Sunday, November 28, 2021

LAPORAN AUDIT TELAH MENJAWAB FITNAH BN DAN PN TERHADAP PH MENGENAI TABUNG HAJI


 

BILA KERAJAAN BN PN YANG BODOH JAGA NEGARA, RAKYATLAH YANG MENANGGUNG KEROSAKANNYA...!


 zaman PH...saifudin Nasation manpu jaga harga brgan keperluan..harga x la keterlaluan sgt..tpi to pun masih ramai walaun berdemo tepi jalan kononya harga barangan di control cina komuniss,cina dap..

.mula la berkempen BMF...skrg parti menerajui PAS dan BN...lagi yahudi harga dri cina komuniss hahaha..walaun tak berdemo ke, Mana slogan BMF..Hnya main isu bangsa dan perkauman utk dptkan kuasa.. bila dpt kuasa rakyat di tekan..

BAKAL CALON PH UNTUK PRU15 HANGPA BOLEH MULA BUAT KERJA DARI SEKARANG..


 Yang dah lepas biarkan berlalu.

Saya cuma nak sentuh bab pengurusan media bakal calon.

Saya nak ingatkan, mulai minggu ini mana-mana individu yang berhajat nak jadi calon untuk pilihanraya akan datang wajib buat benda ni dari sekarang:

1. Buat page FB & Insta - sentiasa update aktiviti turun padang melihat masalah setempat. Jangan malas. Kena berani melabur untuk perkukuhkan branding diri.

Ada banyak isu tempatan yang boleh diperjuangkan macam longkang tersumbat, banjir kilat, kemiskinan, kotor dan sebagainya. 

Jangan tunggu nama dah naik jadi calon baru nak nampak buat kerja. 

Kalau nama kita tak naik pun lepas ni, at least kita dah bina brand parti melekat di hati rakyat. 

5 tahun tak lama kalau kita sentiasa buat kerja.

2. Buat TikTok - gajikan seorang pegawai media untuk buatkan video TikTok setiap hari. First time voters dan anak muda sekarang dapat maklumat melalui tiktok. Jangan kedekut. 

Antara kriteria penting pemilihan calon lepas ni mestilah berdasarkan kepada berapa ramai organic followers fb, insta dan tiktok mereka. 

Medsos wajib jadi report card untuk menilai sejauh mana mereka serius nak jadi calon kerana pemilihan calon lepas ni tidak semestinya berdasarkan ranking parti. Calon mestilah seorang yang likeable di DUN mereka. 

3. Ada 102 janji dalam manifesto BN. Setiap DUN perlu wujudkan page Pemantau DUN untuk memantau sejauhmana BN berjaya mengotakan janji mereka. Saya yakin dalam tempoh 5 tahun ini, banyak janji BN itu takkan boleh ditunaikan. Ini akan menyebabkan BN sentiasa akan tertekan kerana janji dan kerja mereka sentiasa dipantau oleh kita.

4. Bakal calon perlu hadir seberapa banyak kursus branding dari semasa ke semasa kerana bakal calon perlu ada ilmu branding dan menguasai teknik social media marketing. Bila dah ada ilmu ini baru senang calon nak guide & nilai mutu kerja pegawai media yang digaji itu supaya mereka sentiasa mencapai piawaian yang telah ditetapkan.

5. Semua calon kena jadi macam YB Adly Zahari yang sangat memahami kepentingan media baharu. Gerak kerja YB Adly adalah contoh terbaik yang perlu diikuti. Saya yakin jika PH ada 20 orang bakal calon sepertinya, PH akan menang mudah dalam PRN akan datang.

Cukup setakat ni. Nanti sambung lagi.

SUMBER - KLIK 

Wednesday, November 24, 2021

PEMIMPIN MELAYU, PEGAWAI KERAJAAN MELAYU, JAGA ISLAM MELAYU.. YG MEROSAKKAN PUN MELAYU!


 TAHAP RASUAH PEMIMPIN MELAYU ISLAM DAN PEGAWAI KERAJAAN BANGSA MELAYU ISLAM DI MALAYSIA... SALIN DAN TAMPAL.


oleh Cikgu Azmi
10 Sept 2021


Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut:

Pegawai polis ( 57%),
Pemungut Hasil ( 48%),
Ahli Majlis Tempatan (48%),
Pejawat Awam (45%),
Penggubal Undang-Undang (41%),
Hakim (33%), dan
Pemimpin agama (31%)

Satu fakta lagi yang sangat mengejutkan ialah mengenai tanah rizab Melayu yang sebenar tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Apa sudah jadi dengan integrity pegawai yang mengurus tanah Rizab Melayu?

Monday, November 22, 2021

HADI GAGAL BAWA ARAH TUJU PAS.. KE MN SALAH KE PN KALAH!


 APAKAH ARAH TUJU PAS SELEPAS PRN MELAKA?

Jika dilihat apa yang berlaku sekarang PAS seperti hilang arah.. bersama UMNO dalam MUAFAKAT NASIONAL untuk dapatkan kuasa... namun bila datang PPBM membawa kuasa PAS tinggalkan UMNO dan pergi pula berkerjasama dengan PPBM menubuhkan PAKATAN NASIONAL...

Namun kini PN sekadar menjadi penumpang bersama kerajaan KELUARGA MALAYSIA bawah BN yang mana dikepalai oleh UMNO pula..

UMNO ini merupakan rakan PAS dalam MN yang telah mereka tinggalkan untuk mereka bersama PN...

Relevankah lagi Anwar Ibrahim?


 Relevankah lagi Anwar Ibrahim?

Tektik berperang, berpolitik dan berniaga sama
FORMULA PLATFORM & SASARAN PENGUNDI  

Adakah masih relevan lagi DS Anwar Ibrahim dlm arena politik tanahair? Ini antara yg sering dijadikan bahan kritikan oleh sesetengah pengulas politik bila setiap kali PH menerima kekalahan. Tanya saya DS Anwar masih relevan.

Dalilnya kenapa waktu Tun menjadi PM dan PH tewas beberapa kali pada pilihanraya kecil tiada suara sumbang mengatakan Tun sudah tidak relevan. Malah Dap dan Amanah masih mahu mengangkat Tun sebagai PM seterusnya jika tidak silap saya. 

Dalil seterusnya, Najib dahulu ketika BN tewas PRU14, KJ kata secara terbuka mengatakan Najib sudah tidak relevan hingga bekas PM itu tidak dibenarkan berkempen di pilihanraya kecil.

Tapi kini Najib comeback sebagai 'banduan' yg perlu proses mahkamah utk membebaskannya dari hukuman. Yg mengejutkan kita dia diangkat sebagai 'bosku' oleh sebilangan org Melayu. Anda hairan...jgn hairan kerana disitulah betapa penting peranan media mensucikan Najib.

Dalil seterusnya Muhyiddin dan Hadi Awang partinya tewas, tidak ada pula mengatakan kedua mereka tidak lagi relevan. Setakat ini karimastik Anwar masih belum boleh ditandingi. Dia masih relevan berbanding dgn Najib yg sudah didapati bersalah dgn pelbagai skandal. 

Kenapa Najib boleh comeback dlm keadaan reputasinya yg buruk? Ia semua berkait rapat dgn peranan media... Najib atau team medianya bijak memainkan isu popular rakyat.

APAKAH DISEBAKAN LOGO PH DIKALAHKAN DALAM PRN MELAKA?


 Logo tak ada kaitan. Menyalahkan penggunaan logo sebangai punca kekalahan adalah satu benda yang tak masuk akal, kalau betul logo PH itu punca pengundi tak kenal, macam mana PH masih boleh bertahan dengan 5 kerusi? Dan kalau logo BN itu sangat keramat, kenapa PRN Sarawak nanti GPS tak pakai logo BN tapi pakai logo GPS. Dan kenapa Perikatan Nasional yang hanya 17 bulan boleh menang 2 kerusi; paling ajaib di kerusi yang banyak undi awal (undi pos?). 

Masalahnya pimpinan PH tak tahu siapa pengundi PH atau buat pura-pura tak tahu. Dari keputusan PRU14 lagi sudah nampak yang pengundi PH adalah majoriti dari M40 dan T20 ( kelas pertengahan dan kelas atas). Mengatakan yang golongan ini tak undi PH sebab logo adalah sama seperti kata mereka ini adalah buta huruf dan tak reti mengeja. Betul, logo ada signifikannya mungkin bagi saluran 1 dan 2 bagi pengundi totok UMNO/BN. Dan di PRN Melaka saluran ini yang banyak mengundi sebab yang pengundi luar @ atas pagar semua banyak yang tak pulang.

Saturday, November 20, 2021

RM100JUTA.. NAJIB TAHU ATAU BUAT-BUAT TAK TAHU | KABINET MANGKOK..!


 TAK TAHU

Semasa duit masuk akaun peribadi dia berjuta-juta dia kata dia tak tahu… akhirnya Mahkamah bagitahu dia penjara 12 tahun denda RM210 juta.

Sekarang dia tak tahu pula nilai hadiah yang dia minta ialah RM100 juta.

Tun bangkitkan dalam Dewan Rakyat sehingga ramai terkedua dengan ketidak tahuan dia.

Bila dah ramai tahu termasuk dia yang buat-buat baru tahu, dia umum dia tarik balik permohonan tu.

Kononnya rakyat melebihi segalanya. Sekarang rakyat lebih perlu berbanding dia. Dia kata. 

Dia tahu ka rakyat lebih memerlukan?

Thursday, November 18, 2021

GABUNGAN MATA DUITAN ANTARA BN & PN..!!


 JANGAN BAGI

Kata Mas Ermieyati Ahli Parlimen Masjid Tanah tang juga calon PN di Dun Tanjung Bidara, kemungkinan Dun Melaka akan tergantung selepas pengundian 20 Nogember 2021 nanti.

Dun Melaka mempunyai 28 kerusi Dun yang ditandingi oleh PH, PN dan BN. 

PH diwakili Amanah, DAP dan KeADILan manakala PN diwakili Bersatu, Pas dan Gerakan. BN pula diwakili Umno dan MCA.

Untuk mentadbir Melaka dengan manoriti mudah, masing-masing PH, PN atau BN perlu memperolehi sekurang-kurangnya 15 kerusi.

Bacaan Mas Ermieyati, tiada mana-mana pihak yang akan peroleh sedemikian justeru akan tergantung siapa akan membentuk kerajaan.

Inilah kegilaan PN dan BN.

MASA KONDEM BUKAN MAIN, BILA ANWAR TANYA MANA YANG TELAH BELIAU GADAIKAN TERUS DIAM MENYEPI..


 inilah yg selalu dilaungkan oleh musuh ANWAR.. ibarat macam ANWAR lah yg menjadi PM memerintah Malaysia selama ini...

Umpama satu komen di wall fb ANWAR yg macam2 dikatakan namun bilamana ditanya kembali apa yg digadaikan selama ini terus dia terkaku tanpa jawapan...

lihatlah.. inilah dinamakan persepsi.. ia dibina dan diwujudkan utk jatuhkan lawan masing2 sahaja sedangkan bila ditanya kembali ia tiada jawapan..

Wednesday, November 17, 2021

TUTUP KEDAI JUDI.. MCA BANTAH DAP BANTAH GERAKAN BANTAH.. HABIS NAK SOKONG SIAPA?

Yg luluskan arak judi ni kerajaan BN, yg sokong kerajaan BN ni PN termasuk PAS....

Habis nak sokong siapa skrg nie....?





 

Tuesday, November 9, 2021

PAS jangan hanya nak dedah kelemahan Kerajaan PH P.PINANG sahaja.. NEGERI SEMBILAN & SELANGOR sama..!


 PAS akan dedahkan kelemahan DAP di Pulau Pinang sebagai bukti kegagalan PH.

Bagus! Aku suka. Tapi cuma nak ingatkan, setakat ini yang kata cuba dedahkan kelemahan kerajaan negeri Pulau Pinang, semuanya kalah saman fitnah. Jadi silakan cuba lagi.

Tapi kenapa Pulau Pinang sahaja? Macamana dengan Selangor dan Negeri Sembilan? Itu dua negeri yang diketuai Keadilan. Kan?

Sepatutnya serlahkanlah kelemahan Selangor dan Negeri sembilan sekali sebab Pengerusi Majlis Presiden PH adalah presiden Keadilan. Kan lebih menusuk kalau buat begitu.

Monday, November 8, 2021

Muhyiddin PM gagal masih tak tahu malu suruh rakyat Melaka undi PN..!


Muhyiddin PM gagal ni masih tak malu. Dia ingat rakyat lupa ke kegagalan kerajaan pimpinan dia. 

1.Gagal menangani pandemik Covid-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat.

2.Menyalahgunakan darurat yang hanya untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi.

3.Gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen hingga memandulkan segala amalan demokrasi semak dan imbang.

Sunday, November 7, 2021

LANGKAWI PULAU KAYANGAN UNTUK SEMUA, BUKAN TEMPAT SEMBELIHAN MANUSIA


 LANGKAWI PULAU KAYANGAN UNTUK SEMUA, BUKAN TEMPAT SEMBELIHAN MANUSIA 

Oleh ANINA SAADUDIN 

Saya sedih dengan pendedahan terbaru berkaitan harga ikan siakap di sebuah restoran terapung di Langkawi. 

Pendedahan demi pendedahan oleh beberapa individu beserta bukti telah menjadikan isu ini viral hingga tugu Helang Langkawi juga telah di tukar oleh netizen menjadi ikan siakap. 

Media arus perdana juga telah melaporkan isu ini selama beberapa hari. 

Isu ini boleh membawa kesan buruk terhadap pelancongan Langkawi. 

Saya harap pihak berkuasa terutama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Kedah dan semua pihak berkaitan mampu segera tangani isu ini dengan bijak. 

Wednesday, November 3, 2021

MENTERI MENOLAK SARANAN ANWAR UNTUK MENYEMAK MYSEJAHTERA UMAT ISLAM PERGI BERJUDI..


 Kenyataan Media

Saya terpanggil untuk memberi respon ke atas kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa kerajaan tidak akan menggunakan applikasi MySejahtera sebagai alat untuk menjalankan kepolisan moral seperti mengesan umat Islam yang mengunjungi sarang perjudian.

Kenyataannya itu dibuat susulan dakwaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahawa “puluhan ribu” umat Islam didapati berjudi di kira-kira 62 kelab berlesen.

Saranan Anwar Ibrahim adalah agar pihak berkuasa menyemak 'check-in' di premis berkenaan sebagai bahan bukti siasatan. Satu kesalahan jenayah melibatkan Melayu Islam dibenarkan berjudi dan telah dilaporkan oleh beberapa individu. Apakah wajar untuk seorang menteri membuat kenyataan yang melangkaui bidang kuasa sekiranya semakan Mysejahtera premis berkenaan adalah sebahagian daripada siasatan polis.

Tuesday, November 2, 2021

RAMAI DAH LUPA KISAH 1MDB, WALAUPUN YANG BERHUTANG IALAH MELAYU UMNO BUKANNYA CINA DAP


 CERITA 1MDB YG ORANG MELAYU X TAHU...TP KERJA JAHATNYA MELINGKOP MMG DILAKUKAN OLEH ORANG MELAYU...BUKAN DAP...

Tak lucu ke? 

1. Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Hasil Kerajaan Persekutuan 2022, jom kita lihat angka-angka ini. 

- hutang terkumpul 1MDB setakat akhir Jun 2021 = RM 32bilion. 

- setakat ini gomen ( guna wang rakyat lah) dah bayaq hutang tu RM12.8bilion.

-Bagaimana cara gomen bayaq? Guna pinjaman ( maknanya kena hutang utk bayaq hutang), guna wang pendahuluan ( yg dah cecah RM 10b ) dan guna wang Tabung AMANAH! 

- Wang Tabung AMANAH dah tinggal brpa? Jawabnya dah tinggal RM 15.2 bilion ( punyalah hina... hutang makhluk yg nama 1MDB tu 32b lebih byk dari wang dlm Tabung AMANAH ) . 

Tabung AMANAH diguna utk bayaq hutang sykt yang pi KHIANAT AMANAH wang RAKYAT!!! Lejen tu! 

Monday, November 1, 2021

TAHNIAH Pesuruhjaya PAS Kedah dianugerah gelaran DATO'...


 TAHNIAH Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya dianugerah gelaran DATO'...

TAHNIAH MB KEDAH DAPAT GELARAN "DATO' SERI"


 TAHNIAH KAMI UCAPKAN KEPADA MB KEDAH..

APA SUDAH JADI.. 2 BULAN SUDAH BERLALU.. PENDUDUK YAN MASIH MENANGIS..!



 APA SUDAH JADI.. 2 BULAN SUDAH BERLALU.. PENDUDUK YAN MASIH MENANGIS..!


Lihatlah luahan penduduk YAN yang alami trajedi getir menghadapi kepala air dalam 2 bulan lepas...

Antara luahan tersebut ialah Penduduk Kg Setul menyuarakan bilakah jambatan yg runtuh dan dihanyutkan air akan diganti semula...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...