SEMI LOCKDOWN DI INDONESIA YANG BERJAYA TURUNKAN KES COVID-19..
1- Sebenarnya sejak awal,aku ikuti wawancara dan perbahasan di Indonesia, Biarpun ramai dari Pakar kesihatan menasihat laksanakan full Lockdown dari lonjakan kes Varian Delta, Pak Jokowi antara yang berdegil.. Dia kekal dengan pandangan, Ekonomi, dan hak rakyat bawahan harus dipertahankan..
2- Akhirnya Indonesia buat Semi Lockdown..Tidak juga menutup seluruh Ekonominya hatta menutup terus pintu Masjid seperti Malaysia.. Namun itu lah kebijaksanaan seorang Pemerintah, Tidak termakan dengan nasihat Pakar kesihatan hatta kelompok Menengah di kota Jakarta.. Aku sendiri sejak awal tidak termakan dengan desakan Full Lockdown..
3- Masyarakat di Indonesia lebih degil dari rakyat Malaysia.. Tetapi mereka bersatu.. Rakyat Indonesia hampir 10 kali ganda Malaysia iaitu melebihi 270 juta.. Penduduk Jakarta jauh lebih padat.. Jakarta saja ada lebih 10 Juta penduduk, 1/3 dari rakyat Negara kita..
4- Benar ! Minggu pertama mereka laksanakan semi Lockdown, Kes Melonjak, dari 17 Ribu kes Sehari melonjak kepada 50 Ribu kes sehari..dan di Kota Jakarta gambaran bandar KL kita hari ini kes menurun sebanyak 83%, Dan keseluruhan kepulauan jawa turun melebihi 50%.. di Malaysia ? 3 Bulan Lockdown PKP..Makin teruk..