Monday, March 2, 2020

Formula PH Mula Nampak Hasil, Untung 2019 Khazanah Tertinggi Dalam Sejarah


Khazanah Nasional Berhad dibawah pentadbiran kerajaan PH sebelum ini telah berjaya memulihkan prestasi keseluruhan pada 2019 dengan mencatatkan keuntungan operasi tertinggi dalam sejarahnya.

Menurut Khazanah, prestasi baik ini disumbang hasil pelupusan yang lebih tinggi dan rosot nilai lebih rendah. Ia turut disumbang pulangan portfolio lebih mantap.

Khazanah mencatatkan keuntungan operasi RM7.36 bilion. Ini berbanding kerugian operasi lebih RM6 bilion pada 2018. Dalam masa yang sama, Khazanah mengumumkan dividen RM1.0 bilion untuk 2019.

Khazanah turut kukuhkan kedudukan kewangannya hasil daripada perbelanjaan yang dikurangkan sebanyak 28.2 peratus.

Tambahnya, jumlah hutang telah berjaya dikurangkan sebanyak 17.0 peratus.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, Shahril Ridza Ridzuan, 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar.

'Semua pihak perlu muhasabah penyebab PH runtuh'


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5ivUaSJYhnyUzR_4gNYunlJ4nvlZFxX3BmDVaXdmikteMMPSGhhsPM5Ks5WmiLWhC1EPegT00_dbMAZByORO5bumrF7Z6K1s-9m-V5O5ZmC9mjDOGiamhEnSpLFE50qoUP43r-dR5Sgk9/s1600/Screenshot_2018-12-24-13-45-24-312_com.android.browser.png

SHAH ALAM - Semua pihak perlu bermuhasabah atas apa yang berlaku sehingga mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ada pihak merasakan kemenangan yang dikecapi sebelum ini 'dirompak' dan dirampas, namun sebenarnya apa yang perlu dilakukan sekarang adalah bermuhasabah apa yang sebenarnya menyebabkan berlaku keruntuhan tersebut.

"Tadi ada tazkirah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Fakhrul Razi yang mengatakan kadangkala musibah dan dugaan yang berlaku ada kebaikan kepada kita kalau tak diberi, tak dicuba dan tak ditimpa.

"Kadangkala kita rasa selesa, kita rasa dah betul semua, ada masanya kadang-kadang kita perlu bermuhasabah mengenai apa masalah besar kita," katanya ketika berucap pada makan malam selepas majlis doa selamat dan solat hajat kesejahteraan negeri Selangor di kediaman rasmi Amirudin di Seksyen 7 di sini semalam.

Jangan buat lupa, DAP juga antara salah satu punca Kerajaan PH tumbang..!!!

#DAP JGN LEPAS TANGAN....
Zibaidi Sudin


Di saat2 akhir sebelum saya mengundurkan diri dari #PENULISAN berkaitan isu2 #POLITIK "secara aktif" dan akhirnya berundur dari medan FB, saya ingin membuat teguran SEKALI LAGI kpd DAP.

1) DAP sememangnya tidak gentar utk terus jd pembangkang seperti yg sering mereka suarakan. Tapi pada saya ini adalah kenyataan angkuh dan mementingkan diri.

2) Dgn membiarkan keadaan menjadi parah, PH boleh hancur dan kesannya adalah kpd parti komponen, penyokong PH, rakyat dan negara.

3) Pentaksub2 DAP tolglah akui kekurangan DAP jgn terus berada dlm Denial Syndrome. Saya, shbt2 seperti Dr. Zaidi Zakaria Ibrahim Mat Isa Tuan Guru Mat Alishah dan beberapa org lagi sudah berkali2 menegur beberapa pemimpin DAP yg bermulut celupar terutama geng ASMK.

4) Berminggu2 kami kritik puak DAP ni dan cuba tarik perhatian supaya DAP pusat menegur mereka. Malangnya hanya DAP Johor dan Putrajaya ternampak beri respon dan LKS sendiri diberitakan beri teguran secara "Nota Dalaman" tidak secara terbuka.

Kes rasuah membabitkan ahli politik perlu diteruskan


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar menegaskan bahawa kes perbicaraan rasuah membabitkan ahli politik perlu diteruskan bawah pentadbiran baharu, terutamanya berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata beliau, sekiranya perbicaraan kes ini tidak dilakukan dengan telus, kredibiliti kerajaan serta institusi kehakiman akan terjejas.
“Kita tahu bahawa Perdana Menteri yang baharu sebelum ini telah pun menentang isu 1MDB. Oleh itu, beliau sebagai Perdana Menteri perlu memastikan bahawa kes ini berjalan dan tidak ada campur tangan,” kata Datuk Seri Akhbar ketika dihubungi menerusi program Buletin Awani Khas.

“Dengan adanya seorang hakim yang bijaksana dan juga amanah, sudah tentu kita harap perkara ini (campur tangan) tidak berlaku. Kalau tidak, maka kredibiliti dan institusi kehakiman akan terjejas,” katanya.
“Ini perkara yang patut dikekalkan. Kalau tak, saya rasa sudah tentu ia akan jadi buah mulut dan isu kepada pembangkang. Satu perkara yang bagus ialah bekas Perdana Menteri menyatakan beliau sendiri sanggup menerusi dan menerima apa sahaja yang diputuskan oleh mahkamah," tambahnya.

Namun, beliau bersikap optimis terhadap pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri (PM) kelapan.

Hadi: Ada juga pemimpin PH dibebaskan dari kes mahkamah

Presiden PAS Abdul Hadi Awang membangkitkan kes mahkamah pemimpin PH yang digugurkan, apabila ditanya pemberita berkenaan kedudukan pemimpin Umno - kini kembali sebagai kerajaan - yang masih dibicarakan di mahkamah.

"Apa yang penting selamatkan negara terlebih dahulu daripada kemelut politik yang berlaku...PAS ambil kira semua.

"Kalau nak dituduh pemimpin (Umno) terpalit dengan masalah, pemimpin PH pun ada yang terpalit dan (kes mereka) diberhentikan di mahkamah, dilepaskan begitu sahaja," katanya ketika sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berkenaan wajarkah pemimpin Umno yang kini dibicarakan di mahkamah dilantik ke dalam kabinet baru nanti.

Abdul Hadi tidak merujuk mana-mana pemimpin PH secara khusus.

[VIDEO] Pesanan ANWAR IBRAHIM kepada penyokong & rakyat Malaysia selepas Kerajaan PH dijatuhkan


Program Majlis Zikir Selawat Nuril Anwar,Bacaan Yaasiin
Yang di sampaikan Tazkirah Oleh : Yg. Bhg Ustaz Zamri Zainal Abidin



Saya sedia dipecat - Mukhriz

 https://img.astroawani.com/2019-09/81569447653_DatukSeriMukhriz.jpg
PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau bersedia berdepan sebarang risiko termasuk dipecat dari parti.

Beliau berkata, tindakan pemecatan itu berkemungkinan turut membabitkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Itu satu risiko yang terpaksa kami hadap dan saya sudah biasa dipecat.

“Jadi tindakan dari parti yang mana kami masih berjawatan termasuk Dr. Mahathir sendiri sebagai Pengerusi parti, akan beri penerangan kepada ahli parti sampai ke peringkat akar umbi.

"(Itu) untuk menerangkan dan menjelaskan apa yang berlaku dan keputusan yang telah buat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti tidak langsung memihak kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Bahagian dan Sayap Armada di sini pada Ahad.

Tahniah Kerajaan Muhyiddin, Selamat Memerintah Malaysia


TAHNIAH diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke – 8 pada Ahad yang lalu. Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru menamatkan kemelut politik yang melanda negara kita hampir satu minggu pada minggu yang lalu susulan peletakkan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke – 7 serta kejatuhan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada awal minggu yang lalu. Tumpuan kini sudah tentu diberikan terhadap pembentukan kabinet menteri baru yang bakal mengetuai kementerian – kementerian diperingkat persekutuan. Dalam usaha membentuk kabinet menteri baru ini, langkah harus lah diambil bagi memastikan semua kabinet menteri benar – benar mewakili semua kaum dan agama yang ada dalam negara kita. Kabinet menteri yang ingin dibentuk kelak tidak boleh hanya terdiri daripada kalangan bangsa – bangsa tertentu sahaja.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana negara kita memiliki masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni buat sekian lama. Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara masyarakat dalam negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama ini, ia tidak bermakna kita semua tidak dapat hidup bersama dengan aman dan harmoni sebagai sebuah masyarakat didalam sebuah negara. Semua pihak harus melakukan perubahan minda dan jiwa mereka supaya tidak mementingkan diri mereka atau mementingkan kaum mereka sahaja sekiranya kita ingin kekal hidup aman dan harmoni serta menjadikan masyarakat dan negara kita sebagai sebuah masyarakat dan negara yang benar – benar maju serta dihormati oleh semua negara dan masyarakat dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...