Pada tahun lepas, kita dikejutkan dengan berita individu bergelar ‘Datuk Seri’ yang bertindak mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Dalam kejadian awal pagi tersebut, anggota RELA berkenaan Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang.
Insiden tersebut bermula setelah mereka meminta 'Datuk Seri' itu mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.
Itu hanya satu daripada banyak lagi kes kemalangan, kecelakaan atau kecederaan yang menimpa anggota RELA di seluruh negara yang jumlahnya kini lebih daripada tiga juta peserta.
Walaupun dipandang sepi berbanding pasukan polis dan tentera, hakikatnya anggota RELA turut yang ditugaskan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).
Lepas batuk di tangga
Anggota RELA juga bertugas di banyak jabatan serta agensi kerajaan antaranya sebagai menggantikan tugasan polis bantuan dalam menjaga aspek keselamatan dalam bangunan.
Justeru, kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu menjaga kebajikan para anggota RELA secara serius dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.