cukup lagikah dengan fitnah yg sudah melata sehingga kamu nk tambahkan lagi...
Larangan penjualan air Zam-zam ni dikeluarkan akibat khuatir ianya dimanipulasikan oleh pihak-pihak tak bertanggungjawab... pada tahun 2015 air yg berlabel zam-zam tapi apabila disiasat ternyata diambil daripada pili jamban...
Sunday, January 5, 2020
Kerajaan Arab Saudi yang haramkan penjualan air ZAM-ZAM tapi yg kena hentam PH
Sedikit panjang tapi elok baca & kongsi bersama bagi mengelakkan kerugian & kebodohan berterusan lantaran kebebalan sesetengah manusia...
Isu pengharaman PENJUALAN air zam zam ni dah lama, cuma sejak semalam sahaja orang Malaysia mula bangkitkan semua dengan matlamat meraih mileage politik. Semua berlaku adalah dgn matlamat.
Sejak 2011 lagi kerajaan Arab Saudi dah menangkap sindiket menjual dan mengeksport air zam zam. Kemudian pada 2017, kerajaan Saudi mengharamkan terus sebarang penjualan dan pengeksportan air zam zam.
Friday, January 3, 2020
Kenapa masa BN memerintah tak banyak isu? Bagus sangat ke BN?
Sebenarnya masa BN dah banyak berlaku ketidak stabilan. Antara contoh ialah isu pembekuan pengambilan penjawat awam. Begitu juga kenaikan banyak harga barangan. Jangankan kata bawang, tisu tandas pun naik harga zaman BN.
Kalau nak cerita janji BN yang tak ditepati, memang panjanglah senarainya. Kalau tak, takkanlah keluar 'slogan JANJI DICAPATI'. Belum kira projek terbengkalai yang cuma tinggal papan tanda sahaja.
Tapi apa juga yang berlaku di zaman BN, ianya tidak se-havoc sebagaimana sekarang, ketika PH memerintah. Kenapa ya? Adakah kerana BN pandai mentadbir?
Wednesday, January 1, 2020
Mana dia diskaun Tol 18% duhai kerajaan PH?
Rakyat Malaysia yang bercadang untuk menikmati faedah kadar tol di lebuhraya-lebuhraya bawah pengurusan PLUS mungkin terpaksa menunggu lebih lama lagi.
Menurut sumber yang rapat dengan syarikat konsesi itu, PLUS tidak mendapat lagi sebarang surat arahan dari Kementerian Kewangan berkaitan penurunan kadar tol.
"Walaupun diumumkan kepada rakyat, pihak kerajaan masih perlu membuat surat arahan berkaitan keputusan itu. Dan PLUS juga berhak tahu mengenai masa hadapan kewangan mereka kerana sebarang perubahan harga tol akan membabitkan syarat konsesi mereka.