Sunday, September 19, 2021

PIHAK KERAJAAN SILAP, INGATKAN DENGAN SAIN MOU PH AKAN JADI BISU.. HAKIKATNYA TIDAK..!


 Cuma nak tunjuk kepada mereka yang bimbang sangat dengan MoU antara PH dan kerajaan. Lihat tajuk berita Harakahdaily ni korang patut rasa lega. MoU tidak menjadikan PH bisu. MoU tidak jadikan PH sebahagian daripada kerajaan.

Ada penulis yang berkata tindakan PH tanda tangan MoU telah meretakkan pembangkang. Tapi soalan aku, sejak bila pembangkang tak retak? Sejak bila Warisan solid bersama PH? Atas nama PH+ pun, masa PRN Sabah PH telah dibuli.

Pembangkang tak pernah bersatu kerana adanya individu dalam pembangkang yang berasa iri hati terhadap DS Anwar. Dan selagi individu itu ada, MoU atau tidak, pembangkang memang retak. Tak usah nak bangkitkan MoU la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...