Pengasas dan pemegang saham utama Country Heights Holdings Bhd, Tan Sri Lee Kim Yew, menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung bidasannya terhadap jutaan Tan Sri Robert Kuok.
Dalam surat terbuka hari ini, yang ditulis dalam bahasa Cina dengan kurang sepuluh patah perkataan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, Lee berkata beliau terpanggil untuk bersuara kerana apa yang diluahkan oleh Nazri adalah sesuatu yang biadap.
"Tujuan saya menulis surat terbuka ini, pertama, adalah (untuk menegaskan) bahawa kamu sebagai seorang menteri, melakukan tindakan yang biadap.
Lee berkata Nazri, sebagai menteri, dibayar oleh wang pembayar cukai dan menikmati banyak faedah - elaun perjalanan, pembantu dan pembiayaan kerajaan.
"Tentunya, sebahagian kecil dari wang itu adalah dari Kumpulan Kuok," tulis Lee.
Lee berkata Nazri dan konco-konco Umno tidak sepatutnya berfikiran bahawa negara ini milik mereka.
"Mungkin kamu menikmati penggal terlalu lama (dalam kabinet), usaha perniagaan yang tidak memerlukan modal.