Sunday, December 13, 2020

Kisah ULAT PARKING DI KUALA KEDAH yang tak ada kesudahan setiap tahun kerja menipu..!


Copy FB : VideoViral Malaysia

👇 👇 👇 👇 👇 👇 👇

Ulat Parking Kuala Kedah Semakin Menjadi-Jadi

Kepada sesiapa yang berhajat bercuti di Langkawi pada musim puncak seperti musim cuti sekolah atau pada bila2 masa sila berhati2 dgn ulat parking di KUALA KEDAH...


Jangan terlampau percaya dengan pertolongan parking dari budak2 parking Kuala Kedah yg menaiki motor samada memakai vest parking atau tidak..

Modus operandi mereka akan menghampiri kereta dan menawarkan khidmat parking di jetty.


Mereka berlakon seperti orang baik membantu mangsa memindahkan bag ke jeti dan memberi kata2 manis tetapi sebenarnya ada helah disebalik itu.

Jawapan MB KEDAH Kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


1. Tiada sesiapapun yang dapat menafikan bahawa sumber air yang mengalir dalam Sungai Muda bermula di ‘hulu’ Sungai Muda, iaitu di dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda, negeri Kedah Darul Aman.


2. Sumber air tersebut berasal dari kawasan tadahan air yang memerlukan pengekalan dan kelestarian kawasan tersebut untuk menjamin bekalan air yang mencukupi kepada 4.06 juta rakyat Kedah, Perlis & Pulau Pinang.


3. Ini bermaksud, sumber air tersebut berpunca dari kawasan tadahan yang melibatkan sebahagian besar tanah dalam wilayah Negeri Kedah, sebelum mengalir menerusi Sungai Muda merentasi Kedah, melewati negeri Pulau Pinang sebelum memasuki Selat Melaka. 163,000 hektar tadahan itu memerlukan pemuliharaan, tidak diusahakan dengan aktiviti ekonomi yang mengubah rupa bumi dan fungsinya. 

Sejak bila pulak PH angkat Shafie Afdal jadi penasihat PH?


 PH PERLU KETEPIKAN PIHAK LUAR YG SUKA BICARA SOAL TITIK BENGIK.

1) JIKA masih bersisa keazaman mahu selamatkan gabungan ini menuju PRU15, PAKATAN HARAPAN harus maju kehadapan tanpa pihak-pihak yg suka membicarakan soal titik bengik dan kebencian mereka kpd DSAI, Pengerusi PH. Mereka ini hanya mahu mengganggu gugat kesatuan PH supaya mereka boleh "Hijack" mcm dulu. Berhentilah bersangka baik dgn pengkhianat konsensus dan perjanjian PH yg dimeterai sejak sebelum PRU14. PH harus belajar dari kesilapan lalu. 


2) YAKINLAH...Selain PKR, DAP dan Amanah, TIADA PIHAK yg BENAR-BENAR faham erti #Setaikawan atau menghayati semangat Muafakat dan Kerjasama Tulen sebuah keluarga besar Pakatan Harapan. Kebersamaan Pakatan ini bermula dari Pilihanraya 1999 (PRU10) sangat berharga dan tidak sesekali boleh difahami oleh PARTI bekas-bekas penyangak dan penyamun kecuali yg benar-benar berubah dan bertaubat. "Slim chances".

Pegawai MB Kedah bagi idea cara nak alihkan Sg Muda yang jadi pertikaian ketika ini..



Bukan susah pun nak alih aliran Sungai Muda!

Dalam catatan sejarah Negeri Kedah, Sungai Muda yang jadi sempadan Kedah - Pulau Pinang (sempadan di tengah sungai) hari ini, sebahagian laluannya yang ada sekarang adalah terbentuk daripada pengorekan (buatan manusia), bukan semulajadi.

Dalam buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah tulisan Muhammad Hassan Dato’ Kerani Arshad, halaman 15, dinyatakan bahawa kali pertama kerja pengorekan dilakukan ketika era pemerintahan Sri Paduka Maharaja Kerma.

Laluan baharu itu dikorek bermula dari Permatang Pasir berhampiran Kota Arong Arongan (Kota Kuala Muda hari ini).

Tujuan sungai baharu itu dibentuk adalah bagi memudahkan urusan orang ramai kerana fungsi sungai sebagai pengangkutan utama sedangkan Kota Arong Arongan asalnya berjarak jauh dari sungai atau laut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...