Sunday, March 8, 2020

MASIH INGATKAH MUHYIDDIN PADA NASIHAT DAN PENGORBANAN ANWAR?


Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa-peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri. Sudah tiba masanya saya merasakan rakyat perlu tahu supaya mereka boleh membuat perbandingan mengenai prinsip perjuangan dan pengorbanan yang diambil antara kedua-dua tokoh ini.

Peristiwa Pertama

Menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap membuat perbincangan mengenai siapakah yang akan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Oleh kerana ketika itu Anwar Ibrahim masih di dalam penjara manakala Tun Mahathir pula sudah agak lanjut usianya maka Muhyiddin Yassin merasai dirinya layak dicalonkan. Di sinilah bermulanya episod kerjasama di antara Muhyiddin Yassin dengan Azmin Ali.

Muhyiddin telah menemui Anwar di mahkamah untuk mendapatkan persetujuan beliau. Janji Muhyiddin kepada Anwar, beliau akan menjadi Perdana Menteri (PM) untuk tempoh dua tahun saja dan kemudian akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sebaik selepas Anwar mendapat pengampunan dan kembali semula ke Parlimen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...