Oleh: Muhammad Najib
“Bodoh kerajaan, aku pandai?”
Selepas beritahu bahawa Filipina tak sekat penerbangan atau pelancong dari China, cuma yang spesifik dari Wuhan saja dan ini sama seperti apa yang Malaysia buat, ramailah melompat cakap aku bodoh.
Ya, memberikan fakta sebenar adalah bodoh tapi sebar benda palsu adalah bijak zaman sekarang ni.
1. HABIS TU YANG FILIPINA HANTAR 500 PELANCONG CHINA BALIK TU APA DIA?
Ada baca berita tak? Yang hampir 500 dihantar pulang itu adalah mereka yang naik penerbangan dari Wuhan hanya beberapa jam sebelum kerajaan China isytihar 'lockdown'. Sebab mereka terlepas dari Wuhan, mereka dihantar pulang. Kita di Malaysia memang sudah sekat penerbangan dari Wuhan, tak kisahlah keputusan dari kerajaan atau syarikat penerbangan sendiri.
Tetapi, penerbangan dan pelancong China dari bandar lain boleh saja terbang masuk ke Filipina, tertakluk pada saringan kesihatan di lapangan terbang. Benda yang sama sahaja kita buat di Malaysia juga.
2. MANA KAU TAHU ADA KAPAL TERBANG CHINA MASIH BOLEH MASUK FILIPINA?
Main Facebook je pandai kau ni. Google lah. Zaman sekarang semua lapangan terbang antarabangsa ada sediakan informasi 'arrival' dan 'departure' mereka. Dari situ saja boleh nampak bersepah penerbangan dari China mendarat di Filipina dan banyak lagi negara lain.
Nah cth hgpa buka flightaware.com kat situ satu dunja punya perjalanan kapal terbang dok ada.