Tuesday, January 9, 2024

KENAPA ADA PUAK YANG BEGITU PULUN NAK TEBUK ATAP?


 Semalam aku balik puncak alam, selain dari melawat homestay kami, aku turut sertai mesyuarat politik dengan kawan-kawan LTL.

Grup yang ditubuhkan pasca langkah sheraton .

Maklumat yang kami dapat, langkah Dubai ni memang wujud.

Tapi keterdesakan untuk ambil alih kerajaan tu bukan sebab tempoh YDPA al Sultan Abdullah akan tamat...atau lebih tepat sebelum Sultan Johor ditabal jadi YDPA...

Bukan....sebab Sultan Abdullah sendiri memang tidak akan layan puak tebuk atap ni..

Baginda pun nak bersara dengan damai.

Keterdesakan ini kerana untuk mengelak mereka didakwa dan harta yang mereka ambil secara salah sejak 30 lalu disita kerajaan. 

Anwar Ibrahim sendiri dikatakan malas nak ganggu Tun yang sudah tua tersebut.

Tapi Tun dan puak kartel marah dengan tindakan Kerajaan PerPADUan yang baru-baru ini mendenda kartel ayam hampir setengah billion atau lebih tepat RM415 juta.

FAHAM ATAU BUAT TAK FAHAM - ANTARA SD DENGAN AKTA LOMPAT PARTI..


SD SD SD SD SD SD SD....

TPM 1 DSZH mengatakan SD tidak lagi terpakai dalam pembentukan kerajaan kerana negara kita telah ada akta anti lompat parti.

Tapi MP Pasir Mas berkata sebaliknya.

Siapa yang benar??

Baik, lihat fakta ini.

1. Sejurus PRU-15, PN telah mengumpul SD untuk membentuk Kerajaan, dengan bantuan Speaker Parlimen TS Azhar Harun, senarai SD dihantar melalui e-mail pada malam pilihanraya kepada pihak istana.

2. Penasihat undang-undang telah menasihati Tuanku bahawa SD tidak boleh digunakan kerana adanya akta lompat parti yang diluluskan parlimen.

3. Disebabkan tiada parti yang mencapai majaroti mudah, maka pembentukan kerajaan perlulah kerjasama parti politik melalui enbloc. 

4. Bagi menghormati suara rakyat, gabungan parti yang paling banyak memiliki kerusi parlimen dipilih untuk mengetuai kerajaan. Maka mandat diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk berunding membentuk kerajaan. 

5. Selain itu, YDPA juga memainkan peranannya dengan menitahkan agar semua parti menyertai Kerajaan Perpaduan yang bakal diketuai oleh parti yang paling banyak mendapat kerusi, tidak lain tidak bukan ialah PH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...