Sunday, July 29, 2018

Menteri: Perlu 2 bulan buang ‘sampah sarap’ dalam Pertubuhan Peladang

 
ALOR SETAR: “Kerja pembersihan” Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang digantung sementara pengurusannya, memerlukan kira-kira 2 bulan lagi untuk disiapkan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, proses membuang “sampah sarap” di dalam agensi kerajaan itu sedang dijalankan, bagi membolehkan ia kembali kepada fungsi asalnya sebagai sebuah pertubuhan yang benar-benar membela peladang di negara ini.

“Kita akan bermula dengan era baru, jadi yang mungkin berdepan tindakan perundangan kita izinkan mereka diambil tindakan, manakala yang tidak bersalah jangan bimbang, mereka tidak akan diapa-apakan,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama nelayan di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Kuala Kedah hari ini yang dihadiri lebih 1,000 nelayan.

Umno turunkan had umur dari 18 kepada 16 tahun

Umno turunkan had umur dari 18 kepada 16 tahun
KUALA LUMPUR - Umno memutuskan turunkan had umur ahli kepada 16 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selaras untuk memenuhi hasrat akar umbi Umno dan bagi memastikan beberapa perubahan dapat dilakukan pada struktur organisasi parti itu.

Menurutnya, Umno juga perlu bersiap sedia memperkukuhkan parti dalam menghadapi cabaran lebih besar pada masa akan datang.

"Kami juga merasakan bahawa umur belia yang diktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa ialah 15 tahun.

"15 tahun itu dikira umur belia dan kita ambil setahun lebih lewat berbanding definisi sebenar umur belia," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, sebentar tadi.

Pas Kedah lulus usul penyatuan Melayu-Islam

Pas Kedah lulus usul penyatuan Melayu-Islam
Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Amin Abdul Hamid kiri menerima anugerah jentera Pemuda teramai daripada Dewan Pemuda Pas Kedah sambil disaksikan Salim (dua,kanan).
SIK- Muktamar Tahunan ke-52 Dewan Pemuda Pas Kedah yang berlangsung di Markas Pas Sik di Sungai Pau hari ini meluluskan usul penyatuan Melayu-Islam.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah, Salim Mahmud berkata, usul itu akan dibawa dalam Muktamar Pas Pusat di Terengganu pada September depan.

"Pemuda Pas negeri akan usulkan perkara ini kepada Pemuda Pas Pusat supaya ada usaha penyatuan Melayu-Islam.

"Bukan makna atas dasar Umno-Pas, tetapi semua, termasuk NGO-NGO seperti mana hari ini (Himpunan Kebangkitan Ummah).

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian, tadi.

Mukhriz - Kerajaan Negeri Kedah akan cari penyelesaian terbaik atasi isu Gunung Pulai


ALOR SETAR - Kerajaan negeri dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung bantahan penduduk mengenai cadangan pembinaan kuari di sekitar Gua Kelambu, Gunung Pulai, di sini, baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya sudah membincangkan mengenai perkara itu secara terperinci ketika mesyuarat Exco berlangsung, petang kelmarin.

Katanya, mengikut laporan yang diterima oleh pihaknya mendapati Yayasan Islam Negeri Kedah (Yiked) mematuhi semua syarat dan proses yang ditetapkan.

“Malah soal penduduk di situ patut diberi perhatian. Difahamkan, pihak pemaju ada membuat permohonan untuk mengambil sedikit tanah rizab Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS), tetapi JPS tidak setuju. Untuk menggantikan tanah itu, pemaju mohon untuk mengambil tanah orang kampung termasuk kawasan bendang.

“Saya tidak pasti apa penyelesaian dalam urusan ini, tetapi melihat bantahan penduduk di situ seolah-olah, pemaju memang tidak dapat persetujuan orang kampung. Tetapi berdasarkan laporan diterima kawasan bendang sudah mula ditambun,” katanya.

Katanya, tindakan itu sudah tentu akan menerima bantahan penduduk kampung di situ.

“Saya berpandangan bahawa ruang sepatutnya perlu diberi perhatian dan janganlah sampai tahap macam itu sekali.

Friday, July 27, 2018

DBP mahu diajak berbincang isu UEC

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyokong kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik agar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dikaji secara menyeluruh.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom bagaimanapun berkata, agensi itu juga berpendirian sebarang keputusan berkaitan UEC perlu mengambil kira Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 serta Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Malah, beliau juga bersetuju supaya mata pelajaran sejarah menjadi mata pelajaran wajib lulus selain Bahasa Malaysia untuk pemegang UEC.

"Mata pelajaran sejarah mesti masuk sebagai kajian holistik yang menyeluruh (oleh kementerian pendidikan).

"Kita perlu ambil kira kepentingan Malaysia. Ia berkait rapat dengan perpaduan negara kerana isu pertama ialah kedaulatan bahasa Melayu," katanya pada sidang media di ibu pejabat DBP di Kuala Lumpur hari ini.

Melayu kaum pendatang di Tanah Melayu?

Malaysia lahir dari negeri-negeri Tanah Melayu yang merdeka pada tahun 1957. Ia kemudiannya menjadi Malaysia setelah penyatuan bersama Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 (Singapura menyertai Persekutuan tetapi dikeluarkan pada tahun 1965).

Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa hak-hak istimewa bagi orang-orang Melayu di Malaysia, yang merupakan kaum bumiputera di negara ini, akan dilindungi sewajarnya.

Terdapat segolongan kecil rakyat Malaysia yang memperkatakan bahawa orang-orang Melayu bukanlah orang asal di negara ini tetapi adalah pendatang dari Indonesia.

Ini dinyatakan secara jelas dalam artikel terbitan Free Malaysia Today (FMT) berjudul “The Sungai Kandis question: Do Malays want to be Malaysian”.

Malah, seorang tokoh politik DAP, Chong Eng, juga pernah mengatakan pada tahun 2011 bahawa masyarakat Melayu di Malaysia adalah pendatang dari Indonesia.

Apakah benar orang-orang Melayu pendatang di Tanah Melayu?

Thursday, July 26, 2018

Jika dari 222 ahli parlimen yang ada tapi hanya 26 sahaja yang mampu masuk dewan baik semua letak jawatan

DARIPADA 222 AHLI PARLIMEN YANG ADA, JIKA 26 ORANG PUN TAK MAMPU BERADA DALAM DEWAN, BAIKLAH SEMUA LETAK JAWATAN DENGAN SEGERA!!!

https://malaysiadateline.com/wp-content/uploads/2018/03/Parlimen-Malaysia.jpg
Sejak dahulu lagi, kejadian tidak cukup korum ketika sidang Parlimen memang kerap berlaku dan ia bukanlah sesuatu yang asing.

Baik ketika era pemerintahan BN, mahupun setelah negara ditadbir oleh Pakatan Harapan sekarang, perkara itu nampaknya tetap berlaku.

Ini bermakna, soal tidak hadir atau ponteng Parlimen tidak ada kena mengena dengan parti mana yang memerintah, tetapi lebih kepada sikap dan rasa tanggungjawab Ahli Parlimen itu sendiri.

Tidak kira ketika era BN atau pun PH, yang tidak hadir bukan saja Ahli Parlimen kerajaan, tetapi juga pembangkang.

Pelbagai peringatan, teguran dan kritikan selalu kita dengar setiap kali kejadian tidak cukup korum itu berlaku dan menjadi perbualan dalam masyarakat.

Malah, pelbagai cadangan, saranan dan syor juga akan kedengaran untuk membendung agar ia tidak berlaku lagi, antaranya pemotongan elaun dan sebagainya.

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri turut memberi peringatan kepada menteri, timbalan menteri dan Ahli-Ahli Parlimen mengenai perkara itu.

Mukhriz - Selaras portfolio Exco Kedah

Mukhriz
ALOR SETAR - Portfolio yang dipegang Exco Kedah akan diselaraskan supaya jawatankuasa tetap yang dipengerusikan oleh exco adalah selari dengan kementerian di peringkat Kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, seperti mana dimaklumkan sebelum ini, setelah selesai semua lantikan menteri dan timbalan menteri, maka berlakunya sedikit penyelarasan kepada portfolio yang dipegang oleh Exco Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, ada sedikit perubahan yang telah dilakukan di peringkat kerajaan negeri termasuklah penambahan seorang exco bakal dilantik pada awal Ogos ini untuk menggantikan tempat Datuk Amiruddin Hamzah yang dilantik Timbalan Menteri Kewangan yang baharu.

“Tujuan penyelarasan ini adalah setiap kali ada mesyuarat kementerian, kita nak ada seorang wakil daripada negeri, seboleh-bolehnya seorang exco. Nampak gayanya, berlaku juga di mana satu kementerian terdapat lebih daripada satu exco akan terlibat. Ini adalah satu keadaan tidak dapat dielak oleh pihak kami,” katanya pada sidang media, selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini, semalam.

KJ tolak tiga tawaran Zahid


Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar didakwa menolak tiga jawatan yang ditawarkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepadanya untuk menghidupkan semula Umno.

Susulan penolakan sebanyak tiga kali itu, Zahid beranggapan mungkin Khairy mempunyai pelan lain untuk merancang kebangkitan semula Umno sebagai parti politik dan memainkan peranan yang membina sebagai pembangkang.

"Pertama sekali tawaran saya beri sebelum pemilihan Umno, 30 Jun lalu, saya tawarkan beliau jawatan Naib Presiden sebab Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak bertanding. Tetapi KJ mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden.

"Tapi akhirnya beliau bertanding kerusi Presiden. Selepas kalah, saya tawarkan jawatan Setiausaha Agung BN, tapi KJ tolak juga.

"Sebelum pengumuman barisan kepimpinan baharu Umno, saya tawarkan beliau buat kali ketiga sebagai ketua penerangan, ditolak juga," jelas Zahid.

Ketika ditanya alasan, penolakan KJ tersebut, Zahid berkata, beliau tidak melihat kepada alasan tetapi jika ada tawaran yang bagus untuk menghidupkan semula Umno itu yang perlu beliau nyatakan.

Hanipa bidas gelagat tiga MP ‘parti hilang kuasa’

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin membidas gelagat tiga Ahli Parlimen (MP) BN dalam perbahasan di ewan Rakyat semalam yang antaranya dianggap sungguh melucukan.

Bagi Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menyerang kerajaan Pakatan Harapan (PH) atas isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), Hanipa berpendapat kepentingan rakyat berpendapatan rendah juga perlu diambil kira.

“Dalam perbahasan di Parlimen semalam, YB Rembau bangkit isu GST bagi menyerang Kerajaan PH. Beliau kata langkah PH hapuskan GST menyalahi pendapat pakar ekonomi seperti akauntan dan lain-lain.

“Jika boleh bertanya semalam, saya nak tanya begini ‘Baguslah YB sibuk dengan pendapat seperti pakar akauntan, pendapat rakyat bawahan yang ‘terjerut leher’ mereka dengan GST, macam mana? YB tak mahu ambil kira sekali ke?” ujarnya.

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional berkenaan juga mengulas tentang soalan dikemukakan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tuesday, July 24, 2018

Bolehkah BN menang PRK Sungai Kandis?

 Bolehkah BN menang PRK Sungai Kandis?
SHAH ALAM - BN ada sebab kukuh untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Khaidirah Abu Zahar berkata, meskipun menyedari BN merupakan calon 'underdog' pada PRK kali ini namun jelasnya, BN tidak mudah menyerah kalah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dira berkata, PRK kali ini waktu paling sesuai untuk BN 'test market'.

"Kita tahu sekarang kalau campur jumlah undi pada PRU lalu menunjukkan ia memihak kepada PH.

"Tapi kenapa BN bertanding, kerana ia merupakan waktu sesuai dan permulaan yang baik untuk kita lihat bagaimana kesan penerimaan rakyat pada parti selepas PRU14," katanya dalam Program Ruangan Diskusi N49 berjudul isu ‘Janji dan Orang Muda’sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya moderator Datuk Mohd Irwan Rizal adakah BN mampu memenangi PRK kali ini.

Kerajaan disaran mulakan sesi sekolah jam 8 pagi

DUN KELANTAN | Kementerian Pendidikan disaran mencontohi kerajaan Kelantan dengan melewatkan sesi persekolahan selama 30 minit.

Sekolah-sekolah bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) kini bermula pukul 8 pagi, berbanding 7.30 pagi di sekolah kelolaan kementerian.

Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pendekatan yang diambil sejak tiga tahun itu mendapat respon positif ibu bapa.

"Waktu tersebut lebih sesuai kerana memberi ruang lebih selesa kepada ibu bapa sekali gus mengelak suasana kelam kabut aliran trafik pada waktu pagi.

"Pertemuan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan disusuli pertemuan barisan exco dengan menteri-menteri berkaitan bidang tugas masing-masing," katanya ketika menjawab soalan tambahan Abdul Rahman Yunus (Pas-Pasir Tumbuh) dalam sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu, hari ini.

Salahuddin setuju elaun MP 'malas' dipotong, tapi...

Salahuddin setuju elaun MP 'malas' dipotong, tapi...


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub bersetuju dengan cadangan bekas menteri Tan Sri Rais Yatim agar memotong elaun anggota parlimen yang "malas" hadir persidangan.

Beliau juga setuju agar nama anggota parlimen yang dimaksudkan disiarkan.

Namun, Salahuddin berkata, cadangan Rais itu hanya perlu dikenakan kepada anggota parlimen yang tidak hadir tanpa alasan yang kukuh.

"Ya, itu saya setuju (dengan cadangan Rais)," katanya mengulas kenyataan Rais di Twitter berhubung kekurangan korum di Dewan Rakyat hari ini yang menyebabkan persidangan terpaksa ditangguhkan seketika.

"Kalau mereka benar-benar anggota parlimen yang tidak bertanggungjawab, sengaja ponteng parlimen, tanpa alasan yang kukuh, menjadikan jawatan anggota parlimen sebagai untuk memenuhi kehendak peribadi, tidak datang parlimen, tidak bahas, itu saya rasa munasabah untuk parlimen sendiri ambil tindakan.

"Kalau ada pemotongan elaun, terpulang kepada peraturan parlimen," katanya.

Adun Pas Jengka guna mimbar khutbah dakwa AG, Ketua Hakim , Menteri Agama mesra LGBT

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas mendakwa Peguam Negara,Ketua Hakim Negara dan Menteri Agama berkemungkinan akan membuka ruang kepada tuntutan golongan Lesbian, Gay, Biseseksual,Transeksual (LGBT) di negara ini.

Wakil Rakyat Dun Jengka Shahril Azman Abd Halim dalam satu khutbah Jumaat yang diadakan di Masjid Matrikulasi Jengka, Pahang pada 13 Julai lalu, mendakwa, institusi kehakiman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, sudah ‘mesra LGBT’, jika perkara itu berlaku ia ‘wabak’ yang sangat membimbangkan di negara ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada pelantikan dikalangan bukan Islam, Peguam Negara Tommy Thomas dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjun.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini disandang oleh Datuk Muhajid Yusuf Rawa yang juga Naib Presiden AMANAH.

Dakwaan Shahril Azman diucapkan pada minit 5.30 saat pada durasi video 22.06 saat itu yang rakaman video pada khutbah beliau dan turut dimuat naik di dalam facebooknya.

Tular notis penutupan Klinik 1Malaysia pula.. ini jawapan KKM

Tular notis penutupan Klinik 1Malaysia: KKM dalam proses naik taraf Klinik Komuniti, Klinik Kesihatan


Tular notis penutupan Klinik 1Malaysia: KKM dalam proses naik taraf Klinik Komuniti, Klinik Kesihatan 

Penularan notis penamatan perkhidmatan Klinik 1Malaysia di sekitar Lembah Kelang susulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum memuktamadkan dan memberikan arahan kepada 347 buah Klinik 1Malaysia yang kini dikenali sebagai Klinik Komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, kementerian buat masa ini masih dalam proses semakan dan untuk menaik taraf beberapa Klinik Komuniti kepada Klinik Kesihatan.

Selain menempatkan lebih banyak Pegawai Perubatan dan PegawaiFarmasi serta Pembantu Pegawai Farmasi ke Klinik Komuniti secara berperingkat.

Selain dalam perancangan menutup beberapa Klinik Komuniti yang memenuhi syarat tertentu.

“Diantara kriteria yang diteliti untuk cadangan penutupan adalah jumlah kedatangan pesakit rendah, keberadaan fasiliti kesihatan lain yang berdekatan sewa atau kos operasi yang tinggi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, keputusan kementerian akan dibuat dalam waktu terdekat dan KKM katanya, akan memberi jaminan bahawa proses penutupan klinik yang berkaitan di bawah penjenamaan semula itu akan dijalankan dengan tertib bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

Apabila Dr. Rozaimi menyakat penyokong PAS yang backup Hadi..!


Ramai penyokong PAS marahkan saya berkenaan posting saya semalam tetapi mereka hanya mampu memaki hamun saya saja. Soalan saya mudah saja iaitu berkenaan konsisten. Jika mereka kata bantahan mereka terhadap pengiktiran UEC disebabkan ia buruk maka saya perlu tanya 2 soalan:

1. Bagaimana jika melaksanakan semua manifesto pada waktu ini memburukkan ekonomi negara? Adakah masih wajar ditunaikan atau boleh ditangguhkan sekejap sehingga waktunya sesuai?

2. Jika mengiktiraf UEC buruk (selagi lagi saya tegaskan saya tidak pro UEC), kenapa PAS setuju dengan pengiktirafannya sewaktu PRU 13 dan dimasukkan dalam buku jingga?

Apabila modal salah lapor media dijadikan bahan bantai menteri PH



Semalam tular artikel MalayMail berkaitan YB Timbalan Menteri Pendidikan.

Dalam artikel berkenaan, dikatakan bahawa kerajaan akan isytihar Peminjam PTPTN yang gagal bayar sebagai muflis.

Ini adalah tidak benar sama sekali dan laporan yang tidak bertanggungjawab!!

Saya berada didalam parlimen semalam semasa YB Timb Menteri Pendidikan menyampaikan hujahan kepada pertanyaan YB Baling. Antaranya adalah seperti berikut;

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]
Nyatakan mengapakah penghutang PTPTN yang ingkar membayar balik hutang dikeluarkan daripada senarai hitam imigresen.

Apabila Tuanku Sultan Perak bertitah jangan jadi seperti LEBAI MALANG & PAK PANDIR


Kelmarin mendengar titah Ucapan Sultan Perak, Dr Nazrin Shah, pesanan khasnya dalam pertemuan dengan GPMS( Gabungan Pelajar Melayu Semenannjung), teguran Sultan Nazrin kelmarin sungguh halus dan Tajam Menyentuh Soal Melayu..

Kalau Kita Dengar Titan Sultan Nazrin, hat Melayu, Kelompok Ashabiyah hat nak buat Demo,hat bantah Peguam Negara dan Ketua Hakim dikalangan bukan Melayu.. Persatuan Mahasiswa Islam hat kononnya nak pertahan Melayu, tentang UEC patut rasa Malu..

Monday, July 23, 2018

Kerajaan PH PERAK luluskan bantuan segera RM150K kepada maahad Ust Kazim


Hari ini kerajaan PH Negeri Perak telah meluluskan bantuan segera RM 150,000 kepada Maahad Tahfiz Negeri Al-Barakah milik Kazim..

Tahu tak, nak meluluskan sesuatu peruntukan yang besar ni, kena kelulusan Jemaah Exco.. di Perak hampir 50% Exconya adalah DAP, malah 18 dari 29 Adun PH di Perak dari DAP.. jadi tang mana DAP menang.. DAP perintah ni akan menindas Islam ? apa lagi nak tutup Maahad Tahfiz..

Teringat aku masa Perak hanya setahun perintah Perak 2008, Tok Guru Pakteh masa tu mengadu, bertahun dia mohon tanah nak besarkan kawasan pondok.. tapi tak pernah lulus bawah BN.. masa Tu Ni Nizar dan Kerajaan DAP tak sampai 6 Bulan dah luluskan pemberian lot Tanah..

Sudah sampai masanya Melayu ditegur

 Sudah sampai masanya Melayu ditegur
SHAH ALAM - Sudah sampai masanya teguran dibuat kepada bangsa Melayu terutamanya golongan profesional yang sudah terlalu selesa dengan kemudahan yang mereka peroleh.

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, golongan yang sudah terlalu selesa dilihat tidak mahu turun ke bawah melihat apa yang sebenarnya berlaku kepada orang Melayu.

Menurutnya, bangsa Melayu juga kurang membuat penyelidikan tentang apa yang berlaku sekarang dan lebih suka hanya ‘tunggu’ dan ‘lihat’.

“Jati diri Melayu makin terhakis dan kurang sikap ambil tahu hal bangsa… mereka (bangsa Melayu) lupa soal musyawarah dan muafakat… lupa soal adab dan budi. Walhal nenek moyang dulu banyak tinggalkan azimat supaya Melayu bersatu dan ada semangat sayang bangsa.

“Melayu dulu sudah ada kemajuan hebat dan minda besar. Contoh mereka sudah pandai buat pistol iaitu terakol, sudah pandai buat senapang iaitu istinggar, sudah pandai buat meriam iaitu lela rentaka.

"Kita kena jadi bangsa pencipta seperti dulu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

‘Najib ingat boleh perintah negara 100 tahun lagi?’

‘Najib ingat boleh perintah negara 100 tahun lagi?’
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sedar dan memandang rendah kuasa rakyat sekali gus menjadi punca BN tumbang pada PRU14 lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat sudah muak dengan pemerintahan Najib yang disifatkan sebagai kuku besi dan banyak menyusahkan rakyat.

Menurutnya, penghargaan seharusnya diberikan kepada rakyat yang bangkit menumbangkan BN dan tugas PH sekarang adalah memperbaiki segala kerosakan yang telah dilakukan.

"Mereka (BN) seolah-olah kebal dan tidak mungkin kalah. Mereka juga ingat dapat memerintah lagi 100 tahun.

"Tetapi mereka silap dan tidak ambil kira perasaan rakyat yang tidak suka dengan pemerintahan kuku besi.Sekarang kita berjaya tumbangkan mereka," katanya dalam ucapan pada majlis makan malam sempena mengumpul dana untuk Tabung Harapan Malaysia di Ideal Convention Center (IDCC), sebentar tadi.

Harga Minyak RM1.50 : Antara FAKTA & AUTA pembangkang


Ini respons saya berdasarkan fakta tentang tuduhan PAS Kerajaan PH tak tunai janji turunkan harga minyak

Ini fakta yg sebenar berlaku:

"Sebelum BN kalah dlm PRU-14 dulu, harga minyak ialah RM2.20 seliter. Masa itu harga pasaran minyak mentah dunia $55 dolar setong.

Selepas PH menang pada 9 Mei 2018 dan hingga kini setelah lebih 2 bulan, harga minyak masih RM2.20 seliter, sedangkan harga minyak mentah sekarang $75 dolar setong"

Untuk kekalkan harga minya pada RM2.20, kerajaan PH telah belanjakan RM1.4 bilion untuk mensubsidikan harga minyak.

Jadi mana ADIL, mana TAK ADIL?

(1) Zaman BN, pada harga minyak dunia $55 dolar setong, harga runcit RM2.20

(2) Zaman PH, pada harga minyak dunia $75 dolar setong, harga runcit RM2.20 juga.

Ingat tak masa tahun 2004 dulu, Pak Lah Badawi naikkan harga minyak sampai 70 sen menjadikan harganya RM2.70 seliter.

Tahu harga minyak dunia masa tu berapa? $90 dolar setong!!!

Sunday, July 22, 2018

Sg. Petani - Udang galah 70 sen, cencaru 20 sen jadi rebutan

Udang galah 70 sen, cencaru 20 sen jadi rebutan
SUNGAI PETANI - Kedai ikan berhadapan Masjid Al-Majidi (Masjid Kuning) Sungai Layar dekat sini, menjadi tumpuan ramai apabila ikan kembung atau lebih dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai ikan temenung dijual hanya pada harga RM0.05 sen dan RM0.30 sen seekor.

Orang ramai terutamanya penduduk di sekitar kawasan itu mula beratur seawal pukul 2 petang apabila mengetahui maklumat mengenai jualan ikan murah serendah RM0.05 sen itu tular di laman sosial sejak semalam.

Seorang pelanggan, Noraliza Ismail, 38, dari Kampung Zainal Abidin, Bedong, dekat sini, berkata, dia bertolak ke lokasi kira-kira pukul 2 petang tadi supaya tidak ketinggalan untuk mendapatkan ikan pada harga yang murah.

"Orang ramai memang tunggu dari awal, sekejap sahaja ikan 5 sen itu habis dijual..saya sempat membeli 40 ekor ikan temenung yang dijual pada harga RM0.05 sen seekor dan 20 ekor lagi pada harga RM0.30 sen seekor," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, dia sedia maklum mengenai kedai ikan itu yang sering menawarkan harga hasil laut yang lebih murah dari harga pasaran, malah sudah lima kali berkunjung ke situ setiap kali diadakan promosi jualan murah.

Beza Parlimen dulu dan kini

http://www.malaysia-chronicle.com/wp-content/uploads/2018/07/maxresdefault-84.jpg
SIDANG Parlimen pertama kerajaan PH mencatat sejarah apabila banyak tempat duduk bertukar. Almaklumlah yang dulu kerajaan kini pembangkang, yang dulu pembangkang kini kerajaan.

Inilah pertama kali sejak lebih 60 tahun, BN/Umno yang menerajui kerajaan kini bertukar menjadi pembangkang setelah ditolak rakyat pada 9 Mei.

Inilah juga pertama kali ahli Yang Berhormat dari parti pemerintah, Ramkarpal Singh (DAP Bukit Gelugor), diusir keluar Dewan oleh Speaker yang dilantik kerajaan.

Tindakan Speaker, Datuk Mohamad Arifd Md Yusof itu adalah susulan keengganan YB berkenaan menarik balik perkataan ‘samseng’ yang disebutnya pada sesi pagi.

Biasanya sebelum ini Speaker hanya berani mengusir YB dari parti pembangkang. Sebab itu tidak pernah dengar YB kerajaan kena usir.

Maka itulah bezanya Speaker kerajaan lama dengan Speaker kerajaan baharu!

Nasrudin usah malu-malu nak sokong Umno

 
PRK SG KANDIS | Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dinasihat supaya berterus terang dalam menyatakan pendirian parti itu terhadap Umno serta BN menjelang pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis pada awal bulan depan.

Bekas calon PAS untuk kerusi parlimen Indera Mahkota itu juga dinasihatkan supaya menunjukkan kematangan dan berhemah dalam sikapnya menyokong Umno, bukan mencipta alasan serta menabur fitnah.

Pengarah Strategi Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) Ahmad Syukri Ab Razab berkata dengan sikap yang betul Nasrudin boleh menyampaikan mesejnya dengan lebih jelas kepada pengundi di kawasan dewan undangan negeri berkenaan.

"Pada pandangan saya Nasruddin masih malu-malu menunjukkan sokongannya kepada Umno dan BN.

"Dia sepatutnya perlu lebih berterus terang untuk menyeru pengundi agar menyokong calon Umno," katanya.

Menurut Ahmad Syukri lagi Nasrudin bukan seorang pemimpin yang naif dan sepatutnya cukup faham HARAPAN masih dalam fasa 100 hari pemerintahan.

"Lebih daripada itu ada janji-janji yang diungkit Nasrudin hari ini tidak termasuk dalam kategori yang perlu ditunaikan dalam tempoh 100 hari pertama HARAPAN menjadi kerajaan, seperti menghapuskan tol," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelantan tetap nak royalty 5% berdasarkan pengeluaran, meniaga untung rugi lantak kerajaan pusat

Kelantan tetap mahu royalti minyak 5 peratus

Kerajaan Kelantan tetap dengan pendirian supaya agihan royalti minyak ke negeri itu diberikan sebanyak lima peratus daripada hasil pengeluaran.

Malah timbalan menteri besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, penyaluran royalti minyak itu tidak sepatutnya berasaskan keuntungan seperti diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin.

"Pada padangan kami tidak sepatutnya royalti dibayar berasaskan keuntungan, kerana pengeluaran lebih penting.

"Soal untung rugi adalah berdasarkan perniagaan. Kalau harga minyak mahal atau jualan tinggi, banyaklah kita dapat, tapi jika jumlah jualan rendah atau harga turun, keuntungan rendah yang kita dapat.

"Buat masa ini kerajaan negeri belum melakukan pengiraan, boleh jadi pengeluaran lebih banyak atau mungkin keuntungan lebih tinggi kerana ia bergantung kepada perniagaan.

Bukan sekadar wang untuk jadi pelanggan firma barang kemas Lubnan

Bukan sekadar wang untuk jadi pelanggan firma barang kemas Lubnan

Global Royalti Trading SAL, yang melabelkan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai “pelanggan lama” adalah firma barang kemas yang sangat ekslusif sehinggakan tidak semua orang boleh dengan mudah berurusan dengan mereka, biarpun mereka memiliki wang.

Firma yang berpengkalan di Lubnan itu merupakan pembekal barang kemas antarabangsa dengan pelanggan-pelanggan yang ekslusif termasuk keluarga raja, selebriti dan ahli politik.

Daripada semakan yang dibuat menunjukkan antara pelanggannya ialah pelakon pemenang anugerah Angelina Jolie, supermodel dan pelakon Naomi Campbell, mogul media Amerika Syarikat Oprah Winfrey, keluarga diraja Arab Saudi dan tokoh-tokoh yang cukup kaya dari Timur Tengah, lapor Asia One.

Sumber berkata, berurusan dengan firma berkenaan tiba kepada seuatu peringkat pelanggan tidak perlu datang bertemu mereka, sebaliknya mereka pergi bertemu pelanggan.

“Begitulah proses bagaimana mereka yang kaya raya membeli apa yang dikehendaki. Barang kemas dihantar kepada mereka, mereka pilih apa yang mereka mahu dan bayar untuk semua itu.

Demi #MUAFAKAT bersama BN, PAS seru tolak calon PH

PRK SG KANDIS : TOLAK PH


1. PAS tidak menghantar calon kerana PAS telah memutuskan awalnya untuk memastikan Pilihanraya Kecik Sg Kandis menyaksikan hanya 1 lawan 1. (Supaya undi pembangkang tidak pecah dan PH mudah ditewaskan. Asal Bukan Pakatan Harapan -ABAH)

2. PH mesti dikalahkan dalam PRK Sg Kandis. Ia menjadi satu isyarat kepada kerajaan PH bahawa rakyat tidak mahu terus dipermain dengan kegagalan PH menunaikan janji pilihanraya seperti hapuskan tol, turunkan harga minyak, hapuskan hutang peneroka felda dan banyak lagi yang boleh disenaraikan kemudian.

Saturday, July 21, 2018

Kepada Nik Amar..sila google ‘LGBT Kelantan’, ‘Pondan Kelantan’, ‘Maknyah Kelantan’, ‘Gay Kelantan’

Nik Amar pandang ke langit isu LGBT di Kelantan, kata Pemuda AMANAH

Nik Amar pandang ke langit isu LGBT di Kelantan, kata Pemuda AMANAH


Penafian dibuat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kononnya tiada aktiviti LGBT di negeri itu ditempelak Pemuda AMANAH seolah-olah beliau berjalan pandang ke langit.

Ketua komunikasi Pemuda AMANAH Kelantan Muhammad Arif Basharuddin berkata, beliau amat kesal danbersimpati dengan Nik Amar kerana masih lagi berjalan mendongak ke atas sehingga tidak nampak keadaan sebenar di sekelilingnya.

Muhammad Arif Basharuddin
“Tindakan beliau menafikan isu LGBT sebenarnya wujud dan serius di negeri ini sememangnya diketawakan oleh banyak pihak.

“Dia dilihat seolah-olah bagaikan cuba menutup bangkai gajah dengan sehelai serban,” katanya.

Menurutnya jika Timbalan Menteri Besar itu ‘malas’ sangat untuk turun padang meninjau sendiri betapa seriusnya gejala pelacuran seks songsang ini melanda di sekitar Kota Bharu, sepatutnya beliau boleh mencari maklumat itu di internet.

“Sepatutnya boleh sahaja ambil telefon pintar dan ketik carian di Google, taiplah apa sahaja kata kunci sama ada ‘LGBT Kelantan’, ‘Pondan Kelantan’, ‘Maknyah Kelantan’, ‘Gay Kelantan’ atau apa sahaja berkaitan isu ini di Kelantan, nah… berlambak berita yang cukup memalukan kita semua terpampang di sana.

“Saya sehingga kini cuba mendapatkan maklumat terperinci mengenai perdagangan dan pengiklanan khidmat seks songsang selain khidmat pelacuran wanita sejati dalam laman aplikasi sosial seperti Wechat di Kelantan ini.

Friday, July 20, 2018

Aduhai RAIS YATIM.. KASUT HITAM yang kelupoqnya..!

RAIS DAN KASUT HITAM

Dalam begitu banyak isu yang Maszlee bangkitkan, Rais hanya komen tentang kasut hitam. Kenapa tak komen tentang pendidikan khas, pendidikan seni, buku teks dan banyak lagi isu lain?

Untung syarikat kasut? Kalau pakai kasut putih pun, syarikat kasut juga yang buat kasut, bukan syarikat buat karipap sejuk beku. Hitam atau putih, syarikat kasut yang untung.

Bebankan ibu bapa? Masih ada lima bulan untuk pakai kasut putih yang masih ada. Ia tetap akan rosak dan ibu bapa tetap perlu beli kasut baru pada hujung tahun ini. Semasa beli baru, belilah kasut hitam. Harga kasut putih dan hitam lebih kurang sama saja.

Mesyuarat Kabinet ditukar Jumaat selepas dikritik Pembangkang

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan akan mengubah waktu mesyuarat Kabinet setelah mendapat kritikan.

Dr Mahathir berkata, mesyuarat Kabinet akan dilakukan pada hari Jumaat, manakala persidangan Dewan Rakyat berlangsung pada hari Isnin hingga Khamis.

“Kita melihat ke arah itu, kita mungkin akan laksanakan (mesyuarat Kabinet) pada hari Jumaat,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan tindakan menteri dan timbalan menteri yang meninggalkan Dewan Rakyat ketika persidangan masih berlangsung.

PM: Royalti minyak untuk rakyat, bukan kukuh politik


Kerajaan berjanji akan memberi royalti sebanyak 20% kepada negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan, Terengganu dan Sarawak.


Kerajaan berjanji untuk beri royalti seperti yang dijanjikan sebelum ini tanpa ada penyelewengan. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menunaikan janji untuk memberi royalti minyak kepada Kelantan termasuk negeri pengeluar minyak yang lain.

Bagaimanapun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dana tersebut hanya disalurkan terus kepada kerajaan negeri jika ia digunakan untuk rakyat, bukan bertujuan memperkukuhkan kedudukan politik.

“Kami berjanji untuk beri royalti seperti yang dijanjikan dulu, tidak akan ada penyelewengan tapi kami berharap royalti diguna untuk kebaikan negeri dan tidak disalah guna untuk kuatkan parti dan lain-lain.

“Ini bukan hak Kelantan dan Terengganu sahaja, ia terkena semua kawasan dan negeri yang keluarkan minyak berdasarkan keuntungan,” katanya merujuk pemberian royalti sebanyak 20% termasuk Sarawak.

Dr Mahathir berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang)

Polis buka semula kertas siasatan kematian Beng Hock, Altantuya

PETALING JAYA: Kematian Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock dan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu akan mendapat pembelaan selepas polis memberikan jaminan akan membuka semula kertas siasatan kes itu.

Ketua Polis Negera Tan Sri Fuzi Mohamad Harun berkata, pihaknya sedang menunggu kertas siasatan lengkap untuk dihantar ke peringkat seterusnya.

“Kita akan buka semula siasatan terhadap kes kematian Teoh Beng Hock selepas mendapat arahan berbuat demikian semalam.

“Siasatan selanjutnya akan dibuat, beri kami masa.

“Manakala kertas siasatan Altantuya sudah selesai, kita tunggu arahan selanjutnya untuk hantar ke Peguam Negara,” katanya selepas majlis penyerahan kenderaan polis oleh konsesi PLUS Malaysia hari ini.

Bulan lalu, polis berkata akan merujuk keterangan bapa Altantuya, Shaariibuu Setev kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Keterangan itu diambil susulan laporan polis dibuat Setev di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sehari sebelumnya.

AMANAH, buktikan kamu parti Islam terbaik

 
Islam bermula dari pertengahan abad ke tujuh masihi. Sejak dulu lagi, parti politik bukanlah wacana yang boleh digunakan untuk mendukung cita-cita luhur Islam.

Malah konsep konsep seperti kabilah, kaum, mazhab, malah dinasti, pula yang tidak putus-putus dikaitkan dengan Islam dalam pelbagai acuan

Apa yang ketara dari kesan-kesan ini adalah Islam yang berpecah belah, bukan sahaja dari segi mazhab sahaja tetapi visi kesuluruhannya.

Misalnya konsep ummah. Seharusnya umat Islam harus bersatu, dan berdasarkan penyatuan sebegini membantu umat lain yang mungkin papa kedana, atau mengalami segala malapetaka duniawi, biar dari segi perperangan atau bencana alam.

Tapi realitinya pula agak berlainan. Umat Islam merupakan umat yang kucar kacir. Malah OIC atau “Organization of Islamic Cooperation” langsung tidak bermaya untuk menjadi sebuah organisasi yang boleh membela nasib umat Islam.

Pada saat ini, AMANAH merupakan sebuah parti politik yang berwibawa. Dengan lebih 11 menteri, iaitu menteri (5), timbalan menteri (5) dan ketua menteri (1), AMANAH merupakan satu-satunya parti Islam yang boleh menonjol lagi.

Hamas di Palestin telah tersepit di Israel. Ikhwan Muslimin sedang dikekang oleh Presiden Al Sissi di Mesir serta Saudi Arabia dan sekutunya.

Wednesday, July 18, 2018

'Selamat berlatih jadi pembangkang'

'Selamat berlatih jadi pembangkang'
.KUALA LUMPUR - Tindakan pembangkang keluar dewan pada mesyuarat pertama Parlimen ke-14 hari ini bagi membantah pelantikan Speaker Dewan Rakyat mendapat pelbagai kritikan.

Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir berkata, pemilihan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof tidak sepatutnya dijadikan isu.

Katanya, apa yang dilakukan pembangkang itu hanya bertujuan untuk meraih perhatian.

"Inilah sikap orang baru jadi pembangkang nak belajar cara untuk membantah. Mereka protes keluar tetapi kemudian masuk semula dewan untuk angkat sumpah.

"Kalau betul mereka tak boleh terima, kena bantah betul-betul lah. Bagaimanapun, saya ucapkan selamat berlatih jadi pembangkang," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, kekecohan pagi tadi adalah satu sesuatu yang 'sihat'.

"Kita dah melihat pertukaran kerajaan selepas 61 tahun tanpa pertumpahan darah. Maka apalah sangat keluar dewan.

EXCO KEDAH - Usaha tangani masalah perkhidmatan bas

 Usaha tangani masalah perkhidmatan bas
ALOR SETAR - Kerajaan negeri sedang berunding dengan dua syarikat baharu untuk mengatasi masalah perkhidmatan bas henti-henti Cityliner di laluan tertentu yang terpaksa ditamatkan bermula sejak kelmarin.

Exco Pengangkutan, Azman Nasrudin berkata, syarikat berkenaan terpaksa mengurangkan dan memberhentikan perkhidmatan secara berperingkat di beberapa laluan berikutan kerana tidak mampu menampung kos operasi.

Katanya, syarikat itu menyediakan perkhidmatan di tujuh laluan di Kedah, antaranya Alor Setar- Sungai Petani, Alor Setar-Pendang, Sungai Petani-Taman Bandar Baharu, Sungai Petani-Taman Ria Jaya, Sungai Petani-Taman Keladi, Sungai Petani-Butterworth dan Butterworth-Padang Serai.

“Bermula 15 Julai, perkhidmatan bas Cityliner itu di beberapa laluan sudah dihentikan sehingga didakwa menimbulkan kesulitan kepada sebilangan penumpang. Malah, ada yang akan menyusul terpaksa mengambil langkah sama.

Kerajaan BN tidak dedah kos tersembunyi HSR, kata Azmin

Kerajaan BN tidak dedah kos tersembunyi HSR, kata Azmin
Kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan kos tersembunyi berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata anggaran kos sebenar projek itu berjumlah RM110 bilion dan bukannya RM55 bilion seperti yang diumumkan kerajaan BN sebelum ini.

“Kos RM55 bilion yang disebutkan tadi ialah kos projek. Tetapi, banyak juga kos tersembunyi yang tidak didedahkan kerajaan sebelum ini. Maka, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hari ini bertanggungjawab untuk mendedahkan keseluruhan kos pembinaan projek ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini lapor Bernama.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanyakan mengapa anggaran kos yang didedahkan terlalu tinggi iaitu hampir dua kali ganda berbanding kos asal yang diumumkan.

Tuesday, July 17, 2018

Kelakuan Keluar Dewan.. Dah dikatakan ia kelaku jebon kenapa pakat ikut pula..!

RESPON KEPADA SYED AHMAD FADHLI (2)

(b) Urusan penamaan bukan melalui media tetapi Setiausaha Dewan "

Persoalan inilah yang sepatutnya SU Dewan jawab ketika YB Kota Bharu bangun bertanya meminta penjelasan.

Mengapa SU Dewan buat tidak endah apabila YB Dato' Takiyuddin bangun tadi.?

Tidak ada sebarang bukti pun ditunjukkkan yang memang benar Kerajaan sudah hantar surat pencalonan pada 2 Julai 2018.

Monday, July 16, 2018

Permulaan yang mengecewakan bagi pihak pembangkang di parlimen

PERMULAAN YANG MENGECEWAKAN

Permulaan sidang parlimen penggal ke 14 yang mengecewakan saya. Awal-awal lagi kesemua wakil pembangkang BN dan Pas telah keluar dewan sebagai membantah pelantikan Mohamad Ariff Mohd Yusuf sebagai Speaker. Alasan bantahan ialah kerana penamaan Ariff tidak mengikuti peraturan yang memerlukan nama Ariff diserahkan kepada parlimen dalam tempoh tertentu.

Walaupun Setiausaha Dewan memaklumkan nama Ariff diserahkan pada 2 Julai, dimana tarikh itu memenuhi peraturan, namun pembangkang membantahkan kerana mengambil kira isu pelantikan speaker baharu diputuskan pada tarikh sebelum itu.

Kafirkah HADI selepas mengangkat sumpah hari ini?

KESAN ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN


Parlimen Malaysia Ke-14 sebentar tadi selesai dengan upacara mengangkat supah Ahli-ahli Dewan Rakyat. Ini sesuai dengan Peraturan Mesyuarat 5 seperti berikut :

Sumpah yang hendak dilafazkan mengikut seperti yang disebutkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan hendaklah dijalankan oleh Setiausaha dan tiap-tiap orang ahli yang mengangkat sumpah itu hendaklah menurunkan tandatangan dalam sebuah buku yang akan disimpan kerana itu oleh Setiausaha.

Hari pertama di parlimen mp pembangkang dah buat kelaku bangang..!

SYOK NAK JAWAB

Tinggal KJ seorang, mp pembangkang yg lain keluar dewan
Pagi ini Parlimen Ke-14 Malaysia bermula dengan urusan perlantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Mengikuti siaran langsung di kaca tv, permulaan Dewan sudah kelihatan ada persoalan dibangkitkan oleh blok pembangkang iaitu PAS dan Umno.

Kemudian, seorang penulis yang juga mungkin pegawai Ahli Parlimen PAS menulis begini :

Kenapa pembangkang walk out dari sidang dewan pagi tadi?

Kerana pada hari Pertama Dewan pun, Kerajaan PH Sudah Menipu.

Kerajaan Pakatan Harapan mencipta sejarah Malaysia Baru dengan menipu dalam proses pemilihan Speaker Dewan Rakyat.

Sunday, July 15, 2018

Zaman Mahathir SAR ditutup, Zaman Tun M sekolah cina nak diiktiraf!!


Pemimpin Politik masih sembang atas soal bangsa dan agama, Soal Cina dan Melayu...Malam ni aku tak nak sembang pasal UEC.. tapi nak sembang pasl 4 Thanawi.. pasal I'dadi, dan Sijil STA(sijil Tinggi Agama)..

dulu Sijil Sijil Sekolah Arab ni tak Diiktiraf.. jangan kata nak masuk Universiti.. nak Kerja Kerajaan Pun tak laku..Jgn kata Sekolah Arab, banyak Sekolah dan maahad tahfiz Negeri dulu pun tak laku walaupun nama dia Diploma..tak percaya tanya Kazim, dia Sijil tahfiz Negeri jer..Gelaran al-hafiz tu bubuh sendiri.. Dulu dulu sapa sekolah Arab, ada mak bapak hat kata.. esok besar nak kerja apa..?

lepas tu barulah ia diangkat kedalam sistem pendidikan Negara.. Zaman aku dulu STA.. lepas tu jadi STAM.. masa tu STA ni tak laku.. Masa tu hat kelulusan ni cuma mampu pi Ngaji Al Azhar jer.. Jordan pun syarat dia ketat.. Hat tak mampu, Mak Bapak hantar pi Yaman, Syria.. ada hantar ke Madrasah kat Pakistan..ada pergi ker Acheh..

Saturday, July 14, 2018

MENGIKTIRAF KEWUJUDAN PELBAGAI AGAMA DALAM KONTEKS MENJAGA AGAMA

1. Tidak menjadi suatu kesalahan untuk menyatakan menjaga agama dalam prinsip ad-dharuriyyat al-khams itu difahami dengan maksud menjaga semua agama, bukan menjaga agama Islam saja.

2. Hal ini kerana, perkara itu masih dalam ruang lingkup ijtihad sebagaimana prinsip ad-dharuriyyat al-khams itu sendiri lahir daripada ijtihad para sarjana Islam silam.

3. Agama lain turut dijaga sebagai salah dengan tujuan menjaga Islam seperti larangan memaki sembahan yang lain selain daripada Allah (menjaga agama kafir) untuk mengelak daripada Allah dimaki (menjaga Islam).

Friday, July 13, 2018

Tahukah ANDA siapakah HAKIM yang paling kanan sekali ikut RANGKING KEHAKIMAN

RANKING KEHAKIMAN


Mahkamah Persekutuan (dahulu dikenali Mahkamah Agong) adalah mahkamah tertinggi di Malaysia dan diketuai oleh seorang YAA Ketua Hakim Negara (Chief Justice) dan dianggotai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik

Mahkamah Rayuan adalah mahkamah kedua tertinggi diketuai seorang Presiden Mahkamah Rayuan dan dianggotai hakim-hakim Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tinggi Malaya adalah Mahkamah Tinggi bagi setiap negeri di semenanjung Malaysia diketuai seorang Hakim Besar Malaya (Chief Judge)

Mahkamah Tinggi Borneo (Sabah&Sarawak) diketuai seorang Hakim Besar (Chief Judge)

Ketua Hakim Negara&Presiden Mahkamah Rayuan sudah habis tempoh perkhidmatan, dan hakim paling kanan ialah Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Borneo

Memandangkan TS Richard adalah Hakim Besar Borneo dan paling kanan dalam hakim yang sedia ada, beliau adalah layak dilantik ke jawatan tersebut.

Walaun PAS - Patung BUDHA boleh Patung JESUS tak boleh..!!


Ingat lagi dulu.. bila UMNO dok mainkan isu Patung Budha terbesar di Asia tenggara elok je berbaring di kelantan, masa tu orang PAS kata.. itulah lambang Keadilan dalam pemerintahan Islam.. Mereka bebas beragama, walhal Kelantan negeri 95% Muslim..

Tapi Bila ada kononnya Patung Jesus di Perkampungan Portugis di Melaka yang majoriti penduduk penganut kristian, PAS pulak kata.. inilah Agenda evangelis Kristian.. Kristian cuba menguasai pemerintahan Negara dibawah PH.. walhal ia dibina zaman BN..

Apakah kita dapat Lihat wajah Penunggang Agama ? Inilah kelompok Khawarij..di Kelantan Dalilnya lain, di Melaka nya lain.. ini yang Sheikh Said Ramadhan huti kata, mereka menggunakan dalil demi kepentingan Siyasah mereka.. :)

Ahmad Muslim Badawi Badawi