Sunday, April 29, 2018

Gagasan Sejahtera pecah, calon Pas bertembung dengan Berjasa


Untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini, calon Pas bertembung dengan calon Berjasa, kedua-duanya daripada Gagasan Sejahtera di dua kerusi, satu kerusi Dun dan satu kerusi Parlimen.

Melalui semakan senarai calon PRU14, didapati untuk kerusi P. 078 Parlimen Cameron, Pahang, calon Pas Cikgu Wan Mahazir akan bertembung dengan calon Berjasa Ustaz Tahir, selain dua calon lain daripada PKR dan Barisan Nasional (BN) bagi pertandingan empat penjuru.

Calon PKR adalah Manogaran dan calon BN pula ialah Datuk Sivarraajh Chandran.

SPR buat kesilapan dalam kes Tian Chua

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/tian-chua.jpg
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat kesilapan selepas membatalkan pencalonan penyandang Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk bertanding di kerusi berkenaan pada PRU14 ini.

Peguam, Syahredzan Johan, ini adalah kerana mahkamah sebelum ini telah memutuskan bahawa seseorang hanya hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya sekiranya pihak berkenaan di denda tidak kurang daripada RM2,000.

“Keadaan ini telah ditafsirkan sebagai pihak berkenaan hanya hilang kelayakan sekiranya didenda lebih daripada RM2,000 atau RM2,000.01,” katanya kepada Sinar Harian.

Sewaktu proses penamaan calon hari ini, Tian Chua gagal untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu selepas pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain membatalkan kertas pencalonannya.

Janji pertama Tun M di Langkawi

Janatul Firdaus Yaacob

Janji pertama Tun M di Langkawi
LANGKAWI - Dalam kempen pertamanya selepas disahkan sebagai calon Pakatan Harapan (Harapan) bagi kerusi Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk menyelesaikan masalah kaum India.

Dalam dialog bersama masyarakat India di pulau itu, pengerusi Harapan itu berjanji akan memastikan kaum India di Malaysia tidak dipinggirkan.

“Saya diberitahu ramai orang dewasa tua banyak tiada IC kad biru tetapi IC kad merah. Kita akan cuba mereka dapatkan IC kad biru sebagai warganegara.

“Kita berjanji jika Harapan mendirikan kerajaan, kita akan buat banyak pertukaran dan bagi perhatian rakyat miskin keturunan India,” katanya dalam ucapannya dalam program anjuran Hindraf yang dihadiri kira-kira 200 orang itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, terdapat banyak masalah kaum India dan sekiranya Harapan berjaya menubuhkan kerajaan, ia akan dapat diselesaikan.

Husam anak butir sebenar Tok Guru Nik Aziz, kata Nik Omar

Anak Almarhum Tok Guru Nik Aziz, Nik Omar menyifatkan anak murid sebenar bekas menteri besar Kelantan itu adalah Husam Musa.

“Ambo (saya) perhati pendekatan yang dibawa Husam memang sama, anak butir kita panggil dengan apa yang dibawa oleh Tok Guru,” kata anak lelaki sulung bekas mursyidul am Pas yang paling popular itu.

Ketika hayatnya, kata Nik Omar, Tok Guru Nik Aziz pernah berkata, Husam ini diciptakan Allah bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk Malaysia juga.

“Kalau kita ikut perkembangan, Tok Guru pernah sebut secara terbuka bahawa Husam dicipta Allah bukan hanya untuk negeri Kelantan, tetapi juga untuk Malaysia. Itu satu bukti,” kata Nik Omar.

Beliau berkata demikian dalam ucapan awam pertama malam tadi selepas diterima sebagai calon Pakatan Harapan di DUN Cempaka yang menggunakan simbol PKR semasa penamaan calon semalam.

Husam adalah setiausaha akhbar pertama Tok Guru Nik Aziz apabila beliau dilantik sebagai menteri besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990.

Saturday, April 28, 2018

Hadi pembohong apabila menyatakan Tun M dan Anwar halang pentadbiran Islam



Baca akhbar tadi, TG Haji Hadi dalam ceramahnya kata, Tun Mahathir dan Ds Anwar antara yang menghalang usaha pentadbiran Islam.. sebelum ini ramai dari Ustaz dan Ulama PAS mempertikaikan Pakatan Harapan.. kata depa, mana dia usaha Pakatan Harapan mahu memperkasakan Syariat Islam...

Sebelum kita menjawab, ingin kita bertanya, tidak kah ada rasa malu bagi mereka yang bertanya ? apa lagi soalan itu ditujukan kepada Tun Mahathir dan Ds Anwar.. Mengapa perlu persoalkan mereka.. mereka tak perlukan slogan retorika Agama di dalam Manifesto.. mereka tidak perlukan Manifesto untuk memperlihatkan cita cita mereka melaksanakan Syariah, Hakikat nya mereka sudahpun melaksanakan Syariah, penerapan nilai2 Islam di dalam Pentadbiran dan Pemerintahan mereka..

Apakah Syariah itu semata mata memotong tangan pencuri, atau semata mata sebatan keatas penzina ? bukan kah Syariah itu begitu luas takrifannya.. ia menyentuh seluruh aspek dan kehidupan kita.. jika Hudud itu saja yang kita faham akan maksud Syariah.. Negara 95% Muslim, banyak dari Negara Arab pun masih belum mampu melaksanakan Hudud.. hatta Negara Turki yang bepresiden kan Erdogan, Mesir yang suatu ketika Berpresiden kan Morsi tidak meletakkan agenda perlaksanaan Hudud sebagai agenda utama pemerintahan..

Friday, April 27, 2018

Mahfuz saman Ketua Psywar Pas sebab fitnah beliau..

BismillahirRahmanirRahim

KENYATAAN MEDIA
DATO' MAHFUZ OMAR


SAUDARA HELMAN BIN SANUDDIN, TUNGGU SAMAN SAYA

1. Pada 21/04/2018 saya dihujani mesej melalui applikasi whatsapp dan panggilan telefon dari ramai kenalan berkaitan satu tulisan daripada seseorang yang menggunakan nama “Herman Samsudeen”. Tulisan oleh “Herman Samsudeen” mendakwa dan menuduh saya menerima tajaan daripada pimpinan Umno sebanyak RM60k dalam kempen pilihanraya 2008 dan 2013.

2. Lebih dari itu “Herman Samsudeen” juga menulis mendakwa perkahwinan anak perempuan saya pada 2016 juga ditaja oleh pemimpinan Umno sebanyak RM40 ribu.

Saya tahu dan kenal siapa “Herman Samsudeen” ini. Dia bekerja di
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Jabatan Perdana Menteri) Tingkat 10, Bangunan Wisma KWSG.

Di dalam Pas beliau adalah Ketua Psywar PAS Wilayah Persekutuan. Pernah memimpin Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan.

Semua tulisan fitnah beliau dimuatnaik di applikasi facebook milik beliau yang menggunakan nama “Herman Samsudeen”.

Najib dibayangi tirai besi

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
+

Kolum ini lama tidak terisi dengan komentar segar. Dua kali tulisan pemanas badan dikutip daripada buku Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti.

Memang sudah terlalu lewat untuk saya memulakan. PRU14 sekitar dua minggu sahaja lagi. Namun, langsung tidak mempedulikan momen terpenting untuk bersama-sama merakam sejarah baru buat tanahair tercinta lagilah merupakan sikap tercela.

PRU14 dianggap gelanggang paling sengit, medan tempur memakan korban terbesar dan ibu segala pilihan raya. Itulah juga yang pernah dilabel kepada PRU1990, PRU1999, PRU2013. Masing-masing mempunyai keunikan tersendiri. Paling penting, dalam pilihan raya berkenaan, harapan dan impian rakyat untuk melihat kerajaan bertukar begitu tinggi.

Berbanding siri pilihan raya sebelumnya, bermula 1990, kali ini saya secara peribadi sekadar menjadi pemerhati pasif. Ya, benar-benar terpaku di rumah, hospital dan pusat dialisis. Tidak lagi berpeluang untuk meninjau di tengah lapangan atau turun merasai keresahan dan harapan rakyat di peringkat akar umbi.

Puad: Muafakat Johor Khaled umpama sampah

Saya tahu ramai yang akan mengecam saya kerana posting terbaru ini. Saya tidak akan menjawab komen balas mereka. Yang penting saya mendedahkan apa yang ada dalam hati nurani saya. Lagi pun saya sudah mengatakan “I will fight until the last drop”.

Orang akan kata saya kecewa dan marah. Katakanlah apa sahaja. Itulah sahaja tuduhan yang mereka ada sedangkan saya ada keberanian mengkritik apa yang saya yakini kemungkaran sistem yang rosak.

Saya tidak mengkritik 'Umno Perjuangan'. Sebab itu saya meletak jawatan sebagai KP JASA kerana saya ada keyakinan diri. Kini saya tidak terikat dengan apa apa.

Datuk Seri Khaled Nordin menjadikan “Muafakat Johor” juga umpama sampah. Team Johor sebenarnya adalah Team Khaled. Akhirnya pemilihan calon lebih menjurus kepada kronisme dan persiapan untuk menghadapi pemilihan parti akan datang.

SPR mula buat arahan pelik-pelik !!!


Berikut adalah kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan hari ini berhubung syarat-syarat tambahan penggunaan bahan kempen semasa tempoh berkempen bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14):

Permit bahan kempen

(a) Pemasangan bahan-bahan kempen mestilah mempunyai permit untuk mempamerkan bahan-bahan kempen kepada orang ramai dalam bahagian pilihan raya yang ditandinginya. Permit bahan kempen tersebut akan dikeluarkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan di bawah Seksyen 24B (4), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Penggunaan gambar pemimpin utama parti politik

(b) Dihadkan kepada gambar 2 (dua) orang pemimpin utama parti politik iaitu Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) bagi parti politik yang bertanding (berdasarkan kepada penggunaan lambang/simbol parti politik yang didaftarkan oleh calon semasa Hari Penamaan Calon).

(c) Jawatan selain daripada Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) parti adalah tidak dibenarkan.

'Calon HARAPAN K'tan ramai doktor kerana negara sakit'

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan (HARAPAN) Husam Musa berkata sejumlah doktor tersenarai sebagai calon HARAPAN Kelantan kerana menurutnya "negara sedang sakit".

Husam berkata demikian sebagai mengulas pencalonan enam doktor perubatan yang akan bertanding sebagai calon HARAPAN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Kita mempunyai calon dari kalangan doktor perubatan seramai enam orang. Doktor paling ramai sekali, kerana negara kita sedang sakit.

"Sakit dari segi ekonomi, kewangan, politik. Kelantan pun sakit, kita memerlukan doktor," katanya ketika berucap di majlis pengisytiharan calon HARAPAN Kelantan di Kota Bharu, malam ini.

Dalam pengumuman itu, Husam disahkan akan mencabar Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di parlimen Kota Bharu.

Pengumuman itu sekali gus bakal menyaksikan saingan hebat sekali gus kerusi paling menjadi tumpuan di negeri itu yang akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Perbandingan jumlah orang islam dalam tonggak PH dan BN

Perbandingan jumlah orang islam dalam tonggak PH dan BN.

MAJLIS PRESIDEN PH TONGGAK KEKUATAN UMAT MELAYU ISLAM.

Semua keputusan besar di dalam Pakatan Harapan dibuat di dalam Majlis Presiden. Keanggotaan Majlis Presiden Pakatan Harapan adalah seramai 13 orang. Dari 13 orang itu, 10 orang adalah Melayu beragama Islam.

Bandingkan pula dengan keanggotaan Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang mana dari 16 orang anggota, hanya 5 orang sahaja yang beragama Islam.

************************************

ANGGOTA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN:

Ketua Umum: Anwar Ibrahim
Pengerusi: Dr Mahathir Mohamad
Presiden: Dr Wan Azizah Ismail
Timbalan Presiden:
1. Muhyidin Yasin
2. Mohamad Sabu
3. Lim Guan Eng

Naib Presiden:
1. Salahuddin Ayub
2. Mukhriz Mahathir
3. Azmin Ali
4. Chong Chien Jen
5. M Kulasegaran

Thursday, April 26, 2018

Tuduhan DAP ketuai PH persepsi jahat Umno-Pas

Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah Al Jundi (foto) menyifatkan tuduhan kononnya DAP menguasai gabungan politik sebagai satu projek menanam rasa takut oleh Umno-Pas.

Menurutnya, jumlah keseluruhan kerusi Parlimen yang ditandingi DAP adalah 47 kerusi iaitu Semenanjung (35), Sabah (3) dan Sarawak sembilan kerusi.

“Masih dalam konteks itu pun, DAP berada pada kedudukan jumlah (kerusi) lebih rendah berbanding kerusi Parlimen Bersatu dan PKR di Semenanjung Malaysia,” jelasnya.

Semakannya juga terhadap agihan kerusi Parlimen PH dan mesra PH bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak mendapati Bersatu memiliki 71 kerusi diikuti PKR (40), AMANAH (34) dan Warisan 34 kerusi.

Cucu Tun Ghafar Baba cabar Najib di Pekan selepas calon undur

MALAYSIA DATELINE

Zahid cabar Najib di Pekan selepas calon undur
Zahid Mat Arip, yang pernah menjadi pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, kemungkinan besar bertanding di Pekan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menurut sumber PPBM seperti dilapor FMT hari ini.

Ia selepas Kamarul Ariffin Mohd Shahar, calon yang sebelum ini dinamakan untuk cabar Najib, bersetuju berundur selepas pertemuan dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Menurut Kamarul, bekas perdana menteri itu sudah menjelaskan strategi untuk Pekan dan meminta beliau berkorban untuk memberi laluan kepada calon baru.

“Ia juga ketara daripada penjelasan Tun, strategi itu juga akan mengubah landskap politik di Malaysia,” katanya.

“Saya setuju atas permintaannya dan untuk memberi laluan kepada Zahid Mat Arip.”

Lima minggu harga minyak tidak berubah bukti janji PH mampu ditunai

Lima minggu harga minyak tidak berubah bukti janji PH mampu ditunai
Pengekalan harga petrol dan diesel selama lima minggu berturut-turut membuktikan harga petrol dan diesel boleh distabilkan, kata Presiden Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengekalan harga ini, ujarnya berlaku ketika harga minyak di pasaran antarabangsa berada pada paras tertinggi sejak Nov 2014.

Ini tambah beliau, menimbulkan persoalan sama ada pengekalan harga minyak tempatan sengaja dibuat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU).

“Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini diumumkan tidak berubah. Sungguhpun harga minyak Brent berada di paras paling tinggi sejak Nov 2014, harga kekal untuk lima minggu berturut-turut.

Wednesday, April 25, 2018

Aduhai Ustaz PAS.. Janganlah naif sangat hurai bab Islam

JANGANLAH NAIF SANGAT USTAZ...!

1. Hanya Pas yg bawa Islam. Demikian kata seorang ustaz Pas.

2. Janganlah begitu ustaz. Jika ustaz kagumi Pas sekalipun, usahlah nafikan sumbangan orang lain utk Islam.

3. Islam sudah ada di Malaysia semenjak Pas belum wujud. Bahkan jika Pas tak wujud pun, Islam tetap ada pembawanya.

4. Tuhan sudah berjanji, Dialah pemelihara Islam; bukannya Pas atau mana-mana kumpulan.

5. Bahkan jika diserah kpd Pas saja utk membawa Islam, agama ini tak akan berkembang seperti kini.

6. Pembawa Islam adalah umat Islam secara keseluruhan, tanpa mengira bangsa, status atau parti.

Kayveas letak jawatan


Oleh Fahmy Azril Rosli

KUALA LUMPUR: Tan Sri M Kayveas hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP), Pengerusi MyPPP Wilayah Persekutuan dan Penasihat Kerajaan Negeri Perak.

Beliau mengumumkan perkara itu di akaun Twitternya sebentar tadi.

Menurut Kayveas peletakan jawatannya itu berkuat kuasa kelmarin, 23 April.

Sebelum ini media melaporkan, MyPPP akan mempertimbang semula keahliannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).

Puad Zarkashi letak jawatan KP JASA

JOHOR BAHRU: Datuk Mohd Puad Zarkashi hari ini mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan sekali gus menjawab spekulasi yang bermain di media sosial beberapa hari ini setelah namanya digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di Johor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasminya, beliau berkata hari ini merupakan hari terakhirnya di jabatan itu dan beliau tidak berganjak dari keputusannya untuk meletak jawatan.

"Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya di JASA. Tempat panas sehinggakan DAP membawa usul ke Parlimen di sidang Parlimen terakhir awal tahun ini supaya JASA dibubarkan. Sebelum ini dalam bajet PH mereka mencadangkan supaya JASA ditutup sahaja.

Tuesday, April 24, 2018

DAP tak mampu robek ISLAM dibumi MALAYSIA melainkan mendapat KEBENARAN MAJLIS RAJA-RAJA

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/02/majlis-raja2.jpg
5 Perkara Dalam Perlembagaan Yang TIDAK BOLEH DIUBAH oleh 222 Kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) Dan Oleh Mana-Mana Parti Sekalipun Yang Membentuk Kerajaan KECUALI Mendapat Persetujuan Majlis Raja-Raja.

MENJAWAB POLITIK PROPAGANDA "INSTILL FEAR" UMNO PAS YANG MEMBERI GAMBARAN ANCAMAN TERHADAP MELAYU - ISLAM.

● Had Kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja hanya untuk Perkara-Perkara Perundangan (Legislative), bukannya Perkara-Perkara Penting Dalam Perlembagaan.

● Pindaan Perlembagaan yang telah berlaku pada tahun 1983, 1984 dan 1994 terhadap Artikel 66 (4) dan (4A), adalah berkaitan Had Masa Kuasa Untuk Menangguhkan Proses Kelulusan Sesuatu Undang-Undang.

● Sebelum (Pindaan), ia adalah Tanpa Had Tempoh, manakala Selepas (Pindaan) Had Masa 30 Hari telah ditetapkan sebagai Tempoh Had Maksimum Sesuatu Undang-Undang Boleh Ditangguhkan.

● Ramai pihak yang tersalah anggap bahawa Kuasa Menangguhkan Proses Kelulusan Sesuatu Undang-Undang Tanpa Had Masa ini sebagai Kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Sebenarnya, ia hanya satu tradisi, resam (convention) dan mengikut pertimbangan yang waras.

DAP OH DAP...hebat sungguh anda di mata UMNO & PAS..!!

DAP OH DAP...!

https://mediatmi.r.worldssl.net/resources/stories_images/6941/dap-epa2017__full.jpg
DAP tolak HUDUD - Memang yg bukan Islam berhak tolak hudud, mana ada paksaan atas mereka

DAP hina ISLAM - Negara ada undang2, jika apa yg dilakukan dan diperkatakan DAP adalah menghina ISLAM maka tindakan undang2 boleh diambil jadi pemerintah ada kuasa kenapa tak ambil.. dan inilah peluang nak kuburkan DAP jika mereka betul2 menghina ISLAM.. Ambik tindakan dan ROS boleh bubarkan DAP.. mudah saja..

DAP halang HUDUD - nak bentang PAS nak bawa PAS...dalam dewan yg berkuasa speaker.. DAP bukan ada kuasa nak halang sekat..jadi bawa ajalah..dok tangguh apasal..

DAP nak jadikan MALAYSIA negara bukan ISLAM - DAP lawan 35 kerusi aja tu belom tentu menang semua... Nak pinda perlembagaan bab islam memerlukan 2/3 sokongan parlimen.. Dan kena lepasi Majlis Raja2 pula dan last YDPA... Kemudian tu calon DAP bukan saja kristian.. Islam pon ada, Hindu pon ada, Singh pon ada... Macamana depa nie nak terima kristian sbb depa agama lain...

Mematikan mitos DAP mahu merobek Perlembagaan

 https://dululainsekaranglain.com/wp-content/uploads/2011/10/Perlembagaan-Persekutuan-540x301.jpg
Dalam tulisan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertajuk “Ungkapan kata-kata manis yang meracunkan” (16/4/2018), beliau menulis antara lain, “Saya tercium betapa DAP mendapat bayangan kalangan mereka itu, menjadikannya sangat galak berjuang merobek Perlembagaan Persekutuan, mendesak supaya merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan Institusi Raja-Raja Berperlembagaan secara senyap dan sindiran.

“Mereka bergabung dengan golongan anti hadis dan liberal. Kalangan ahli politik yang mencari jalan pintas bergayut bersama, sama ada kalangan umat Islam yang bebal sepak terajang politik atau yang buta politik, dan juga kalangan bukan Islam.”

Tulisan itu telah dikongsi dengan ramai orang terutamanya di kalangan penyokong dan ahli Pas. Malang sekali, tulisan itu bukan sahaja tidak berpaksikan kepada undang-undang malah juga tidak berpaksikan kepada fakta.

Perlembagaan Persekutuan adalah satu dokumen yang mempunyai mekanisme perlindungan yang tersendiri. Perlembagaan Persekutuan tidak boleh sewenang-wenangnya dirobek oleh sesiapa pun melainkan melalui cara yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan itu sendiri.

Surat terbuka kepada orang Melayu sempena PRU14

90% orang Cina akan mengundi Pakatan Harapan. Mereka fikir sistem itu rasis, tidak adil dan kerajaan melayan mereka sebagai warganegara kelas kedua.

Oleh Sebastian Loh

Sebelum saya bermula, saya ingin meminta maaf untuk Bahasa Melayu saya yang kurang fasih. Kali terakhir saya menulis dalam BM pada 2002 bila saya mengambil ujian SPM. Biasanya, saya menulis dalam Bahasa Inggeris (jangan hairan kalau surat ini berbunyi macam Google Translate). Namun begitu, saya ingin berkongsi pendapat dan perasaan saya dengan rakan-rakan berbangsa Melayu sempena pilihan raya umum ke-14.

Dengan izin, I feel very strongly about this. Saya hanya harap saudara-saudari akan membaca huraian saya dengan fikiran terbuka.

Saya orang Cina. Realitinya 90% daripada orang Cina akan menentang kerajaan dan mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya yang akan datang. Kenapa? Kerana mereka marah, dan sebagai orang Cina, saya faham asas kemarahan itu.

Sudah berpuluh-puluh tahun, orang Cina tidak puas hati dengan sistem pentadbiran yang memberi layanan istimewa kepada orang Melayu dan Bumiputera lain. Mereka berfikir sistem itu rasis dan tidak adil. Mereka percaya kerajaan mengabaikan mereka dan melayan mereka sebagai warganegara kelas kedua. Secara jujurnya, saya pun pernah berfikiran begitu dari sekolah rendah sampailah ke universiti.

PH janji bangkit bersama bina kembali negeri Kedah


Pimpinan PH Kedah semasa pelancaran Manifesto HARAPAN Negeri Kedah.

Pakatan Harapan (PH) Negeri Kedah berjanji untuk memakmurkan Negeri Kedah sepertimana yang termaktub dalam ‘Manifesto Harapan Negeri Kedah’.

Pengerusi Jawatankuasa Manifesto tersebut, Datuk Johari Abdul ketika pelancarannya pada Sabtu yang lalu berkata, terdapat 10 terus utama PH Negeri Kedah yang akan diberi keutamaan bagi membina semula negeri Kedah.

Sepuluh teras tersebut katanya adalah bagi melengkapkan kemudahan asas dan perumahan rakyat serta juga mengutamakan kebajikan dan kesihatan rakyat.

Teras yang lain ialah untuk memperkukuhkan nilai keagamaan dan melonjakkan mutu pendidikan serta modal insan.

Beliau juga berkata, memperkasakan wanita, memperkasakan belia, sukan dan NGO serta memperhebatkan pembangunan pertanian dan perikanan adalah sebahagian lagi dari manifesto yang dijanjikan.

Tambahnya, teras yang lain adalah untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi, mereformasikan pengurusan dan urus tadbir negeri.

Senarai calon BN KEDAH untuk PRU14

Senarai calon Kedah


*P.04 LANGKAWI*
Dato' nawawi ahmad
Kuah - Nor Saidi Nanyan
Ayer Hangat - Datuk rawi abd hamid

*P.05 JERLUN*
Dato' Seri OTHMAN bin ABDUL AZIZ
Kota Siputeh - Datuk ahmad zahar
Air Hitam - Abu hassan sharif

*P.06 KUBANG PASU*
Dato' Wira MOHD JOHARI bin BAHAROM
Bukit Kayu Hitam - Datuk Ahmad Zaini Jaapar
Jitra - Datuk Aminundin Omar

*P.07 PADANG TERAP*
Dato' Seri Mahawangsa MAHDZIR bin KHALID
Pedu - kamanoriah inrahim (penampilan semula)
Kuala Nerang - Datuk Badrolhisham Hashim

*P.08 POKOK SENA*
Dato' SAID ALI bin SYED RASTAN
Bukit lada - Datuk Arifin Man
Bukit Pinang - Dr nawar
Derga - Dr Cheah Soon Hai

Jumlah calon ISLAM dalam PH untuk PRU14

Calon Islam dalam PH


BERSATU = 52/52
AMANAH = 27/27
PKR = 35/51
DAP = 5/35 *belom muktamad sebab umum tak habih lagi...

Total = 110 beragama islam

Jadi skrg mana dia hujah kata PH menurunkan calon bukan islam yg ramai... Dap kuasai negara.. Yg mana akan menggugat kestabilan dan negara... Malaysia diperintah oleh org kapiaq...

Mat Alishah

Monday, April 23, 2018

Mufti Perlis dahului senarai dilabel ‘pembenci tegar Pas’

 
Laman kumpulan Facebook penyokong tegar Pas, Buletin Istiqomah menyelar tujuh ahli akademik yang sebelum ini mengkritik parti tersebut sebagai golongan ‘pembenci tegar Pas’.

Menduduki senarai teratas adalah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin diikuti pensyarah fekah dan usul fiqh, Dr Rozaimi Ramle dan jurulatih debat Qatar Foundation, Ustaz Salman Ali.

Turut disenarai penganalisis Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Pengarah Akademik Yayasan Pendidikan Khalifah, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan penceramah Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

Tidak ketinggalan ‘disenaraihitam’ oleh penyokong Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini Pensyarah politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Agus Mohammad Yusoff.

“Senarai di atas itu adalah golongan pembenci tegar Pas. Anda hanya membuang masa anda, tenaga anda di Page mereka.

“Jika anda ingin mengkritik kenyataan mereka, buat posting baru secara baik, snap shot sahaja posting mereka dan kritik satu persatu secara ilmiah kenyataan mereka.

Apakah NASIB kepada BERSATU.& UMNO selepas masuk mahkamah!


Terkini ! Alhamdulillah.. jika benar berita yang diterima, Mahkamah buat sementara telah membatalkan perintah ROS membubarkan PPBM(Bersatu).. Mahkamah menolak bantahan Peguam Negara..

Ini bermakna, Bersatu boleh masuk ke kampung2..kawasan2 Melayu dengan pakaian PPBM,Bendera PPBM bagi merobek dan Mengahsut orang Melayu..malah bendera PPBM boleh dikibarkan dikawasan persendirian..Berita ini sudah pasti menakutkan Regim Najib dan UMNO..

Ada MT UMNO yang kecewa tidak terpilih calon nak tanding kerusi bebas

Kecewa tidak terpilih MT Umno tanding kerusi bebas
MALAYSIA DATELINE

Kecewa tidak terpilih MT Umno tanding kerusi bebas
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dijangka akan bertanding calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ekoran namanya tidak tercalon bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Batu Pahat.

Beliau dijangka akan melepaskan jawatan selaku Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) pada Khamis bagi membolehkan beliau bertanding dalam PRU14.

Melalui satu tulisan yang tersebar, keputusan Mohd Puad untuk bertanding calon bebas bukan bertujuan menentang Umno, sebaliknya sistem pemilihan parti yang dianggap sebagai tidak telus.

“Saya akan bertanding sebagai calon bebas untuk P150 Batu Pahat dan N24 Dun Senggarang.

“Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam Umno dalam memilih calon untuk PRU14. Pada hari Jumaat lalu saya menerima panggilan dari Datuk Azwan Ibu Pejabat (Umno) untuk menghadiri mesyuarat khas di Bilik Melaka PWTC 21 April, tetapi pada keesokan harinya saya menerima panggilan lain dari beliau meminta saya supaya tidak hadir. Kemudian hanya saya tahu bahawa Ketua Wanita saya ada di PWTC.

Pas sukar jadi 'king'


SHAH ALAM - Hasrat Pas untuk menjadi ‘king’ di peringkat Persekutuan dan Selangor diramal sukar pada PRU14 memandangkan terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira selain jumlah kerusi yang ditandingi.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, Pas bertanding di banyak kerusi pada PRU14 kerana menganggap mereka akan menjadi ‘King’.

“Pas boleh teruskan angan-angan itu, realitinya mereka tidak lagi bersama Harapan pada PRU kali ini menyebabkan jenteranya tidak lagi sekuat PRU13.

“Sokongan pada PRU14 nanti sudah pasti berbeza kerana Pas tidak lagi disokong oleh pengundi-pengundi dari Harapan, saya ramal Pas tidak akan jadi ‘king’,” katanya.

Jeniri berkata, pendekatan Pas mengemukakan calon dari pelbagai latar belakang seperti selebriti, pemuda, Muslimat dan dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sebagai satu strategi yang baik untuk imej Pas menghadapi PRU14.

Beliau berkata, calon-calon yang diketengahkan Pas kali ini dilihat dapat mengubah sedikit persepsi terhadap Pas yang sebelum ini terkenal sebagai sebuah parti politik yang berlatar belakang agama.

Sudah bertahun BN janji nak bina HOSPITAL PENDANG, mai PRU14 janji lagi..!!

Kerja pembinaan hospital Pendang bermula 7 Mei

 Kerja pembinaan hospital Pendang bermula 7 Mei
PENDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa kerja pembinaan hospital Pendang bakal bermula pada 7 Mei nanti.

Najib berkata, keputusan ini bukanlah agenda politik BN bagi menggaburi mata rakyat Pendang.

Katanya, ini adalah satu sumbangan kepada rakyat Pendang yang sudah lama menanti kemudahan sebuah hospital.

"Saya bersyukur kerana berpeluang melancarkan projek hospital ini kerana sudah lama dinanti rakyat Pendang.

"Saya tak nak datang Pendang dengan tangan kosong dan ini adalah buah tangan buat rakyat Pendang," katanya.

Menurutnya, beliau tidak mahu melancarkan projek ini selagi pelantikan kontraktor belum dilakukan.

"Saya takut orang tak percaya, saya takut orang kata ini agenda politik.. namun kini kontraktor sudah dilantik dan kerja pembinaan akan dimulakan pada 7 Mei nanti.

BN kata bolasepak Kedah & KFA akan hancur tanpa pengaruh politik

KFA akan hancur tanpa pengaruh politik
SANGLANG - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan hancur tanpa penglibatan orang politik dalam persatuan itu.

Naib Presidennya, Datuk Othman Aziz berkata, pembabitan orang politik dan kerajaan dalam KFA adalah bagi membantu mencari dana persatuan untuk membiayai kos pengurusan yang kini mencecah RM30 juta setahun.

Katanya, sesebuah pasukan itu memerlukan dana untuk mencari pemain hebat dan tampil cemerlang dalam setiap perlawanan.

“Sebab itu kita gunakan pejabat menteri besar untuk cari dana dan dalam perlembagaan KFA automatik menteri besar jadi presiden KFA sebab dialah (menteri besar) tempat kita bergantung,” katanya ketika mengulas tawaran Pakatan Harapan Kedah yang berjanji mahu menilai penglibatan orang politik dalam pentadbiran KFA sekiranya mendapat mandat mentabdir negeri ini pada PRU14.

Menurutnya, tanpa bantuan kerajaan negeri, pasukan bola sepak akan mundur.

Sunday, April 22, 2018

‘Mengapa Mahathir’ jelaskan keutamaan untuk selamatkan negara

ABU ASHRAF

‘Mengapa Mahathir’ jelaskan keutamaan untuk selamatkan negara
Mendekati Pilihan Raya Umum ke-14, kekeliruan sebenarnya masih pekat menguasai minda sesetengah peminat politik dan pengundi.

Ahmad Lutfi Othman yang uzur juga tidak betah berdiam diri untuk menulis bahan bacaan sebagai pengukuh kepada kempen Pakatan Harapan.

Lutfi menyusun bacaan penting yang boleh dirujuk untuk menangani kekeliruan dalam kalangan pengundi.

Buku terbarunya berjudul Mengapa Mahathir? Dengan tajuk kecil, dan impian Pas menjadi kingmaker dalam PRU14. Booklet ini diterbitkan sebulan selepas beliau menyiapkan buku setebal 525 halaman, berkaitan Parti Amanah Negara.

Lutfi tahu dalam kalangan rakyat, ada yang masih keliru, tidak tahu siapa harus diundi. Mengundi Barisan Nasioanal bermakna mengekalkan penindasan dan pembodohan ke atas rakyat lagi lima tahun.

Mengundi Pas pula seperti menghantar pasu bunga yang tidak pasti apa yang mahu diperjuangkan melainkan agenda Islam dalam kerangka yang cukup sempit.

Dan jika mengundi Pakatan Harapan, bermakna mereka mahu berketuakan seorang ‘diktator’ tua yang pernah menerajui kepimpinan negara selama 22 tahun dahulu.

Umno parti politik yang tidak sah selepas 19.04.2018


PEGUAM VETERAN


Saya ingin mengulas sedikit tentang perkara ini kerana ianya ialah satu isu awam yang amat penting.

Isu ini penting kerana dua sebab, yakni:

i) Umno ialah sebuah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan tunggak kerajaan kita. Oleh kerana itu, isu ini memberi kesan kepada Malaysia sebagai sebuah negara dan kepada semua rakyat Malaysia sebagai golongan yang diperintah oleh kerajaan.

ii) Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Societies – RoS) sering sekali mengambil tindakan terhadap pertubuhan-pertubuhan yang tidak mengikut undang-undang ataupun perlembagaan mereka. Contohnya, DAP – di dalam kes DAP RoS dengan teliti sekali menjalankan tugasnya untuk memastikan pilihan pegawai-pegawai DAP adalah sah. Pada masa ini pula RoS dengan tekun sekali mentelaah perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk memastikan parti itu mengikut undang-undang dan perlembagaannya. Saya merasa amat bangga dengan keterlitian dan ketekunan RoS menjalankan tugas-tugasnya. Syabas.

Isu Umno ialah : bilakah Umno sepatutnya memilih ahli Majlis Tertinggi mereka, termasuklah jawatan Presiden, Naib Presiden, Timbalan-timbalan Presiden dan sebagainya.

Isu ini penting kerana umum mengetahui bahawa Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden akan menjadi Timbalan PM dan sebagainya.

‘Undi Pas sama dengan undi BN, undi BN sama dengan undi Jho Low’

Rakyat yang mahukan perubahan diingatkan tidak memangkah lambang bulan atau dacing di kertas undi pada 9 Mei ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, mengundi Pas atau Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 sama sekali tidak menguntungkan rakyat.

“Rugi kalau undi Pas. Undi ini sama dengan undi BN.

“Ini bukan satu pilihan,” tegasnya sambil menunjukkan logo Pas pada paparan skrin.

Beliau berkata demikian dalam ceramah Jelajah Felda Selamatkan Felda di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol, Negeri Sembilan malam tadi.

Sejurus itu, lambang dacing kemudiannya terpampang spontan mengundang sorakan ‘booo’ kira-kira 10,000 hadirin.

Jeling pun jangan logo bulan dan dacing ini, kata Saifuidn Nasution.

Saturday, April 21, 2018

Benarkah pengundi Melayu semakin berani dalam PRU14 kali ini?

Mungkin terlalu awal untuk membuat ramalan tentang keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-14 tetapi tanda-tanda kegelisahan rakyat semakin jelas dirasai. Dan ia bukan semata-mata kerana ramainya orang Melayu menghadiri ceramah-ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN).

Dalam dunia media sosial, di kalangan orang Melayu yang biasanya bertumpu kepada hal-hal sosial, hiburan dan agama, kini ia dipenuhi dengan komen-komen politik.

Isinya agak mengejutkan. Walaupun masih ada yang sarat dengan momokan kaum dan agama, banyak juga yang menyuarakan hasrat untuk mengubah kerajaan. Penghuni alam media sosial Melayu seperti sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pendirian politik mereka secara terbuka.

Apakah ini fenomena baru? Atau sesuatu yang memang terbuku sejak sekian lama di sanubari rakyat, khususnya orang Melayu?

PAS ambil alih kerja UMNO, Hadi sudah setaraf Annuar Musa


PAS hilang arah dalam musim kempen pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini bilamana secara terang jadi perkakas UMNO-BN menyebar dakyah karut marut memburukkan DAP supaya rakyat menjauhi parti cap roket ini.

Kita juga hairan, entah mengapa pada kali ini, PAS berubah nada bertukar warna – PAS sekarang bukan PAS yang dulu, berahi menjatuhkan kleptokrasi UMNO dalam pilihan raya sudah terbantut. Gerak tindak PAS saat ini malah mengukuhkan lagi penguasaan parti yang bukan sedikit terpalit najis rasuah itu sehingga mahsyur diseluruh ceruk dunia.

Yang tak berubah adalah nasib DAP – bukan tentang menang atau tidak kerusi yang dipertaruh tetapi terus menjadi kambing hitam mangsa pelbagai dakwaan palsu sentimen perkauman, bertujuan menakut-nakutkan rakyat Malaysia khususnya pengundi Melayu.

Jika PRU13, tentera upahan dan pencacai UMNO-BN giat menyebar dakyah palsu mengaitkan Lim Kit Siang anti-Islam, anti-Melayu, komunis, pencetus tragedi 13 Mei 1969, mahu Malaysia menjadi negara Kristian dan segala macam tuduhan subversif palsu; kini tugas itu digalas oleh pemimpin PAS sendiri.

Tiada faktor ‘wow’ dalam lawatan Najib ke Kukup

Kehadiran Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak ke kawasan Kukup menjadi perhatian penduduk kampung di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Namun apa yang dinantikan oleh penduduk kampung ternyata hampa apabila kehadiran Najib tidak mendatangkan apa-apa perubahan yang besar di kawasan ini.

Menurut bakal calon Pakatan Harapan (PH) DUN N56 Kukup, Suhaizan Kaiat berkata bantuan yang diberikan ketika Najib hadir di Kukup tidak menyeluruh.

“Najib mengecewakan pemimpin tempatan kerana apa yang dimahukan oleh mereka sepertinya tidak direalisasikan oleh Najib.

“Faktor ‘Wow’ yang dinantikan ternyata tidak wujud. Ternyata fokus kepada pembangunan di bahagian barat daya Johor ini tidak ada apa-apa yang menarik.

“Apa yang diminta oleh Umno Bahagian dan Menteri Besar Johor untuk Tanjung Piai ini majoritinya tidak ditunaikan malah penduduk teramai di Kukup ini tidak mendapat hasil dari apa yang diberikan.

Saya akan guna gelaran ‘Datin Seri’ selepas ini, Izzah beritahu Rosmah

https://www.beritadaily.com/wp-content/uploads/2016/09/nurul-izzah.jpg

Naib presiden PKR itu memohon maaf dan menerima teguran isteri perdana menteri itu sebagai kritikan membina.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memohon maaf kepada isteri perdana menteri kerana tidak menghormatinya sebagai orang tua dan beliau menerima teguran Datin Seri Rosmah Mansor sebagai kritikan membina.

Beliau berjanji akan menggunakan gelaran “Datin Seri” kepada Rosmah selepas ini.

“Saya sudah memohon maaf sekiranya saya mengguris hati Datin Seri Rosmah.

“Seingat saya, saya cuba untuk menggunakan gelaran ‘Datin Seri’ dan segala kritikan membina, maklum balas serta komentar saya berdasarkan pendirian prinsip keadilan, bukannya serangan peribadi,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, Rosmah menyuarakan kekecewaannya terhadap Izzah yang dianggap anaknya, tetapi tidak menghormatinya sebagai orang tua dan memfitnah serta mengkritiknya di media sosial.

Katanya, beliau mengenali anak sulung bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sejak kecil lagi, tetapi kecewa dengan sikap Izzah yang tidak menghormati orang tua dan disifatkannya tidak layak menjadi pemimpin.

16 ahli Umno mohon mahkamah bubar parti

Ho Kit Yen

Enam belas ahli Umno itu mendakwa parti berkenaan melanggar perlembagaan sendiri kerana gagal mengadakan pemilihan sejak 2013.

KUALA LUMPUR: Seramai 16 ahli Umno dari 5 negeri memfailkan semakan kehakiman bagi memohon parti itu dibubarkan atas dakwaan gagal mengadakan pemilihan sejak 2013.

Dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan hari ini, 3 minggu menjelang pilihan raya umum ke-14, kumpulan itu mendakwa kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk Umno menangguhkan pemilihannya ke tahun depan melanggar perlembagaan parti itu.

Sehubungan itu, kumpulan yang diketuai Ketua Umno Cawangan Seri Merpati Pandan Indah, Salihudin Ahmad Khalid, itu memohon perintah mahkamah mengisytiharkan kelulusan JPPM itu sebagai tidak sah.

“Di bawah perlembagaan kami, pemilihan parti hanya boleh dilanjutkan sehingga 54 bulan,” katanya sambil menambah pemilihan Umno terakhir diadakan pada Oktober 2013.

Umno langgar perlembagaan

Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim
MALAYSIADATELINE

https://i.ytimg.com/vi/w4ze12eFEYY/maxresdefault.jpg
Veteran Umno Tan Sri Rais Yatim menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.

Veteran Umno itu berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan memohon pengisytiharan mahkamah mengenai perkara itu.

“Itu bukan kerja saya tapi saya fikir yang bertauliah dalam soal ini ialah (anggota) Majlis Tertinggi (Umno).

“Pemimpin-pemimpin besar Umno yang berjawatan sekarang tidak boleh berdiam diri. Mereka harus mendapatkan panduan perundangan yang tepat dan jitu.

“Saya beranggapan jika Umno Pusat tidak membuat pilihan ini, mereka akan akan dianggap sebagai mengambil remeh persoalan perlembagaan Umno.

“Perlembagaan sudah jelas, mati tempohnya April ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Pas tidak berani tanding semua kerusi P.Pinang

Pas tidak berani tanding semua kerusi P.Pinang
Setelah sekian lama menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, Pas sepatutnya berani untuk mencabar dan bertanding lebih banyak kerusi Dun dan Parlimen di negeri ini.

Namun begitu apabila Pas mengumumkan hanya akan bertanding di 6 kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dun memperlihatkan mereka mensasarkan hanya kerusi yang didominasi oleh pengundi Melayu.

Sebaliknya dakwaan mereka sebelum ini untuk menentang DAP tidak kesampaian secara total.

Persoalan yang timbul kenapa mereka tidak bertanding kesemua kerusi di Pulau Pinang sedangkan sebelum ini mereka sering melaung-laungkan akan menentang Dap bermati-matian.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil ketika ditemui semasa turun padang menyantuni penduduk dalam kawasan Dun Permatang Pasir pagi tadi.

Jelas beliau lagi, hak demokrasi Pas untuk bertanding dimana-mana kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 sememangnya dihurmati.

Friday, April 20, 2018

Mulai hari ini Umno adalah ‘hantu jembalang’, kata peguam AMANAH

HUSIN MAHA

Mulai hari ini Umno adalah ‘hantu jembalang’, kata peguam AMANAH
Seksyen 13A(4) Akta Pertubuhan 1966 tidak memberi kuasa kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menangguhkan pemilihan Umno kerana peruntukan itu hanya dikhususnya untuk perkara-perkara berkaitan pentadbiran RoS.

Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) AMANAH Mohamed Hanipa Maidin berkata, bergantung bulat-bulat ke atas seksyen tersebut untuk menangguhkan pemilihan Umno tanpa membaca dan memahami betul-betul kehendak seksyen 13A(4) adalah “amat tidak cerdik”.

“Seksyen 13A(4) bukan seksyen yang bagi cek kosong kepada RoS untuk suka- suka bagi lanjutan masa. Yang itu kena faham dulu.

“Nak faham kehendak seksyen 13A(4), kita kena lihat dan baca juga seksyen 13A (1) dan (2) Akta yang sama. Jika tidak, kita akan ‘sesat’,” jelas beliau.

Hanipa mengulas tindakan RoS memberikan lanjutan masa kepada Umno bagi mengadakan mesyuarat pemilihan yang sepatutnya dilaksanakan semalam.

Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim

Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim
Veteran Umno Tan Sri Rais Yatim menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.

Veteran Umno itu berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan memohon pengisytiharan mahkamah mengenai perkara itu.

“Itu bukan kerja saya tapi saya fikir yang bertauliah dalam soal ini ialah (anggota) Majlis Tertinggi (Umno).

“Pemimpin-pemimpin besar Umno yang berjawatan sekarang tidak boleh berdiam diri. Mereka harus mendapatkan panduan perundangan yang tepat dan jitu.

“Saya beranggapan jika Umno Pusat tidak membuat pilihan ini, mereka akan akan dianggap sebagai mengambil remeh persoalan perlembagaan Umno.

“Perlembagaan sudah jelas, mati tempohnya April ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Rais yang juga seorang peguam berkata, adalah jelas bahawa Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya, hari ini, iaitu 19 April.

Pemilihan parti terakhir adalah pada 19 Oktober 2013.

Pas akui terima RM1.5 juta tetapi dakwa ia derma, bukan dari Umno

MALAYSIA DATELINE


Zuhdi mengesahkan Pas terima wang tetapi ia wang derma bukan dari Umno.

Selepas dicabar mendedahkan akaunnya pada 23 Mac 2018 bagi membukti Pas tidak menerima wang dari Umno, Pas hari ini mengaku menerima duit itu tetapi ia adalah derma individu kepada Pas bukannya dari Umno.

AJK Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dalam wacana di Sinar Harian hari ini mengesahkan Pas menerima wang pada tarikh itu.

“Bekas pemimpin Pas mendakwa kita menerima RM1.5 dan satu juta dalam bank.

“Sebenarnya ini adalah derma, derma dari individu, bukan dari Umno. Bukan dari pejabat Umno.

“Sebab itu kita ucapkan terima kasih kepada orang yang derma itu. Lepas ini kalau ada yang mahu menderma RM5 juta, ahlhamdulillah,” kata Zuhdi yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) dalam program anjuran Sinar Harian hari ini.

Thursday, April 19, 2018

Tiga minggu tidak berubah bukti harga bahan api boleh distabilkan

Tiga minggu tidak berubah bukti harga bahan api boleh distabilkan

Pemuda Pakatan Harapan yakin kerajaan berkuasa untuk memastikan harga minyak dapat distabilkan setelah tiga minggu harga petrol dan diesel dapat dikekalkan.

“Masuk minggu ini, telah tiga minggu berturut-turut harga bahan api kekal pada kadar RM2.20 (RON95), RM2.47 (RON97) dan RM2.18 (diesel).

“Situasi ini membuktikan bahawa wujud mekanisme bagi membolehkan harga bahan api stabil, walau sebelum ini Kerajaan Persekutuan seakan-akan tidak menjumpai mekanisme ini hingga harganya turun dan naik dengan tidak menentu.,” ujar Pengarah Mobilasi Pemuda PH Malaysia.

Shazni Munir Mohdd Ithnin (foto) yang juga Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu turut berkata, kerajaan sementara kini terpaksa menstabilkan harga bahan api bagi mengekang kemarahan awam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Setelah 16 tahun tabur janji, Najib akhirnya rasmi pecah tanah Hospital Pendang

Setelah 16 tahun tabur janji, Najib akhirnya rasmi pecah tanah Hospital Pendang
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bakal merasmikan majlis pecah tanah Hospital Pendang pada Ahad ini walaupun sejak pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pendang pada 2002, kerajaan BN sudah berjanji untuk membina sebuah hospital baharu di daerah itu.

Majlis pecah tanah menjelang 17 hari hari membuang undi PRU14 itu diberitahu Setiausaha BN Kedah, Datuk Md. Rozai Shafian di Facebook.

Status atas nama Md Rozai Shafian itu tular di media sosial namun diselar dan disindir ramai netizen.

“Persiapan tapak Hospital Pendang untuk Perasmian Majlis Pecah Tanah oleh YAB Perdana Menteri pada 220418 (Ahad),” catat Rozai di Facebook semalam.

Lagi 17 hari membuang undi PRU14, Najib Razak akan rasmi maasjli pecah tanah Hospital Pendang yang lama tertangguh.

Wednesday, April 18, 2018

‘PRU14, hanya BN vs Harapan, Pas kalah teruk’

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
SHAH ALAM - Medan PRU14 hanya akan menyaksikan pertarungan sengit antara BN dan Pakatan Harapan (Harapan).

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yussoff, berkata sementara itu Pas dijangka akan mengalami kekalahan yang teruk.

“PRU 14 akan hanya menyaksikan persaingan sengit antara BN dan Harapan sahaja, Pas adalah parti yang akan kalah teruk dalam PRU ini.

“Kerajaan Pas akan jatuh di Kelantan. Alasan kenapa saya berpandangan sedemikian telah saya hujahkan dalam kenyataan saya sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Dalam pada itu, beliau menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang memburukkan peribadi pemimpin tertentu.

“Tetapi, untuk saya memburukkan peribadi pemimpin, melibatkan pencen dan lainnya, itu bukanlah sesuatu yang saya akan sebut dan nyatakan,” katanya.

Nurul Izzah menang saman fitnah RM1 juta

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menang dalam kes saman fitnahnya terhadap anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung pertemuannya dengan 'puteri Sulu' Jacel Kiram.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Ismail dan Khalid masing-masing membayar RM600,000 dan RM400,000 kepada penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaluddin turut mengarahkan mereka membayar kos berjumlah RM80,000, dan membenarkan injunksi melarang mereka mengulangi perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.

Faizah berkata, Khalid telah memfitnah Nurul Izzah ketika beliau dalam satu acara di masjid Bukit Aman pada 22 Mei 2015 memberitahu hadirin bahawa Nurul Izzah bertemu dengan musuh negara yang membunuh anggota keselamatan.

Bagi Ismail Sabri (gambar) pula, Faizah berkata beliau membuat fitnah pada hari sama dalam majlis berkhatan anjuran Umno Bahagian Bera. Ismail Sabri adalah ketua Umno Bahagian itu.

Antara DR.M pemfitnah atau ANWAR peliwat?

DR M PEMFITNAH ATAU ANWAR PELIWAT?


Soalan ini sekarang dimainkan oleh cybertrooper Parti yang mengatakan mereka pejuang Islam. Suatu masa depa kata jangan dibangkitkan fitnah yang sedang tidur. Dalam masa yang lain depa bukan saja bangkitkan fitnah yang sedang tidur, sebaliknya depa menari-nari dengan fitnah yang depa sendiri bangkitkan.

Bila depa diserang, depa kata depa difitnah kiri kanan depan belakang atas bawah tapi bla depa berseronok dengan fitnah, semuanya halal atas nama depa pejuang parti berteraskan Islam.

Aku ada terbaca bahawa Anwar sendiri tidak pernah mendendami Tun M atas apa yang berlaku. Kalau pun Anwar tidak memaafkan atau melupakan, kebersamaan Anwar dan Tun M sekarang adalah untuk sesuatu yang lebih besar antara depa berdua. Nasib dan masa depan Malaysia lebih besar.

Adakah Tun M pemfitnah? Jika bukan, adakah Anwar peliwat?

Pergolakan, pertembungan antara Anwar dan Tun dimulakan episod liwat. Tun memecat Anwar atas alasan Anwar tidak baik antaranya kerana liwat. Anwar dipecat dan kemudiannya didakwa di Mahkamah. Adakah Anwar disabitkan bersalah kerana liwat ketika itu? Jawapannya tidak. Anwar dibebaskan oleh Mahkamah. Anwar dipenjara bukan kerana liwat! Itu fakta.

'PAS mungkin kalah teruk, hilang Kelantan'

 
Penganalisis politik Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff meramalkan pilihan raya kali ini sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

PAS pula, menurutnya, akan kalah teruk dan malah kemungkinan besar akan kehilangan Kelantan.

"PAS adalah parti yang akan kalah teruk dalam PRU ini (dan) kerajaan PAS akan jatuh di Kelantan.

"Alasan kenapa saya berpandangan sedemikian telah saya hujahkan dalam kenyataan saya sebelum ini," katanya di Facebook hari ini.

Tidak dapat dipastikan kenyataan terdahulu yang dirujuknya sebagai hujah kepada prestasi buruk PAS pada PRU ke-14.

Namun pada 21 April 2017, beliau menyenaraikan sebab Umno mampu merampas negeri itu, iaitu kegagalan kerajaan PAS mengatasi masalah rakyat dan membangunkan negeri serta pemimpin Umno yang lebih peka dan kedudukan kewangan parti itu yang lebih kukuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...