MENJAWAB DAKWAAN MAHATHIR
Pada pendapat saya dakwaan Tun Mahathir itu tidak tepat. Fakta menunjukkan Parti Bersatu PPBM pimpinan Mahathir bertanding 52 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan majoriti Melayu.PPBM kalah teruk di tangan Umno khususnya.
2. Dari 52 kerusi yang ditandingi oleh PPBM atas nama PH hanya 13 kerusi sahaja PPBM pimpinan Mahathir menang.
3. Manakala Parti Keadilan Rakyat yang bertanding kurang dari PPBM iaitu hanya sebanyak 50 kerusi telah menang sebanyak 48 kerusi. Keadilan menjadi parti terbanyak menang dalam gabungan PH.
4. Umno yang bertanding di kawasan majoriti Melayu menang banyak kerusi, lebih 50 kerusi mengalahkan calon-calon parti pimpinan Mahathir. Mana kekuatan Mahathir?
5. Begitu juga di peringkat negeri atau DUN. Misalnya di Johor dari 56 kerusi DUN dalam Johor PPBM pimpinan Mahathir bertanding paling banyak kawasan sebanyak 18 kerusi khususnya di kawasan Melayu.Hasilnya apa?