Tuesday, March 31, 2020

Terbukti langkah pemulihan ekonomi kerajaan PH berhasil


Semasa mengambil alih kerajaan daripada BN melalui pilihanraya umum yang ke 14 hampir 2 tahun yang lalu, PH terpaksa berhempas pulas untuk pulihkan balik ekonomi negara dengan hutang piutang dan penyelewengan yang ditinggalkan oleh kerajaan BN akibat amalan rasuah dan kleptokrasi yang di amalkan oleh beberapa pemimpin tertinggi negara ketika itu.

Banyak usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan PH untuk pulihkan balik ekonomi negara.

Terpaksa betulkan balik apa-apa yang tidak kena dalam entiti-entiti kerajaan seperti Khazanah, Petronas dan Tabung Haji.

Terpaksa berjimat cermat dalam pengurusan dan perbelanjaan kewangan negara.

Terpaksa tangguhkan beberapa projek mega yang dicadangkan oleh kerajaan terdahulu yang dilihat tidak masuk akal dari segi kos nya.

“Gula-gula” yang biasa diberikan oleh kerajaan BN kepada rakyat sebelum ini pun terpaksa dikaji semula. Sampai kerajaan PH dituduh kedekut dengan rakyat. Tak prihatin dengan nasib rakyat.

Monday, March 30, 2020

Atas faktor keselamatan bolehkah guna h/p untuk bayaran di pump minyak?



nampanya ada netizen bertanya mengenai kebenaran mengunakan h/p di stesyen minyak kerana kita semua mengetahui bahawa h/p tidak dibenarkan guna di stesyen minyak...

antara persoalan di bangkitkan adalah seperti di bawah dimana mereka masih memikirkan kesan keselamatan bilamana menggunakan h/p ini...


nampaknya ada sahabat sudah bertanya kepada pihak pengurusan SETEL berkenaan penggunaan apps tersebut dan ini jawapan mereka.. yang boleh diringkaskan..

Melayu, DAP, Mufti, Profesional, Agamawan.. Bolehkah mereka Berfikiran Kritis?


Bolehkah Melayu Berfikiran Kritis?

Setelah menganalisa beberapa berita yang disebar di WhatsApp, saya dan isteri dalam kumpulan saudara mara dan rakan handai yang berjumlah lebih dari 10 “group”, saya membuat kesimpulan orang Melayu tidak boleh berfikiran waras, tidak tahu menilai secara kritis dan tak mahu fikir langsung jika sesuatu berita itu dikaitkan dengan isu Melayu dan Islam.

Boleh dikatakan kalau diceritakan dongeng 1001 malam tetapi ia berkait dengan menegakkan ketuanan Melayu dan melindungi Islam dari tercemar, orang Melayu akan percaya bulat-bulat dan tungang langgang.

Kalau berita atau isu yang dicoretkan itu mempunyai “watak jahatnya” sebagai orang Cina, orang India, DAP, Kristian, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, maka orang Melayu akan “totally lose it” atau dia hilang akal, tak tahu di mana otak dan fikirannya. Yang dia tahu adalah marah yang membuak-buak dan muka yang merah padam.

Saturday, March 28, 2020

RM30 E-Tunai & Pakej Ransangan Ekonomi Covid-19, Apa Perbezaannya?


 1. Sebaik sahaja PM umum Pakej Ransangan Ekonomi, semalam. Penyokong dan tentera siber pro kerajaan sebar perbandingan inisiatif E-Tunai dan Pakej Ransangan Ekonomi. Mereka bertempik bangga dengan kerajaan hari ini dan hina penyokong PH seolah itulah saja kemampuan kerajaan PH iaitu beri orang ramai RM30. Rasa kasihan terhadap golongan ini kerana mereka tak pandai membezakan tujuan pemberian inisiatif RM30 E-Tunai oleh kerajaan PH dengan Pakej Ransangan Ekonomi oleh kerajaan sekarang ini. Secara ringkasnya begini,

2. Inisiatif RM30 dalam E-Tunai kepada rakyat tujuannya untuk memperkenalkan, menggalakkan dan meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya dalam sektor runcit. Itu pun kerajaan PH difitnah kononnya mahu mencuri data peribadi bagi tujuan jahat.

3. Manakala Pakej Ransangan Ekonomi pula bertujuan memacu ekonomi tempatan dalam persekitaran kelembapan ekonomi global akibat Covid-19. Selain itu, tujuannya juga membantu rakyat yang terkesan, mereka yang hilang punca pendapatan seperti penjaja kecil, petani, nelayan, pemandu grab dan lain-lain lagi.

Kerajaan belanja RM25 bilion saja, bukan RM250 bilion



Majlis Presiden Pakatan menyambut baik nada berdamai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin ketika beliau menyampaikan pakej rangsangan ekonomi.

Beliau mengakui bahawa “kerajaan ini bukan kerajaan dipilih rakyat”, yang “negara ini sedang berperang dengan musuh yang tidak kelihatan”, dan “situasi dihadapi sekarang tidak pernah berlaku dalam sejarah”.

Oleh itu, kami ingin mengulangi mesej Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini bahawa Kerajaan harus menggunakan pendekatan yang lebih tulen dan ikhlas untuk mengendalikan krisis ini dan mengenepikan persaingan politik pada ketika ini.

Pakatan Harapan bersedia untuk memberi kerjasama jika Kerajaan memulakan langkah dwipartisan yang tulus dan ikhlas.

Rakyat diberitahu bahawa pakej rangsangan yang diumumkan adalah bernilai RM250 bilion.

Namun, selepas pemerhatian yang teliti, rangsangan fiskal terus sebenar oleh Kerajaan hanyalah RM25 bilion, yang akan dibiayai melalui pertambahan pinjaman Kerajaan.

Friday, March 27, 2020

MANA DATANGNYA DUIT RAKYAT YANG KERAJAAN SIMPAN BEGITU BANYAK UTK MAKCIK KIAH


Kena faham sistem kewangan negara. Kita ada simpanan yang dinamakan Wang Rizab Negara dan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN). Wang Rizab ada kira-kira RM400 bilion dan KWAN ada RM17 bilion. Selain itu ada Kumpulan Wang Amanah lain. Duit ni la yg kjaan skrg gunakan. 

Wang Rizab Negara ni diuruskan Bank Negara dan dipantau Bank Dunia. Ia perlu digunakan apabila berlaku kecemasan spt Covid-19 ni. Waktu lain ia juga digunakan untuk kes spt jika berlaku kemelesetan ekonomi. 

Wang Rizab ni pun tak boleh digunakan suka hati sebab bila jumlah makin kurang, kedudukan ekonomi negara makin lemah. Pasaran akan merosot dan tahap kepercayaan dunia terhadap negara ikut jatuh. Negara boleh jadi muflis.

Covid-19 : Hati masih lagi keras walaupun kita di uji ALLAH

Nur Mohammad Hadi


Covid-19 merupakan satu ujian dan tamparan hebat bukan sahaja dinegara kita bahkan diseluruh dunia. Ini merupakan peringatan Allah kepada manusia agar kembali kepadaNya tetapi ada dikalangan masyarakat yang tidak merasakan ia sebagai satu bencana dariNya. 

Ada dikalangan mereka yang masih bergurau senda dengan lawak-lawak yang tidak masuk akal, mempersenda akan bencana ini serta terus menerus bermusuhan antara satu puak dengan puak yang lain hanya disebabkan oleh berbeza pandangan.
 
Antara hikmah yang mahu Allah khabarkan kepada kita ketika mana manusia itu diuji khususnya disebabkan Covid-19 ialah :

1- Menguji keimanan seseorang dan tahap pergantungannya kepada Allah.

2- Allah tidak akan mendatangkan bala kecuali untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya.

3- Supaya manusia sedar akan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukanya.

4. Bagi membezakan mereka yang benar-benar beriman dan mereka yang menipu dalam agamaNya.

Covid-19 : Penjelasan mengenai masa PKP yang diberikan oleh pemerintah kenapa 14 hari..! [video]

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuMpQ1JOGjV8wLE2xOypPGmRZONfQRS0WU3aytnIINdElRviTZT2SjDw3fY5JuiKWN3QC9STGH_DzU0CR0NQk325rxZYH4W5f1KBv_Dm728phyJ-pJyv3HGPb8CJeBPJJpO4bwHLmbsTc/s640/20200325_134616.jpg

nampaknya terbaik sahabat kita ini menjelaskan kenapa masa PKP nie 14 hari.. dan kenapa ianya dilanjutkan lagi sampai 14hb April...

sekarang bila dah faham silalah patuhi arahan tersebut... selagi dok buat degil selagi itulah masa ini akan bertambah jika pesakit semakin bertambah...

Thursday, March 26, 2020

Bagaimanakah kuman COVID 19 merebak...??

https://assets.bharian.com.my/images/articles/COVID-19_Logo_1584422244.jpg

dari apa yang di terangkan kuman covid19 nie tak meresap melalui kulit.. ia akan masuk melalui 3 anggota utama iaitu mat, mulut dan hidung SAHAJA...

JADI anda rajin-rajinlah senitized tangan anda kerana ia medium utama penyebaran..


'Duduk rumah muhasabah diri waktu COVID19, bukan tengok laman lucah'


Pelakon Yatt Hamzah menyelar rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan melayari laman sesawang lucah ketika negara sedang dalam tempoh perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan bagi membendung Covid-19.

Kata Yatt, Covid-19 sewajarnya dilihat sebagai satu ujian besar dan menjadi titik tolak umat Islam lebih mendekatkan diri dengan amalan ibadah.

"Astagfirullahaladzim, cukuplah dengan musibah yang ada ni. Jangan ditambah lagi. Bertaubatlah. Allah bagi ujian wabak Covid-19 ni untuk kita berfikir dan mendekatkan diri kepada-Nya.

"Justeru, bermuhasabah dan memperbaiki diri, bukan dengan berbuat maksiat, menambah laknat dan kemurkaan Allah. Hentikan pornografi," katanya di media sosial hari ini.

Mengiringi hantaran tersebut, Yatt berkongsi beberapa data statistik diperoleh daripada laman pornografi Pornhub.

Terdahulu, media melaporkan trafik laman lucah Pornhub di Malaysia meningkat sehingga ke 84 peratus sepanjang penularan wabak Covid-19.

MUHYIDDIN PERLU KETEPIKAN LALAT DAN LANGAU


1. Pada Ahad 1hb Mac 2020 Malaysia menyaksikan upacara Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri ke 8 ( PM8 ) yang berlangsung di Istana Negara

2. Ianya berlaku ekoran perletakan jawatan secara tiba – tiba oleh Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ke 7 selepas memegangnya hanya 22 bulan sahaja

3. Saya tidak berhasrat membicara atau berdebat berbagai teori berhubung tindakan Tun itu

4. Untuk rekod , Tun yang pernah menjawat jawatan tersebut selaku PM ke 4 selama 22 tahun iaitu dari 16hb Julai 1981 ( 6 hari selepas tarikh lahir beliau ke 56 tahun ) hingga 30hb Oktober 2003 , satu rekod yang belum lagi diatasi oleh sesiapa pun

5. Setelah gagal beberapa kali , akhirnya Pembangkang ( PKR , DAP dan AMANAH ) TERPAKSA MEMINTA Tun yang ketika itu sudah berusia 93 tahun menerajui mereka bagi mengalahkan UMNO / BN pada Pilihanraya ke 14 yang berlangsung pada hari Rabu 9hb Mei 2018 ; buat pertama kali dalam sejarah sejak Merdeka UMNO/ BN dikalahkan

6. Ekoran perlantikan beliau itu , Tan Sri Muhyiddin Yassin ( TSM ) telah menubuhkan Kabinet nya yang terdiri dari UMNO , PAS , BERSATU , GPS ( Sarawak ) , serpihan dari PKR dan beberapa parti kecil dari Sabah ; juga saya tidak berhasrat berdebat sama ada Kerajaan sekarang ‘Mengikut Pintu Depan Atau Pintu Belakang’

Wednesday, March 25, 2020

Lawan Pas tak dosa, yang dosanya lawan Islam.. Pas bukan agama !!!


Tahun 1998 datang menziarahi Yaman oleh Tghh… Masa tu saya dan anak-anaknya ada di sana…

Saya dan kawan rapat saya bawa Tghh bertemu dengan muraqib Ikhwan Muslimin yaman yg bernama Syeikh Yasin Abdul Aziz di rumahnya….

Masa tu saudara Anwar Ibrahim baru dua tiga hari sahaja rasanya di pecat oleh Tun Mahathir Mohamad…..

Apabila kami bertiga bertemu dengan syeikh….. Sedang menjadi tetamu syeikh.. Syeikh jamu kami makan limau mlm tu… Tak silap mlm tu lepas Isyak….. Dlm dlm uduk makan limau tu mula lah sembang syeikh dengan Tghh bab bab islam dan politik selepas tanya kabo lah…..
Saya dengan kawan tu dengar je lah….

Antaranya…….

Syeikh bertubi tubi tanya pasal Anwar dan keadaan Anwar…..
Kerana Anwar baru di pecat dan isunya tengah panas ketik ketik lah….
Tghh pun jawablah soalan soalan syeikh yasin Abdul aziz tu….

Syeikh Yasin dan Ikhwan Muslimin mmg boleh terima fikrah islam saudara Anwar…
Kerana Anwar ni mcm fikrah islam wasatiah mcm Erdogan jugak….

Dah syeikh yusuf al-qaradawi pun ada hubungan baik dengan Anwar dan syeikh al-ghunusi Tunisia pun baik dengan Anwar….
Saya tak tahu kahle masa tu bab bab gitu…..

KITA tak mungkin putuskan rantaian dan menang berperang dgn COVID-19 jika kita TIDAK BERDISIPLIN??

"HUMAN BEHAVIORAL" dan Demography yg berbeza dgn Singapore dan Korea Selatan.


1) Yiddin kata keadaan mungkin makin teruk kes COVID-19. Aku dah kata dah, COVID-19 di Malaysia tidak mudah stop tapi ada yg kata depa optimis kes akan menurun sbb Grafnya mcm Singapore. Jgn tengok GRAF Singapore, sabaq sat, jgn optimis sgt. Faktornya tak sama. Boleh tgk faktor Korea Selatan tapi tindakan "affirmative" kerajaan dan masyarakat Korea Selatan sgt berbeza dari kerajaan dan rakyat Malaysia.

2) Come on....hgpa ni faham ke tidak dah sejuta kali aku kata jgn bandingkan dgn Singapore sebuah pulau kecil yg rakyatnya tak boleh bergerak jauh, populasinya kecil, pintu masuknya terhad. Orgnya tidak berkerumun sana sini sebyk kita.

3) COVID-19 ni intelligent dan berjangkit akibat "Human Behavioral". "Human Behavorial" dan Demography Malaysia hampir sama mcm Italy bukan Korea Selatan dan bukan Singapore.

4) Kalau lah kita ni mcm Korea Selatan dan Singapore, tak perlu lah kita nak sambung MCO lagi 14 hari atau mungkin perlukan Lockdown mcm Jakarta, Thailand dan India??

5) So bersedialah. Sbb org Malaysia masih ada yg tak peduli MCO dan "Social Distancing". Aku tgk dgn mata aku sendiri hari ni hari ke 8 MCO selepas 3 atau 4 hari lsg tak keluar rumah aku terpaksa keluar beli brg dapur.

TUN M selepas tidak lagi jadi PM, luahan kepada Khalid Samad

Pertemuan saya dengan YAB Tun Mahathir:
Khalid Samad



"Dan apa yang Tun mahu lakukan selepas berjaya dapatkan semula (Parti Bersatu)?" tanya saya lagi kerana melihat kesungguhannya dalam melaksanakan usaha ini. 

"Adakah Tun ingin Bersatu kekal dalam PN (Perikatan Nasional) atau menyertai kembali PH (Pakatan Harapan)?"

Dari renungan matanya saya dapat merasai kesedihan yang terbuku di hatinya. Beliau terluka dengan pengkhianatan yang berlaku. 

Pada usia 95 tahun, saya fikir beliau tentu telah mengalami pengkhianatan berkali-kali dan tidak akan terkesan dengan apa yang sedang beliau lalui sekarang. 

Walaupun beliau cuba untuk menyembunyikannya, saya dapat merasai bahawa Tun terkesan dan sedang kesedihan.

Seperti biasa, beliau duduk di atas kerusi dengan tegak, tidak membongkok ataupun menggerak-gerakkan badannya. 
 
Walaupun saya merasakan hatinya sedang menanggung pilu, namun kelihatan wajahnya, dan juga keseluruhan tindak-tanduknya menggambarkan beliau seorang yang sedang memperjuangkan sesuatu misi.

Tuesday, March 24, 2020

Covid19 - Disebabkan ada pesakit yang menipu, semua masyarakat tanggung natijahnya..

(12am: satu family dtg ke klinik kerana si ibu demam )..suhu bdn 38.5'


(dikaunter jururawat)
Jururawat: puan ada contact dgn mana pesakit yg positif covid19 sblm ni?
Pesakit: tiada
Jururawat: ada membuat lawatan ke luar negara dlm mase terdekat?
Pesakit : tiada
Jururawat: ada pergi ke mana2 perhimpunan sebelum ni?
Pesakit: tiada..sy demam sudah 3 hari.. demam biase je.. sy nk jumpe doktor je pun susah ke?.

(Dlm bilik doktor)
Doktor: yer puan sakit apa?
Pesakit: sy demam doktor.. jiran saya baru balik dari luar negara.. skrg dia dekat hospital positif covid19..lepas dia blk dr luar negara saya ade pergi ke rumah dia..
Doktor: kenapa puan blh msk dalam bilik saya..jururawat tak ade buat screening ke kat luar?
Pesakit: ada.. tp saya tak cakap pasal jiran saya tu.. nanti org lain dengar bising pulak kat luar..
Doktor: puan boleh keluar.. klinik bukan tempat untuk selesaikan masalah puan..kami tiada alat untuk cek samaada puan positif ke tidak.. sila pergi ke saluran yg betul..

Kenapa perlu menipu..skrg byk tempat dh kamu pegang.. tombol pintu
.kerusi..meja .. kaunter daftar...semua tmpt kami kene disinfact.. nanti kami dgn doktor2 skali kene kuarantin..

TABUNG HARAPAN MALAYSIA : Apa yang walaun bisingkan pula sekarang nie?



Sehari dua ni aku tengok ramai walaun yang membangkitkan dan secara tak langsung mempertikai akan tadbir urus dana Tabung Harapan Malaysia yang dilancarkan pada 30 Mei 2018 oleh PM7 Tun Dr. Mahathir. 

Untuk pengetahuan walaun, tujuan tabung ini adalah sebagai satu wadah untuk rakyat membantu negara dan menerima derma rakyat bagi mengukuhkan kewangan kerajaan. Ianya dilakukan setelah melihat kesediaan rakyat untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang negara atau dengan kata lain kurangkan HUTANG 1MDB.

Tabung Harapan Malaysia secara rasminya ditutup pada 14 Januari 2019 dan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan ketika itu telah mengumumkan kutipan keseluruhan adalah berjumlah RM205,491,219 termasuk faedah yang diperoleh daripada akaun amanah di mana sumbangan itu telah didepositkan.

Patuhi Arahan, Yang Penting Duduk Dalam Rumah.. Untuk Elak Bencana Lagi Kritikal..!

#COVID-19 UPDATE : MALAYSIA

1) Kes jangkitan atau positive COVID-19 ialah 1,518 kes. Hari ini mencatatkan 212 kes baharu (6.00 ptg). Kematian sudah 14 org.

2) ICU dikatakan 57 org (27 guna ventilators). So trend nya tidak menurun dan ia sgt mirip dgn apa yg berlaku pd Italy. Jika taknak terus jd mcm Italy, kita perlu agresif ikut cara Korea Selatan. Itu bg kerajaan.

3) Bagi rakyat, tolg ikut MCO, kekalkan SD jika terpaksa keluar ke kedai. Klau boleh tu toksah keluar lah. Dok rumah.

4) Pada yg dok menulis dan masih menafikan kita hampir ikut Italy dan dok bg harapan palsu, aku cdgkan rentikanlah. Bagi worst scenario agar semua hati2 bukan nak suruh panik. Klau ikut panik dah pakat buat "panic buying", pakat panik serbu balai pollis dan dah pakat panik balik kpg. Jgn pakat EXICITED langgaq pejabat KWSP sudah la...!!

Monday, March 23, 2020

Covid-19 : Serah pada Kerajaan & Frontliners, kita sebagai rakyat tunduk dan patuh pada arahan

Faiz Banafe

Perbandingan graf kes baru Covid-19 antara Malaysia dan China.

Apa yang kerajaan harap untuk capai melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah graf mendatar (tiada/minima kes baru) *Rujuk graf China*

Keberkesanan PKP hanya akan dapat dilihat pada 31 Mac 2020. Tapi kalaupun graf sudah mula mendatar pada tarikh itu, belum bermaksud PKP boleh dihentikan. Risiko masih tinggi. Kluster-kluster baru mungkin akan timbul.

Maka besar kemungkinan arahan PKP akan diteruskan lagi untuk sekurang-kurangnya satu (1) minggu dan dilihat perkembangan dari semasa ke semasa. Bukan untuk menakutkan, tetapi untuk kita bersedia menghadapi kemungkinan lanjutan PKP.

[VIDEO] PENJELASAN KKM BERKENAAN GELOMBANG PERTAMA COVID19 SUDAH TAMAT.


 DENGARLAH PENJELASAN KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BERKENAAN GELOMBANG COVID19 DI MALAYSIA..

BELIAU MENJELASKAN BAHAWA GELOMBANG PERTAMA SUDAH SELESAI..INI MENGHAPUS DAKYAH SESETENGAH PIHAKA MENGATAKAN PUNCA COVID19 SEMAKIN MENINGKAT ADALAH DISEBABKAN KEMASUKAN PELANCUNG CHINA YANG TAK DISEKAT OLEH KERAJAAN MALAYSIA (PAKATAN HARAPAN) SEMASA AWALNYA.


Sunday, March 22, 2020

COVID19 M'SIA : Gelombang Pertama Selesai, Gelombang Kedua Sedang Melanda, Gelombang Ketiga....???


Ini penyebab utama penyebaran wabak Covid19 di kalangan jemaah tabligh Sri Petaling:

* 136 - Malaysian 26 Male. (In treatment)
* Treated in Hospital Tuanku Jaafar N9.

GELOMBANG PERTAMA
Pada gelombang pertama sebanyak 22 kes telah di laporkan (kes ke-1 sehingga kes ke-22). Daripada jumlah ini 12 kes merupakan kes dari kalangan Patient Under Investigation (PUI), 8 dari kontak rapat manakala dua (2) kes lagi dari misi bantuan kemanusiaan yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wilayah Hubei, China pulang ke Malaysia. 

Kesemua kes dari gelombang pertama ini telah sembuh dan dibenarkan pulang. Ok, dah selesai semasa PH masih memegang kerajaan.

GELOMBANG KEDUA

Kes bagi gelombang kedua (bermula kes ke-23), sebanyak 52 kes di laporkan pada ketika itu dari kalangan PUI, manakala kes-kes lain di laporkan melibatkan dua (2) kluster utama yang telah di kenalpasti.

Thursday, March 19, 2020

Benarkah PELANCONG CHINA zaman PH menyebabkan kes COVID-19 meningkat ketika ini??

11 Fakta Perkembangan COVID-19 Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu


Memandangkan terdapat usaha menuduh kerajaan PH bertanggung jawab menyebabkan letusan wabak COVID-19 ini, maka berikut 11 fakta yang anda perlu tahu.

1. 1ST WAVE BERJAYA DIKAWAL

1st Wave yang diuruskan kerajaan PH (yang ditumbangkan pada 24Feb) yang terdiri dari pelancong China telah sihat sepenuhnya dan telah tinggalkan negara pada 27 Feb. Pada masa ini China telah melakukan LOCKDOWN yang bermaksud kawasan yang terjejas tidak boleh tinggalkan tempat mereka. Tiada lagi dibenarkan melancong.

2. 11 HARI GAP TIADA KES BARU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWjzAN1hSKswOtSP10uvMqoDZDD2JiV9eh2fjtv8JTT8zRWNcDd-inb_b1swPWf1IPOWPuuQ-IMVtJFWgSCYYENVwhdrR60hDtL6WpZzJcbuYCdrUD2cPjUK5ENAKIqLk2ymnM3a-FnsMC/s1600/IMG_20200316_101744.jpg

15Feb – Wave 1 tamat.
24Feb – Kerajaan PH tumbang.
27Feb – Bermula Wave 2.

3. 2ND WAVE BERMULA 27Feb

Gelombang kedua terdiri dari rakyat Malaysia yang membawa virus ini dari luar ke dalam Malaysia. Mereka BUKAN pelancong.

4. NEGARA TIADA KABINET SELAMA 16 HARI

Akibat langkah Sheraton, Malaysia kehilangan Kerajaan yang effektif untuk tangani Convid-19 selama 16 hari dari tarikh PH tumbang (24 Feb) sehingga perlantikan 70 Kabinet baru (10 Mac 2020).

Individu yang terlibat mengkhianat usaha Kerajaan tangani Wabak COVID-19

Masa menteri PH sumbangkan Sarung Tangan kepada WUHAN anda maki hamun dia, sekarang..??

Mohd Mukhlis Mohd Sharif

Buat baik di balas baik.


Ingat waktu Malaysia di bawah Menteri Industri Utama Teresa Kok derma 18 juta sarung tangan getah pada China, golongan ruwaibidhah paling lantang marah. Kata macam-macam pada Teresa Kok, kata tolong sedara, tolong sebab DAP dan maki kata buat apa tolong orang yang siksa puak uyghur etc. Hari ni saya harap golongan ruwaibidhah rasa malu dan bertaubat dengan tajjasus mereka bila orang kafir yang anda maki dulu tolong kita semula waktu kita susah.

Tolong menolong ini patut merentas sempadan bangsa dan agama, bukan takat hubbun mina/lah (cinta dari Allah); hubbun minan nas juga perlu. Ini salah satu ibrah dari puasa, bukan takat lapar dan dahaga tapi kita hendak merasai apa yang di lalui oleh orang yang tidak mampu membeli makanan kerana kekurangan wang. Ini masalah pada umat sekarang, mereka kurang rasa empati dan simpati akibat dari permainan orang politik yang sentiasa membakar api perkauman. Ingat juga kisah seorang ahli maksiat yang memberi minum anjing yang haus pun Allah kurniakan syurga, ini kan membantu sesama manusia. Manalah tahu asbab perbuatan kecil kita itu mereka mendapat hidayah?

When you are kind to others, it not only changes you, it changes the world.

PENTING : 6 Fasa Covid-19 Yang Rakyat Italy Dah Lalui, Malaysia Di Fasa 3 Sekarang.. CEGAH SEBELUM PARAH


Baca sampai habis sebab anda akan faham apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang rakyat Malaysia bakal lalui jika situasi tidak berubah.

Itali adalah contoh terdekat yang kita boleh ambil sebagai panduan untuk persediaan menghadapi Covid-19. Apa yang mereka telah lalu, sedang kita lalu dan bakal kita lalui.

Sejujurnya, hingga kini Italy masih belum berjaya mengawal Virus ini. Dalam tempoh 24 jam, mereka mencatatkan 3500 kes Covid-19 yang baru. Jumlah semasa di negara mereka 31,506 kes.

Dari segi progress, kita hanya 2 minggu di belakang mereka.

Seikhlas hati saya nak cakap, masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah, tak kisah, tak takut dengan gejala Covid-19 ini.

Hari ini, hari pertama Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan, masih ada kedai makan yang buka pagi ini dan orang makan di dalamnya secara berkumpulan.

Hari ini, di KL kebanyakkan taman taman dah di tutup oleh pihak DBKL. Tapi, uncle uncle dan auntie auntie di KL berpusu pusu ke Bukit Kiara untuk ‘bersenam’ dan aerobic di sana.

Di banyak tempat, banyak geng muda hari ni yang ‘berbasikal’ untuk pusing pusing. Exercise katanya.

Tuesday, March 17, 2020

Nampak sangat menteri kita pon panik tercengang tak tau buat apa selepas pengumuman Perintah Kawalan..


Bukan rakyat saja buat panic shopping, menteri Malaysia pun panic tercengang-cengang tak reti apa nak buat!

Menjelang 24 jam pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh PM, langsung tidak ada kenyataan balas oleh mana-mana menteri untuk bantu memudahkan urusan rakyat selama 14 hari ini.

Menteri Pengangkutan tak beritahu bagaimana pergerakan rakyat dapat dibantu tanpa menambah risiko penularan wabak.

Menteri Sumber Manusia langsung tak sebut secara terperinci sektor mana yang akan terjejas dan apa jaminan bagi pekerja-pekerja swasta bergaji hari.

Monday, March 16, 2020

Covid-19 - Zaman PH sedap mengajar menteri buat kerja, mai zaman PN terus tengok macam tak buat kerja

Dulu masa first wave, walaun adalah golongan yang paling cakna, siap boleh tahu Corona virus ini bala Allah timpa kan pada penduduk China sebab zalim pada Uyghur, siap hina mereka kena virus sebab makan semua benda termasuk lah ular, buaya dan kelawar. Tak lupa juga mereka pantas mendoakan Corona virus terkena pada Menteri PH. Saya sendiri sudah tegur mereka dan kata jangan ghuluw, penyakit ini jadi hanya Allah sahaja yang tahu sebab dia, jangan melampau batas. Kalau kena pada menteri PH, nanti akan ada effect berantai.

Lalu mereka kata tutup semua Airport, tarik visa pelancong China, jangan kita mencari redha mereka yang zalim pada rakyat Uyghur. Saya kata ia masih di dalam kawalan KKM dan Dr Dzulkifli tapi mereka masih tidak berpuas HATI. Kak Wan dan Kabinet sanggup meeting hari Ahad sebab sayang pada rakyat dan amanah yang di beri

Sunday, March 15, 2020

Fitnah dikalangan pegawai agama & cerdik pandai umpama covid 19 yang tersebar..

Fyrol Ikram Othman

Semalam ada beberapa rakan yang kongsi anak LGE kena tangkap di Singapura atas kesalahan membawa RM2J masuk secara tidak sah.

Untuk berlaku adil, saya buka link berita tersebut, ternyata tiada berita. Tiada nilai berita, hanya gambar. Tiada sumber pun dari berita rasmi Singapura.

Kesian saya lihat yang share.. Dimana kecerdikan mereka? Gagal untuk berfikir?

Sebagai maklum balas, saya kongsikan berita di wall sendiri yang berita tersebut palsu. KPN sendiri nafi.

Kemudian berita tersebut keluar pula dalam group wasap saya, group ni 90% adalah pegawai agama dari seluruh semenanjung.

Tapi yang mula-mula share ialah bekas Pegawai Polis sendiri, setelah saya kongsikan penafian KPN, dia diam.

Sejarah Karier Politik Tun M membuktikan Anwar adalah talian hayat sokongan orang Melayu kepada beliau.


Sejarah Karier Politik Tun Dr Mahathir membuktikan Anwar adalah talian hayat sokongan orang Melayu kepada beliau.

(#Viralbroadcast #Sebarkan biar Melayu yg sangap boleh faham.)

Oleh Rausyan Fikr

Saya rasa terpanggil untuk menulis beberapa persoalan yang amat janggal kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau mendakwa Dato’ Seri Anwar ditolak oleh orang Melayu.

Pertama sekali, jika benar Tun mendakwa bahawa orang Melayu menolak Anwar, mengapa menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Tun beria-ria ingin bertemu dengan Anwar untuk meraih sokongan dari Anwar? Gerakan meraih simpati dan sokongan tersebut memang beria-ia hingga cuba masuk ke Wad Hospital Rehabilitasi Cheras dan akhirnya dapat bertemu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Jika benar Anwar ditolak oleh orang Melayu mengapa Tun beria ingin bertemu dan meraih sokongan dengan individu yang ditolak oleh orang Melayu? Bukankan itu merupakan satu pengkhianatan terhadap orang Melayu sendiri?

COVID-19 : Adakah Kerajaan Pintu Belakang merupakan turning point ia tak terkawal!?

COVID 19 : EXPONENTIAL GROWTH DI MALAYSIA

Carta menunjukkan kenaikan jumlah kes COVID 19 di Malaysia. Ia agak membimbangkan tapi kita belum sampai tahap puncak.

Perhimpunan Ijtimak Tabligh di Seri Petaling dan penganut Hindu di Penang membimbangkan rakyat.


Tapi cuba kita perhatikan carta itu. Sejak kabinet gugur dan Dr. Dzul terpaksa melepaskan jawatannya masalah COVID 19 ni seperti tiada pemantauan yg berkesan dan selepas 2 3 hari mula meningkat secara mendadak.

Saturday, March 14, 2020

Kekuatan PAS bilamana ada penyokong yang taksub nak pertahankan kerja buat pimpinan mereka.

Mohd Mukhlis Mohd Sharif


Satu benda yang PAS ada yang mana-mana parti dalam Malaysia ini tak ada ialah penyokong yang taksub dan buta tuli. Buatlah apa pun, mesti lebai mereka ada dalil dan pewala akan terima bulat-bulat macam gospel. Ini yang saya sebut dalam semalam, mereka menjadikan paderi-paderi mereka sebagai tandingan untuk Allah.

Mula-mula dia kata saya fitnah Takiri sebab dia kata kuliah itu di rakam waktu bulan februari, lepas kantoi yang kuliah itu memang hari ni ( baca facebook tulis WAS LIVE 2 hours ago) , dia putar pula kata yang Menteri bukan penjawat awam. Lepas tu putar kata Menteri nak kongsi ilmu, kalau nak kongsi ilmu jadi pensyarah; belajar dengan Muein Tajuk Abadi macam mana nak jual nama Universiti lepas tu minta maaf sebab memfitnah. 

Lepas itu bila masa menteri nak buat kerja kalau asyik nak bagi kuliah? Ada tengok Teresa Kok sibuk bagi kuliah masa dia jadi menteri? Yang pasti Teresa siapa pergi cari pelaburan getah dan sawit sampai ke luar negara; kalau duk bagi kuliah; siapa nak beli getah dan sawit Malaysia wahai Razzman?

Friday, March 13, 2020

LIM GUAN ENG DIMATA TUN M.. ANTARA FITNAH & REALITI


Selepas kerajaan yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) tumbang ekoran daripada percaturan politik dan pengkhianatan Mohamed Azmin Ali serta rakan-rakannya, DAP menjadi sasaran fitnah dan dakwaan tidak berasas pelbagai pihak.

DAP dikatakan kononnya menjadi penyebab PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan mentadbir Putrajaya. Pelbagai tuduhan jelek mengisi naratif yang dicipta pihak yang mahu terus menyalahkan DAP.

Tuduhan-tuduhan ini dilemparkan mereka yang nampak seperti begitu arif dan fasih dengan apa yang berlaku, walhal yang lebih tahu adalah Perdana Menteri sendiri yang mengetuai Jemaah Menterinya.

Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Perdana Menteri kerajaan PH, dalam hal ini, sekurang-kurannya adalah pihak yang lebih layak untuk memberikan pencerahan terhadap segala dakwaan dan tohmahan yang berlegar kerana Kabinet adalah di bawah kuasanya.

PAS - dari zaman PR dahulu sehingga zaman PN sekarang..??

Dari FB Ruzaihan Junit.


Kepada rakan-rakan aku yang bukan muslim, janganlah kaitkan Pas dengan Islam. Sungguh kepimpinan Pas dibarisi mereka yang gelarkan diri mereka ulama, tapi perbuatan mereka jauh dari sifat ulama.

Sesetengah hukum dalam Islam sememangnya dinamik, berubah mengikut zaman. Akan tetapi bukanlah boleh berubah sesuka hati. Ianya memerlukan penilaian bukan seorang, bukan dua orang tetapi sekumpulan besar ulama tajdid. Ulama yang khusus ilmunya, bukan setakat yang lulus jurusan bahasa Arab.

Pas telah menyalah gunakan title ulama dengan mengubah hukum mengikut kepentingan parti sedangkan Islam tidak begitu. Sekadar menyebutkan beberapa perubahan hukum oleh Pas;

1. GST haram ketika dalam Pakatan Rakyat. Kemudian dibolehkan sesudah meninggalkan PR. Dan mungkin akan berubah menjadi afdhal jika Muhyiddin mahu laksanakan.

2. Isytihar harta sesuai menurut Islam ketika dalam PR. Kemudian jadi dilarang dalam Islam ketika PH memerintah dan Pas bersama BN. Kini bersetuju pula (bermakna sudah dibolehkan) selepas Muhyiddin keluarkan arahan.

COVID-19, PANDEMIK & TANDA KIAMAT - Kematian besar-besaran yang berpunca dari penyakit merebak.

TANDA KIAMAT: WABAK PANDEMIK.


Lebih kurang 2 jam yang lalu, badan antarabangsa, World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan Coronavirus sebagai wabak pandemik. Pandemik diambil dari istilah Yunani. Pan bermaksud semua & Demos bermaksud orang.

Pandemik adalah peringkat wabak yang kritikal & paling berisiko ke atas semua orang. Bermaksud ia merupakan wabak yang tidak terkawal & merebak antara negara. Bahkan ia berpotensi tersebar ke serata dunia.

⚫ Ingatan Nabi.

Baginda telah mengingatkan kita, antara gejala diambang berlakunya kiamat adalah kematian besar-besaran yang berpunca dari penyakit merebak.

ثُمَّ مُوتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الغَنَمِ

"Kemudian berlakunya kematian besar-besaran yang membinasakan kamu semua seperti matinya kambing" - hr Bukhari.

Ibnu Faris menyatakan ia adalah penyakit yang menyerang dada hingga dirasakan seperti hingga mematahkan tulang leher. Adapun Qadhi Abu 'Iyadh menjelaskan ia adalah penyakit taun yang mematikan. Sementara Ibnu Athir berpandangan ia adalah penyakit yang mematikan ramai orang, berlaku di banyak tempat.

Nabi menggambarkan bencana wabak di ambang berlakunya kiamat, menyebabkan nyawa manusia ibarat seperti kambing. Statistik kematian yang kian bertambah, memperlihatkan nyawa manusia seakan-akan sudah kehilangan nilai.

Sunday, March 8, 2020

MASIH INGATKAH MUHYIDDIN PADA NASIHAT DAN PENGORBANAN ANWAR?


Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa-peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri. Sudah tiba masanya saya merasakan rakyat perlu tahu supaya mereka boleh membuat perbandingan mengenai prinsip perjuangan dan pengorbanan yang diambil antara kedua-dua tokoh ini.

Peristiwa Pertama

Menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap membuat perbincangan mengenai siapakah yang akan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Oleh kerana ketika itu Anwar Ibrahim masih di dalam penjara manakala Tun Mahathir pula sudah agak lanjut usianya maka Muhyiddin Yassin merasai dirinya layak dicalonkan. Di sinilah bermulanya episod kerjasama di antara Muhyiddin Yassin dengan Azmin Ali.

Muhyiddin telah menemui Anwar di mahkamah untuk mendapatkan persetujuan beliau. Janji Muhyiddin kepada Anwar, beliau akan menjadi Perdana Menteri (PM) untuk tempoh dua tahun saja dan kemudian akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sebaik selepas Anwar mendapat pengampunan dan kembali semula ke Parlimen.

Saturday, March 7, 2020

BENARKAH HARGA MINYAK TURUN KERANA PM BARU??


Bila kerajaan umum penurunan harga minyak lebih 19 sen hari ini.. baca komen Sahabat PAS..depa kata Nampak tak, Kerajaan baru hari ini..Minyak turun banyak..walhal sorang Menteri pun belum dilantik.. Punya lah Jahil..

Apa yang diumum hari ini..Mekanisma, cara pengiraan apungan harga minyak itu kekal sama sepertimana zaman PH.. Depa ni bukan tau pasal harga minyak Dunia.. depa lebih tau pasai angka nombor ekor dari harga komiditi dan Saham..

Kalau Tun jadi PM lagi pun.. itulah harga yang turun.. Memang harga minyak Dunia hari ini menjunam akibat fenomena penularan wabak Covid-19.. jatuh lebih 20% dalam tempoh 2 Minggu..

Masa malam Move Sheraton 24 FEB, dan Mesyuarat majlis Presiden PH 21 FEB.. Harga minyak Dunia pada ketika itu masih berlegar pada harga USD 59..Petang tadi Jatuh lebih USD 11 kepada USD 47... Jatuh lebih 20% dalam tempoh 2 minggu.....

Selepas keluar PH, Nampaknya BERSATU jadi lembu dicucuk hidung oleh UMNO..

Cerita ini panjang kerana mustahil boleh diceritakan dengan ringkas.

Jalan cerita atau naratif penyokong Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari lalu mengandungi beberapa elemen. Antaranya:

1. Bersatu mesti menjadi parti Bumiputera-Melayu terbesar di Malaysia dengan mengambil alih peranan Umno yang sudah rosak;

2. Bersatu tidak boleh menarik sokongan Bumiputera-Melayu selagi bekerjasama dengan DAP dalam PH dan sedikit sebanyak dengan PKR kerana ia mempunyai perwakilan bukan Melayu yang besar;

3. Bersatu wajib keluar PH bagi menyelamatkan Dr Mahathir daripada dihina oleh penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu beliau segera menyerahkan kuasa kepada idola mereka; dan

4.DAP tidak boleh dipercayai untuk menyokong dan mempertahankan Dr Mahathir.

Oleh sebab ramai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mentah dalam politik tetapi bercita-cita tinggi atau tamak (atau kedua-duanya sekali), mereka percaya kepada naratif di atas.

Maka dalam mesyuarat MPT 23 Februari, mereka tidak peduli lagi penjelasan dan rayuan tuan tubuh, iaitu Tun Dr Mahathir, bahawa beliau mempunyai sokongan Majlis Presiden PH.

Oleh sebab itu, Dr Mahathir merayu agar ahli MPT tidak tergesa-gesa mengambil keputusan keluar PH.

Hadi nie sama ada tak cerdik atau tiada prinsip - Patriot

Patriot sanggah Hadi: 'Sama ada tak cerdik atau tiada prinsip'

Malaysiakini
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), menyanggah kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mengatakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri umpama tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.

"Ini mendedahkan dua ciri beliau, sama ada dia kurang cerdik tentang sistem Westminster yang membina sistem raja berperlembagaan kita, atau dia tidak berprinsip dan cuba mengelirukan masyarakat luar bandar untuk mendapatkan sokongan politik," kata Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Arshad juga berkata Hadi tidak layak menjadi timbalan perdana menteri "jika itu adalah apa yang dia idam-idamkan secara diam-diam".

"Patriot telah menyatakan sebelum ini bahawa perdana menteri baru dan gabungan baru, Perikatan Nasional, mesti membuktikan legitimasinya di parlimen," katanya.

Thursday, March 5, 2020

Aset Ku Nan hampir RM1 BIL, Lebih kaya daripada neger-negeri Melayu


Hari ini kita mendapat kejutan baru mengenai kekayaan luar biasa oleh pemimpin umno di Mahkamah Kuala Lumpur. Ternyata dibongkar kekayaan yang mungkin mencecah 800 juta ringgit dipunyai oleh mantan menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor

Jika benar PM Tan Sri Muhyiddin Yasin berikrar untuk membersihkan jentera kerajaan, beliau harus meminta penjelasan dari Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor, tentang bagaimana wang begitu banyak dikumpul. Dipunggah dari mana, khazanah rakyat mana, tanah negeri mana, saham peruntukan bumiputera yang mana, barulah secara jujur kita boleh menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin ini adalah pejuang hakiki orang Melayu.

Negeri Kedah kekal bersama pakatan harapan untuk mentadbir


ALOR SETAR : Negeri Kedah akan kekal bersama pakatan harapan untuk mentadbir demi

kesejahteraan Rakyat. YAB Dato Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata mesyuarat Exco pada hari ini berjalan dengan lancar dan kehadiran kesemua Exco Kerajaan pada hari ini cukup memuaskan.

“Mereka hadir dengan wajah yang ceria dan setia bersama Kerajaan Negeri dalam usaha membangunkan Negeri Kedah di demi memenuhi amanah yang diberikan oleh Rakyat Kedah.”

“Mesyuarat pada hari ini juga membincangkan mengenai pembangunan Negeri Kedah dan Angka pelabur yang datang melabur di Negeri ini melebihi sasaran yang ditetapkan”. Ini cukup memberikan momentum yang baik untuk kestabilan ekonomi di Negeri ini.

Wednesday, March 4, 2020

Pengalaman bekerja dengan menteri agama yang paling kontroversi dan banyak dimaki


Saya mahu terus bergerak melangkah ke depan, tetapi ini adalah catatan akhir yang saya rasa penting dan bermakna, sekurang-kurangnya untuk saya. Sebuah catatan pengalaman.

Saya memilih jalan ini, memilih kerja ini ketika anak bongsu saya ketika itu baru berusia 6 bulan, menyusu badan penuh. Kerja saya pula menuntut komitmen yang sangat tinggi. Seolah-olah dah macam Menteri. Ke sana ke sini, urus itu urus ini, beratus-ratus mesej sehari, panggilan telefon tak henti, surat, emel dan segala bagai lagi. Saya angkut beg menyusu saya merata, ke program ke parlimen, ke mesyuarat. Dan tahu bagaimana saya terus boleh bertahan?

Kerana saya direzekikan Allah mendapat ‘bos’ yang baik. Ya, Menteri Agama yang nampak macam muka garang, menakutkan, tidak mesra itu sebenarnya orang yang sangat memahami, selalu boleh mendengar, prihatin dan mudah didekati. Tak pernah lah saya kena marah tak tentu pasal, kena tegur sebab saya memang salah tu memang ada. Beliau juga tidak cerewet, senang diurus. Itu memudahkan kerja saya, membolehkan saya terus bertahan.

Bagaimana rasanya bekerja dengan Menteri Agama yang paling banyak kontroversi, paling banyak dimaki?

BURSA MALAYSIA KEHILANGAN LEBIH 90 BILION BILA PENGKHIANAT SEBENARNYA GILA KUASA


BURSA MALAYSIA KEHILANGAN LEBIH 90 BILION BILA PENGKHIANAT SEBENARNYA GILA KUASA

Seminggu kita dihidangkan dengan pelan pengkhianatan yang dibanggakan si kitol semburit Azmin Ali, Bursa Malaysia sudah pun kehilangan lebih RM71 bilion dalam bentuk penarikan keluar pelaburan asing secara besar-besaran.

Ini ditambah lagi dengan pelantikan ketua Pengkhianat Nasional, Muhyiddin Yassin yang menyaksikan bursa saham negara kehilangan lagi RM19.31 bilion cuma sehari selepas mengangkat sumpah sebagai bukti mengkhianati mandat rakyat.

Bermula dengan ‘Langkah Sheraton’, Indeks FBM-KLCI dilaporkan menjunam dengan ketara sehingga lesap 64.26 mata atau 4.2% dalam hanya seminggu penyamun dan perompak kembali berkuasa.

Tuesday, March 3, 2020

PH pertikai keputusan TUANKU.. Biar betul dulu TGNA pertikai RAMPASAN KUASA BN kira hina SULTAN PERAK lah ya..!


Bila aku sebut Kerajaan pintu Belakang.. Kerajaan rampasan kuasa.. ada Sahabat PAS tanya kat aku, Apakah aku mahu mempertikaikan kuasa YDP Agong ? jawapan aku sudah sudahlah mempergunakan nama Agong seperti mana kamu mempergunakan nama Islam..

Kalau kita katakan Muhyidin Kerajaan rampasan kuasa sebagai derhaka mempertikaikan kuasa Agong, itu bermakna..Almarhum Tok Guru Nik Aziz lah yang memulakan perbuatan menghina Sultan Perak yang menabalkan Zambry sebagai MB Perak dulu.. Bukan setakat Sultan hatta menghina Mahkamah..

Apakah masa itu Tok Guru Nik Aziz hina kuasa Sultan Perak..Hina Mahkamah yang mengekalkan Zambry sebagai MB rampasan kuasa ? Tidak.. pada sudut Politiknya, tindakan khianat pada parti, suara majoriti rakyat yang memilih..ianya adalah kerajaan rampasan kuasa...

Politik Malaysia, Katak di bawah parti..

XIFU NASER | | 3 Mac 2020


‘KATAK di bawah tempurung’ adalah pepatah Melayu lama yang sangat bermakna. Katak berupaya untuk keluar dari zon tempurung tetapi ia memilih kekal berada di dalamnya kerana ia rasa selamat.

Ini sesuai dengan mindset demokrasi kepartian. Tempurung pada zaman sekarang merujuk kepada parti. Para ahli politik mempunyai kuasa untuk bebas daripada parti tetapi mereka lebih rasa selamat dalam parti sebagaimana katak rasa selamat dalam tempurung.

Persoalan yang sepatutnya ahli politik, profesor sains politik, penganalisis politik dan ulama siyasah shar'iyyah bangkitkan ialah 'benarkah selamat’ di bawah sistem demokrasi tempurung?

Cuba tanya bilakah ia diwujudkan dan apakah sebabnya ia diwujudkan? Siapakah yang mencipta sistem kepartian itu? Ia lebih banyak memberi keuntungan kepada siapa? Apakah mudaratnya? Kalau anda ialah Profesor Sains Politik dan anda tidak mengajar pelajar tentang persoalan itu, anda sebenarnya katak di bawah parti dan melahirkan ramai katak seperti anda di universiti!

Sistem kepartian adalah umpama mantera sihir yang diulang dan diulang di universiti, media, parti politik dan NGO dengan begitu banyak kali sehingga ia menjadi berhala yang disembah atau default asasi kemanusiaan.

Monday, March 2, 2020

Formula PH Mula Nampak Hasil, Untung 2019 Khazanah Tertinggi Dalam Sejarah


Khazanah Nasional Berhad dibawah pentadbiran kerajaan PH sebelum ini telah berjaya memulihkan prestasi keseluruhan pada 2019 dengan mencatatkan keuntungan operasi tertinggi dalam sejarahnya.

Menurut Khazanah, prestasi baik ini disumbang hasil pelupusan yang lebih tinggi dan rosot nilai lebih rendah. Ia turut disumbang pulangan portfolio lebih mantap.

Khazanah mencatatkan keuntungan operasi RM7.36 bilion. Ini berbanding kerugian operasi lebih RM6 bilion pada 2018. Dalam masa yang sama, Khazanah mengumumkan dividen RM1.0 bilion untuk 2019.

Khazanah turut kukuhkan kedudukan kewangannya hasil daripada perbelanjaan yang dikurangkan sebanyak 28.2 peratus.

Tambahnya, jumlah hutang telah berjaya dikurangkan sebanyak 17.0 peratus.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, Shahril Ridza Ridzuan, 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar.

'Semua pihak perlu muhasabah penyebab PH runtuh'


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5ivUaSJYhnyUzR_4gNYunlJ4nvlZFxX3BmDVaXdmikteMMPSGhhsPM5Ks5WmiLWhC1EPegT00_dbMAZByORO5bumrF7Z6K1s-9m-V5O5ZmC9mjDOGiamhEnSpLFE50qoUP43r-dR5Sgk9/s1600/Screenshot_2018-12-24-13-45-24-312_com.android.browser.png

SHAH ALAM - Semua pihak perlu bermuhasabah atas apa yang berlaku sehingga mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ada pihak merasakan kemenangan yang dikecapi sebelum ini 'dirompak' dan dirampas, namun sebenarnya apa yang perlu dilakukan sekarang adalah bermuhasabah apa yang sebenarnya menyebabkan berlaku keruntuhan tersebut.

"Tadi ada tazkirah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Fakhrul Razi yang mengatakan kadangkala musibah dan dugaan yang berlaku ada kebaikan kepada kita kalau tak diberi, tak dicuba dan tak ditimpa.

"Kadangkala kita rasa selesa, kita rasa dah betul semua, ada masanya kadang-kadang kita perlu bermuhasabah mengenai apa masalah besar kita," katanya ketika berucap pada makan malam selepas majlis doa selamat dan solat hajat kesejahteraan negeri Selangor di kediaman rasmi Amirudin di Seksyen 7 di sini semalam.

Jangan buat lupa, DAP juga antara salah satu punca Kerajaan PH tumbang..!!!

#DAP JGN LEPAS TANGAN....
Zibaidi Sudin


Di saat2 akhir sebelum saya mengundurkan diri dari #PENULISAN berkaitan isu2 #POLITIK "secara aktif" dan akhirnya berundur dari medan FB, saya ingin membuat teguran SEKALI LAGI kpd DAP.

1) DAP sememangnya tidak gentar utk terus jd pembangkang seperti yg sering mereka suarakan. Tapi pada saya ini adalah kenyataan angkuh dan mementingkan diri.

2) Dgn membiarkan keadaan menjadi parah, PH boleh hancur dan kesannya adalah kpd parti komponen, penyokong PH, rakyat dan negara.

3) Pentaksub2 DAP tolglah akui kekurangan DAP jgn terus berada dlm Denial Syndrome. Saya, shbt2 seperti Dr. Zaidi Zakaria Ibrahim Mat Isa Tuan Guru Mat Alishah dan beberapa org lagi sudah berkali2 menegur beberapa pemimpin DAP yg bermulut celupar terutama geng ASMK.

4) Berminggu2 kami kritik puak DAP ni dan cuba tarik perhatian supaya DAP pusat menegur mereka. Malangnya hanya DAP Johor dan Putrajaya ternampak beri respon dan LKS sendiri diberitakan beri teguran secara "Nota Dalaman" tidak secara terbuka.

Kes rasuah membabitkan ahli politik perlu diteruskan


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar menegaskan bahawa kes perbicaraan rasuah membabitkan ahli politik perlu diteruskan bawah pentadbiran baharu, terutamanya berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata beliau, sekiranya perbicaraan kes ini tidak dilakukan dengan telus, kredibiliti kerajaan serta institusi kehakiman akan terjejas.
“Kita tahu bahawa Perdana Menteri yang baharu sebelum ini telah pun menentang isu 1MDB. Oleh itu, beliau sebagai Perdana Menteri perlu memastikan bahawa kes ini berjalan dan tidak ada campur tangan,” kata Datuk Seri Akhbar ketika dihubungi menerusi program Buletin Awani Khas.

“Dengan adanya seorang hakim yang bijaksana dan juga amanah, sudah tentu kita harap perkara ini (campur tangan) tidak berlaku. Kalau tidak, maka kredibiliti dan institusi kehakiman akan terjejas,” katanya.
“Ini perkara yang patut dikekalkan. Kalau tak, saya rasa sudah tentu ia akan jadi buah mulut dan isu kepada pembangkang. Satu perkara yang bagus ialah bekas Perdana Menteri menyatakan beliau sendiri sanggup menerusi dan menerima apa sahaja yang diputuskan oleh mahkamah," tambahnya.

Namun, beliau bersikap optimis terhadap pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri (PM) kelapan.