HARAPAN TERBUKA BAHAGIAN I
Tuan-tuan dan Puan-puan rakan-rakan dalam Pejuang.
Untuk PRU15 akan datang Tun M bukan lagi sandaran. Masa Tun sudah berlalu. Biarlah Tun berehat walau pun Tun berhajat untuk terus berkhidmat hingga akhir hayat. Ada masa kita perlu tahu kesiankan pada orang lain yang kita jadikan tempat bergantung harap.
Tun sudah buat semampu beliau untuk negara sebelum dan selepas PRU14. Cukup-cukuplah bergantung dan bergayut pada kekuatan Tun yang sudah hampir sampai ke penghujung. Bukan membuang Tun tetapi menghargai Tun dengan berikan keyakinan kepada Tun bahawa anda semua sudah bersedia berbekalkan segala didikan Tun.
Seperti kita dalam keluarga. Dari kecil bergantung pada Ayah. Apabila ayah sudah uzur, jangan kita berterusan bergayut pada ayah, gunakan kudrat kita dengan segala panduan dan nasihat ayah. Ayah akan lebih bahagia melihat anak-anak sudah bersedia daripada terus bergantung pada Ayah.