1. Perdana Menteri kita sudah ditawan. Ditawan oleh rakan kerjasama politik.
2. Tidak berupaya membuat keputusan bagi memastikan politik kita stabil, ekonomi pulih dan covid 19 diperangi.
3. Ini kerana niat beliau hanya untuk berkuasa, khianati perjanjian bertulis, membeli wakil rakyat dan lakukan sogokan politik melalui GLC.
4. Setelah berjaya berkuasa selama hampir 10 bulan, negara kekal dengan krisis politik, ekonomi dan covid 19, malah lebih buruk.
5. Krisis politik menatijahkan pertukaran kerajaan di negeri Perak, undi percaya menjadi tak percaya, termasuk usul undi tidak percaya dikalangan wakil rakyat kerajaan di parlimen. Rakan kerjasama politik menikam dari belakang. PM gagal menyatukan Melayu Islam. Penyatuan menjadi retorik.
6. Krisis Ekonomi tidak perlu diceritakan, semua orang merasainya, haiwan dalam zoo pun terasa.