Sunday, May 23, 2021

APA YANG RAKYAT MAHU SEBENARNYA.. KERAJAAN PN BUAT ITU SALAH BUAT INI SALAH!


 Teruk juga kerajaan kena troll sebab pengumuman PKP yang diperketatkan ini. Ada juga yang bising, selama ini minta perketat PKP, bila kerajaan buat terus bising. Nak apa sebenarnya?


Betul juga. Bukan sebelum ini ramai yang bising minta lockdown ke? Tapi bila kedai makan boleh berniaga sampai 8 malam saja, ramai pula yang bising. Susah la macam ni.


Sebenarnya, betul rakyat mahukan total lockdown. Kerajaan yang tak berani. Kerajaan cuma berani perketat sahaja. Tapi rakyat sebenarnya bukan marah kedai makan ni buka sampai pukul 8 saja. Itu sumber kemarahan kedua.


Sumber kemarahan pertama apabila kerajaan gagal selesaikan isu utama. Apa isu utama?


Data menunjukkan hampir 60% jangkitan berlaku di kilang dan kawasan pembinaan. Tapi cuma lihat PKP yang diperketatkan itu. Ada perubahan pada operasi kilang dan pembinaan? Tak ada. Tapi dalam masa yang sama, kedai makan jadi mangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...