Thursday, February 22, 2018

Ahli PAS minta polis siasat bukti partinya terima duit Umno


Zulkifli Sulong


Ahli PAS minta polis siasat bukti partinya terima duit Umno
Ahli PAS terbabit berkata, dakwaan parti Islam itu menerima duit daripada Umno adalah satu pembohongan untuk menjatuhkan kredibiliti parti politik itu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Februari, 2018.

SEORANG ahli PAS membuat laporan polis selepas Naib Presiden Amanah, Husam Musa mendakwa beliau ada bukti rakaman yang mendedahkan PAS mengambil duit dari Umno dan menjalin kerjasama politik dengan parti itu.

Ibrahim Harun membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, Kuala Terengganu semalam berdasarkan tulisan seorang pengguna Facebook yang memetik kenyataan Husam mengenai perkara tersebut.

Dalam satu ceramah di Kota Bharu minggu lalu, Husam dilaporkan berkata: "PAS sudah ambil duit Umno termasuk dalam pilihan raya negeri Sarawak. Saya ada bukti dan rakamannya. Jangan risau."

Husam membuat dakwaan itu semasa berceramah di Kota Bharu 18 Februari lalu.

Tanah ljok: Siapa yang sebenarnya terdedah?

Dr Dzulkefly Ahmad


ULASAN l Serangan Umno-BN dan Tan Sri Khalid lbrahim terhadap Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali atas isu penyelesaian projek terbengkalai di mukim Ijok telah pun mendedahkan kebobrokan Umno sendiri dan kelemahan serta kegagalan Khalid ketika mentadbir Selangor dahulu.

Pandangan pemerhati, lebih baik Umno diam sahaja dan Khalid tidak ambil kesempatan. Hari ini kedua-dua didedah 'pekung' masing-masing kerana gelagat buruk sendiri.

Umno melalui Pengarah Strategi dan Komunikasi BN Rahman Dahlan telah mula menembak pihak kerajaan negeri sejurus menteri besar merasmikan majlis memeterai perjanjian pemilikan antara peneroka Alam Mutiara dan Alam Utama (fasa 2 dan 3) dengan Paragon Pinnacle, pada 11 Februari lalu di Stadium tertutup Kuala Selangor.

Jelasnya Rahman tidak faham susur-galur cerita sebenarnya dan jauh lagi untuk memahami 'global formula' yang bersifat 'menang-menang' untuk semua pihak termasuk peneroka pemaju yang diguna pakai kerajaan negeri.

Apakah Rahman tidak ada pengetahuan bahawa sebahagian besar tanah peneroka yang diberikan pada tahun 1987 di bawah Rancangan Hijau Bukit Cherakah diambil kembali oleh kerajaan negeri BN dalam tahun 1999-2001?

Peneroka dijanjikan bayaran pampasan RM180,000 seorang dan sebuah rumah berharga RM180,000.

DIKALA HADI SIBUK NAK SERANG PERMATANG PAUH, TUN M AKAN GEMPUR PEKAN HUJUNG BULAN INI

 https://i1.wp.com/s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2018/02/mahathir-pakatan-harapan-ph-malaysia.jpg?resize=648%2C369
PEKAN, adalah satu2nya kawasan yang jarang diusik oleh Pembangkang. Ini kawasan kubu kuat PM, Najib yang mana kawasan ini telah di'pagar' serapi2nya agar Pembangkang tidak boleh masuk ke sini. Namun, belum tercatat sejarah di Pekan, Umno/Bn menang tidak bertanding di situ. Aku teringat sebelum PRU13 yang lalu, Pekan pernah digempur oleh Anwar di dalam jelajahnya ke Pahang. 

Di dalam programnya, di dalam satu hari ada tiga program Anwar di Pahang bermula di Lanchang di sebelah petang, kemudiannya bergegas ke Taman Seri Mahkota Jaya, Bt 11, Paya Besar , Kuantan untuk berceramah di mana sekitar 7 Ribu memenuhi padang taman tersebut. 

Selepas berceramah di situ, beliau telah bergegas ke kawasan Pekan pula untuk ceramah terakhirnya. Aku waktu itu terlibat sebagai anggota keselamatan mengiringi kenderaan beliau untuk ke Pekan. Ceramah di Pekan diadakan di Markas PAS, Kg.Mengkasar berhampiran dengan pintu masuk utama ke bandar Pekan. Akibat kesesakan jalan yang teruk, di mana terdapatnya sekatan jalanraya yang diadakan, Anwar terpaksa menaiki motosikal orang ramai yang lalu lalang di situ untuk sampai ke tempat ceramah. Beliau sempat berceramah selama satu jam sebelum pihak polis mengarahkan acara ditamatkan sekitar jam 12.00 malam. 

Radhi bersedia jadi calon PAS POKOK SENA PRU14

Radhi bersedia jadi calon PRU14
POKOK SENA - Lagenda bola sepak Kedah, Radhi Md Din, 53, bersedia untuk membantu Pas Pokok Sena jika dipilih sebagai calon pada pilihan raya di kawasan itu nanti.

Menurut Radhi, sebelum ini beliau yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan menjadi perhatian terutamanya kepada golongan remaja, sentiasa turun bagi menjayakan pelbagai program dianjurkan Pas Pokok Sena.

“Bagaimanapun jika dicalonkan, saya akan berbincang dengan keluarga terlebih dahulu bagi mendapat restu ibu bapa supaya tidak menyentuh perasaan kepada mereka yang lain. Walaupun sudah jadi ahli Pas sekian lama tetapi tidak terdetik di hati saya untuk menjadi calon pada pilihan raya.

“Bagi saya, ramai lagi ahli Pas yang lebih berwibawa untuk dicalonkan pada pilihan raya nanti dalam memperjuangkan Islam, apatah lagi mereka terdiri golongan yang berpendidikan agama. Mereka lebih layak jika dibandingkan dengan saya yang hanya lebih dikenali dalam dunia bola sepak sahaja.

“Sebelum ini pun saya banyak terlibat dalam sukan bola sepak bagi menarik anak muda melibatkan diri dalam sukan itu. Sambutannya sungguh menggalakkan dan saya lebih senang mendidik mereka menjadi pemain bola sepak yang mungkin akan terpilih untuk bermain bersama pasukan negeri seterusnya kebangsaan suatu hari nanti.

Bosan dengan janji kerajaan tentang pembinaan hospital Pendang

Bosan dengan janji kerajaan
PENDANG - "Saya dah bosan dengar tentang pembinaan hospital Pendang," demikian kata Timbalan Pesuruhjaya Pas 1, Datuk Dr Mohd Hayati Othman ketika diminta mengulas berkaitan kelewatan pembinaan hospital Pendang yang pernah dijanjikan kerajaan.

Mohd Hayati berkata, pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan hospital berkenaan selesai pada tahun 1984 dan kerajaan berjanji untuk memulakan pembinaan pada PRK Pendang pada 2002.

"Masuk ja bajet pada zaman pemerintahan Tun Abdullah, beliau telah luluskan bajet sekitar tahun 2004.

"Tapi sehingga sekarang belum nampak bayang, pagar tapak pun dah kena curi dah, kawasan tu pula penuh dengan hutan rimba.

"Tak keterlaluan kalau saya kata tapak tu ada babi, biawak, musang dan mungkin juga ada harimau," ujarnya.

Katanya, beliau sentiasa membawa isu ini ke Parlimen setiap kali persidangan diadakan.

Program BW2020 disabotaj?

Program BW2020 disabotaj?
ALOR SETAR - Program Bicara Wawasan 2020 (BW2020) yang sepatutnya berlangsung di sebuah hotel di sini terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana sewaan dewan hotel dibatalkan.

Pengarah BW2020, Dr Mahadi Mohamad berkata, program itu dijadualkan diadakan jam 8 malam pada 24 Februari depan di dewan sebuah hotel di Jalan Sultan Badlishah, di sini.

“Bagaimanapun, pihak kami mendapat maklumat bahawa sewaan tempat program dibatalkan pihak atasan kerajaan negeri atas alasan ia berunsur politik,” katanya.

Kata beliau, pihaknya kesal kerana surat kelulusan dari polis telah diperoleh, malah duit deposit sewaan tempat juga sudah dibayar kepada pihak hotel.

Lebih mengecewakan, kata Mahadi, pihak penganjur membuat segala persiapan dan jemputan BW2020 di Bandaraya Alor Setar itu.

Mahadi menjelaskan, BW2020 diadakan semata-mata membincangkan polisi dan hala tuju Wawasan 2020 yang diilhamkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini katanya, BW2020 pernah dilaksanakan di Cyberjaya.

Disebalik isu TANAH IJOK, Azmin Ali adalah wira sebenarnya..!


Skandal tanah di Ijok Kuala Selangor tiba-tiba menjadi bahan serangan pihak Umno terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Gegak gempita dan hingar bingar mereka menyerang kepimpinan Azmin Ali bersahut-sahutan dari satu mulut ke satu mulut baik daripada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat pusat sehinggalah kepada bekas pimpinan Selangor .

Daripada pengamatan penulis, ramai daripada mereka lebih sekadar bersahut bising dan memekak sahaja tanpa faham hujung pangkal cerita. Apa yang penting cerita gempak ini perlu dikecohkan kepada penduduk Selangor .

Pada mereka dalam menuju PRU ke 14 yang bakal menjelang Azmin ali harus diwatakkan sebagai pesalah luar biasa, pimpinan tiada berjiwa rakyat, perompak harta dan segala macam label dalam menguatkan bising cerita isu tanah di Ijok.

Membunuh watak Azmin Ali, Menteri Besar Selangor perlu dilakukan dalam usaha mereka menjatuhkan kredibel kepimpinan negeri.

Pakatan Harapan memfailkan saman terhadap RoS


Pakatan Harapan (PH) hari ini mengemukakan permohonan semakan kehakiman ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon beberapa perintah terhadap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk pendaftaran Pakatan Harapan.

Defenden yang dinamakan terdiri daripada pimpinan Pakatan Harapan diwakili Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Setiausaha Agung AMANAH Abang Ahmad Kerde Abang Masagus dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Menurut Tetuan Gobind Sigh Deo yang mewakili defenden dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan hari ini, menjelaskan memohon mahkamah agar responden mendaftarkan PH walaupun permohonan secara bertulis mengikut Akta Pertubuhan gagal dilaksanakan.

“Kita mahu Pakatan Harapan didaftarkan walaupun sudah dibuat secara bertulis tiada sebarang maklum balas daripada RoS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...