Sunday, May 20, 2018

Justo temui Dr Mahathir.. siapa Justo..???

PETALING JAYA: Warga Switzerland dan bekas kakitangan PetroSaudi International, Andre Xavier Justo yang merupakan antara saksi utama dalam siasatan ke atas dakwaan penyelewengan membabitkan 1MDB, menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justo memuat naik gambar pertemuan itu ke Facebooknya, di mana beliau berkemeja putih belang dan Dr Mahathir pula berkemeja putih petak.

Pertemuan itu diadakan di Kuala Lumpur, tetapi Justo tidak memberitahu tarikh dan kandungan perbincangannya dengan pengerusi Pakatan Harapan itu.

“Kesempatan sangat berharga dan saat menakjubkan,” tulis Justo dalam statusnya.

Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun ke atas Justo pada Ogos 2015, selepas dia mengaku bersalah cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi, syarikat minyak berpusat di Arab Saudi yang merupakan rakan usaha sama 1MDB.

Kerajaan kaji projek mega, Pas mahu ECRL diteruskan

ARIF ATAN

Kerajaan kaji projek mega, Pas mahu ECRL diteruskan
Walaupun Majlis Penasihat Kerajaan bertegas projek raksasa Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menyebabkan rakyat menanggung beban hutang yang besar tetapi Pas tetap mahu ia diteruskan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu merundingkan semula kos dan perjanjian projek itu agar menepati piawaian kewangan.

Menurutnya, projek-projek yang sedang berjalan dan telah diluluskan kerajaan sebelum ini melalui Rancangan Malaysia ke-11, perlu diteruskan demi manfaat rakyat.

“Ini termasuklah projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, lebuh raya jajaran tengah (Central Spine Road).

“Yang lebih utama ECRL yang tidak harus dibatalkan tapi dirunding semula kos dan perjanjiannya agar ia menepati piawaian kewangan yang sihat,” pinta Parlimen Kubang Kerian tersebut dalam kenyataan hari ini.

Pelantikan Dr Mazlee tidak perlu dibimbangi


Pelantikan Dr Mazlee tidak perlu dibimbangi
SUSUPAN PETANG

1. PELANTIKAN Dr Maszlee Malik, 44 menjadi Menteri Pelajaran menimbul reaksi pro kontra daripada pelbagai pihak, Ngo juga termasuk masyarakat pendidik sendiri. Nampaknya Dr Maszlee yang sebelum ini kurang dikenali menjadi terkenal sebelum beliau mengangkat sumpah memegang jawatan itu yang dijangka esok. Kenapa?

Mungkin selepas beliau mengendalikan kementerian itu beberapa bulan selepas perubahan dan kemajuan terserlah namanya terus menjadi harum. Mudah-mudahan.
2. Ada orang yang meragui dan bimbang dengan bekas pensyarah UIA itu yang akan berhadapan dengan keadaan dirinya sendiri yang dilihat ikut terkesan dengan kementerian disandangnya. Kesukaran ini dilihat langsung kepada dirinya. Dua isu yang digembar gemburkan mengenai diri Dr Maszlee ialah kononnya beliau bersikap double standard mengenai hak asasi bila mana beliau mempertahankan pendakwah bebas Dr Zakir Naik yang dianggap sebagai pemecah perpaduan agama oleh satu pihak, dan dalam masa sama mendiamkan diri pula terhadap kebebasan dalam penculikan seorang didakwa berfahaman Syiah.

2. Selain itu kebimbangan juga dicampak ke atas dirinya, sejauh mana kemampuan dan kesediaannya untuk berhadapan dengan sikap chauvenisme dalam Ngo Dong Zuan yang memperjuangkan kepentingan mereka. Salah satu desakan Dong Zuan agar dilulus dan diikhtirafkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UDC) yang masih berlanjutan.

PAS bersedia jadi rakan dialog Kerajaan Persekutuan.

Kejayaan PH menumbangkan Umno dan BN telah membuka era baru dalam politik negara.

Sejajar dengan konsep federalisme yang menekankan pentingnya hubungan yang baik antara kerajaan pusat dan negeri, PAS akan meneruskan kerjasama yang baik dengan kerajaan pusat yang kini diterajui Pakatan Harapan. Malah lebih dari itu, PAS bersedia menjadi rakan dialog dalam membangunkan negara di bawah konsep taawun siyasi.

Selaras dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang menjadi pendekatan PAS kini, PAS akan menyokong dasar kerajaan yang mendorong ke arah kebaikan dan ketaqwaan kepada Allah. Manakala, di sudut yang lain
PAS sedia menjadi pembangkang yang konstruktif dan berkesan ke arah kesejahteraan dan pembangunan negara.

Pendekatan politik semak dan imbang ini akan membantu kerajaan dalam melaksanakan pembangunan negara yang cemerlang.

Kenapa PAS perlu meroyan bilamana Anwar cakap nak tawan Trengganu & Kelantan..!


Bila Ds Anwar kata Next kita tawan Perlis,Pahang, Terengganu dan Kelantan.. ramai orang PAS Marah, Depa kata Ds Anwar lupa diri.. Lupa katanya siapa yang tolong dia dulu.. malah sanggup nak rampas kerusi PAS yang juga parti Pembangkang..

Untuk Pengetahuan masa reformasi, Masa Anwar dipecat...yang tolong Ds Anwar adalah pemimpin2 yang ada dalam Amanah hari ini.. bukan pimpinan PAS hari ini.. Hj Hadi cuma tulis buku untuk cari populariti.. lepas tu dapat Negeri Terengganu Sebab gelombang Ds Anwar.. Jgn lupa sebelum PRU 14, Hj Hadi kata mata lebam Anwar satu lakonan..

Bagi Aku, PAS jangan Perasan Bersama dengan kita..PAS bukan parti Pembangkang dalam PRU 14, Tetapi sebahagian Parti Kerajaan.. Yang jadi Parti pembankang tapi bukan dalam Pakatan Harapan adalah PSM.. PSM sungguhpun tidak bersama Pakatan.. Mereka tidak menyerang Pakatan harapan.. mereka cuma sertai pesta Demokrasi.. fokus lawan BN...

Bukan kah PAS bersama sama UMNO memainkan Sentimen perkauman, melabel undi Pakatan seperti undi DAP.. dalam nada Yang Sama.. PAS diberi tempat di media media Kerajaan.. di Utusan dan TV3 sepanjang Berkempen.. Malah bertanding Pilihanraya pun atas dana UMNO..

Umno mau bangkit kaa.. Kirim salam ajalah..!


Bangkit apa... ni la muka yang membangkitkan kemarahan rakyat sehingga berkuburnya umno....Semua orang tahu, tumbangnya BN bukanlah kerana nama BN.. Tapi kerana pemimpin dan menteri-menterinya.

Dulu, bila rakyat meluah rasa, mereka bongkak. Mereka sombong. Disuruh keluar Malaysia. Disuruh tanam kangkung. Disuruh jangan ambil gula. Sambil sinis ketawa dan tersenyum.

Dulu bila rakyat meluah rasa terbeban kerana GST, mereka buat resepi entah apa-apa.. Mereka buat muka bodoh bingung dan lari. Langsung. Langsung tak endah apa yang diluah rakyat.

Setiap minggu harga petrol berubah. Turun 20 sen, naik 40 sen. Begitulah umpamanya. Katanya kerajaan tiada kuasa. Ikut harga minyak dunia. Tiba-tiba sebelum pilihanraya, turun naik harganya boleh ditangguh sementara. Mereka sangka rakyat begitu bodoh. Mereka sangka rakyat tidak mengkaji. Mereka inilah sebenarnya yang menumbangkan parti mereka sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...