Monday, March 5, 2018
DOJ di Jakarta untuk tuntut kapal Jho Low
Pasukan pendakwa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) kini di Jakarta, Indonesia bagi menuntut kapal layar mewah - The Equanimity - milik ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Rebublik Indonesia Daniel Silitonga berkata pasukan itu sudah berada di Jakarta sejak seminggu yang lalu.
"Ya (pasukan pendakwa sudah berada di Jakarta) sejak seminggu yang lalu.
"Dua persoalan yang sudah dilaporkan oleh AS secara rasmi mengenai siasatan kes berkenaan rasuah dan pengubahan wang haram.
"DOJ AS yang melakukan tuntutan itu kini berada di Indonesia untuk mengadakan penyelarasan undang-undang antara Indonesia dan Amerika," katanya kepada Malaysiakini.
Kapal layar Equanimity sebelum ini ditahan penguatkuasa Indonesia atas permintaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS).
PRU14: Pas Baling percaya pengundi saluran 3 akan buat kejut
Setiausaha Pas Kawasan Baling, Abd Nasir Idris berkata, tindakan itu secara jelas dapat dilihat di daerah ini melalui kempen dilakukan pihak tertentu.
“Ini petanda tidak sihat, siapa yang bagi dedak banyak dia lah akan dipilih. Tidak mustahil suatu hari nanti jika China Komunis atau Israel bagi sumbangan yang banyak, juga akan dipilih rakyat sebagai pemimpin,” katanya.
Menurutnya, sikap pengundi yang mudah terhutang budi memungkinkan seseorang itu terus dipilih sekali pun parti diwakili tidak mempunyai haluan jelas dalam memelihara agama, rakyat, dan negara.
“Mereka tidak melihat jauh akan nasib generasi akan datang, tetapi hanya memikirkan apa yang mereka dapat.
“Sesuatu yang sudah menjadi tradisi, berakar umbi seperti ini, ia memakan masa untuk diubah,” ujarnya.
PRU14 : Polis Kedah kenal pasti lima kawasan panas
ALOR SETAR – Polis Kedah mengenal pasti lima kawasan panas atau “hotspot” untuk diberi tumpuan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Sahabudin Abd Manan, bagaimanapun tidak mendedahkan kawasan tersebut kerana ia dijangka berubah-ubah mengikut situasi.
Beliau berkata Wisma Darulaman di sini, menjadi antara kawasan “hotspot” yang perlu diberi perhatian khusus kerana merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri dan menjadi tumpuan orang ramai pada PRU14.
“Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) kita beri lebih tumpuan terhadap Kota Setar sebab ia ibu negeri, simulasi hari ini juga turut dihadiri ketua polis daerah-daerah untuk melihat situasi sebenar dan persiapan yang dibuat untuk dipraktikkan di daerah masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Latihan Amal Ex-PRU-14 Siri 2 di Jalan Suka Menanti di sini, hari ini.
PRU14 :Tok Mun sedia lawan Hadi
KUALA TERENGGANU - Walaupun hilang wang pertaruhan selepas dua kali kalah teruk, Maimun Yusuf, 99, atau lebih dikenali sebagai Tok Mun sedia bertanding lagi dalam pilihan raya kali ini.
Malah misinya kali ini ibarat cerita wayang ‘mission impossible’ apabila berhasrat untuk bertanding di Parlimen Marang ditambah dengan masalah kewangan yang masih belum mencukupi.
“Lawan Presiden…Presiden Haji Hadi…tok ambil (undi) hok tok je…Dia (Presiden) tahulah hok (hak) tok,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kampung kelahirannya di Atas Tol, Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Katanya, pemerintahan sekarang sudah jauh lari daripada landasan kerana orang Melayu sekarang hanya berada di hadapan sahaja sedangkan belakang mereka adalah bangsa lain dan bukan Islam.
Bagaimanapun katanya, beliau akan bertanding sekiranya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkannya menggunakan simbol istana serta ada yang bersedia menyediakan bantuan kewangan.
“Kalau tanding, guna simbol lain dok (tidak) jadilah. Sebab yang lain dok (tidak) betul. Kita buat nak jadi betul, sebab atas dunia dah tak betul nanti akhirat pun tak betul.
Rafidah Aziz - Apa telah berlaku terhadap penguatkuasa kita?
KUALA LUMPUR - Kegagalan pihak berkuasa Malaysia mengesan kapal mewah Equanimity milik ahli perniagaan, Jho Low amat memalukan kerana kapal itu sebenarnya boleh dikesan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai Sistem Pengesanan Automatik (AIS).
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mendedahkan, pada tahun lalu, ketika berada di Phuket, Thailand, beliau sendiri dapat mengesan lokasi tepat Equanimity menggunakan AIS dan berjaya mendekati kapal tersebut.
Menurutnya, beliau juga berjaya mengambil gambar dan video Equanimity pada jarak dekat termasuk bot kecil di belakang kapal mewah tersebut.
"Kami diberitahu beberapa orang di Marina bahawa Equanimity berlabuh di persisir pantai, dan pemilik kapal hanya turun ke darat pada waktu malam. Malam itu, kami diberitahu pemiliknya sambut Hari Kekasih bersama tetamu.
"Bagaimana kami, yang datang ke Phuket hanya untuk selam, berjaya mengesan kapal itu!," katanya di Facebook miliknya, semalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)