Thursday, March 31, 2022

SOSMA - undang2 gila dari kerajaan gila


 SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI PARLIMEN MALAYSIA
HENTIKAN DAN MANSUHKAN SOSMA

Sidang Dewan Rakyat kali ini sekali lagi Menteri Dalam Negeri memasukkan suatu usul untuk meneruskan kuatkuasa Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali dengan SOSMA.

Usul tersebut berbunyi seperti berikut :

“Bahawa Majlis ini membuat suatu ketetapan menurut sub-seksyen 4(11), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 supaya subseksyen 4(5), Akta ini hendaklah terus berkuatkuasa bagi tempoh 5 tahun lagi mulai dari 31 Julai 2017”

Usul ini adalah selaras dengan Seksyen 4 (11) Akta iaitu untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua Majlis Parlimen untuk meneruskan kuatkuasa Seksyen 4 (5) Akta bagi tempoh 5 tahun lagi bermula 31 Julai 2017.

Untuk makluman semua Ahli Parlimen dan seluruh masyarakat awam, Seksyen 4 (5) SOSMA memperuntukkan kuasa kepada polis untuk menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan untuk siasatan selama tempoh tidak lebih 28 hari. Penahanan selama 28 hari ini adalah atas kuasa pihak polis semata-mata yang tidak memerlukan seseorang yang disyaki dibawa ke Mahkamah untuk perintah tahanan reman. Selama tempoh penahanan 28 hari ini, orang yang disyaki akan melalui pelbagai proses siasatan yang memeritkan.

Tanggungjawab Ahli Parlimen.

Wednesday, March 30, 2022

Isu Mysejahtera.. Rakyat Malaysia mahu tahu di manakah data itu disimpan?


 Kenyataan Media
29 Mac 2022

Menteri Kesihatan kata, “Bila saya mengambilalih KKM, saya buat keputusan untuk pastikan bahawa pengurusan aplikasi MySejahtera dibawa ke KKM sebab saya dapati bahawa selama tempoh pandemik, tiada kontrak antara pihak KPISoft dengan kerajaan”. 

Kenyataannya itu juga bermaksud bahawa kontrak rundingan dengan KPISoft/Entomo, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi MySejahtera hanya bermula saat beliau menjawat jawatan tersebut pada bulan Ogos 2021, iaitu 16 bulan setelah aplikasi MySejahtera diluncurkan. Maksudnya selama 16 bulan kerajaan bersama dengan KPISoft/Entomo mengawalselia penggunaan dan data aplikasi MySejahtera tanpa sebarang perjanjian. 

Sehingga saat ini persoalan tentang pemilikan aplikasi MySejahtera dan datanya terus kabur meski ada cubaan dari pihak menteri untuk menjelaskannya. 

Tuesday, March 29, 2022

RAFIZI RAMLI.. PEMBOHONGAN DAN PEMBODOHAN BERULANG!!


 

APAKAH KITA NAK BIARKAN NEGARA KITA JADI SEPERTI SRI LANKA?



 

PH BAWA TURUN 18% DAH SELAMA 22BLN.. BN PN BAWA TURUN APA?


 PH BAWA TURUN 18% DAH SELAMA 22BLN.. BN PN BAWA TURUN APA?

Seringkali kita dengaq puak walaun dok kata dok canang PH hancing dan mana dia tol free...

Sedangkan semua dah tahu bahawa sepanjang 22bln antara langkah pertama PH dah umum diskaun 18% kepada semua tol PLUS...

Tapi bilamana kita boleh rakyat yg bodoh dimana otak telah dimandulkan oleh pimpinan mereka maka meraka rasa macam tak ada apa bilamana bersoalkan mana tol free... sdgkan pimpinan merekalah yg dok penaik dan penaik tol tersebut...

Wednesday, March 23, 2022

Orang sibuk lawan pengkhianat dia sedap aja dok bercuti..!!!


 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙 "𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗖𝗨𝗧𝗜" 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡!

Nampaknya jelas tajuk di atas bahawa betapa pentingnya kehadiran dan gerak kerja tokoh bernama Rafizi Ramli.

Kepada individu "Yang Bercuti & lari ke Jakarta tinggalkan parti" dalam kesusahan selepas DSAI masuk penjara kali kedua pada 2015..apa cerita ya? Ditinggalkan Kak Wan dan Rafizi Ramli sehingga mereka berdua terpaksa jadi benteng utama untuk parti daripada serangan bertalu-talu Geng Azmin dari dalam dan Najib UMNOBN dari luar.

Mana muka² yang bising sekarang mengutuk Rafizi Ramli pada zaman itu? Admin boleh sahkan majoritinya tidak wujud sebagai anggota parti, bercuti kerana malas nak berjuang sebab tiada nilai/faedah untuk mencapai kepentingan peribadi dalam aspek wang & kuasa ataupun mereka ini pada zaman itu bersekongkol dengan Azmin & Geng bersama² mereka menyerang KAK WAN, RAFIZI RAMLI, menyokong gerakan sabotaj parti dan sabotaj segala utusan DSAI dari penjara pada zaman kesusahan itu!!

Tuesday, March 22, 2022

TOLAK SARANAN NAJIB GUNA WANG RAKYAT SELAMATKAN SAPURA


 22 Mac 2022
Rafizi Ramli 

TOLAK SARANAN NAJIB GUNA WANG RAKYAT SELAMATKAN SAPURA

Saya merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 20 Mac 2022 yang menggesa Kerajaan Persekutuan (melalui PETRONAS atau Khazanah Nasional) untuk menyelamatkan Sapura Energy Berhad yang kini berdepan risiko muflis.



Beliau memberi alasan rakyat (yang memiliki institusi-institusi seperti PETRONAS atau Khazanah Nasional) akan kerugian besar jika Sapura tidak diselamatkan. Contoh-contoh kerugian yang diberikan termasuklah kerugian kepada pemegang Amanah Saham Bumiputera sebanyak RM4 bilion, kerugian kepada Maybank sebanyak RM10 bilion dan kehilangan pekerjaan sebanyak 10,000 orang.

Sunday, March 20, 2022

APABILA UMNO CUBA ENGKAR DAN RAMPAS KUASA RAJA..!


 

HENTIKAN POLITIK FITNAH, BERSAMA KITA SUBURKAN POLITIK PROGRESIF YANG BERSANDARKAN FAKTA DAN KEBENARAN


 HENTIKAN POLITIK FITNAH, BERSAMA KITA SUBURKAN POLITIK PROGRESIF YANG BERSANDARKAN FAKTA DAN KEBENARAN

Kiriman Facebook Sdra Razman Zakaria, pada 18 Nov 2017, yang menyatakan pekerja hotel di Pulau Pinang dilarang memakai tudung disahkan sebagai FITNAH. 

Mahkamah Tinggi telah memerintahkan exco Kerajaan Perak yang juga Pesuruhjaya PAS Perak itu membayar ganti rugi RM250,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sdra Lim Guan Eng dalam masa 14 hari.

YB Adly Zahari

Tuesday, March 15, 2022

PRN JOHOR - CALON AMANAH YANG HILANG WANG DEPOSIT..!!


 Ni calon Amanah yg hilang deposit.

Empat calon Amanah yang hilang deposit dalam PRN Johor pula adalah:

1. Mohammad Fakrulradzi Mahmud yang hanya mampu memperolehi 1,154 undi di kerusi N.32 Endau yang mempunyai 22,146 (79.31 peratus) pengundi Melayu.

2. Ahmad Daniel Shahrudin yang hanya mampu memperolehi 2,314 undi di kerusi N.34 Panti yang mempunyai 29,407 (76.56 peratus) pengundi Melayu.

ANWAR PKR AMANAH DAP jangan mudah lupa..!!


 ANWAR JGN MUDAH BUAT2 LUPA. AKU X KISAH PUN JIKA umno KEKAL MEMERINTAH PASAI KEHIDUPAN AKU BUKAN MENEMPEK KPD MANA2 PIMPINAN POLITIK UTK MENAGIH HABUAN.

KEADILAN JANGAN MUDAH LUPA...

Oleh Amizudin Bin Ahmat 

Bila PH menang pd 2018, satu dunia tahu Anwar akan jd PM selepas atok...siap buat surat perjanjian lagi ..

Tapi akhirnya ternyata jemin dan abah serta atok KHIANAT pd Anwar sanggup bersekongkol dgn UMNO asalkan Anwar tak jadi PM...namanya "langkah Sheraton" 

Siapa master mind? Atok saka....

KEADILAN JANGAN MUDAH LUPA...

Kini selepas PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan terkini Johor bila kalah maka dendangan lagu pembangkang wajib bersatu utk tumbangkan UMNO/BN pd PRU15 terus dinyanyikan biarpun suara sumbang...

RAFIZI KEMBALI KE GELANGGANG POLITIK TANAHAIR..


 15 Mac 2022

PEMILIHAN KEADILAN 2022

Keputusan Pilihanraya Negeri Johor (PRN Johor) baru-baru ini mengesahkan bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka dan tawaduk oleh semua rakyat Malaysia yang mendukung idealisme politik progresif yang dibawa KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Ini adalah kekalahan keempat berturut-turut dalam beberapa siri pilihanraya negeri. Setiap kali KEADILAN dan Pakatan Harapan mengalami kekalahan, selain dari menyalahkan sesama sendiri, sehingga kini belum nampak strategi yang berlainan untuk menambat kembali hati rakyat. 

Satu-satunya strategi yang diulang-ulang ialah pendekatan “khemah besar” untuk menyatukan semua parti yang bersaing dengan UMNO/Barisan Nasional. Terbaru, saya dimaklumkan Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Perikatan Nasional mengenai kemungkinan bekerjasama dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Monday, March 14, 2022

APAKAH SEBAB CALON BUKAN PILIHAN CABANG, 7 CALON PKR HILANG DEPOSIT..!


 Ni sah bukan calon pilihan cabang.
Padan muka deposit hilang.

Tujuh calon PKR yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:



1. Azmi Masrani yang hanya mampu memperolehi 1,537 undi di kerusi N.18 Sri Medan yang mempunyai 29,248 (89.45 peratus) pengundi Melayu.

2. Haryati Abu Nasir yang hanya mampu memperolehi 1,331 undi di kerusi N.20 Semarang yang mempunyai 23,724 (85.54 peratus) pengundi Melayu.

3. Zulinah Johari yang hanya mampu memperolehi 1,529 undi di kerusi N.33 Tenggaroh yang mempunyai 31,680 (82.48 peratus) pengundi Melayu.

PAKATAN HARAPAN, Politik Khianat dan khemah besar


 PAKATAN HARAPAN, Politik Khianat dan khemah besar

Langkah Sheraton mengajar Malaysia, PENGKHIANATAN adalah satu "Malapetaka". Rakyat yg telah beri peluang kepada PH, tersentap, namun masih menaruh harapan tinggi kpd PH. Kita terima ujian ini, dan PH akan bangkit dengan lebih kuat dlm PRU15. Putuskan hubungan dgn semua pengkhianat, tutup semua pintu2 dan ruang untuk berkhianat, bersolidariti PH3parti, kerja kuat menuju PRU15...

Malangnya, sesudah langkah sheraton, idea pecah perintah "khemah besar" mula berkumandang. Khemah besar itulah membuka kembali pintu2 pengkhianatan. "Gabungan Pembangkang" itu jelas bermaksud demi menang PRN/PRU kita kerjasama dengan semua, termasuk pengkhianat2. Walau sangat2 sedar, jika menang sekalipun, akan berlaku lagi pengkhianatan. Ini sebenarnya yg menghakis semangat pendokong PH - ahli parti, tidak berparti dan atas pagar dari terus menyokong PH. Jika menang bersama "parti2 sepah" yg memang tiada jatidiri ditambah dgn "track record" pengkhianat, sama mcm x menang, malah nama PH semakin buruk diconteng arang. 

Mengapa ada pemimpin2 PH yg ghairah mempromote "khemah besar" (seakan tidak faham senjata pecah perintah), sedang rakyat memerhati dgn penuh jijik dan benci. Nama PH teruk tercemar dgn tindakan2 khianat Atok dan konco2nya 22 bulan, tapi ada pemimpin2 PH yg menyondol dibontot Atok mengajak Pejuang, Muda, Warisan dll untuk bersama gabungan pembangkang di Johor.  

BN KEMBALI KUKUH, PH DAN PEMBANGKANG SEMAKIN MERANA..KENAPA..?


 Rangkul Kekuatan

" Pelik la aku. Yang buat masalah rasuah biliyun biliyun ni pemimpin UMNO. Yang rasuah dan salah guna kuasa pun banyak pimpinan UMNO. Yang khianati muafakat pun UMNO. Yang langgar nasihat YDPA untuk buat PRN masa pandemik dengan alasan bodoh pun UMNO. Tapi rakyat masih lagi pilih mereka."

Seorang rakan ambo yang merupakan penyokong dan pendokong tegar PH pagi-pagi lagi menghantar ambo mesej ini.

Ambo awalnya membaca dengan sebelah mata sahaja. Sebelah mata lagi tertutup dek kerana mengantuk. Maklumlah semalam meraikan hatrik CR7.

Dalam keadaan mamai, ambo membalas ringkas.

" Demo tau tak, sudah berapa game CR7 tak jaringkan gol. Sudah banyak mana dia miss. Ada khabar angin kata dia cedera. Rangnick pun tak mau guna dia semasa game melawan Man City dengan alasan taktikal.

Tau apa CR7 buat? Dia balik Portugal. 

Lepas tu apa jadi? 

Sunday, March 13, 2022

HARAPAN TERBUKA BAHAGIAN I - Berhentilah bergantung pada TUNM dan ANWAR..


 HARAPAN TERBUKA BAHAGIAN I

Tuan-tuan dan Puan-puan rakan-rakan dalam Pejuang.

Untuk PRU15 akan datang Tun M bukan lagi sandaran. Masa Tun sudah berlalu. Biarlah Tun berehat walau pun Tun berhajat untuk terus berkhidmat hingga akhir hayat. Ada masa kita perlu tahu kesiankan pada orang lain yang kita jadikan tempat bergantung harap. 

Tun sudah buat semampu beliau untuk negara sebelum dan selepas PRU14. Cukup-cukuplah bergantung dan bergayut pada kekuatan Tun yang sudah hampir sampai ke penghujung. Bukan membuang Tun tetapi menghargai Tun dengan berikan keyakinan kepada Tun bahawa anda semua sudah bersedia berbekalkan segala didikan Tun.

Seperti kita dalam keluarga. Dari kecil bergantung pada Ayah. Apabila ayah sudah uzur, jangan kita berterusan bergayut pada ayah, gunakan kudrat kita dengan segala panduan dan nasihat ayah. Ayah akan lebih bahagia melihat anak-anak sudah bersedia daripada terus bergantung pada Ayah.

Thursday, March 10, 2022

Hinanya Bangsa Johor pada PAS/PN


 [ PRN JDT 2022 ]

Hinanya Bangsa Johor pada PAS/PN

Mahyuddin, Ketua baru gabungan Pas & Gerakan pernah sebut sebelum ni.

Sebab sebenar rakyat wajib bangkit dan tolak Pas adalah kerana bagi diaPas adalah singkatan "Parti Ajaran Sesat" iaitu party yg membawa pemahaman Islam mengikut nafus politik sempit & kebencian sendiri semata. Bukan bersandarkan ajaran Islam sebebar yg dibawa oleh Rasulullah SAW.



Maka 10 tahun dia jadi MB Johor, dia berusaha ajak rakyat Johor bangkit tolak kesesatan itu. Masa dia dah tinggalkan Umno pun sama, seruan Mahyuddin kekal, wajib tolak party ajaran sesat Pas itu.

Sunday, March 6, 2022

"Kami dapat jugak 50 ringgit. Hat lawan dia tu, baik, tapi tak bagi apa pun"


 Seorang politikus Melayu, anak isterinya ada duit berbelas-belas juta dalam akaun. Belum lagi masuk duit dalam akaun politikus itu sendiri. Belum termasuk rumah, kereta, saham, hartanah dalam dan luar negeri.

Musim mengundi dia masuk 50 ringgit dalam sampul, tabur untuk orang kampung. Sekali-sekali buat kenduri di masjid. Politikus itu pun dipuji berjiwa rakyat. Dia pun menang pilihanraya.

Orang kampung yang hidup daif, dapat 50 ringgit tunai depan mata, itulah yang dijaja ke sana-sini. Habis semua anak cucu diberitahu, "Tadi tok wan dapat 50 ringgit, calon tu bagi. Baguih dia tu..."

Thursday, March 3, 2022

Najib ini penjenayah. Sudahlah mencuri, menipu pula.!


 SUDAH MENCURI, MENIPU PULA

Najib Razak telah diputuskan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi kes seleweng RM42 juta wang SRC International dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM120 juta. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diakui dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya. Setakat ini, Najib Razak sah seorang penjenayah walau pun masih boleh berlegar merayau ke sana ke sini hingga berbahas di Dewan Rakyat tanpa malu.

Sudah la Najib diputuskan bersalah mencuri duit SRC International, sanggup pula dia menipu di Dewan Rakyat berkaitan 1MDB yang dia jadikan lubuk curi duit.

Kata Najib, Kerajaan tidak bayar sesen pun hutang 1MDB menggunakan duit rakyat. Najib rasa dan anggap semua rakyat Malaysia bodoh lagi bengap macam melayu Umno dan lebai Pas yang sokong dia. Silap Najib. Tak semua orang bodoh dan boleh ditipu Najib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...