Friday, June 5, 2020

APABILA AGAMAWAN SEMBUNYI CITA-CITA POLITIK DALAM JUBAH AGAMA!!!


(Tak perlu baca, panjang)


1. Akhirnya agamawan tersohor itu bertemu dalil untuk mengabsahkan sebuah pengkhianatan kepada mandat rakyat iaitu ayat 118, Aali Imran. Nas itu dipakaikan sentimen bacaan pada waktu tahajjud untuk menambah perisa bahawa nas yang dibacanya tepat untuk ditempel kepada pihak yang mahu ditempelnya.

2. Walaupun ayat itu jika disorot berlatarbelakangkan golongan munafik yang tidak lekang dengan permusuhan terhadap Nabi SAW, ia ditampal sebagai nas kepada persoalan selesakah dia dengan sebuah kerajaan yang tegak melalui pengkhianatan.

3. Seterusnya nas itu dicekak leher dan diheret ke sana-sini atas nama agama, atas nama anti golongan anti agama demi menonjolkan kepada umum bahawa dia adalah agamawan yang bertindak berpandukan nas. Padahal tindakannya berpandukan nafsu politik yang disimpan kemas dalam jubah agamawan.

4. Begitulah jadinya apabila agamawan ingin bergulat dengan krisis politik kepartian tanpa mahu menanggalkan jubah agamawan, nas akan ditempel sesuka hati. Jika nas itu dilihat oleh agamawan sebegitu berupaya menarik simpati awam untuk bersama-sama dengannya melawan kelompok politik yang dibencinya, di situlah nas itu ditempel.

Kenapa Dr MAZA berpusing macam wau putus ekor bila ditanya berkenaan Kerajaan PN??

Dari FB wall Abu Mishkat / Ali Muda 👇👇


Sebab Dr. Maza selesa dengan PN

1. Saya sudah tonton 2 kali video 11 minit Dr. Maza jawab 1 soalan sama ada dia selesa atau tak selesa dengan kerajaan PN. Terima kasih buat Dr. Maza kerana mengubat kerinduan netizen setelah lama menghilangkan diri dari persada alam maya. 

2. Dr. Maza tak menjawab soalan secara terus, tetapi berpusing jauh memberitahu dia banyak menerima tawaran jawatan dan habuan drp PN tapi dia tolak. Ni nak habaq mai dia ikhlas dan tak harap habuan!

3. Seterusnya dia pergi lagi jauh habaq dulu dia menentang BN kerana korup dan sudah terlalu lama memerintah. Dia juga kata asalnya tak percaya Dap akan buat masalah kepada negara jika memerintah.

4. Tiba2 dia terus serang Amanah dan sebahagian orang PKR yang menjadi penyebab keberanian banyak pihak membuat kenyataan mengguris hati umat Islam. Saya pun tak faham lagu mana Amanah dan PKR jadi sebab keberanian segelintir orang bukan Islam jadi kurang ajar itu. Sedangkan sebelum PH (Amanah sebahagian drpdnya) memerintah iaitu di zaman BN pun sudah golongan yang kurang ajar dan menghina Islam seperti MCA menghina hudud dan geng liberal Siti Kassim cakap lepas.

Ramai yang sokong Muhyiddin kekal daripada Mahathir kembali jadi perdana menteri.

Mahathir Mengekalkan Muhyiddin.

Biarlah Muhyiddin kekal sebagai PM sehingga habis penggal parlimen ke 14, daripada meruntuhkan kerajaanya kalau PMnya diserahkan kepada Dr Mahathir. 

Alasannya mudah, tunggak perjuangan PH adalah reformasi. Apabila kerajaan itu telah digulingkan semasa Mahathir jadi PM maka automatik beliau tidak layak lagi untuk terus jadi PM maka kedudukan itu perlu direform. Peletakan jawatannya tempoh hari tepat dan bertanggungjawab.

Seeloknya Mahathir sedar hakikat ini dan mereka yang terus membodeknya juga faham perkara ini.
Kalau Anwar berkeras untuk jadi perdana menteri sekiranya PH berjaya mendapat sokongan baik menerusi SD atau Piraum akan datang ia sangat munasabah. 

Rahsia kenapa Dr Shahruddin meletak jawatan didedahkan..!!!

Pimpinan Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.mendedahkan kenapa Dr Shahruddin meletak jawatan.. Belia telah memberikan penjelasan panjang lebar akan situasi tersebut berlaku.

nampaknya AHLI PARLIMEN pimpinan BERSATU kebanyakkan sekarang sedang seperti ank itik kehilangan ibunya.. dan mereka pula boleh bapak tiri yg sampai kesudah tak mengaku BERSATU tu anak dia...

Dari apa diperkatakan memang nampaknya BERSATU seakan menjadi PARTI 46 dimana mati tak ada kubur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...