Thursday, July 27, 2023

SETAKAT SEMBANG DALAM CERAMAH BUAT APA, PERGILAH REPORTS..!


 AKU BUKAN AKU..

Melilau dalam tiktok ceramah Sanusi mengugut kononnya akan bongkar segala yang dibuat oleh PH ketika mentadbir Kedah dari 2018 hingga 2020.

Macam ni saja la Nusi.. 

Tok sah dok ceramah bergegaq mikropon, berjurai ayaq lioq, beringgut khemah...

Bagi aku sendiri, aku alu-alukan kalau Sanusi nak bongkar malah kalau nak buat laporan SPRM atau Polis supaya disiasat dan diambil tindakan pun, sila.. tolong segerakan. Jangan ceramah saja. Gerakkan seluruh anggota Pemuda Pas buat laporan Polis atau SPRM. Bongkar... dedah... gempaq apa??

Antaranya Nusi kata ketika PH mentadbir 2018-2020, Syarikat Air Darul Aman (SADA) kerugian lebih kurang RM36 juta dan berhutang lebih kurang RM149 juta. Jumlah ini kata Nusi sekarang telah diselesaikan.

Depa berhutang.. aku yang selesaikan. Gitulah kata Nusi.

Wednesday, July 26, 2023

SANUSI CELUPAR..!


 Keceluparan Sanusi

1. Sanusi Md Nor memang terkenal dengan mulut yang celupar. Penyokongnya mengistilahkan Sanusi sebagai lantang bersuara menegur tanpa mengira pangkat.

2. Namun hakikatnya Sanusi hanya sekadar celupar dan bermulut lancang. Ini kerana ucapan-ucapan panas Sanusi bukan pun menegur mahupun mengkritik pihak-pihak terlibat. Sebaliknya hanya berbentuk cacian untuk menimbulkan kemarahan orang lain.

3. Orang yang lantang, menegur untuk memperbaiki dan memberi kritikan yang membina untuk kemaslahatan semua. Namun Sanusi hanya menzahirkan busuk hatinya melalui lidah yang tidak terjaga.

4. Bukan sekali dua, tetapi sudah terlalu kerap Sanusi mengeluarkan ucapan berbaur kebencian ini. Malah, hampir setiap kali mulut Sanusi terbuka untuk berbicara, setiap kali itulah ada hamburan baru yang akan terjelma dari hatinya.

Apakah ada pendakwaan politik dalam kes Sanusi dituduh Hina Sultan Selangor?

Apa yang berlaku sebenarnya...

I. Mat Nusi masih tidak mahu mengaku Ahli Dewan Diraja SELANGOR yang buat Laporan polis ke atas nya

II. Mat Nusi tidak mahu mengaku DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR MURKA & menitahkan Kes nya masih belum selesai

III. Jangan sekali² ada tuduhan , DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR & Ahli Dewan Diraja SELANGOR dibawah pengaruh ahli politik. 

KXP dibiayai pihak swasta, jadi sudah dapat dah ka pelabur yang nak bina tuu..?


 

JADI BILA DAH SWASTA MASIH SEBOK
DENGAN PMX PASAL APA...

PERGILAH CARI PELABUR
DAPAT BAWA JUMPA MOT
UNTUK MOHON LESEN PEMBINAAN



Peneroka Hutang Felda Selesai Tapi Hutang Felda Siapa Nak Selesai..?


 HUTANG PENEROKA PADA FELDA SELESAI
HUTANG FELDA PULAK SIAPA NAK SELESAI

JAWAPANNYA..


Monday, July 17, 2023

Apabila Walaun ULAS bab internet StarlinkX dengan line internet fiber dalam negara...!!!!

 


Menulis di Facebook sebab postingan ini di Facebook. Nak komen tapi @Musa Sabri tutup ruang komen. 



Dangkal dan bodoh bila bandingkan Starlink dan WiFi yang kita selalu guna. Pertamanya berbeza teknologi. Starlink guna satellite signal dan WiFi yang kita selalu guna ni wave frequency via fiber. 

Dari segi kelajuan mungkin Starlink ada sedikit kelemahan nak dibandingkan dengan fiber connection, tapi dari segi kos keseluruhan, Starlink lagi jimat sebab dah fiber memerlukan kos yang tinggi bila melibatkan infrastruktur.

Di kawasan yang tak ada coverage, kena pasang tower baru, kena buat routing fiber, kena setup node station untuk letak switches. Kita selalu nampak modem yang pasang dalam rumah kita saja, nak sampai ke rumah kita banyak lagi benda kena pasang. Harga sebiji tower, switches dan cable bukan RM40 tuan puan. Ratus ribu. 

Ini baru bercakap soal infrastruktur

APAKAH SINAR HARIAN MENJADI LIDAH RASMI AKBAR PN..!


 Sinar oh Sinar.. semakin hari semakin terserlah dan semakin kantoi..

Walaupun DINAFIKAN berulangkali..kelaku dok spin tu tak pernah buang...

Edit sampai3x lebih pon tak guna sbb org dah tau kelalu hgpa..




FITNAH ISU PMX DOK RUMAH SEWA CINA DAN NAIK KERETA JAGUAR YAYASAN..!


nampaknya isu sewa rumah cina dan kereta jaguar masih hangat dikalangan musuh walaun..

apa salahnya dok rumah sewa pon tak taulah nak habaq.. pm dok rumah sewa pon dijadikan isu.. dia sewa sebelom jadi PM lagi.. tapi walaun bukan main canang modal yg dapat tuu..

satu lagi bab JAGUAR.. nampak sangat akai tu sentot tak tau harga jaguar tuu berapa bila harga 2nd.. tak tau hgpa pie buka mudah belambak nak juai jaguar 2nd dan harga bawah 100k pon ada..

Thursday, July 13, 2023

Hari ini menang Esok Minyak Turun.. Keadilan dalam Menuntut Janji..!

 

kena Adil dlm menuntut janji... Ada syarat yg perlu dipenuhi.. 

Semalam kecoh ceramah SANUSI bab cerita komplot cerita pmx langgaq Elizabeth Tan dan bab tuntutan turun harga minyak..

iTulah ceramah nusi skrg.. nak cerita bab apa yg dia dah bagi untuk rakyat kedah sepanjang dia pegang kuasa rasanya tak ada jadi dia pon berceramahlah bab penglipurlara tuu...

Ana nak sentuh bab kalimah janji HARI INI MENANG ESOK MINYAK TURUN... Jika nak tahu ini adalah ungkapan sewaktu KEMPEN PRU12 dimana PAKATAN RAKYAT masih wujud dan PAS masih bersama DAP...

Namun janji itu tetap diulang sampai skrg ibarat janji tersebut dijanjikan semalam..

Kita jika mengaku Islam sudah pasti ada disiplin dia.. itu fakta bukan auta.. jika ada pikiaq disiplin tersebut sudah pasti janji tersebut tak akan diulang utk pengaruhi rakyat..

1) timing janji itu dibuat adalh berdasarkan keadaan ekonomi ketika itu (harga minyak dunia Masih murah Dan tdk semahal masa sekarang. ketika janji itu dibuat kajian menunjukkan keuntungan Petronas mampu jadi subsidi utk turunkan harga minyak ke 1.50 pada masa itu. apabila harga minyak Mahal skrg maka subsidi yg dirancang utk tampung kenaikan minyak sdh mjd tinggi Dan penurunan harga minyak x dpt dibuat.

Wednesday, July 12, 2023

APABILA SANUSI MENAFIKAN YDPA SURUH TUBUH KERAJAAN PERPADUAN..!!

 

 Sila dengaq ceramah yg disampaikan SANUSI nie.. dia jelas kata ANWAR menipu kata YDPA nak suruh tubuh KERAJAAN PERPADUAN..

Sedangkan SIDANG AKHBAR pihak PN yg diwakili HADI dan MUHYIDDIN jelas mengatakan TUANKU yg bertitah tubuhkan KERAJAAN PERPADUAN bersama PH...

ini kenyataan akhbar tersebut..


LINK

Tuesday, July 11, 2023

Kemantapan Menteri Ekonomi bersoal jawab dengan audion dalam program di Kedah..!!!

 


UCAPAN PENUH MENTERI EKONOMI SDR RAFIZI

SESSI DIALOQ BERSAMA MENTERI 






Harga Barang Naik.. Apakah Mainan Persepsi Walaun Nak Burukkan PMX?


 posting wall Tuan Guru Mat Alishah

BETULKAN HARGA BARANG NAIK

Ada usaha bina persepsi terhadap kerajaan yang terbaharu. Kononnya sebelum ini belanja RM200 dah cukup sekarang RM500. Tapi aku nak tahu dia rujuk tahun bila sebenarnya? Tahun 90an ke?

Kenaikan harga barangan menggila ketika Abdullah Ahmad Badawi jadi PM di mana subsidi petrol telah dihapuskan sepenuhnya. Harga runcit bahan bakar itu meningkat hingga ke RM2.70 seliter.

Selepas dari itu, harga semua barangan meningkat. Harga teh tarik pun naik. Tak percaya tanya KJ. Masa tu bapak mertua dia jadi PM. Dia pun bukan main kempen suruh rakyat terima hakikat subsidi mesti dihentikan masa tu. Ya, KJ yang korang suka sangat tu. Dia pun anti subsidi masa tu.

Aku ni jenis pergi sendiri ke pasar. Selalunya aku pergi satu family. Dan aku tak pergi satu tempat je. Di JB ni, ada kala aku ke Smart, kadang pergi pasar Orang Asli di Bakar Batu. Tak pun pasaraya seperti Hero Market dan Maslee pun ada. Semua aku pergi.

Bukan baru ni je. Aku dah pergi dari tahun 90an lagi. Dari sebelum kahwin sampai anak aku dah habis SPM. Jadi aku memang akan perasanlah kalau ada kenaikan harga barangan.

MB PAHANG tegur SINAR HARIAN berkenaan tajuk pekebun musang king..!


 MB PAHANG tegur SINAR HARIAN berkenaan tajuk " KEMENANGAN BERMAKNA PEKEBUN MUSANG KING"


LINK SINAR - KLIK SINI

Monday, July 10, 2023

Di EARTH 666 - Terbongkar cara sakau duit guna "pelabur swasta"..…!!!


Taktik sakau lebai:

1. Cari 'pelabur' @ 'syarikat swasta'.

2. 'Offer' tanah rizab Melayu kepada syarikat swasta untuk buat projek.

3. 'Syarikat swasta' setuju, lebai keluarkan surat kelulusan.

4. 'Syarikat swasta' bawa surat kepada bank, minta loan berjuta / berbilion ringgit.

5. Tanah rizab yang di'offer' tu, dipajak kepada bank.

6. Bank lulus loan. 'Syarikat swasta' dapat duit 'free' berbilion ringgit.

7. Sudah pasti lebai ada bahagian, 'syarikat swasta' akan salur 'duit balasan' masuk akaun 'proxy' atas nama "sumbangan" parti atau NGO mesra parti.

8. Lebai depan walaun dengan bangga umum, "Kami berjaya bawa pelaburan berpuluh juta ringgit untuk negeri ini. Ini ialah game changer!!!"

MUHYIDDIN umum lupus hutang FELDA, tapi duit tak bagi..!!!!

 


KUALA LUMPUR: Pengerusi baharu Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gopoh dalam memberi komen berhubung pelupusan hutang peneroka Felda.

 Mengakui ketika Muhyiddin menjawat jawatan Perdana Menteri ada menyatakan untuk membayar RM1 bilion setahun selama 10 tahun yang sepatutnya dibayar mulai 2022, tetapi perkara itu tidak dilaksanakan. 

Sebaliknya jelas beliau, ia hanya janji yang tidak dilaksanakan termasuk tiada bukti hitam putih dengan pihak Felda untuk membantu menyelesaikan hutang ditanggung entiti itu.

    "Betul tahun 2021 ada diumum hutang peneroka kepada Felda dilupus tetapi Felda pula berhutang melalui sukuk untuk mengambil alih FGV Holdings Bhd (FGV), membayar hutang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Maybank dengan anggaran lebih RM9 bilion. "Mana mana Felda nak bayar hutang?," soal Shabery dalam status di Facebooknya hari ini. (LINK)

 
@saifulnizam769 MUHYIDDIN GAGAL TUNAI JANJI Ini ke manusia yang kita nak angkat jadi pemimpin Malaysia sekali lagi? Sorry lah.. Hanya tahu umum tapi tak buat pun. Sudahnya Anwar yang selesaikan untuk kepentingan para peneroka Felda. #RakyatBijak #SemangatPerpaduan #BeliaSediaUndi ♬ original sound - Saiful Nizam

KXP oh KXP - Hangpa paham dak lagi atau saja buat-buat tak paham..?


1. MULA-MULA HANGPA BACA KENYATAAN MEDIA MUKHRIZ NIE DULU DAN PAHAM DULU APA DIA KXP NIE..

KENYATAAN
 PRESIDEN PARTI PEJUANG TANAHAIR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JITRA
 
“USAH RETORIK MENGENAI KXP, HENTI UMUM PROJEK MEGA YANG TAK MENJADI. BAIK SANUSI TUMPU SELESAI MASALAH YANG SEMAKIN MEMBEBANKAN RAKYAT.”
 
1. Saya merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md. Nor kepada soalan saya berkenaan bayaran deposit untuk pengambilan tanah bagi tujuan Kulim International Airport (KXP) yang sepatutnya dibayar oleh pihak Kumpulan ECK. YAB Menteri Besar telah menyatakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada November 2021 bahawa Kumpulan ECK akan membayar lebih RM2.0 bilion untuk tujuan itu. Bagaimanapun, saya mendapat pengesahan bertulis daripada Kerajaan Negeri bahawa Kumpulan ECK sehingga kini tidak membuat sebarang bayaran kepada pihak KXP Airportcity Holdings Sendirian Berhad (KXPACH) mahupun Kerajaan Negeri.
 
2. Sebagai latar belakang, pada Januari 2020 kawasan tanah seluas 3,982 hektar di Sidam Kiri, Kedah telah dikenalpasti sebagai sesuai untuk dibangunkan sebuah lapangan terbang kargo antarabangsa serta kawasan perindustrian berkaitan sektor penerbangan, logistik dan pengeluaran.
 
3. Setelah Kerajaan Negeri Kedah bertukar tangan dari Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional pada Mei 2020, beberapa ketetapan utama berkenaan KXP telah diubah. Antara lain, pada 2 Ogos, 2021 Kerajaan Kedah telah menandatangani perjanjian perkongsian dengan Kumpulan ECK untuk membina lapangan terbang KXP itu. Sebuah syarikat bertujuan khas, yang mana Kumpulan ECK memiliki 80 peratus ekuiti, telah ditubuhkan.
 

SIAPA YANG ENGKAR CADANGAN TUANKU UNTUK TUBUHKAN KERAJAAN PERPADUAN..!


 SIAPA YANG ENGKAR CADANGAN TUANKU UNTUK TUBUHKAN KERAJAAN PERPADUAN..

TONTONLAH VIDEO DIBAWAH..



Saturday, July 8, 2023

Bila dah bodoh sombong, maka hilanglah peruntukan pembangkang!!

 

Pembangkang masa Ismail Sabri jadi PM dikatakan dapat peruntukan, itupun selepas bersetuju untuk menandatangani MoU yang menjamin kestabilan politik negara. Antara kandungan MoU itu ialah tidak akan ada usaha untuk meruntuhkan kerajaan.

PM DS Anwar lakukan perkara yang sama. Kalau pembangkang nak peruntukan, datang berbincang dengan TPM Fadillah, mungkin tandatangani MoU dan semuanya akan selesai. Peruntukan akan diberi secepatnya. Tapi pembangkang enggan berjumpa.

Kenapa?

Pertama, mungkin sebab pembangkang sengaja nak mainkan isu tu. Kalau peruntukan dah diterima, nanti mereka kurang satu modal nak tuduh kerajaan pimpinan DS Anwar ini jahat. Mungkin juga mereka akan jumpa lepas PRN. Lepas dah puas guna isu ini sebagai modal kempen PRN.

Atau kedua, sebab mereka tak mahu tandatangani MoU itu kerana mereka berniat untuk meruntuhkan Kerajaan Perpaduan ini. Jika dah tandatangan MoU, maka rancangan jahat dah tak boleh dilaksanakan lagi. Maka sebab itu mereka enggan berjumpa.

Hakikatnya, pembangkang tak dapat peruntukan tu atas sikap degil, ego dan dungu mereka sendiri. Tapi disebabkan hasad yang menebal dalam hati mereka, jadi sengaja ditalakan kesalahan ke atas DS Anwar. Padahal mereka sendiri yang sulitkan perkara yang mudah. Guane boh?

Raja Gelap 


.

Thursday, July 6, 2023

Yang Makan Gaji Dok Saja, Yang Tak Ambik Gaji Pulak Nak Kena Selesaikan Semua..!


 Yang tak bekerja gaji jalan, yg bekerja gaji tak jalan
ADAKAH PMX KESEORANGAN ?

Masalah jalan rosak PM kena selesaikan, masalah tak cukup bas di IPTA PM kena selesaikan, masalah subsidi PM kena selesaikan, masalah mesin pengimbas kastam pun PM kena selesaikan…?

Mana Naib Canselor, mana Pengarah2 Jabatan, mana ketua2 Jabatan , mana Menteri2, mana pegawai2 khas Menteri? Ia seolah olah yg TAK bekerja gaji jalan tetapi yg bekerja gaji tak jalan. Ingat PMX bekerja tak ambil gaji tapi cara beliau bekerja lebih dari org makan gaji.

Tak cukup dgn itu bila PMX diserang pihak lawan, PMX kena lawan sendirian. Difitnah pihak lawan, PM kena jawab sendirian, diserang isu agama pun PM yg kena jawab seolah beliau Ulama.

Mana Ustaz2, Mufti, Menteri Agama…? Jgn perjuangkan nak pangkat sahaja Ya Akhi. Akidah umat Islam sedangkan disesatkan, fitnah sdg berleluasa dgn serangan ayat Al Quran…jihad.

Tak kan nak suruh Cybertrooper menjawab fitnah agama? Siapa nak percaya kerana Cyto ini bukan ahlinya. Bila org ada ilmu agama menyerang ( manipulasi agama ), biarlah org yg mempunyai taraf ilmu yg sama menjawabnya.

Wednesday, July 5, 2023

PANAS DALAM WACANA SINAR.. LOKMAN VS CHEGUBARD..

 


1. Semalam aku tengok wacana Sinar Harian. Lokman Adam + Arafat = Kerajaan Perpaduan. Chegu Bard (CB selepas ini) dan Tun Faisal (TF selepas ini) mewakili PN.

2. Lokman beremosi dan aku lihat ia jelas terpapar.

3. Moderator gagal kawal tetamu sebab tiada setting.

4. Sepatutnya setiap tetamu diberikan masa, dan soalan. 

5. Awal-awal lagi dia dah bagi green light boleh mencelah. Malah had masa juga tiada.

6. Lepas tu masa tanya soalan pertama, dia buka kepada sesiapa sahaja yang nak jawab dulu. Krik krik krik semuanya sehinggalah Lokman buka mulut.

7. 3 dari 4 orang yang kau jemput tu kaki bercakap depan kamera buat live, buat post tau.

8. Dorang biasa bercakap non stop, tiada format dan sesuka hati.

Dah la tu Tun. Rehatlah.

 

DAH LA TU...

Aku sebenarnya malas nak tulis apa pasal apa yang Tun M buat dan cakap sebab aku hormat dia dan aku hormat serta hargai kawan-kawan yang masih bersama dengan dia.

Tapi bila Tun cakap benda yang tak betul malah membawa kepada fitnah, aku kena tulis dan cakap kerana ajaran Nabi kita supaya kita bercakap benar walau pun ianya pahit untuk ditelan.

Aku percaya kawan-kawan yang masih bersama dengan Tun pun faham dan tahu apa yang Tun cakap tu tidak tepat dan fitnah tetapi mereka terpaksa diam malah terpaksa angkat apa yang Tun cakap.

Tun kata DAP yang ada 40 wakil dalam Kerajaan Perpaduan akan mengugut Perdana Menteri untuk mengubah negara menjadi negara bebas tanpa agama dengan meminda Perlembagaan membuang Islam sebagai agama rasmi negara. Dakwaan Tun ini sangat berniat jahat dan fitnah terhadap DAP sebagai sebuah parti dan terhadap aku termasuk kawan-kawan ahli-ahli DAP berbangsa Melayu beragama Islam.