Kerugian harta benda salah pemimpin atau penduduk?
Kita ada 3 bangunan antara 10 tertinggi di Asia
PENGURUSAN NEGARA LEBIH TERUK DARI ZIMBADWE
Kita tidak boleh menghalang bencana banjir ini kerana ia kehendak Tuhan tetapi kita boleh mengurangkan kerugian harta benda jika mahu.. Insyallah. Tapi ia tidak berlaku kerana banjir ia bukan seperti sambaran kilat berlaku sepantas cahaya. Jadi di mana dan silapnya?
Hari ini ada kawasan banjir telah surut dan ada juga kawasan terutama di Klang yg mengalami air laut pasang telah membuatkan banjir termenung berlaku (lambat surut) hingga memakan masa berhari hari lamanya utk surut.
Kita dpt melihat kerugian harta benda mangsa banjir terutamanya kenderaan. Kerugian secara purata dianggarkan sekitar RM 50- RM 100k utk setiap isi rumah.