Friday, February 28, 2020

Adakah Tun Cemar Wibawa YDP Agong?

Adakah Tun Cemar Wibawa YDP Agong?
(Dari FB wall Edy Noor Reduan)

1. Sebagai Perdana Menteri interim, Tun tidak layak sama sekali untuk menentukan bagaimana PM ke-8 dipilih dari kalangan mereka yang punya sokongan.

2. Perdana Menteri interim hanya bertindak sebagai pelaksana sahaja dengan kuasa yang terhad di bawah perkenan DYMM YDP Agong.

3. Adakah kerana gagalnya pelan Kerajaan Perpaduan (UG) yang dibentang oleh Tun di Istana pagi tadi, lantas Tun bergegas menyertai semula Bersatu dan cuba pula laksana 'pelan 2 Mac' di Parlimen?

4. Persidangan Majlis Raja² yang pada mulanya dimaklumkan bersidang esok selepas solat Jumaat, telah pun diawalkan ke sebelah pagi.

5. Adakah kerana Tun menghidu sesuatu bakal berlaku di istana pada sebelah petang, maka Tun terus sailang dengan meminta supaya keputusan PM ditentukan di Parlimen?

Tiga bulan yang lalu RAFIZI sudah berpesan pada PH..

Terjemahan Pesanan rafizi pada 19/12/2018

Selepas 61 tahun, berlaku perubahan kerajaan persekutuan secara demokratik di Malaysia. Apa pun hasil dari perubahan itu, kejayaan rakyat Malaysia mengusahakan satu perubahan tanpa kekecohan akan tersemat dalam sejarah.

Rakyat mengambil masa yang agak lama untuk kembali tenang hasil dari rasa teruja di awal pertukaran kerajaan. Dalam bulan-bulan pertama, setiap kali saya menyuarakan sesuatu yang dilihat tidak mengangkat PH, saya diserang hebat. Saya terima ia satu perkara yang dijangka kerana kerajaan tidak pernah berubah, tetapi lambat laun rakyat akan kembali tenang dan objektif.

Walau bagaimana pun, rasa teruja itu ada membawa kesannya kepada pentadbiran PH. Fokus pentadbiran PH tergelincir sedikit kerana masa bulan madu terlalu lama. Perubahan sikap rakyat terhadap PH, apabila mereka kembali tenang dan objektif, boleh membawa padah politik jika tidak diurus segera. Ada tanda-tanda bulan madu itu sudah hilang madunya, mungkin berganti pahit.

Populariti yang menjunam

Saya terus mengikuti sentimen rakyat di bawah melalui kaji selidik bulanan dan profailing pengundi yang banyak membantu kempen PH di dalam PRU14.

Thursday, February 27, 2020

Orang tuduh PH khianati TUN M, Tapi aku kata TUN M yang khianati PH - Zulhazmi

ADA ORANG KATA....

Ada orang kata PH yang dianggotai KeADILan, DAP & Amanah tak tunai janji pada Tun. Mulanya memujuk Tun dan menyokong Tun kekal Perdana Menteri tapi kemudiannya mengusulkan Anwar sebagai Perdana Menteri..

Ini aku nak kata..

PH membuat keputusan melalui mesyuarat Majlis Presiden. Ini bukan baru. Selama Tun menjadi Pengerusi PH lagi memang itu dasarnya.

Perjanjian PH sebelum PRU ialah Tun menjadi PM dan kemudian Tun akan serahkan jawatan kepada Anwar atas muafakat PH. Ini dipersetujui oleh semua anggota PH termasuk PPBM dan Tun.

Bila memenangi PRU, Tun diangkat menjadi PM. Bersama-sama kita dalam Jemaah Menteri mentadbir Malaysia untuk memenuhi janji kita pada Malaysia.

Kemudian nampak gaya lain jadinya bila ada hasutan, cucukan dan sebagainya hingga kelihatan janji yang dimeterai akan dimungkiri.

Buktinya jelas.

'Langkah Sheraton' bawa Malaysia ke jalan buntu: Apa seterusnya?

 
Selepas perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad menyampaikan perutusannya yang disiarkan secara langsung di televisyen pada petang ini, semakin jelas kesan "Langkah Sheraton" yang tidak hanya terbatas kepada tumbangnya kerajaan PH.

Gerakan itu, yang dikatakan sebagai usaha penjajaran kuasa politik, juga menerbalikkan struktur dua gabungan (kerajaan dan pembangkang), dan seterusnya memecahkan politik Malaysia kepada tiga blok.

"Langkah Sheraton" merujuk kepada perhimpunan 11 anggota parlimen yang meninggalkan PKR untuk bergabung dengan Bersatu, BN, PAS, GPS dan Warisan di Sheraton Hotel, Petaling Jaya pada malam Ahad lalu, dalam usaha mengambil alih Putrajaya daripada PH dengan menggunakan nama Perikatan Nasional.

Mahathir, yang tidak membuat kenyataan terbuka sejak 'Langkah Sheraton' hari ini akhirnya bersuara.

Dalam perutusannya, beliau menjelaskan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu kerana tidak bersetuju dengan tindakan partinya sendiri dan 11 ahli parlimen dari PKR yang meninggalkan PH sehingga membawa kepada tumbangnya PH.

Mahathir, juga menjelaskan bahawa beliau meletakkan jawatan kerana tidak mahu bekerjasama dengan Umno.

Wednesday, February 26, 2020

Adakah TUN M sudah LUPA..?



Adakah TUN M sudah lupa apa UMNO BN buat padanya?
Adakah TUN M sudah lupa apa NAJIB perlakukan padanya?
Adakah TUN M sudah lupa apa PIMPINAN UMNO maki hamun dia?
Adakah TUN M sudah lupa siapa yang beri peluang padanya?
Adakah TUN M sudah lupa dia kena RCI Forex zaman UMNO berkuasa?
Adakah TUN M sudah lupa gambar mukanya di potong semasa pilihanraya?
Adakah TUN M sudah lupa siapa yang beri peluang padanya jadi PM?
Adakah TUN M sudah lupa siapa yang undi dia menang pilihanraya?
Adakah TUN M sudah lupa kenapa rakyat pilih PH untuk berkuasa?
Adakah TUN M sudah lupa apa Hadi Awang kata padanya?
Adakah TUN M sudah lupa yang NAJIB ZAHID masih dibicara?
Adakah TUN M sudah lupa rakyat mana yang UNDI dia?

YA...anda memang sudah LUPA...!!!

Nukilan : Zul Naka @ 2020

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Tun Mahathir?

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Tun Mahathir?

Tun Mahathir dalam sidang media khasnya mencadangkan suatu kerajaan campuran dibentuk daripada kalangan individu yang akan dilantik oleh Tun sendiri untuk menganggotai Jemaah Menteri Malaysia.

Inidividu yang dipilih dan dilantik oleh Tun itu hanya akan bertanggungjawab kepada Tun bukannya kepada pengundi atau rakyat yang memilih sedangkan yang memilih individu itu ialah pengundi. Pengundi memilih supaya mereka bertanggungjawab kepada pengundi bukan kepada Tun semata-mata.

Apabila individu dipilih dan dilantik oleh Tun, maka apa saja yang Tun mahukan perlu dipatuhi, jika tidak, mereka juga akan diganti oleh orang lain yang boleh mentaati Tun.

Ini Kerajaan Tun Mahathir bukan Kerajaan Malaysia.

PERUTUSAN YAB TUN M KENAPA BELIAU MELETAK JAWATAN PM


PERUTUSAN YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuan- tuan dan puan-puan.

2. Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.

3. Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.

Siapa kata PAS tak terlibat dalam masalah politik yang berlaku sekarang..??


Pimpinan & penyokong kata kemelut politik ini adalah sepenuhnya masalah dalaman PH dan tiada kena mengena dengan PAS.

Masalah dalaman PH tu saya setujulah. Tapi mahu menafikan terus penglibatan kamu dalam komplot jahat ini adalah satu pembohongan.

Ada rakaman suara Presiden Umno semasa bermesyuarat menyebut dengan jelas penglibatan parti kamu seperti yang didedahkan oleh Lokman Adam.

Ada juga cubaan Usul Undi Percaya dari parti kamu yang kemudian ditarik balik.

Ada juga gambar presiden parti kamu bersama para pengkhianat di Hotel Sheraton.

Mahu terus nafikan? Ittaqillah !!!

JAMZURI ARDANI

Monday, February 24, 2020

Anwar: Dr M tak terlibat, namanya digunakan orang dalam dan luar parti




Dr Mahathir Mohamad tidak terlibat dalam menjatuhkan PH untuk mewujudkan kerajaan gabungan baru, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Tidak, saya tak fikir beliau (terlibat). Namanya digunakan oleh orang dalam dan luar parti dan beliau menyatakannya sekali lagi seperti sebelum ini, beliau tak ada peranan.

"Beliau sangat jelas (pendiriannya), tidak mungkin untuk beliau bekerjasama dengan sesiapa yang ada kaitan dengan rejim lalu," katanya.

Anwar mendedahkan perkara itu kepada media di sebalik spekulasi yang meluas bahawa Mahathir memainkan peranan dalam gerakan yang melibatkan bekas timbalan Anwar, Azmin Ali, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, BN, PAS, GPS dan Warisan.

Anwar, yang bertemu dengan Mahathir pagi ini, berkata beliau tahu hasrat Mahathir meletakkan jawatan lebih awal dan telah menasihatinya agar tidak berbuat demikian.

Sunday, February 23, 2020

FELDA di rogol beramai-ramai di zaman kerajaan BN

Najib lacurkan Felda


Cerita ini panjang dan kompleks kerana ia melibatkan rogol beramai-ramai dan berulang kali oleh kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional (BN) serta konco-konconya ke atas Felda.

Perbuatan hina dan khianat mereka meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas agensi pembasmian kemiskinan itu dan para penerokanya.

Malangnya masih banyak peneroka, khasnya dan orang ramai, amnya tidak faham atau tidak percaya rogol korporat yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak itu.

Mereka masih menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) walaupun kerajaan PH telah menyelamatkan Felda dengan memberi suntikan kewangan sebanyak RM6.3 bilion. Tanpa suntikan itu Felda sudah bankrup.
Iklan

Saya difahamkan yang kerajaan PH kini sedang berusaha untuk mendapatkan balik duit hasil daripada melacurkan Felda oleh Mohd Najib atau setidak-tidaknya pun mengurangkan beban Felda.

Bagi saya, bala yang menimpa Felda dan peneroka tidak langsung mengejutkan kerana sejak tahun 2012 lagi saya telah menulis berulang kali bagi memberi amaran mengenai apa yang saya lihat sebagai kegiatan memperalatkan Felda untuk tujuan yang tidak serasi dengan matlamat asalnya.

KEDUDUKAN KEWANGAN TABUNG HAJI PULIH SELEPAS PENSTRUKTURAN


1.Adalah penting untuk diperjelaskan perkara sebenar tentang penstrukturan aset Lembaga Tabung Haji (TH) memandangkan ada pihak yang menyebarkan fitnah kononnya aset TH seperti ladang dan hotel telah diseleweng. Ini adalah tidak benar sama sekali. Penstrukturan aset-aset TH dibuat secara telus dan transparensi tanpa ada unsur salah guna kuasa dan korupsi.

2.Menerusi penstrukturan aset ini, Kerajaan Pakatan Harapan telah menyuntik tambahan dana sebanyak RM10.3 bilion ke dalam TH untuk mengelakkan kegagalan institusi Islam ini dan melindungi simpanan orang Melayu Islam. Sebuah entiti khas yang diwujudkan oleh kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), telah mengambil alih aset-aset yang bernilai RM9.63 bilion daripada TH, tetapi dengan bayaran yang jauh lebih tinggi iaitu RM19.9 bilion. TH telah mencatatkan keuntungan RM1.3 bilion dalam tempoh 9 bulan pertama 2019. Ini akan memastikan kadar hibah pendeposit dapat dinaikkan pada masa akan datang.

3.Adalah penting untuk aset ini dibayar dengan harga lebih tinggi. Perbezaan nilai aset diambil alih dan nilai yang dibayar oleh UJSB (RM19.9 bilion - RM9.63 bilion) adalah RM10.3 bilion. Jumlah RM10.3 bilion ini adalah dana yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada TH untuk menutup kerugian TH sebanyak RM10.2 bilion. Kerugian ini ditanggung oleh TH ekoran kegagalan aktiviti pelaburannya di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). Malahan, penjualan aset TH juga pernah berlaku di zaman BN.

Friday, February 21, 2020

Mai nak habaq sebab apa hotel TH untung sejuta pon kena pindah milik juga?


Jadi kenapa nak kena jual hotel kalau buat untung? tanya penyokong penyangak kleptokrasi. Jawapannya, sebab untung itu dah lesap dgn silap mata ketuanan korup & kena sapu semasa Umno Baru & BN memerintah!

Sdra Najib memuat naik screenshot di bawah. Katanya hotel2 Tabung Haji tidak pernah rugi. Kenapa mahu jual?

Si lebai baru dengar perkataan Creative Accounting dr silap mata si Najib, meraban copy & paste artikel untung dr sebuah antara hotel tersebut hanya nilai RM1j lebih dgn bersemi ayat Creative Accounting. 😁

Wednesday, February 19, 2020

Apabila yang bijak pandai pun ulas & kongsi isu TH macam orang tak cerdik..!


2-3 Hari ni orang Viral pasal Tabung Haji.. sebenarnya aku malas nak jawab..2-3 minggu ni aku sibuk urusan peribadi aku..Kalau bani PAS jahat menipu yg aset Tabung Haji dijual atau digadai aku boleh faham lagi..Tapi tadi aku tengok orang share tadi..sampaikan orang macam Che gubard pun jahil dan sebar fitnah.. tak tahu nak kata apa dah..

Semua orang tahu beberapa Aset Tabung Haji dipindahkan dibawah SPV yang diperbadankan dibawah kementerian kewangan.. dah lama, bukan baru Aset ini diuruskan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ,antara lembaga pengarahnya Dr Zaharuddin Abdul Rahman.. pakar kewangan Islam..

Tugas (UJSB) ni sama dengan Danaharta yg ditubuhkan menyelamatkan GLC Kerajaan termasuklah Bank Islam hari ini yang telah berjaya dipulihkan dan mencatatkan keuntungan paling tinggi dalam Sejarah.. apakah Bank Islam dah menutup operasinya walaupun satu ketika dipindahkan dibawah pengurusan danaharta..

Fakta SPV, bangsa Cina dan Tabung Haji


Oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman

Persoalan mengenai Tabung Haji (TH) dan Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan kerap diulang dan jawapannya juga terpaksa diulangi setiap kali isu TH diberi liputan media.

Antara soalan kerap berulang adalah ‘mengapa perlu pindahkan aset sedangkan sebahagian kelihatan aset yang berharga?” Menurut TH, aset Tabung Haji yang dipindahkan kepada Urus Jemaah Sdn Bhd iaitu SPV adalah apabila ia mempunyai ciri berikut iaitu harta tanah tanpa sekatan yang mempunyai pulangan kurang dua peratus; pelaburan dalam sekuriti ekuiti domestik (kecuali anak syarikat TH) dan syarikat tidak tersenarai yang mempunyai kejatuhan nilai melebihi 20 peratus bagi tempoh tiga tahun lalu.

Mengapa perlu pindah kepada SPV? Jawapannya, jika semua aset ini masih dikekal dalam ‘buku’ atau pemilikan Tabung Haji, ia bakal menjadikan tanggungan (liabiliti) Tabung Haji melebihi asetnya. Akibatnya, menurut Akta Tabung Haji, TH tidak boleh memberi Hibah kepada pendepositnya walaupun mempunyai keuntungan operasi.

Tuesday, February 18, 2020

Pembangkang Putarbelit Isu Hotel TH

Saya difahamkan bahawa tidak ada rencangan menutup empat hotel Tabung Haji seperti yang difitnah oleh jentera propaganda pembangkang.

Hotel-hotel yang disebutkan itu akan terus beroperasi di bawah pengurusan Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) dan kebanyakan daripada 278 kakitangan dikekalkan. Bakinya ditawarkan jawatan lain.

Cuma khabarnya hotel terbabit akan melalui proses penjenamaan semula daripada TH Hotel kepada Hotel Raia. Operasinya tetap patuh Syariah.

Seperti kita sudah maklum, TH telah menjual hotel terbabit kepada UJSB. UJSB ini adalah syarikat milik penuh kerajaan. Ia diwujudkan sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan dan penstrukturan semula TH tahun lalu.

Betoi kah Cina DAP kapiaq nie pie juai hotel Tabung Haji pulak..!!


➡️ Merujuk kepada surat bertarikh 17 Februari 2020 memaklumkan pemberhentian operasi beberapa hotel milik TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) di beberapa lokasi seluruh Malaysia.

➡️ Hotel-hotel tersebut untuk makluman semua, termasuk dalam senarai aset diletak di bawah SPV yang dilantik Kerajaan sejak hujung tahun 2018 bagi memulihkan prestasi kewangan TH yang teruk dilanda skandal dan penyelewengan.

➡️ SPV Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) dengan usaha berterusan menyusun dan memindah milik 29 hartanah tidak berdaya saing (mengalami kerugian demi kerugian), 1 syarikat dan 106 sekuriti ekuiti domestik.

Saturday, February 8, 2020

BELAJAR DARI KESILAPAN DAN USAHA RAPATKAN SAF DALAN PH


1. Tersengih dan seronok aku tgk shbt2 up status Troll UMPA$ kerana kegagalan "PAKATAN NASIONAL".😅

2. TAPI aku rasa perlu juga "CLEAR THE AIR". Jgn ingat segelintir puak Bersatu shj yg dok promote PN. Pentaksub DSAI, PKR dan Pakar2 Teori Konspirasi juga bertggjwb. Jgn nak lepas tgn. Hgpa tak belajar lagi dr kesilapan?

3. Faham ini...Bukan segelintir org Bersatu shj yg didapati dok promote PN. Geng PKR yg benci Tun atau Haters pun menuduh2 Tun nak join PN. Ini yg YB Khalid Samad kata, dah kita tahu itu rencana UMNO jgn kita tambah p tuduh Tun. Ini akan mencipta ketegangan berterusam sesama PH.

Usaha Martabat Mahkamah Syariah Jauh Lebih Mudah di Zaman PH


Kerusi kosong di sebelah Tan Sri Sheikh Ghazali itu lazimnya diisi oleh Allahyarham Datuk Paduka Diraja Hj Daud Muhammad. Kebetulan atau tidak, sepanjang 4 hari kami Jawatankuasa Undang-undang Syarak Sivil bermesyuarat kali ini, tak ada sesiapa pun di kalangan ahli mesyuarat yang duduk di kerusi ini. Mungkin masing-masing masih belum ‘move on’ dan masih teringatkan susuk tubuh beliau. Barangkali.

Friday, February 7, 2020

Bekas MENTERI BN beritahu mahkamah dia didesak NAJIB & ROSMAH meluluskan PROJEK SOLAR.

Projek solar: Saya ditekan Najib, 'mem' dan Rizal, kata bekas menteri
News | Diterbitkan 6 Feb 2020, 6:17 petang | Dikemaskini 6 Feb 2020, 6:40 petang


KES ROSMAH | Bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau didesak meluluskan projek tenaga solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak pada 2016.

Tekanan itu didakwa datang dari perdana menteri ketika itu, Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan pembantunya Rizal Mansor.

Dalam kenyataan saksi yang dibacakan hari ini, Mahdzir berkata beliau didatangi Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin pada tahun 2015 dengan cadangan menggantikan sistem penjanaan elektrik yang digunakan oleh 369 sekolah di luar bandar Sarawak dengan sistem hibrid solar.

"Saya menolak cadangan Saidi pada masa itu kerana Kementerian Pendidikan terikat dengan kontrak perkhidmatan sedia ada.

"Saya juga mempunyai keraguan tentang keupayaan Jepak untuk melaksanakan projek hibrid solar," kata Mahdzir.

Berikutan itu, Mahdzir berkata beliau menerima arahan bertulis daripada Najib pada 16 Disember 2015 untuk meluluskan projek yang dipohon oleh Jepak.

DILEMMA MUAFAKAT NASIONAL (MN) ATAU PAKATAN NASIONAL (PN)???




1. Sehari menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dikatakan menjadi penentu halatuju, samada Umno akan terus mengukuh Muafakat Nasional (MN) atau bersama Tun Mahathir membentuk Pakatan Nasional (PN).

2. Umno dan Pas sebenarnya berada dalam dillemma yang mahakarma kerana telah terhidang di depan mata, dua pilihan yang memberi impak bertentangan. Kekal MN atau Gerak PN?

3. Kekal haluan bersama MN, Umno dan Pas mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRU15. Namun syarat asasnya ialah, Tun Mahathir mesti kekal sebagai Perdana Menteri hingga habis penggal. Jika DSAI jadi PM8 Mei ini, impian Umno dan PAS untuk menang PRU15 menjadi sangat kabur.

4. Pilihan kedua ialah, Umno dan PAS bersama membentuk kerajaan segera PN acuan Tun Mahathir. Ya mereka mungkin cukup bilangan, tetapi haluan ini sangat berisiko yang boleh menyebabkan impian menang PRU-15 berkecai.

5. Seyogia diingatkan, bebanan paling besar yang ditanggung oleh PH selama menjadi kerajaan hari ini ialah keberadaan Tun Mahathir. Kebencian rakyat akan berganda apabila pengkhianatan demokrasi berlaku, kerajaan berubah tanpa pilihanraya, negara tidak stabil, menteri bertukar begitu menyusahkan, polisi hilang arah, pelabur kekal bungkam, ekonomi makin hancur dan rakyat terus tersepit. Ada berani?

Wednesday, February 5, 2020

Alhamdulillah.. Seorang Pesakit disahkan positif corona virus di Langkawi telah sembuh


Alhamdulillah!!!!!!

Tahniah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA , terimakasih kepada semua petugas-petugas.. Dari Imigresen, PDRM, doktor, krew penerbangan, juruterbang, nurses, Medical assistants, pegawai kementerian dan semua yang tak disebut.

Good job Dr Dzulkefly Ahmad and team!! #jalanterus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...