DAP akan hancur orang Melayu – demikian dakwaan Najib dan Muhyiddin.
Apakah benar orang Melayu mudah dihancur sehingga sebuah parti politik pun boleh hancur orang Melayu.
Apa buktinya dalam sejarah orang Melayu dihancur.
Bagi Melayu yang takut dihancur ingin saya rujuk kepada sejarah orang Melayu.
Ya. Memang mereka lemah dari segi kewangan. Tetapi mereka tidak hancur. Diserang dan ditawan oleh Portugis, Belanda dan British. Melayu tidak hancur. Ditawan sebahagian oleh Siam, Melayu tidak hancur. Dikuasai oleh Jepun bangsa Melayu terus kekal tidak jadi seperti tamadun Egypt yang sudah hilang, tamadun Greek (Yunani) yang runtuh, tamadun Rome, tamadun Aztec, tamadun-tamadun asli Amerika Tengah dan Selatan yang dihancur dan banyak lagi.
Semasa semua tamadun dan negara-negara ini muncul, tubuh dan diri tamadun mereka bangsa Melayu berada dan turut berada
British balik dan cuba rampas Tanah Melayu – mereka gagal
Melayu tuntut kemerdekaan dari sebuah kuasa besar, berjaya
Setelah ambil alih negara, pentadbiran Melayu selamatkan negara dari gerila komunis – mereka diri Kerajaan yang berwibawa, maju berbanding dengan tanah jajahan orang Eropah yang lain, yang hancur jadi serbuk, tidak stabil, tidak maju, tetapi Malaysia dapat ditadbir dengan baik, maju dan Melayu tidak hancur.