Bayangkan jika pendakwaraya zaman PH tarik balik pendakwaan Komital kepada Tommy Thomas, pasti riuh pejuang bani melayu Islam dan depa menuduh Pendakwaraya dibawah tekanan dan ikut telunjuk DAP....sampaikan anak buah Zakir Naik turut tumpang sekaki mengaitkan peristiwa LTTE yang takda kena mengena...
Penarikan balik bukan soal duit pampasan RM 1.5 Juta yang dah diterima Keluarga Adib.. Mungkin ramai tak faham.. Kenapa Tommy Thomas cuba didakwa kononnya menghina Mahkamah dari kenyataannya... Sebab apa yang dinyatakan Tommy Thomas adalah Fakta dan laporan rasmi kes Adib.. Memang Faktanya Adib tu mati sebab Kemalangan..
Kenyataan Tommy Thomas kononnya pada ketika itu cuba menganggu kes, Kalau sapa tengok Laporan dan kenyataan saksi, Tak kira Doktor Pakar Subang Medical, Pakar Forensik Kerajaan hatta Laporan dari Penyiasatan Polis, Semua jejak dan dapatan perubatan dan siasatan Polis tidak ada satu pun bukti Adib mati sebab Dibunuh.. takda..