Saturday, March 28, 2020

RM30 E-Tunai & Pakej Ransangan Ekonomi Covid-19, Apa Perbezaannya?


 1. Sebaik sahaja PM umum Pakej Ransangan Ekonomi, semalam. Penyokong dan tentera siber pro kerajaan sebar perbandingan inisiatif E-Tunai dan Pakej Ransangan Ekonomi. Mereka bertempik bangga dengan kerajaan hari ini dan hina penyokong PH seolah itulah saja kemampuan kerajaan PH iaitu beri orang ramai RM30. Rasa kasihan terhadap golongan ini kerana mereka tak pandai membezakan tujuan pemberian inisiatif RM30 E-Tunai oleh kerajaan PH dengan Pakej Ransangan Ekonomi oleh kerajaan sekarang ini. Secara ringkasnya begini,

2. Inisiatif RM30 dalam E-Tunai kepada rakyat tujuannya untuk memperkenalkan, menggalakkan dan meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya dalam sektor runcit. Itu pun kerajaan PH difitnah kononnya mahu mencuri data peribadi bagi tujuan jahat.

3. Manakala Pakej Ransangan Ekonomi pula bertujuan memacu ekonomi tempatan dalam persekitaran kelembapan ekonomi global akibat Covid-19. Selain itu, tujuannya juga membantu rakyat yang terkesan, mereka yang hilang punca pendapatan seperti penjaja kecil, petani, nelayan, pemandu grab dan lain-lain lagi.

Kerajaan belanja RM25 bilion saja, bukan RM250 bilion



Majlis Presiden Pakatan menyambut baik nada berdamai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin ketika beliau menyampaikan pakej rangsangan ekonomi.

Beliau mengakui bahawa “kerajaan ini bukan kerajaan dipilih rakyat”, yang “negara ini sedang berperang dengan musuh yang tidak kelihatan”, dan “situasi dihadapi sekarang tidak pernah berlaku dalam sejarah”.

Oleh itu, kami ingin mengulangi mesej Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini bahawa Kerajaan harus menggunakan pendekatan yang lebih tulen dan ikhlas untuk mengendalikan krisis ini dan mengenepikan persaingan politik pada ketika ini.

Pakatan Harapan bersedia untuk memberi kerjasama jika Kerajaan memulakan langkah dwipartisan yang tulus dan ikhlas.

Rakyat diberitahu bahawa pakej rangsangan yang diumumkan adalah bernilai RM250 bilion.

Namun, selepas pemerhatian yang teliti, rangsangan fiskal terus sebenar oleh Kerajaan hanyalah RM25 bilion, yang akan dibiayai melalui pertambahan pinjaman Kerajaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...