Tuesday, August 31, 2021

APABILA MERDEKA TV AKAN TAYANG CERITA KOMUNIS, SIAPA YANG JAJAH NEGARA SEBENARNYA NIE?


 Makin ramai yang persoalkan tv kerap tayangkan filem lawan komunis bila tiba bulan kemerdekaan sedangkan Malaysia tak pernah dijajah komunis.

Aku pernah tulis dulu. Orang Melayu tak pernah lawan penjajah. Even Jepun pun penentangan tak begitu kuat. Yang jadi tali barut pun ada.

Penentangan orang Melayu terhadap komunis pun atas doktrin British yang Komunis akan hapuskan agama selain faktor ramai ahli komunis tu Cina. Takut Tanah Melayu kena rampas dek orang Cina.

Sunday, August 29, 2021

TIBA-TIBA ZIARAH KUBUR TIDAK LAGI MENJADI KESALAHAN LANGGAR SOP SELEPAS PM BERDOA DI PUSARA IBU BAPANYA

Tindakan seorang lelaki menziarahi kubur pada pagi Hari Raya Aidiladha 20 Julai 2021, mengundang padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana dikesan melanggar SOP. Polis mendapati lelaki berkenaan menziarahi tanah perkuburan itu bersama dua kanak-kanak iaitu anak saudaranya masing-masing seorang perempuan berusia tiga tahun dan seorang lelaki berusia lima tahun.


2. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook memberitahu lelaki berusia 21 tahun itu ditahan oleh Pasukan Khas Pematuhan SOP Fasa Satu Perintah Kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada pukul 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13. Kes ini menjadi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa ziarah kubur adalah perbuatan melanggar SOP dan tiada informasi lain berkenaan SOP ini pada masa itu.
 

3. Tiba-tiba, semalam, Sabtu 28 Ogos 2021, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad menegaskan, dakwaan  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melanggar SOP semasa melakukan ziarah kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang semalam sebagai tidak tepat dan Ismail Sabri masih patuh terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan kerajaan.
 

Tuesday, August 24, 2021

ISMAIL SABRI.. HARI PERTAMA DAH GAGAL..


 ISMAIL SABRI.. HARI PERTAMA DAH GAGAL..

Jadi boleh lah kita faham kan dari peristiwa hari ini kenapa kita gagal mengawal wabak dibawah Ismail Sabri yang memimpin MKN dan kemeterian Pertahanan.. Jawapanya Allah zahirkan dihadapan kita hari ini rakusnya mereka.. 

Hari pertama nak tunjuk cakna kepada nasib mereka yang diuji dengan banjir besar, Dalam waktu yang sama dia tunjukkan bagaimana Jet Kerajaan digunakan sewenang wenangnya membawa pemimpin parti.. Habis dia usung semua pemimpin UMNO guna Jet Kerajaan.. 

Monday, August 23, 2021

Apakah PH sudah gagal bilamana gagal ambil alih kuasa dari PN!

 


Empat Ketua Pemuda Amanah KL kata PH tidak dapat menambah 5 sokongan lagi untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan dilihat sebagai satu kegagalan.



Itu pandangan mereka. Tapi pada pandangan aku, ianya bukan satu kegagalan tetapi sebaliknya satu kejayaan untuk PH menunjukkan yang PH bukan dari jenis yang rela gadai prinsip.

Pemimpin utama parti dalam PH sila jaga anak buah masing masing


 Aku bukan jenis suka serang parti komponen PH. Tapi hari ini aku sangat terbakar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda Amanah Bukit Bintang. Lebih terbakar bila pemimpin Amanah tak ada seorang pun yang berani menegur.

Ya, kenyataan baru keluar. Tapi sebelum ini pun banyak kenyataan dah terhambur. Pernah pemimpin Amanah betulkan? Mana ada! Sebab itu hari ini aku langgar larangan yang aku buat kepada diri sendiri sebab aku sudah terlalu marah.

Sebenarnya langkah PH ke dalam PRU15 tidaklah sesusah mana. Perlu diingat 13 daripada kerusi PPBM dimenangi atas tiket PH dengan lambang Keadilan. Itu tidak termasuk lebih kurang 10 kerusi yang dibawa lari oleh geng semburit.

Wednesday, August 18, 2021

BEZA ANTARA LOCKDOWN MALAYSIA INDIA DAN INDONESIA..!

India dilanda varian Delta. 


India buat lockdown. Kes dan kematian turun. India buka semula. 


Menteri-menteri India mengaku kesilapan dan letak jawatan.


Negara jiran Indonesia dilanda varian Delta. 


Indonesia buat lockdown. Kes dan kematian turun. Indonesia mula buka semula.


Presiden dan menteri-menteri Indonesia mengaku kesilapan dan minta maaf.


Kes dan kematian Covid Malaysia pula semakin naik dan tetap tinggi semakin lama kita laksanakan lockdown.


Sehingga kes aktif Covid Malaysia cecah suku juta pesakit semalam.

APAKAH PAS AKAN BERSEKONGKOL DENGAN KERAJAAN KLEPTOKRASI?

Nampaknya MKT UMNO dah sebulat suara menyatakan memilih DS ISMAIL SABRI sebagai calon tunggal dari BN/UMNO...


 Pas dari awal telah menyatakan menolak kerajaan yg bersama kleptokrasi..

Namun semua ini kita lihat ia boleh berubah jika Pas ambil pendekatan bersama.pemimpin nya 

Monday, August 16, 2021

BENARKAH MUHYIDDIN TAK MAHU BERSEKONGKOL DENGAN KLEPTOKRASI?


 Bukan nazak, dah mampus pun, masih tetap nak tipu rakyat. Nak terbalikkan fakta.

Dia kata dia jatuh kerana prinsip tak mahu bekerja sama dengan kleptokrat. Pigi dah. Dia jatuh kerana kleptokrat yang reject dia. Bukan dia reject dorang.

Itu kebenarannya. Selama 18 bulan, Mahiaddin bernafas sebagai PM atas dukungan kleptokratlah. Jangan buat-buat lupa.

Tanpa SD dari Zahid dan Najib, Mahiaddin takkan dapat jadi PM punya. Tapi memang jenis hati buta, jenis lepaskan anjing tersepit. Tak sedar diri.

Hinanya Mahiaddin bukan setakat dipecat dari jawatannya. Tapi kerana kleptokrat sendiri pun dah tak sanggup nak melayan kebobrokan dia.

Bila perompak pun jijik nak ikut perompak lagi satu, bayangkanlah betapa hinanya perompak itu. Begitulah keadaannya Mahiaddin ini.

MUHYIDDIN MENGAKU UMNO PUNCA KERAJAAN PN & PM JATUH PADA HARI INI..!

LAA UMNO RUPA2NYA.. INGATKAN ANWAR DAN DAP YANG MENYEBABKAN MUHYIDDIN DAN KERAJAAN PN TUMBANG HARI INI...

NASIB LAH DAN RASAKANLAH BILAMANA DIRI DIKHIANATI...OLEH RAKAN SEGABUNGAN...

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan tidak dapat menyambut rayuan rakyat Malaysia yang mahukan beliau meneruskan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Muhyiddin yang kini dilantik sebagai Perdana Menteri caretaker berkata, susulan itu beliau telah mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh ahli Jemaah Menteri sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.

COVID-19 & BID : KEMATIAN DIHUJUNG TEROWONG..


 COVID-19 & BID : KEMATIAN DIHUJUNG TEROWONG..

1- Kalau dilihat kenyataan PM menjelang perletakan jawatan.. DG Dr Nor Hisham semalam, Dari kenyataan Hospital Sungai Buluh..Hari ini pula pengarah HKL bahawa seolah olah satu kejayaan bilamana kurangnya kes dirujuk ke Hospital kononnya atas kejayaan Vaksinasi... 

2- Siapa yang ingin kamu tipu ? Begitulah pada bulan lepas masa lawatan PM,kenyataan Pengarah Hospital Tengku Rahimah Klang(HTAR), Semuanya baik dan terkawal.. Tetapi Van Jenazah tak henti henti keluar membawa Jenazah.. Malah laporan Kematian, data Hospital mana kematian berlaku digelapkan..

3- Jadi tolong lah bercakap benar.. Ini bukan isu Politik..Ini isu Kesihatan.. Tak cukup dengan DG, Keluar pulak penulis Upahan JKOM tunjukkan ini satu bentuk kejayaan.. sampai ada doktor seolah menulis Novel tanpa dapatan Data dan Sains..Ini bukan soal Vaksinasi..tetapi sistem kesihatan kita yang lumpuh.. Hari ini pula PM Gagal ini buka Ekonomi semata mata untuk tunjukkan satu lagi kejayaan Vaksinasi..

MEREKA YANG SIBUK PASAL POLITIK, ANWAR TERUS BERCAKAP SOAL RAKYAT



Tahukah anda berapa banyak 'persinggahan' kumpulan puak2 yang mahu mengekalkan kuasa itu setakat ini?  


Setakat yang saya ingat, mereka pernah berkumpul samada siang atau malam di beberapa tempat hanya untuk berbincang bagaimana untuk terus kekal berkuasa dalam keadaan tiada majoriti.  Tempat2nya adalah di;


1.  Publika

2.  Wisma perwira (premis tentera)

3.  Bkt Damansara (rumah muhyidin)

4.  Bangunan Perdana Putra

5.  Hotel Sri Pacifik

6.  Hotel Royal Chulan

Sunday, August 15, 2021

TPM GAGAL ganti PM GAGAL?


 TPM GAGAL ganti PM GAGAL?
Kebangsatan apa ini?

1.GERAK dan umum mengetahui dalam tempoh 24jam lalu dan mendatang pelbagai usaha dibuat setelah semakin pasti PM Mahiadin akan berundur. 

2.GERAK juga maklum ada usaha kekalkan kerajaan PN tanpa Mahiadin.Ertikata lain, PM sahaja berganti baru tetapi kabinet rata2 kekal.Dan paling mengejutkan TPM hari ini menjadi PM baru!

3.Sekiranya berlaku,ianya satu lagi episod penipuan,pembelotan dan kerakusan yang semata2 selamatkan kepentingan elit2 politik  dan menghumban kepentingan rakyat sekali lagi. 

Saturday, August 14, 2021

Pakai Perlembagaan mana sampai nak kena ada calon PM dulu baru PM letak jawatan?


 SEJAK BILA PULA JAWATAN PM DITENTUKAN OLEH CALON PM TERLEBIH DAHULU..

Itu bukan kerja PM sebenarnya... itu kerja TUANKU.. yg PM sebok tak mahu letak jawatan sbb pembangkang tak ada calon PM tu apahal..

Ini dah kritikal dilihatnya.. kemarok nak kekalkan kuasa apa yg dikatakan dah semakin merapu sampai melanggaq peraturan perlembagaan yg ada...

Adakah ini sejenis rasuah yg dihalalkan PAS??


 Adakah ini sejenis rasuah yg dihalalkan pas??

▪️ Perdana Menteri hari ini bentang cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya usul undi percaya di Parlimen bulan depan diluluskan.

▪️ Bantuan tunai sebanyak RM 10 bilion akan disalurkan kepada 11 juta penerima dalam separuh kedua tahun 2021.

▪️ Sekiranya Kerajaan berjaya mendapatkan sokongan bi-partisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga, suatu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

-- PM Muhyiddin

Friday, August 13, 2021

Apabila kuasa dan jawatan sudah di hujung tanduk, baru nak cari pembangkang duduk semeja


 Apabila kuasa dan jawatan sudah di hujung tanduk, baru nak cari pembangkang duduk semeja.

Pengumuman khas Perdana Menteri penuh dengan hipokrasi dan helah. 

Semua dibuat hanya untuk tinggal sehari lebih lama dari hak yang sudah terlucut dengan kehilangan sokongan majoriti Dewan Rakyat.

Waktu nak hilang kuasa, barulah terfikir nak beri peruntukan tahunan yang sama kepada Ahli Parlimen Pembangkang. Hampir 2 tahun Pembangkang tidak terima peruntukan sama dari Kerajaan PN. Lupakah Perdana Menteri apabila Pembangkang merayu untuk peruntukan Parlimen diberikan secara adil dan saksama?

Sampai sanggup tawar macam-macam hanya untuk kekalkan kuasa yang sudah terlucut hilang.

Kerajaan PN yang dibentuk dari orang yang lompat parti tiba-tiba nak bentang Undang-Undang Lompat Parti. Pelik bin ajaib.

Lupakah Perdana Menteri dulu yang mengajak saya untuk tinggalkan Pakatan Harapan. Itu bukan ajakan untuk lompat keluar dari PH? Baru sahaja tahun lepas dalam ingatan saya.

JIKA IKUT CARA PN NIE.. NAMPAKNYA MUNGKIN SAMPAI ABG JAMIL MAMPOS PON TAK ADA HASILNYA..!

 


Ikut cara kerajaan Mahiaddin handle pandemik covid19, sampai thn 2050 pun kes tak akan habis.


Waktu kes 2000 sehari, dia buat PKP. Tutup semua jalan, kedai, masjid, sekolah, market dan pasar malam. Kedai makan pun boleh beli tapau shj. Tapi kilang buka.


Kes naik jadi 5,000 sehari. Buka balik. Tukar PKP jadi PKPB... Mcm2 syarat SOP... Sekolah buka balik. Makan boleh dine in dlm kedai, tak payah tapau lagi. Rentas negeri pun boleh dgn sedikit syarat...Kilang buka mcm biasa.


Kes naik lagi jadi 10,000 sehari. Tutup balik. Tukar PKPB, PKPP kpd PKPD. Sekolah tutup balik. Masjid, pasar, perniagaan bukan essential tutup. Kedai makan, tapau balik. Kedai runcit, perniagaan, pkl 7.00 dh kena tutup kedai. Road block tambah. Kilang mcm biasa... Dpt kelulusan MITI, buka mcm biasa.


SEBENARNYA KEDAH SUDAH BERJAYA MENGALAHKAN SELANGOR DARI PENINGKATAN KES COVID19..


 Kalu ikut data hari ni kedah sudah berjaya mengalahkan selangor dr segi penularan kes/penduduk.. 

walaupun kes di Kedah hanya 2k tapi di Selangor mencecah 6k namun jika di kira peratus nya ia akan menjadikan Kedah sudah melepasi Selangor...

mai nak tolong kira kat hgpa...

Selangor campur warga asing 7.7 juta.. kes 6278 @ 0.081%.

Kedah penduduk baru 2.2juta kes 2143..@ 0.097%.....

Cakap pandai lagi..

BENDA PELIK SEMASA PH NAK JATUH KUASA DENGAN LANGKAH SHERATON DULU....

 


Masa PH jatuh dulu.... PADU ...


Malam Sheraton Move. Anwar rileks je berhanana kat rumah sambil tazkirah pasal ukhrawi. Sikit pun tak bakar apa2 sentimen. Soh demo ka, soh ngamok ka. 


Pemuda Amanah pulak ada makan2 kat Hotel Tenera sambil dengar Tok Put labong. Ambe kenyang makan kt 2-2 port. Kehkeh


Hari jatuh, setakat berkumpul 2-3 orang kat umah Tun, pastu balik. Sambung meeting ala kadar. Malam tu meeting lepas Tun umum letak jawatan. 

Thursday, August 12, 2021

SOALAN KEPADA MB KEDAH BERKENAAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU DI PEMBINAAN AIRPORT KULIM?


11/8/2021

Soalan berangkai Ke 3 buat YAB MB Kedah


Sesi Bertanya kepada MB Kedah tentang Projek Mega, Pembinaan Lapanganterbang Antarabangsa Kulim


Mohon MB Kedah jelaskan


1. Selepas tanah-tanah milik rakyat Kedah di daerah-daerah Kuala Muda, Baling & Kulim yang akan diambil oleh kerajaan negeri dgn menggunakan AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960, diserahkan kepada syarikat SPV (iaitu KXP Airportcity Holdings), yg 80% milikannya nanti bakal dikuasai oleh sebuah syarikat Sdn Bhd bukan Melayu, iaitu ECK Group (tak tau depa nak pakai anak syarikat yg mana satu... 😁), dan hanya 20% dimiliki oleh kerajaan negeri melalui PKNK...


 SEKIRANYA projek pembinaan Lapanganterbang Antarabangsa Kulim ini gagal dijalankan, dan/atau bermula, dan/atau dilaksanakan atas apa2 alasan sekalipun, adakah tanah2 bekas milik rakyat Kedah, khususnya orang Melayu di ketiga2 daerah itu, akan dikembalikan kepada pemilik asalnya, atau akan kekal selama2nya (termasuk tanah2 rizab Melayu) menjadi milik syarikat KXP tersebut, yg majoritinya dikuasai oleh bukan Melayu, dan

Saturday, August 7, 2021

KERAJAAN PERLU SEDIAKAN RAWATAN TERBAIK.. BUKAN TEMPAT LETAK MAYAT DAN KUBUR TERBAIK..


 KERAJAAN PERLU SEDIAKAN RAWATAN TERBAIK.. BUKAN TEMPAT LETAK MAYAT DAN KUBUR TERBAIK..

1- Pelik cara Pemimpin Islam bicara soal kematian akibat Wabak.. Minggu lepas baca laporan, Menteri Agama Dr Zulkifli Al Bakri kata, Ada Keperluan untuk membuka tanah perkuburan Islam yang dikhususkan bagi pengebumian jenazah pesakit COVID-19.. 

2- Hari ini pula MB Kedah sambil berjenaka dengan Kematian , Kata MB.. semua tempat kontenan mayat mencukupi..Sapa nak masuk, Boleh bagi nama, Nampak tak bagaimana mereka ini sudah lah takda keupayaan berfikir menghadapi wabak..Boleh pula berjenaka tentang kematian.. 

3- Kalau aku jadi pemimpin..Hatta Menteri Agama, Aku akan berfikir bagaimana nak pastikan setiap pesakit dapat rawatan Terbaik.. Aku akan Manfaatkan semua Hotel dan Aset Tabung Haji sebagai tempat rawatan, Semua Pusat Zakat wajib infaqkan 10% dari kutipan untuk perbelanjaan alat rawatan bila menyentuh soal nyawa.. 

Friday, August 6, 2021

KOMPOM MB KEDAH SANUSI BELI KENDERAAN BARU..


 GEMPAQ & PANAS..!! Dah hangpa dok kata dia beli kereta baru jadi dengan rasminya beliau dah buat PENGUMUMAN bahawa beliau dah membeli siap 2 biji KENDERAAN baru...

Amacam semua lekas sapa nak viral silakan.. MB siap bagi kebenaran lagi...



SENARAI NAMA MP BN/UMNO YANG SOKONG DAN MENOLAK KERAJAAN PN..


 APA PENDAPAT ANDA???

TERKINI | Ahli Parlimen UMNO, BN Tetap Bersama Kerajaan

SENARAI AHLI PARLIMEN BN ATAS PENTAS MENYOKONG MUHYIDDIN TADI:

1. Ismail Sabri
2. Mahadzir Khalid
3. Shahidan Kasim
4. Nazri Aziz
5. Ismail Kuala Krau
6. Ismail Maran
7. Halimah Sadiq
8. Mastura Yazid
9. Tajudin Rahman
10. Idris Jusoh
11. Annuar Musa
12. Jalaludin Alias
13. Hasan Arifin
14. Abdul Rahman Muhamad
15. Sahar
16. Ahmad Hamzah
17. Salim Sharif
18. Zahidi
19. Wee Ka Siong
20. Wee Jeck Seng
21. Saravanan

SIDANG MEDIA ISMAIL SABRI TADI MEMBUKTIKAN LAGI MEMANG PM TIADA MAJORITI


 SIDANG MEDIA ISMAIL SABRI TADI MEMBUKTIKAN LAGI MEMANG PM TIADA MAJORITI 

Baru sebentar tadi sidang media Ismail Sabri bersama beberapa MP dari Umno, MCA dan MIC . Beliau sahkan ada 31 yg sokong PM dan kjaan PN. Yg hadir tadi ada 21 orang tetapi dikatakan 10 lagi tak dpt hadir tetapi menyokong PM dan kjaan PN.

Maka, terbukti dan jelas lagi mmg PM tiada majoriti. Ismail Sabri kata kena patuh titah Agong kononnya mahu undi percaya kpd PM itu pada bulan Sept dlm Parlimen, dan Agong tidak akan layan sebarang SD sebelum September.  

Wednesday, August 4, 2021

INDONESIA LAKUKAN SEMI LOCKDOWN DAN BERJAYA, MALAYSIA SIAP DARURAT TAPI GAGAL..!!

SEMI LOCKDOWN DI INDONESIA YANG BERJAYA TURUNKAN KES COVID-19..

1- Sebenarnya sejak awal,aku ikuti wawancara dan perbahasan di Indonesia, Biarpun ramai dari Pakar kesihatan menasihat laksanakan full Lockdown dari lonjakan kes Varian Delta, Pak Jokowi antara yang berdegil.. Dia kekal dengan pandangan, Ekonomi, dan hak rakyat bawahan harus dipertahankan..

2- Akhirnya Indonesia buat Semi Lockdown..Tidak juga menutup seluruh Ekonominya hatta menutup terus pintu Masjid seperti Malaysia.. Namun itu lah kebijaksanaan seorang Pemerintah, Tidak termakan dengan nasihat Pakar kesihatan hatta kelompok Menengah di kota Jakarta.. Aku sendiri sejak awal tidak termakan dengan desakan Full Lockdown..

3- Masyarakat di Indonesia lebih degil dari rakyat Malaysia.. Tetapi mereka bersatu.. Rakyat Indonesia hampir 10 kali ganda Malaysia iaitu melebihi 270 juta.. Penduduk Jakarta jauh lebih padat.. Jakarta saja ada lebih 10 Juta penduduk, 1/3 dari rakyat Negara kita..

4- Benar ! Minggu pertama mereka laksanakan semi Lockdown, Kes Melonjak, dari 17 Ribu kes Sehari melonjak kepada 50 Ribu kes sehari..dan di Kota Jakarta gambaran bandar KL kita hari ini kes menurun sebanyak 83%, Dan keseluruhan kepulauan jawa turun melebihi 50%.. di Malaysia ? 3 Bulan Lockdown PKP..Makin teruk..

APAKAH SUDAH TIBA MASANYA TENTERA AMBIL ALIH NEGARA SEMASA PANDEMIK INI..??

 



KENAPA PKP1 RAKYAT TERIMA DENGAN LAPANG DADA TAPI TIDAK PKP2 & PKP3..!!!




Monday, August 2, 2021

INDONESIA BERJAYA TURUNKAN KES DARI 113K KE 19K DALAM 2 MINGGU, TAPI MALAYSIA..??!!??


 Hgpq tengok indonesia DEPA buat demi rakyat.. yg mana sblm nie kecoh walaun dok bawa cerita kata INDONESIA pon kes naik mendadak jugak sbb varion baru nie.. jadi janganlah kita asyik salahkan kerajaan jika MALAYSIA kes naik sampai 17k...

Toya hgpa pencacai kerajaan PN GAGAL.. hgpa tengok kes depa bawa turun macamana... dari 110k dalam masa 2 minggu depa boleh turunkan ke 20k sahaja... itu baru betoi nak buat kerja demi rakyat... 

Tapi mai tang hgpa macam2 alasan hgpa bagi dan walaun pulak bukan main jilat dengan alasan tu dah dok mai berhujah bagi kami percaya..pundek hgpa aihhh... biaq hgpa sudah laa jadi bodoh jangan dok mai nak perbodohkan kami...

HORMATI PERLEMBAGAAN: MOHON MAAF DAN AKUI KESILAPAN - Agus Yusuf


 HORMATI PERLEMBAGAAN: MOHON MAAF DAN AKUI KESILAPAN - Agus Yusuf

1. Tulisan ini ringkas, sekadar membahaskan kenyataan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram yang menyatakan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak penting bagi keputusan kabinet untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat.  

2. Beliau mengeluarkan pandangan ini sebagai reaksinya terhadap kenyataan Agong yang belum memberi perkenan terhadap langkah kerajaan PN untuk membatalkan ordinan darurat.

3. Apa hujah Sri Ram untuk menyatakan tandatangan Agong tidak perlu? 

4. Beliau bersandarkan hujahnya dengan merujuk kes antara kerajaan persekutuan vs. Kelantan semasa kerajaan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...