Friday, January 1, 2021

APABILA MAHATHIR BERCAKAP SALAH FAKTA..!

 KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI


Mahathir salah apabila beliau mengatakan yang DAP tidak akan memenangi lebih daripada 18 kerusi Parlimen tanpa bantuannya, sedangkan DAP memenangi 24 kerusi pada tahun 1986, 20 kerusi pada tahun 1990, 28 kerusi pada tahun 2008, dan 38 kerusi pada tahun 2013 sebelum memenangi 42 kerusi pada tahun 2018.


Dalam wawancaranya bersama dengan China Press, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan: “Saya telah membantu pakatan pembangkan untuk menang (dalam PRU14) kerana saya membawa sokongan orang Melayu. DAP yang tidak pernah mampu memenangi lebih daripada 18 kerusi, memenangi 42 kerusi kerana sokongan orang Melayu yang di bawa oleh saya”.


Kenyataan Mahathir yang mengatakan DAP tidak akan memenangi lebih daripada 18 kerusi Parlimen tanpa bantuannya ini salah, DAP pernah memenangi 24 kerusi pada tahun 1986, 20 kerusi pada tahun 1990, 28 kerusi pada tahun 2008, dan 38 kerusi pada tahun 2013 sebelum memenangi 42 kerusi pada tahun 2018.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...